Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera. Yang Berbahagia dan dikasihi, pn.

Hajah
lily bu bte abdullah, Pengetua SMK SRI KUKUP, guru-guru Penolong Kanan SMK SRI
KUKUP, guru-guru kanan mata pelajaran, gur-guru kaunseling dan warga pendidik SMK
SRI KUKUP serta calon-calon SPM sekalian. Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan
limpah kurnianya pada tahun yang cemerlang ini, kami calon PT3 SMK SRI KUKUP
berpeluang untuk menyambut Majlis Restu Ilmu untuk memohon kemaafan dan
mengharapkan guru-guru menghalalkan segala ilmu yang di curahkan kepada kami.
Ada antara kami yang berdebar menanti saat peperiksaan, dan ada juga antara kami
yang tersenyum menanti saat peperiksaan dengan tenang. Entah mengapa hiba sangat
hati ini mengenang akan kesilapan yang dilakukan terhadap guru-guru kami.

Kami mengharapkan doa restu yang ada dalam lubuk hati guru-guru yang pernah
mendidik kami agar merestui ilmu dan perjalanan kami dalam menghadapi peperiksaan
PT3 pada minggu INI. Kami juga berharap guru-guru sekalian memAafkan segala
tingkah laku dan kekasaran tutur kata kami, sepanjang kami menuntut ilmu. Mungkin
selama ini kami ada melawan kata, tidak menyiapkan tugasan yang diberi, dan sering
menyakiti hati guru-guru. Kami tahu, ada dalam kalangan guru-guru yang tersinggung
akan sikap kami yang menyakiti hati guru-guru.

Sesungguhnya dengan hanya doa dan restu guru-guru sajalah akan membantu kami
untuk berjuang di dalam dewan peperiksaan itu nanti. Jika hari ini seorang perdana
menteri berkuasa, Jika hari ini seorang raja menaiki takhta, Jika hari ini presiden
sebuah Negara, Jika hari ini seorang ulama yang mulia, Jika hari ini seorang peguam
menang bicara, Jika hari ini seorang penulis terkemuka, Jika hari ini siapa sahaja yang
dewasa, Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa, Dengan lembut sabarnya
mengajar tulis baca. Seterusnya, saya dan rakan-rakan, ingin merakamkan setinggi-
tinggi penghargaan kepada guru-guru yang begitu gigih mengajar kami dengan usaha
yang berterusan, penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan dan
dedikasi dalam mendidik kami calon-calon SPM umpama lilin membakar diri. Terima
kasih juga kepada guru-guru yang mengajar kami dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3
dan memberi sokongan kepada kami serta semua guru kerana mengajar, mendidik dan
menegur kami secara langsung atau tidak langsung.
Akhir sekali, sekali lagi saya bagi wakil calon PT3 SMK SRI KUKUP Tahun 2017
merakamkan setinggi-tinggi kesyukuran mengharapkan restu agar kami dapat
menghadapi peperiksaan dengan tenang dan ditunjukkan kepada kami jawapan yang
tepat, Amin. Kami sedia menyahut cabaran untuk memberi keputusan terbaik agar
sekolah kita dapat berada pada tahap setanding sekolah-sekolah terbaik di peringkat
kebangsaan. Semoga dengan keizinan Tuhan jua, guru-guru kami sentiasa diberkati,
sihat dan sejahtera dalam usaha mendidik kami, Amin. Gunung pantai tinggi
mengawan, Nampak dari padang tamu, Sampai di sini tinggallah tuan, Ada hayat kita
bertemu. Sekian, assalamualaikum w.b.t