Sinar X 1
Sinar X 1
Sinar-X (atau X-ray) telah ditemui oleh seorang Profesor Fizik berbangsa
Jerman yang bertugas di Universiti Wurzburg, Bavaria,
Wilhelm Conrad Rntgen pada 8hb November, 1895. Beliau mendapati sinar
ini mempunyai kebolehan menakjubkan yaitu menghasilkan image di atas
filem fotografi setelah menembusi tisu, pakaian dan logam.
Selepas itu, Roentgen menunjukkan sinar ini datang dari dinding kaca
berpendaflour cahaya apabila sinar katoda terkena padanya. Untuk
mengesahkan penemuan ini, beliau telah menjalankan satu eksperimen
ringkas. Dalam eksperimen ini beliau meletakkan satu screen yang di lapisi
dengan barium platinosianida dalam lintasan sinar-X. screen ini akan
bersinar apabila terkena pada sinar-X. Dengan meletakkan tangan beliau
diantara tube sinar katoda dan screen, satu bayang tangan dengan tulang-
tulang di dalamnya jelas kelihatan dalam screen ini. Ini dapat membuktikan
bahwa sinar-X yang keluar dari tube sinar katoda mempunyai daya
penembusan yang tinggi.
KEGUNAAN SINAR X
Pengobatan
Penyelidikan
Kesan Sinar-X
Walaupun sinar-X sangat berguna kepada manusia, tetapi pendedahan
secara berlebihan kepada sinar-X mungkin menyebabkan,
Sifat-sifat sinar-X
Pancaran sinar-X dapat diperolehi daripada sejenis alat elektronik yang
dinamakan tiub x-ray. Daripada kajian ahli sains didapati sinar-X
mempunyai sifat-sifat tertentu yang dapat dibahagikan kepada sifat biasa
dan sifat khas.
a) Sifat umum
Sinar-X bergerak laju dan lurus.
Tidak boleh difokus oleh kanta atau cermin dan tidak boleh dipesong oleh
medan magnet sekitar arah tuju yang dilaluinya.
Mematuhi peraturan Hukum Kuasa Dua Songsang iaitu keamatan sinar
berubah dengan kuasa dua songsang jarak daripada punca pancaran.
b) Sifat khas
Keupayaan menembusi jirim padat.
Kesan pendarcahaya - memberikan kesan cahaya kepada sebatian kimia
seperti zink sulfida, kalsium tungstat dan barium platinosiamida.
Kesan fotografi - memberikan penghitaman kepada filem apabila didedah
kepada sinar-X.