Anda di halaman 1dari 16

MPU 3123 Tamadun Islam dan Tamadun Asia (FCI 1)

Hegemoni Barat dalam Politik dan Ekonomi


(Kumpulan 13)

Name Student ID
Chan Yu Xuan 1122700355

Nama Pensyarah:
Ustaz Hj. Hazamzaem Hj. Husin
Hegemoni Barat dalam Politik dan Ekonomi

Jadual Kandungan

Pendahuluan ................................................................................................................................ - 1 -
Pengenalan .................................................................................................................................. - 2 -
Definisi Hegemoni .................................................................................................................. - 2 -
Konsep Hegemoni ................................................................................................................... - 2 -
Hegemoni Dalam Politik............................................................................................................. - 3 -
Pengenalan .............................................................................................................................. - 3 -
Faktor Hegemoni Barat Dalam Politik ................................................................................... - 4 -
Cara-Cara Hegemoni Barat Diserapkan Dalam Politik .......................................................... - 4 -
Kesan Hegemoni Barat Dalam Politik .................................................................................... - 6 -
Hegemoni Dalam Ekonomi......................................................................................................... - 7 -
Pengenalan .............................................................................................................................. - 7 -
Faktor Hegemoni Barat Dalam Ekonomi ............................................................................... - 8 -
Cara-Cara Hegemoni Barat Diserapkan Dalam Ekonomi ...................................................... - 9 -
Kesan Hegemoni Barat Dalam Ekonomi .............................................................................. - 10 -
Hegemoni Dalam Sosial ........................................................................................................... - 11 -
Kesan Hegemoni Barat Dalam Sosial ................................................................................... - 11 -
Penutup ..................................................................................................................................... - 12 -

MPU 3123 Tamadun Islam dan Tamadun Asia Page ii


Hegemoni Barat dalam Politik dan Ekonomi

Pendahuluan
Pada era globalisasi ini, perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi yang begitu pesat dan
pantas dapat diperlihatkan. Kehidupan manusia menjadi semakin pantas dan kompleks akibat
kemajuan proses globalisasi dan dorongan kuat teknologi maklumat dan revolusi komunikasi.
Akan tetapi kita telah menyaksikan kemelut kemanusiaan pada saat kritikal dan tragis, wabak
penyakit yang menular, terrorisme global, perang saudara yang berterusan dan pelanggaran hak
asasi manusia. Sebelum ini, kebangkitan tamadun Barat selepas kejatuhan kerajaan Islam
Sepanyol telah membuka era baru kepasa dasar penguasaan Barat terhadap negara lain
terutamanya negara Islam melalui dasar globalisasi ala-Barat ke seluruh dunia. Inilah hegemoni
Barat yang menimbulkan banyak masalah dari pelbagai segi seperti politik dan ekonomi.

Walaupun masyarakat pada masa kini banyak terpengaruh oleh pemikiran hegemoni Barat, kita
masih perlu berusaha untuk meminimumkan penjajahan pemikiran Barat dalam segala aspek
kehidupan dan tidak sepenuhnya terikat dengan pemikiran Barat. Masyarakat perlulah membina
kesepaduan dan kekuatan dalaman berdasarkan persamaan dalam agama, tamadun dan budaya.
Hal ini demikian kerana tamadun dianggap bagi melambangkan jati diri dan perlambangan
kehidupan masyarakat.

Walaupun hegemoni Barat mendatangkan pelbagai kesan negatif, kemajuan teknologi dan
maklumat akibat hegemoni Barat tidak dinafikan telah membawa masyarakat tamadun lebih
selesa dan produktif.

MPU 3123 Tamadun Islam dan Tamadun Asia Page - 1 -


Hegemoni Barat dalam Politik dan Ekonomi

Pengenalan

Definisi Hegemoni
Hegemoni merupakan konsep yang tercutus dari pemikiran Barat. Ia bermaksud penguasaan
dominasi atau pemimpininan sesebuah negara atau kumpulan terhadap negara atau kumpulan
lain. Hegemoni berasal daripada perkataan Inggeris iaitu Hegemony yang pada asalnya dipinjam
daripada bahasa Yunani (Greek) iaitu hegemonia 1 , datangnya daripada kata hegemon 2 yang
bermaksud ketua atau pemimpin. Hegemon pula datangnya daripada kata hegeisthai yang juga
bermaksud pemimpin.

Konsep Hegemoni
Konsep hegemoni banyak digunakan oleh ahli sosiologi untuk menjelaskan fenomena terjadinya
usaha bagi mempertahankan kekuasaan oleh pihak penguasa3 (Mujahid, 2010). Menurut Fathi
Yakan yang merupakan seorang ulama Islam, hegemoni ialah suatu proses menerima pakai
sesuatu yang bersifat antarabangsa: tidak kira dari sudut budaya, sosial, ekonomi dan politik. Ia
juga bermaksud pensejagatan segala perkara, meskipun melalui kekerasan dan tidak melalui
proses bertahap4 (Yakan, 2002). Menurut Azhar Muhammad & Abdullah Sulong pula, hegemoni
merupakan pengaruh ataupun dominasi sesebuah kuasa yang merangkumi pelbagai aspek seperti
politik, ekonomi, sosial, budaya, ketenteraan, pendidikan, perundangan dan sebagainya. Menurut
pemikiran Antonio Gransci, seorang pemikir social berkebangsaan Italia, hegemoni
digambarkan sebagai suatu hubungan yang bersifat monopoli dan dominasi antara kelas
masyarakat atasan dan bawahan dalam sesebuah Negara bangsa. Kelas-kelas yang lebih dominan
akan memonopoli (Wiktionary, 2015) kelas-kelas yang lain dari segi ekonomi, budaya dan moral
5
(Ajwad, n.d).

1
Hegemonia (2015) Wiktionary diperoleh pada April 2015 daripada http://en.wiktionary.org/wiki/hegemonia
2
Hegemon (2015) Wiktionary diperoleh pada April 2015 daripada http://en.wiktionary.org/wiki/hegemon
3
Mujahid, N. F. (2010, March 13). #All About History#. Retrieved from Hegemoni Barat dan Globalisasi:Realiti
dan Cabaran: http://noorhistory.blogspot.com/2010/03/hegemoni-barat-dan-globalisasirealiti.html
4
Yakan, F. (2002). Api Kebangkitan Islam dan Cabaran Abad ke-21. Kuala Lumpur: Jasmin Enterprise.
5
Ajwad, M. (n.d.). Scribd. Retrieved from Hegemoni Barat terhadap Rakyat Malaysia:
https://www.scribd.com/doc/94381208/Hegemoni-Barat-terhadap-Rakyat-Malaysia-TITAS

MPU 3123 Tamadun Islam dan Tamadun Asia Page - 2 -


Hegemoni Barat dalam Politik dan Ekonomi

Hegemoni Dalam Politik

Pengenalan
Pada masa kini, kemerdekaan sesebuah negara tiada makna yang besar selain daripada tampuk
pemerintahan telah diserahkan kepada masyarakat tempatan. Hal ini demikian kerana masyarakat
yang diumumkan merdeka dalam banyak keadaan yang berkaitan dengan kebebasan membuat
keputusan politik terutama pada peringkat antarabangsa, masih lagi tertakluk kepada telunjuk
kuasa Barat seperti British, Perancis, dan Amerika Syarikat.

Pada zaman dahulu, penjajahan kuasa Barat hanya membabitkan negeri-negeri tertentu di bawah
pengaruh kuasa-kuasa Barat. Sebagai contoh, India yang pernah dijadikan jajahan British,
Vietnam di bawah jajahan Perancis, dan Filipina di bawah jajahan Amerika Syarikat. Namun,
kini kuasa-kuasa Barat telah mendominasi pada peringkat antarabangsa. Bagi menentukan hala
tuju perkembangan politik dunia, beberapa buah kuasa Barat yang besar telah pun memainkan
peranan yang amat penting.

Ini berikutan kelumpuhan Soviat Union dan Komunisme, persaingan antara nagara-negara Barat
tidak lagi diperlukan sesame meraka untuk mendapatkan pengaruh masing-masing. Majlis
Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjadi seakan-akan rangka Amerika
Syarikat untuk berusaha mencapai objektif-objektifnya. Pemimpin-pemimpin Barat sentiasa
menganggap diri mereka sebagai orang yang bersimpati pada penindasan dan ketidakadilan yang
wujud di dunia ini. Proses keamanan dilaksanakan oleh PBB di Bosnia Herzegovina dalam usaha
melarang keganasan itu berlaturan terutama yang melibatkan nyawa dan maruah umat Islam.

Tambahan pula, North Atlantic Treaty Organization (NATO) dan Organization of Islamic
Conference (OIC) semacam disepitkan apabila berdepanan dengan kuasa-kuasa Barat yang besar
itu. Sekiranya terdapat negara-negara Islam yang tiduk sudi tunduk kepala kepada kuasa Barat,
maka ia akan diberikan stigma yang negatif dan mereka akan dianggapkan sebagai pusat
kegiatan militant dan pengganas. Di samping itu, kecanggihan senjata nuclear yang dimiliki oleh
kuasa Barat tidak dapat dinafikan dan mereka menjual dan membekalkan senjata kepada pihak-
pihak tertentu. Maka, mereka digelar sebagai polis dunia dan dibuktikan mereka sudah
mendominasi masyarakat dunia.

MPU 3123 Tamadun Islam dan Tamadun Asia Page - 3 -


Hegemoni Barat dalam Politik dan Ekonomi

Faktor Hegemoni Barat Dalam Politik


Sejak zaman imperialisme Barat6 (abad ke-19), iaitu dasar meluaskan satu-satu empayar dengan
menjajah negara lain, kuasa-kuasa Barat yang besar seperti Britain, Perancis, Amerika Syarikat,
Sepanyol, dan Belanda telah bersaing untuk memperluas tanah jajahan mereka demi kepentingan
ekonomi mereka. Negara Eropah seperti Belanda dan Britain menggunakan slogan beban orang
putih kerana mereka berasa bertanggungjawab untuk memimpin orang timur kea rah kehidupan
yang lebih baik, manakala negara Perancis pula menggunakan slogan tugas menyebarkan
tamadun yang bermaksud untuk mentamadunkan orang timur. Tujuan mereka untuk menguasai
tanah jajahan kerana mereka menyanjung tinggi terhadap kuasa mempunyai tanah jajahan yang
luas. Dengan memperluaskan tanah jajahan mereka, ia dapat meningkatkan imej mereka sebagai
kuasa hegemoni di mata dunia secara tidak langsung.

Cara-Cara Hegemoni Barat Diserapkan Dalam Politik


Antara cara penjajahan ideologi adalah sekularisme. Dari istilah politik, sekularisme adalah
pergerakan menuju pemisahan antara agama dan pemerintahan. Ia membawa dan mengubah
manusia dari agama kemudian dari penguasaan metafizikal ke atas logik akal dan bahasa. Bagi
menyebarkan sekularisme di dalam masyarakat dunia, pelbagai cara telah pun digunakan oleh
kuasa-kuasa Barat. Matlamat mereka adalah menghapuskan identiti Islam, institusi dan nilai-nilai
Islam dalam lingkungan kemasyarakatan melalui media, politik, pendidikan, sosial dan bahasa7.
Sebagai contoh, mereka menghantar pelajar Islam ke negara-negara bukan Islam untuk belajar,
mengubah bentuk pemakaian Islam kepada fesyen terkini barat dan menghapuskan undang-
undang Islam sehingga hanyalah tinggal undang-undang yang berkaitan nikah kawin (ahwal al-
Syakhsiah) atau yang berkait dengan adat kerana ia tidak menggugat kedudukan penjajah Barat.

Di samping itu, penjajah Barat turut mempengaruhi perubahan sosial berorientasikan wanita.
Hal ini demikian kerana mereka menyedari bahawa wanita boleh dieksploitasi agar wanita
bangkit memperjuangkan hak-hak mereka dengan menimbulkan isu-isu kelemahan wanita.
Tambahan pula, mereka juga mengekspoitasikan kaum minoriti dengan sensitiviti agama.
Sebagai contoh, mereka menggalakkan kaum Yahudi dan Kristian supaya memperjuangkan hak
mereka dan menekan pentadbiran uthmaniah dalam perlaksanaan undang-undang Islam. Sebagai
6
Imperialisme (2015) Wikipedia diperoleh pada April 2015 daripada http://id.wikipedia.org/wiki/Imperialisme
7
Subri, I. B. (n.d.). Pekan Rabu Alor Setar. Retrieved from Sekular itu Perancangannya:
http://pekanrabu.com.my/zubir/sekular.html

MPU 3123 Tamadun Islam dan Tamadun Asia Page - 4 -


Hegemoni Barat dalam Politik dan Ekonomi

akibatnya, kaum minoriti ini akan dijadikan sebagai halangan dalam perlaksanaan undang-
undang Islam. Oleh itu, kuasa Barat akan mendapat sokongan dari musuh-musuh Islam iaitu
Yahudi dan Kristian (Razzaq, 2013).

Seterusnya, cara lain yang digunakan oleh kuasa Barat untuk memperluaskan hegemoni Barat
dalam politik ialah melalui peperangan, perjanjian dan pengilhakan. Contohnya, Perang Dingin8
yang merupakan persaingan dan konflik antara blok kapitalis yang diketuai oleh Amerika
Syarikat dan Blok Komunis yang diketuai oleh Soviet Union atau Rusia, supaya mendapat
pengaruh. Faktor yang mengakibatkan peperangan tersebut adalah kerana perbezaan ideologi
antara kedua-dua blok tersebut. Antara contoh hegemoni Barat dalam politik dunia melalui
pengilhakan adalah dasar pengilhakan British di India. Lord William Bentick, Gabenor Jeneral di
India, telah mengilhakan wilayah-wilayah seperti Cachar, Coorg dan Mysore 9. Raja Cachar
mangkat tanpa waris dan atas permintaan penduduknya, Lord William Bentick mengilhakan
wilayah tersebut pada tahun 1830. Selain itu, Coorg telah diilhakan atas sebab-sebab
penyelewengan dalam pemerintahan rajanya yang zalim dan mewujudkan pentadbiran yang tidak
stabil. Mysore juga diilhakan atas sebab-sebab penyelewengan dalam pemerintahan.

Strategi lain yang digunakan oleh Amerika Syarikat adalah menggunakan peluang yang ada hasil
daripada krisis-krisis yang wujud di negara-negara tertentu di dunia sebagai pintu masuk untuk
menguasai negara tersebut. Contohnya: Negara-negara Teluk, Yugoslavia, Bosnia Herzegovina
dan beberapa negara Asia Tenggara. Di samping itu, blok-blok negara seperti Blok Komunis dan
Blok Amerika Syarikat diwujudkan. Dalam strategi ini, Barat mengekalkan keunggulan tentera
melalui dasar dan perjanjian senjata nuklear , biologi dan kimia yang berat sebelah,
mempromosikan hak asasi manusia dan demokrasi ala Barat dan menjaga integriti negara-negara
bangsa Barat dengan menyekat kebanjiran imigran ke Barat. Lagipun, Pertubuhan Bangsa-
bangsa Bersatu (PBB) diwujudkan selepas perang dunia kedua bagi mengelakkan perulangan
pertikaian yang hebat, menegaskan hak asasi manusia yang utama, menjamin rasa hormat akan
undang-undang antarabangsa, serta memperbaiki taraf hidup penduduk di seluruh dunia 10.

8
Perang Dingin (2015) Wikipedia diperoleh pada April 2015 daripada http://id.wikipedia.org/wiki/Perang_Dingin
9
Sa'ad, M. (2 April, 2012). Laman Sejarah. Retrieved from Pengilhakan India dan pengilhakan di Indo-China:
http://cikgusokrisejarah.blogspot.com/2012/04/pengilhakan-india-dan-pengilhakan-di.html
10
Portal 1Klik. (n.d.). Retrieved from Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB):
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/penafian/1229-pertubuhan

MPU 3123 Tamadun Islam dan Tamadun Asia Page - 5 -


Hegemoni Barat dalam Politik dan Ekonomi

Lagipun, Amerika Syarikat dan rakan-rakannya terlibat melaksana perancangan mereka sebagai
polis dunia supaya dapat menguasa Majlis Keselamatan badan dunia. Mereka juga terlibat
dalam pelbagai konflik di serata dunia walaupun tidak diundang seperti mengebom manusia
yang dikatakan oleh Amerika Syarikat sendiri sebagai fundamentalis, milikan dan radikal
(Ajwad, n.d).

Kesan Hegemoni Barat Dalam Politik


Kesan negatif dalam hegemoni Barat ialah system pentadbiran telah menjadi kucar-kacir kerana
politiknya tidak stabil (Afifi, 2012). Akibatnya, suasana politik menjadi tidak telus dan tidak
bersih. Golongan rasuah terwujud, negara tersebut juga menghadapi keadaan yang tidak aman
dan mempunyai kes-kes jenayah seperti kes penipuan dan sebagainya. Di samping itu, negara-
negara jajahan tidak mempunyai peluang untuk membuat sesuatu keputusan kerana mereka
hendaklah mendapat persetujuan daripada kuasa Barat. Selain itu, kuasa Barat tidak memberikan
layanan yang adil kepada negara-nagara jajahan dan hal ini menyebabkan pembangunan negara
tersebut tidak dapat dilaksanakan dengan lancar. Tambahan pula, pembersihan etnik, perang
saudara yang terus menerus serta perlanggaran hak asasi manusia juga antara kesan negatif
dalam aspek politik.

Walaubagaimanapun, Hegemoni Barat telah pun meningkatkan keharmonian negara dan


masyarakat. Hal ini demikian kerana kuasa Barat yang besar telah memberi peluang kepada
masyarakat untuk membina blok-blok komunis serta Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu demi
menjaga keselamatan mereka sendiri. Tambahan pula, kuasa Barat berupaya menguasai
perkembangan dan percaturan politik dunia, harga minyak serta mata wang dunia. Lagipun,
kuasa Barat dapat pemantauan yang sistematik dan pemikiran yang berdemokrasi akan
dipersetujui oleh semua masyarakat dunia.

MPU 3123 Tamadun Islam dan Tamadun Asia Page - 6 -


Hegemoni Barat dalam Politik dan Ekonomi

Hegemoni Dalam Ekonomi


Pengenalan
Selepas ketamatan Perang Dingin, kebangkitan ekonomi global menyentuhkan seluruh pelosok
dunia dengan kewujudan syarikat-syarikat multinasionalisme seperti Amerika Syarikat, United
Kingdom dan Jepun yang mendahului kebangkitan di Asia. Kuasa Barat berusaha untuk
membentuk masyarakat yang lebih terbuka bersandarkan ekonomi kapitalisme11 dan liberalisme
yang hanya menguntungkan sesebelah pihak sahaja. Meraka juga menetapkan syarat, negara-
negara hendaklah melonggarkan peraturan domestik yang merupakan halangan kepada proses
globalisasi ekonomi. Hal ini telah menggalakkan proses kerjasama pelbagai hala dan multilateral
serta perjanjian dua hala atau bilateral menjadi tidak relevan lagi (Fauzi, 2012).

Di samping itu, kebanyakan negara membangun mempunyai sumber-sumber semula jadi,


pengeluaran hasil-hasil perindustrian dan sumber tenaga lain terikat dengan harga pasaran.
Mereka mungkin takut kepada kuasa Barat yang besar seperti Amerika Syarikat yang dapat
memanipulasi pasaran dunia dan mengakibatkan keturunan harga pengeluaran mereka. Selain itu,
oleh sebab kekurangan latihan guna tenaga penuh yang dapat melahirkan buruh pakar, negara-
negara membangun dan mundur bergantung kepada negara maju terutama dari segi teknologi.

Sistem ekonomi antarabangsa yang berikutan kapitalisme telah berjaya mengakibatkan barangan
dihasilkan dan taraf hidup ditingkatkan. Walaibagaimanapun, masyarakat Malaysia telah gagal
melahirkan keadilan sosial. Mata wang Barat seperti Dollar, Pound dan Euro digunakan di
seluruh dunia dan menjadi sebuah standard menentukan turun naik nilai mata wang sesebuah
negara itu. Penubuhan institusi seperti Bank Dunia merupakan antara usaha kuasa Barat bagi
memperluaskan hegemoninya melalui libaralisasi ekonomi serta pasaran.

Mereka tidak lagi berperanan sebagai pengeluar barang mentah, pembekal komoditi utama dan
pembeli serta pengguna setia kepada pengeluaran luar tetapi kemiskinan ditambahkan akibat
kegawatan ekonomi. Sebagai contohnya, juataan manusia di Indonesia menghilangkan pekerjaan
dan rakyat bagi beberapa negara Timur Tengah dan Benua India telah berhijrah ke Eropah untuk
mencari pekerjaan.

11
Triono, H. I. (n.d.). FIQHISLAM.com - PUSTAKA MUSLIM. Retrieved from Hegemoni Kapitalisme Dunia:
http://www.fiqhislam.com/index.php?option=com_content&view=article&id=25045&Itemid=204

MPU 3123 Tamadun Islam dan Tamadun Asia Page - 7 -


Hegemoni Barat dalam Politik dan Ekonomi

Pola dominasi ekonomi disokong oleh institusi-institusi global seperti International Monetary
Fund (IMF), Bank Dunia, World Trade Organization (WTO) dan juga negara-negara maju.
Golongan ini mencorakkan ekonomi dunia hanya bagi memenuhi kepentingan mereka sebagai
negara perindustrian manakala mengabaikan kebajikan negara miskin. Oleh itu, negara
membangun dan mundur tidak dapat mengekalkan pertumbuhan ekonomi tanpa menjalankan
perancangan dan strategi yang teliti dan memperlengkapkan diri untuk bersaing dalam pasaran
dunia. Ini diakibatkan hasil proses globalisasi yang menyebabkan ekonomi sesebuah negara akan
mempengaruhi ekonomi persekitaran melalui kesan jangkitan (Hamid, 2006).

Faktor Hegemoni Barat Dalam Ekonomi


Oleh sebab perkembangan Revolusi Perusahaan di Eropah, Hegemoni Barat pun wujud dari segi
ekonomi. Bagi memastikan bekalan bahan mentah seperti getah dan bijih timah yang berterusan
kepada perusahaan kilang, kuasa Eropah pun menguasai kawasan seperti negeri-negeri Melayu.
Lagipun, kuasa Eropah juga ingin menjadikan kawasan yang dikuasai sebagai tempat pemasaran
barangan kilang mereka. Bijih timah amat diperlukan untuk perusahaan mengetin makanan.
Bahan mentah seperti getah pula diperlukan untuk menghasilkan tayar-tayar kereta (Portal
BTPNKL, n.d). Oleh itu, sasaran mereka ialah benua Asia yang kaya dengan pelbagai bahan
mentah yang diperlukan serta mempunyai bilangan penduduk yang ramai.

Sebagai contoh, di negara Myanmar, British ingin menguasai perdagangan kayu jati kerana kayu
jati boleh digunakan untuk membina dan membaiki kapal. Walaubagaimanapun, British bimbang
saingannya, Perancis akan menguasai Myanmar dahulu, maka British pun menghantar Kapten
Michael Symes ke Myanmar untuk berunding dengan Raja Bodawpaya supaya Myanmar
menutup pelabukan kepada saudagar Perancis. Namun, Myanmar telah menolak syarat-syarat
lain, selain bersetuju untuk menerima seorang Residen British.
Perancis ingin menguasai perdagangan di China melalui Sungai Mekong dan Wilayah Tongking
di Vietnam. Pada tahun 1883, Perancis telah menakluk Tongking oleh sebab kebimbangan
Tongking akan dikuasai oleh kuasa Barat lain seperti Itali, Jerman dan Amerika Syarikat. Selain
itu, British juga berhasrat menguasai Indonesia yang kaya dengan rempah-ratus terutamanya
Acheh dan Maluku. Di China pula, British memerlukan hasil keluaran China seperti teh dan
sutera, untuk diperdagangkan di Eropah. British juga ingin menjadikan China sebagai tempat

MPU 3123 Tamadun Islam dan Tamadun Asia Page - 8 -


Hegemoni Barat dalam Politik dan Ekonomi

pemasaran barangannya. Namun, China menjalankan dasar tutup pintu dan perdagangan hanya
dijalankan melalui Co Hong melalui pelabuhan Canton.

Cara-Cara Hegemoni Barat Diserapkan Dalam Ekonomi


Antara caranya ialah mengekspoitasi negara-negara membangun yang mempunyai sumber-
sumber semula jadi yang kaya. Lagipun, harga pasaran terikat dengan factor penawaran dan
permintaan. Selain itu, kuasa Barat mengamalkan ekonomi kapitalisme12 dan liberalisme13.
Kapitalisme adalah system ekonomi di mana perdagangan, industri dan alat-alat produksi
dikendalikan oleh pemilik swasta tanpa gangguan kerajaan dan bermatlamatkan keuntungan.
Liberalisme merupakan suatu ideologi dan pandangan falsafat serta tradisi politik yang mendasar
pada kebebasan dan kesamaam hak. Kedua-dua konsep ini menguntung sesebelah pihak sahaja.

Demi menguasai ekonomi dunia, kuasa Barat menghasilkan pelbagai jenis barangan dan
menjadikan Barat sebagai pasar dan pelanggan barangan utama dunia. Contohnya, syarikat-
syarikat multinasional seperti Coca-Cola, Pepsi, Pizza Hut, KFC, McDonalds telah
diperkenalkan. Kuasa Barat turut menawarkan bantuan ketenteraan kepada negara-negara yang
berperang. Oleh sebab kuasa Barat mendominasi pengetahuan dan perkembangan sains dan
teknologi, mereka berupaya mengawal laluan maritime antarabangsa, mampu untuk mengadakan
kajian penyelidikan dan pembangunan terknikal terkemuka di dunia.

Di samping itu, Barat juga mengeluaskan kuasa mereka dari segi bahasa komunikasi. Bahasa
Inggeris telah menjadi sebagai bahasa komunikasi dunia seperti Negara UK, US dan Kanada.
Kadar mata wang yang tidak tetap dan pasaran modal terbuka, spekulasi mula muncul dan
membawa kepada manipulasi mata wang dan saham. Dana Kewangan Antarabangsa (IMF),
Bank Dunia dan Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) diperkenalkan untuk menyebarkan
globalisasi dan menguasai ekonomi dunia. Ketiga-tiga institusi ini merupakan sistem perbankan
antarabangsa bertaraf dunia. Dengan sistem tersebut, kuasa Barat dapat mengawal mata wang
dunia iaitu US Dollar yang digunakan sebagai pengukur nilai mata wang antarabangsa. Barat
juga ingin menguasai ekonomi dunia melalui pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan
(GST) di semua negara di dunia tanpa kira miskin atau kaya.

12
Wikipedia. (n.d.). Retrieved from Kapitalisme: http://id.wikipedia.org/wiki/Kapitalisme
13
Artikelsiana. (n.d.). Retrieved from Pengertian Liberalisme dan Sejarah Liberalisme:
http://www.artikelsiana.com/2015/01/pengertian-liberalisme-sejarah-liberalisme.html#_

MPU 3123 Tamadun Islam dan Tamadun Asia Page - 9 -


Hegemoni Barat dalam Politik dan Ekonomi

Kesan Hegemoni Barat Dalam Ekonomi


Hegemoni Barat dalam ekonomi terdapat pelbagai kesan negatif, iaitu negara-negara
membangun dan mundur bergantung kepada negara Barat kerana mereka tidak mahir
menggunakan teknologi yang tinggi dan juga kekurangan tenaga buruh. Selain itu, negara-negara
juga tidak dapat keuntungan yang lebih untuk meningkatkan kewangan negara masing-masing
serta memberi keperluan seharian kepada rakyat tersebut seperti makanan, pakaian, pendidikan
dan sebagainya. Tambahan pula, negara juga terpaksa menanggung hutangan yang berat serta
mengatasi kos sara hidup yang tinggi sehingga membebankan rakyat hidup. Walaupun negara-
negara membantu negara Barat dalam ekonomi, namun mereka hanya dianggap sebagai
pengguna sahaja. Selain itu, negara Barat tidak mewujudkan sosial yang adil kepada negara-
negara yang lain.

Walaubagaimanapun, negara Barat telah menghasilkan barangan yang mahir dan meningkatkan
taraf hidup negara-negara seperti masyarakat Malaysia. Lagipun, negara Barat telah mencipta
teknologi maklumat iaitu teknologi yang mudah dan pantas untuk berhubung melalui pelbagai
elektronik. Ini telah memudahkan kehidupan rakyat. Di samping itu, negara Barat juga
meningkatkan peluang bekerja untuk negara-negara supaya menjamin ekonomi kehidupan
mereka serta keuntungan mereka. Hal ini member pendapatan yang tinggi untuk negara-negara
memenuhi keperluan seharian. Dengan itu, mereka juga mempunyai matawang yang besar agar
kewangan negara Barat sentiasa tinggi dan kukuh.

MPU 3123 Tamadun Islam dan Tamadun Asia Page - 10 -


Hegemoni Barat dalam Politik dan Ekonomi

Hegemoni Dalam Sosial

Kesan Hegemoni Barat Dalam Sosial


Antara kesan Hegemoni Barat dalam social ialah masyarakat dunia pada masa kini telah banyak
melakukan aktiviti harian mereka dengan mengikut cara Barat. Masyarakat menerima pemikiran
Barat sebagai satu kebiasaan. Sebagai contoh, kita bekerja 8 jam sehari, iaitu dari pukul 9
sehingga pukul 5 setiap hari dari hari Isnin hingga Jumaat. Sebanarnya, ini merupakan salah satu
Hegemoni Barat. Mengikut pemikiran Barat, pekerjaan sepenuh masa merupakan pekerjaan yang
memakan masa selama 40 jam seminggu. Masa lebih 40 jam dianggap sebagai overtime. Ahad
pula merupakan hari untuk melakukan ibadat mengikut kepercayaan agama Kristian. Apabila
kita mengikut system ini secara langsung kita dipengaruhi oleh masyarakat Barat (Ajwad, n.d).

Masyarakat dunia kini lebih mengenali tamadun Barat berbanding tamadun mereka sendiri lalu
pincanglah penghormatan diri seseorang individu. Kehidupan social mereka terjejas kerana
mereka terlalu taksub mengejar kemewahan dan kesenangan dunia lantas membelakangkan
agama mereka sendiri (Fauzi, 2012).

Di samping itu, fesyen pakaian yang secara terang-terangan melanggar hukum sebagai seorang
Muslim makin menjadi kegilaan masyarakat Malaysia. Alat-alat solek yang diragui
pembuatannya, minyak wangi yang mempunyai kandungan alkohol juga makin menjadi
santapan wajib masyarakat kini. Selain itu, masyarakat kini makin hilang nilai-nilai murni dan
mulia. Masyarakat Malaysia kini sudah jarang bertegur sapa, jiran tidak lagi bantu membantu
dan bertoleransi. Hal ini demikian kerana masyarakat Barat hidup secara sendirian tanpa
pertolongan dari orang lain.

MPU 3123 Tamadun Islam dan Tamadun Asia Page - 11 -


Hegemoni Barat dalam Politik dan Ekonomi

Penutup
Hegemoni Barat bukan lagi konsep baru yang asing bagi negara kita mahupun negara Timur
yang lain. Sebaliknya, ia sudah lama mempengaruhi kita dari dahulu lagi. Kebangkitan Tamadun
Barat di negara-negara membangun terutamanya negara Islam telah membuka zaman baru
kepada dasar penguasaan Barat terhadap negara lain. Kuasa Barat yang mencorakkan ekonomi
negara-negara jajahan mereka hanya demi kepentingan diri sendiri.

Hegemoni Barat telah memdatangkan pelbagai kesan negatif kepada masyarakat terutamanya
masyarakat di Timur. Pengaruh Hegemoni Barat dapat diperlihatkan dalam sektor politik,
ekonomi, sosial, dan sebagainya. Majoriti aspek kehidupan masyarakat melibatkan proses
globalisasi yang membawa masyarakat ke satu sistem seragam dengan acuan kuasa Barat.
Individu yang tidak menerima hegemoni Barat akan dianggap ketinggalan dalam zaman
globalisasi ini. Barat telah pun berjaya menguasai dunia tanpa sempadan.

MPU 3123 Tamadun Islam dan Tamadun Asia Page - 12 -


Hegemoni Barat dalam Politik dan Ekonomi

Rujukan
Afifi, M. (6 January, 2012). Blogspot. Retrieved from Kesan-Kesan Hegemoni Barat Terhadap
Dunia: http://pelangipetang89.blogspot.com/2012/01/kesan-kesan-hegemoni-barat-
terhadap.html

Ajwad, M. (n.d.). Scribd. Retrieved from Hegemoni Barat terhadap Rakyat Malaysia:
https://www.scribd.com/doc/94381208/Hegemoni-Barat-terhadap-Rakyat-Malaysia-
TITAS

Artikelsiana. (n.d.). Retrieved from Pengertian Liberalisme dan Sejarah Liberalisme:


http://www.artikelsiana.com/2015/01/pengertian-liberalisme-sejarah-liberalisme.html#_

Fauzi, F. (6 January, 2012). Blogspot. Retrieved from Jenis-Jenis Hegemoni Barat:


http://pelangipetang89.blogspot.com/2012/01/jenis-jenis-hegemoni-barat.html#comment-
form

Hamid, M. L. (2006). Pengajian Tamadun Islam - Edisi Ke-2. In A. Othman, Tamadun Islam dan
Globalisasi (p. 346). PTS Professional.

Mujahid, N. F. (13 March, 2010). #All About History#. Retrieved from Hegemoni Barat dan
Globalisasi:Realiti dan Cabaran: http://noorhistory.blogspot.com/2010/03/hegemoni-
barat-dan-globalisasirealiti.html

Portal 1Klik. (n.d.). Retrieved from Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB):


http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/penafian/1229-pertubuhan

Portal BTPNKL. (n.d.). Retrieved from Transformasi Masyarakat:


http://btpnkl.edu.my/cerdiknet/bahan/sejarah/download/a-3.pdf

Razzaq, H. (27 March, 2013). Blogspot. Retrieved from Sekularisme:


http://razzaq81.blogspot.com/

Sa'ad, M. (2 April, 2012). Laman Sejarah. Retrieved from Pengilhakan India dan pengilhakan di
Indo-China: http://cikgusokrisejarah.blogspot.com/2012/04/pengilhakan-india-dan-
pengilhakan-di.html

Subri, I. B. (n.d.). Pekan Rabu Alor Setar. Retrieved from Sekular itu Perancangannya:
http://pekanrabu.com.my/zubir/sekular.html

Triono, H. I. (n.d.). FIQHISLAM.com - PUSTAKA MUSLIM. Retrieved from Hegemoni


Kapitalisme Dunia:
http://www.fiqhislam.com/index.php?option=com_content&view=article&id=25045&Ite
mid=204

MPU 3123 Tamadun Islam dan Tamadun Asia Page iii


Hegemoni Barat dalam Politik dan Ekonomi

Wikipedia. (n.d.). Retrieved from Kapitalisme: http://id.wikipedia.org/wiki/Kapitalisme

Wikipedia. (April, 2015). Retrieved from Imperialisme:


http://id.wikipedia.org/wiki/Imperialisme

Wikipedia. (April, 2015). Retrieved from Perang Dingin:


http://id.wikipedia.org/wiki/Perang_Dingin

Wiktionary. (April, 2015). Retrieved from Hegemonia: http://en.wiktionary.org/wiki/hegemonia

Wiktionary. (April, 2015). Retrieved from Hegemon: http://en.wiktionary.org/wiki/hegemon

Yakan, F. (2002). Api Kebangkitan Islam dan Cabaran Abad ke-21. Kuala Lumpur: Jasmin
Enterprise.

MPU 3123 Tamadun Islam dan Tamadun Asia Page iv

Anda mungkin juga menyukai