Anda di halaman 1dari 10

SOALAN TUGASAN

SOALAN 1

Perancangan yang teratur dan bersistematik akan menyediakan skop yang tersusun dan
berturutan serta mampu memberikan pengalaman pembelajaran yang baik kepada murid
bagi memupuk gaya hidup aktif dan sihat demi mencapai matlamat yang ditetapkan.
Dalam merancang dan melaksanakan aktiviti Pendidikan Jasmani berbagai-bagai faktor
perlu dititik beratkan. Faktor utama perancangan perlu diteliti dengan baik dan perlu
dilihat sebagai aset utama yang bakal menentukan kejayaan perlaksanaan aktiviti
Pendidikan Jasmani di sekolah.

Berdasarkan petikan di atas, klasifikasikan faktor utama perancangan aktiviti yang


menjadi tunjang kepada pelaksanaan Pendidikan Jasmani yang terancang di sekolah.

PENGENALAN

Perancangan adalah perbuatan iaitu tindakan atau usaha merancang sesuatu. Perancangan
adalah langkah awal proses pengajaran sebelum sesuatu program pengajaran
dilaksanakan. Oleh itu guru Pendidikan Jasmani perlu terlebih dahulu perlu merancang
bagi memastikan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dapat
berjalan dengan lancar dan berkesan.
Di sini disenaraikan beberapa faktor-faktor utama yang perlu diteliti dalam
melaksanakan pengajaran Pendidikan Jasmani di sekolah. Di antaranya ialah:
a. Jumlah masa pengajaran yang terhad
b. Persekitaran pembelajaran
c. Latar belakang guru
d. Latar belakang pelajar
e. Rancangan kerja tahunan

1
FAKTOR-FAKTOR UTAMA DALAM MELAKSANAKAN PENGAJARAN
PENDIDIKAN JASMANI DI SEKOLAH

a. Jumlah Masa Pengajaran yang Terhad

Seperti yang telah diketahui umum, sejak Disember 1993, Kementerian Pendidikan
Malaysia telah membuat keputusan menambahkan satu masa kepada waktu Pendidikan
Jasmani dan kesihatan untuk Tahap satu menjadi tiga waktu dan mengekalkan dua waktu
untuk Tahap dua. Walau bagaimanapun, masa yang diperuntukkan itu masih lagi tidak
mencukupi. Masa yang terhad diperuntukkan menyebabkan aktiviti yang dijalankan
terbatas. Guru-guru perlu memastikan tidak terlalu banyak kandungan atau sedikit sahaja
maklumat yang disampaikan dalam waktu pengajaran.
Dengan adanya pelbagai aktiviti latihan, pelajar akan lebih tertarik dengan program
Pendidikan Jasmani (Coelho, 2000). Di dalam pengajaran Pendidikan Jasmani lebih
banyak masa melibatkan aktiviti latihan. Aktiviti latihan sangat perlu dalam
melaksanakan pengajaran Pendidikan Jasmani. Guru perlu bijak menentukan isi
kandungan antara satu waktu pengajaran 30 minit dan satu waktu pengajaran untuk 60
minit. Ini kerana dalam jumlah masa tersebut ada masa untuk sesi pengenalan,
pemanasan badan, demonstrasi guru, demontrasi pelajar, gerak kerja kelas, gerak kerja
kumpulan, permainan kecil, pengenduran, dan penutup.

b. Persekitaran Pengajaran

Faktor-faktor yang mempengaruhi persekitaran pengajaran ialah saiz kelas,


peralatan dan kemudahan. Faktor-faktor tersebut perlu diberi perhatian untuk memastikan
kejayaan kelas Pendidikan jasmani. Saiz kelas yang besar akan menambahkan masalah
dari segi kekurangan alatan dan kemudahan. Justeru, perancangan diperlukan untuk
mengatasi masalah tersebut. Sesuatu kurikulum yang dibentuk bergantung kepada
kemudahan dan peralatan yang sedia ada (Stillwell & Willgoose, 1997). Ini menunjukkan
bahawa kemudahan dan peralatan merupakan salah satu aspek yang penting dalam
pelaksanaan sesuatu kurikulum, termasuk kurikulum Pendidikan Jasmani. Penglibatan

2
pelajar akan menjadi lebih aktif sekiranya peralatan yang digunakan adalah mencukupi
(Mohd Sofian, 2006).

Pendidikan Jasmani tidak dapat dijalankan tanpa peralatan yang lengkap. Dalam
membuat perancangan berkaitan dengan peralatan, pertimbangan perlu dibuat tentang
lokasi dan kawasan aktiviti yang akan digunakan (Schempp, 2003). Ini kerana ketika
mengendalikan aktiviti pengajaran, is akan dapat mengurangkan masa peralihan kelas.
Selain daripada mempunyai alat yang lengkap, sekolah juga perlu ada kemudahan
bilik atau stor Pendidikan Jasmani yang sesuai untuk menyimpan peralatan tersebut
(Pangrazi, 1977). Di dalam stor tersebut peralatan hendaklah diletakkan dengan betul.
Semua guru perlu tahu cara meminjam dan memulangkan peralatan yang diambil dari
stor; jika tidak, sukar untuk mendapatkan semula peralatan yang akan digunakan untuk
pengajaran. Justeru, perancangan diperlukan untuk mengatasi masalah tersebut.

c. Latar Belakang Guru

Kejayaan program pendidikan jasmani bergantung kepada tenaga pengajarnya.


Keupayaan guru mengajar itu penting untuk menjayakan pengajaran. Dengan latihan
yang diberikan oleh maktab-maktab perguruan di Malaysia, tidak dapat dinafikan bahawa
mereka memang mampu untuk mengajarkan pendidikan jasmani di sekolah. Minat dan
sikap guru itu sendiri adalah penting untuk memastikan objektif tercapai. Untuk
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran, guru boleh menggunakan pelbagai teknik
pengajaran asalkan mencapai objektif pelajaran. Guru yang berkesan adalah guru yang
menggunakan pelbagai pendekatan dalam pengajaran.. Oleh itu guru seharusnya tidak
terikat dengan hanya satu atau dua kaedah dan teknik sahaja sebaliknya perlu
mempelbagaikan kaedah kerana tahap keupayaan pelajar dan cara pembelajaran mereka
adalah berbeza. Komponen kandungan pengajaran adalah idea utama guru merancang
untuk mengajar

3
d. Latar Belakang Pelajar

Tidak semua pelajar adalah sama. Perbezaan di kalangan pelajar itulah yang
memerlukan perancangan. Pelajaran yang dirancang tidak seharusnya terlampau susah
untuk golongan yang kurang mahir sehingga mereka hilang minat untuk melakukan
aktiviti yang dirancang. Sebaliknya pelajaran yang tidak mencabar bagi golongan yang
mahir juga menyebabkan pelajar kurang minat terhadap pendidikan jasmani. Guru
Pendidikan Jasmani perlu merancang pelajaran yang tidak terlampau susah untuk mereka
yang kurang mahir sehingga mereka hilang minat untuk melakukan aktiviti yang
dirancang. Pelajaran yang tidak mencabar bagi golongan yang mahir juga akan
menyebabkan mereka kurang minat terhadap Pendidikan Jasmani. Guru juga perlu
memberi peluang kepada pelajar melakukan latihan dan menggalakkan mereka
melaksanakan latihan dengan menggunakan kemudahan dan peralatan yang sesuai
dengan topik pengajaran.
Pelajar yang akan mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Jasmani tidak semuanya mempunyai kemampuan dan kebolehan yang sama.
Kemungkinan ada di antara mereka mempunyai tahap kemahiran atau kecergasan yang
tinggi dan sebaliknya. Oleh yang demikian guru Pendidikan Jasmani perlu membuat
tinjauan terlebih dahulu ke atas kemampuan dan kebolehan pelajar sebelum merancang
tentang objektif pengajaran Pendidikan Jasmani.

e. Rancangan Kerja Tahunan

Rancangan kerja tahunan perlu diadakan untuk memberi satu gambaran


keseluruhan terhadap kurikulum yang telah disediakan. Ia adalah penting bukan sahaja
sebagai panduan tugas, bahkan sebagai perancangan penggunaan peralatan dan
kemudahan yang wujud di sekolah . Dengan perancangan yang rapi, maka masalah
kekurangan alat dan kemudahan boleh diselesaikan dengan mencari jalan alternatif.
Rancangan tahunan juga menolong memastikan pendidikan jasmani diajar sebagai satu
proses yang berterusan. Tajuk-tajuk yang mempunyai unsur yang sama boleh disusun
supaya mengikut prinsip ansur maju.

4
SOALAN 2

Dalam membentuk kurikulum, terdapat beberapa reka bentuk yang boleh dipilih oleh
pembangun kurikulum. Reka bentuk itu perlu dijadikan asas rujukan bagi memastikan
keperluan kurikulum itu benar-benar sesuai dengan keperluan murid.

Bincang dan berikan contoh-contoh yang bersesuaian berdasarkan reka bentuk yang
dimaksudkan dalam pembentukan kurikulum.

Reka bentuk ialah rancangan iaitu corak atau bentuk yang menunjukkan susunan,
struktur atau aspek-aspek binaan dan lain-lain. Manakala kurikulum pula adalah skop dan
isi kandungan sesuatu mata pelajaran di sekolah dan lain-lain. Dalam membentuk
kurikulum terdapat beberapa kriteria reka bentuk yang perlu dikaji, dianalisis dan dipilih
oleh pembangunan kurikulum. Reka bentuk ini boleh dikategorikan kepada 3
a. Berpusatkan Subjek
b. Berpusatkan Pelajar
c. Berpusatkan Masalah

REKA BENTUK PEMBANGUNAN KURIKULUM

a. Reka Bentuk Berpusatkan Subjek

Reka bentuk berasaskan subjek adalah berpaksikan ilmu dan isi kandungan pelajaran.
Reka bentuk berasaskan subjek terdiri daripada:
i. Reka Bentuk Mata pelajaran
ii. Reka Bentuk Disiplin
iii. Reka Bentuk Bersepadu
iv. Reka Bentuk Korelasi

5
i. Reka Bentuk Mata pelajaran

Reka bentuk ini terkenal dan kerap digunakan dalam mereka bentuk kurikulum. Reka
bentuk mata pelajaran merupakan reka bentuk yang berkaitan dengan isi kandungan
pelajaran yang terdapat dalam buku teks. Ilmu di susun menjadi teratur seterusnya
berperanan sebagai mata pelajaran. Bagi memudahkan pembelajaran, konsep juga di
susun daripada yang ringkas kepada kompleks. Tumpuan pelajaran dalam reka bentuk
ini tertumpu kepada proses mengingat dan memahami.

ii. Reka Bentuk Disiplin

Setiap mata pelajaran mempunyai disiplin ilmu tersendiri, disiplin adalah cara atau
proses sesuatu mata pelajaran. Reka bentuk disiplin menekan isi kandungan dan
proses disiplin sesuatu ilmu. Contohnya dalam mengajar mata pelajaran Pendidikan
Jasmani selain daripada kemahiran, guru perlu mengajar disiplin sesuatu kemahiran
atau permainan.
Dengan kata lain pelajar bukan sahaja di ajar kemahiran dalam permainan tetapi
disiplin berkaitan dengan kemahiran atau permainan juga ditekankan. Reka bentuk ml
dibina berdasarkan proses mengenalpasti struktur ilmu serta disiplin sesuatu subjek
dan kaedah atau proses yang terlibat untuk menjana ilmu dalam sesuatu bidang.

iii. Reka Bentuk Bersepadu

Reka bentuk ini menyatukan dua atau lebih subjek yang menjadi satu matapelajaran
yang bersepadu. Reka bentuk mi akan membekalkan pelajar dengan ilmu yang
bersepadu dan tidak terasing. Reka bentuk ml menghilangkan sempadan
matapelajaran dan disiplin. Pelajar akan melihat ilmu sebagai satu yang bersepadu
dan lebih bermakna. Contohnya dalam matapelajaran sains yang terdiri daripada
biologi, fizik dan kimia disepadu diperingkat sekolah menengah rendah sebagai sains.

6
iv. Reka Bentuk Korelasi

Reka bentuk ini mengaitkan maklumat antara satu subjek dengan subjek bertujuan
mengurangkan pemisahan antara subjek. Sebagai contoh seorang guru Pendidikan
Jasmani boleh bekerjasama dengan guru sejarah bagi menghasilkan portfolio yang
bertajuk perkembangan bola sepak dan zaman penjajah hingga ke sekarang.

Dalam reka bentuk ini pendidik-pendidik bagi subjek yang berkaitan perlu
bekerjasama dan memberi komitmen yang tinggi. Mereka perlu berbincang dan
bekerjasama dalam memikirkan dan merancang kursus atau tugasan yang mengaitkan
maklumat dan subjek-subjek yang berlainan.

b. Reka Bentuk Berpusatkan Pelajar

Reka bentuk ini menganggap pelajar merupakan elemen yang penting dalam bidang
pendidikan. Reka bentuk berpusatkan pelajar berdasarkan kepada falsafah
progressivesme. Reka bentuk berpusatkan pelajar terbahagi kepada 3 kategori iaitu:
i. Reka Bentuk Berpusatkan Pelajar
ii. Reka Bentuk Berpusatkan Pengalaman
iii. Reka Bentuk Berpusatkan Humanistik

i. Reka Bentuk Berpusatkan Pelajar

Dalam reka bentuk berpusatkan pelajar pembinaan kurikulum adalah berdasarkan


kepada pendekatan semula jadi pelajar ketika belajar. Reka bentuk mi menganggap
pemikiran pelajar akan berkembang jika mereka di ben peluang untuk belajar
berdasarkan kegemaran dan keperluan pelajar. Contohnya oleh kerana sifat kanak-
kanak sekolah rendah suka bermain, dalam membina kurikulum Pendidikan Jasmani
unsur permainan diselitkan.

7
ii. Reka Bentuk Berpusatkan Pengalaman

Reka bentuk berpusatkan pengalaman sama seperti reka bentuk berpusatkan pelajar
iaitu memberi penekanan terhadap minat dan keperluan pelajar ketika membina
kurikulum. Namun kedua-kedua reka bentuk berbeza kerana berdasarkan reka bentuk
berpusatkan pengalaman, minat dan keperluan pelajar tidak boleh di jangka oleh itu
kurikulum tidak akan dapat dirancang dengan awal. Kurikulum akan dibina setelah
pendidik mengenali pelajar.

iii. Reka Bentuk Berpusatkan Humanistik

Reka bentuk mi mementingkan konsep kendiri kepada pelajar, pelajar akan belajar
dan membina tugasan atas kesedaran din sendiri. Reka bentuk berpusatkan
humanistik menyepadukan unsur kognitif dan afektif. Reka bentuk mi memberi
penekanan isi kandungan, kognitif, pengalaman dan perasaan. Dengan kata lain Reka
bentuk berpusatkan humanistik menekankan secara seimbang aspek pemikiran,
perasaan dan amalan. Reka bentuk ni menekankan kepada pendidikan dan
pembangunan insan secara keseluruhan.

c. Reka Bentuk Berpusatkan Masalah

Reka bentuk berpusatkan masalah memberi fokus kepada masalah dalam kehidupan.
Reka bentuk berpusatkan masalah meletakkan peranan pembelajaran berdasarkan
pengalaman individu dan kemasyarakatan. Antaranya ialah;
i. Reka bentuk situasi – kehidupan
ii. Reka bentuk semula masyarakat

8
i. Reka Bentuk Situasi – Kehidupan

Reka bentuk mi lebih mirip kepada teori konsektual. Reka bentuk situasi - kehidupan
berpendapat pembelajaran akan menjadi bermakna jika pembelajaran itu boleh
diaplikasikan dalam kehidupan secara terus. Keperluan dan keupayaan pelajar berfikir
dalam menyelesaikan masalah juga menjadi dasar dalam reka bentuk mi.

Oleh itu kurikulum perlu dibina dengan memberi penekanan terhadap penyelesaian
kepada masalah-masalah dalam kehidupan sebenar. Dengan kata lain kunikulum yang
terbentuk dalam reka bentuk mi akan membantu pelajar membuat generalisasi tentang
masalah yang berkaitan dengan kehidupan di dunia yang sebenar.

ii. Reka Bentuk Semula Masyarakat

Reka bentuk mi berorientasmkan masyarakat, neka bentuk mi mengaitkan hubungan


kurikulum dengan penkembangan masyarakat dan aspek sosial, politik dan ekonomi.
Kurikulum dilihat berupaya menjadm agen penubahan dalam masyarakat. Kurikulum
ni menyerapkan nilai-nilai dan etika bagi melahirkan masyanakat yang berkualiti.

9
RUJUKAN:

Kementerian Pendidikan Malaysia (2000). Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani. Kuala


Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Mohd Daud Hamzah (1994). Reka Bentuk Kurikulum Sekolah. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

http://aj85553.multiply.com/journal/item/15/Kehendak-
kehendak_kurikulum_kebangsaan_dan_perlaksanaannya_di_sekolah

http://ipdaburn.blogspot.com/2009/05/kurikulum-pendidikan-jasmani.html

10