Anda di halaman 1dari 11

Assalamualaikum.

Fuhhhh hembus nafas lega kejap sebab baru je balik dari majlis makan2 sempena hari ibu kat
rumah cousins. Doploh hari sebelum hari ibu, aku memang dah plan nak buat cheesy wedges
untuk mak aku, mak sedara, mak nek, mak ngah, mak su, mak long dan mak semuanya. Paling
penting mak aku ni merupakan seorang peminat tegar cheesy wedges!! Hahaha

Agagaga ada rasa nak telan air liur tengok gambo kat atas ni? Kemain bangga aku bila semua
sedara habiskan dengan licinnn sungguh. Halusssss je berkilau piring tau. Pasni mesti dah boleh
bukak gerai depan rumah jual cheesy wedges.

Okay aku dah lupa dari mana dapat resepi ni. Dah lama gileee kot aku jumpa. Memandangkan
dah lama tak share resepi kat korang, haaa kali ni aku kembali beraksi !
BAHAN - BAHAN :

3 sudu tepung gandum

Setengah buku butter

2 kiub pati ayam

Sedikit serbuk perasa

Sedikit lada putih

Sedikit lada hitam

12 keping cheese

500 ml susu penuh krim

Pewarna kuning
CARA - CARA :

1. Cairkan butter dalam non-stick pan. Tapi kalau takde, boleh je guna pan biasa pun.
2. Lepas tu masukkan pulak susu dan tepung gandum. Gaul sampai tak berketul ok?
3. Lepas tu kacau sampai jadi halus macam gambar kat atas tu.
4. Masukkan cheese.
5. Pastu masukkan pulak serbuk perasa, lada hitam, lada putih dan pewarna kuning. Kacau lagi
sampai sebati.
6. Haaa kacau sampai jadi macam ni. Nampak tak teksturnya yang halussss? Lepas tu tutup api.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - --

Okeh dah pun siap. Senang je kan nak buat? Oh ya korang akan dapat satu tupperware penuh
kalau buat sos cheese ni ye. Sangat banyak. Boleh simpan dalam tupperware yang reheat-able tu.
Nanti bila nak makan, reheat je dalam microwave. Kan senang??
Nampak macam kucar kacir je cheese aku. Sebab masa tengah picit tu, tetiba tersumbat pulak.
Pastu aku picit sekuat hati, habis tanggal penutup botol dan jatuh atas kentang aku. Ish engkooo
jangan walaupun nampak tak cantik tapi sedap. Sumpah rasa dia memang macam cheesy wedges
kat kfc.

Anda mungkin juga menyukai