Anda di halaman 1dari 8

Pendidikan di Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Lompat ke: pandu arah, cari
Pendidikan di Malaysia

Kementerian Pelajaran Malaysia


Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
Menteri Pelajaran
Muhyiddin Yassin
Menteri Pengajian
Idris Jusoh
Tinggi
Belanjawan pendidikan negara (2006?)
Belanjawan: RM32 bilion (ASD10 bilion)1
Perincian umum
Bahasa asas: Melayu, Inggeris, Cina Mandarin, Tamil
System Type: Kebangsaan
Ditubuhkan 1956
Celik huruf (2009)
Jumlah: 95% (semua usia 15 tahun ke atas)
Lelaki: 95% jumlah, 98% 15-24 tahun
Wanita: 95% jumlah, 98% 15-24 tahun
Pendaftaran
5,407,865 dengan 405,716 guru (nisbah 13:1), termasuk 163,746
Jumlah:
prasekolah
2,899,228 (kadar tekal sampai darjah terakhir sekolah rendah, Darjah 6
Rendah:
adalah 99%)
2,344,891 (66% pelajar lelaki & 72% pelajar wanita meningkat ke
Menengah:
Tingkatan 1 dari Darjah 6)
1"Budget 2010", mstar
p
b
s

Sistem pendidikan di Malaysia diselia oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Pendidikan


Malaysia boleh didapatkan dari sekolah tanggungan kerajaan, sekolah swasta atau secara sendiri.
Sistem pendidikan dipusatkan terutamanya bagi sekolah rendah dan sekolah menengah. Kerajaan
negeri tidak berkuasa dalam kurikulum dan aspek lain pendidikan sekolah rendah dan sekolah
menengah, sebaliknya ditentukan oleh kementerian. Terdapat peperiksaan piawai yang
merupakan ciri yang biasa bagi negara-negara Asia seperti di Singapura dan China.
Isi kandungan
1 Ciri-ciri
2 Pendidikan prasekolah
3 Pendidikan rendah
4 Pendidikan menengah
5 Pendidikan pra-universiti
6 Pengajian tinggi
7 Jenis sekolah
o 7.1 Sekolah Kebangsaan
o 7.2 Sekolah Kluster
o 7.3 Sekolah Jenis Kebangsaan
o 7.4 Sekolah Wawasan
o 7.5 Sekolah Agama Islam
o 7.6 Sekolah Mubaligh
o 7.7 Sekolah Bestari
o 7.8 Sekolah Teknik dan Vokasional
o 7.9 Sekolah Berasrama Penuh
8 Ujian awam kebangsaan
9 Lihat juga
10 Rujukan
11 Pautan Luar

Ciri-ciri
Pendidikan Malaysia terdiri daripada beberapa peringkat:

Prasekolah
Pendidikan rendah
Pendidikan menengah
Pengajian tinggi

Hanya pendidikan di sekolah rendah diwajibkan dalam undang-undang. Oleh itu, pengabaian
keperluan pendidikan selepas sekolah rendah tidak melanggar undang-undang. Sekolah rendah
dan sekolah menengah diuruskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia tetapi dasar yang
berkenaan dengan pengajian tinggi diuruskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang
ditubuhkan pada tahun 2004. Sejak tahun 2003, kerajaan memperkenalkan penggunaan bahasa
Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam mata pelajaran yang berkenaan dengan Sains. dan
matematik.

Pendidikan prasekolah
Sekolah tadika (prasekolah) menerima kemasukan kanak-kanak daripada 4-6 tahun. Pengajian
tadika bukan merupakan pengajian wajib dalam Pendidikan Malaysia. Namun begitu penubuhan
tadika oleh pihak swasta amat menggalakkan. Setakat ini, sebahagian besar Sekolah Kebangsaan
mempunyai kelas prasekolah. Namun kemasukan ke kelas ini dibuka kepada anak-anak dari
keluarga berpendapatan rendah.

Pendidikan rendah
Pendidikan rendah bermula dari tahun 1 hingga tahun 6, dan menerima kemasukan kanak-kanak
berumur 7 tahun sehingga 12 tahun.

Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris merupakan mata pelajaran wajib dalam Sistem Pendidikan
Malaysia. Sekolah rendah awam di Malaysia terbahagi kepada dua jenis, iaitu Sekolah
Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan. Kurikulum di kedua-dua jenis sekolah rendah
adalah sama. Perbezaan antara dua jenis sekolah ini ialah bahasa pengantar yang digunakan.
Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar di Sekolah Kebangsaan. Bahasa Tamil atau
bahasa Mandarin digunakan sebagai bahasa pengantar di Sekolah Jenis Kebangsaan.

Pada akhir tahun persekolahan sekolah rendah, ujian awam diadakan bagi menilai prestasi
murid-murid. Ujian awam pada peringkat sekolah rendah dinamakan Ujian Penilaian Sekolah
Rendah (UPSR).

Pelajar yang telah menduduki UPSR, dibenarkan melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah.

Pendidikan menengah
Sekolah menengah awam boleh dilihat sebagai pelanjutan sekolah rendah. Bahasa Malaysia
digunakan sebagai bahasa pengantar bagi semua mata pelajaran selain Sains (Biologi, Fizik dan
Kimia) dan Matematik (termasuk Matematik Tambahan) Para pelajar perlu belajar dari
Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Seperti di sekolah rendah, setiap tingkatan (darjah) mengambil
masa selama satu tahun. Pada akhir Tingkatan Tiga (digelar peringkat menengah rendah), para
pelajar akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR). Berdasarkan pencapaian PMR,
mereka akan dikategorikan kepada Aliran Sains atau Aliran Sastera. Aliran Sains menjadi pilihan
ramai. Pelajar dari Aliran Sains dibenarkan untuk keluar dari Aliran Sains lalu menyertai Aliran
Sastera tetapi sebaliknya tidak dibenarkan. Pelajar-pelajar yang tidak mendapat keputusan yang
memuaskan pula boleh memilih untuk menjalani pengkhususan vokasional di sekolah teknik.

Pada akhir Tingkatan Lima (digelar peringkat menengah atas), para pelajar perlu menduduk
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebelum menamatkan pelajaran di peringkat
menengah. SPM adalah berdasarkan peperiksaan School Certificate United Kingdom lama
sebelum menjadi peperiksaan Tahap 'O' General Certificate of Education (Kelulusan Umum
Pelajaran) yang menjadi GCSE (General Certificate of Secondary School / Kelulusan Umum
Sekolah Menengah). Sejak tahun 2006, para pelajar turut menduduki kertas GCE Tahap 'O' bagi
bahasa Inggeris selain kertas SPM Bahasa Inggeris biasa. Keputusan lain ini adalah berdasarkan
markah penulisan karangan dalam kertas Bahasa Inggeris SPM. Penilaian karangan kertas
Bahasa Inggeris SPM diadakan di bawah pengawasan pegawai dari peperiksaan Tahap 'O'
British. Walaupun keputusan ini bukan sebahagian daripada SPM, keputusan ini akan dinyatakan
pada kertas keputusan.

Selepas keputusan SPM 2005 dikeluarkan pada Mac 2006, Kementerian Pelajaran
mengumumkan bahawa mereka sedang menimbang untuk memperbaharui sistem SPM kerana
orang ramai terlalu mementingkan bilangan A yang didapati. Pendidik-pendidik tempatan
bersetuju dengan cadangan ini. Salah seorang profesor di Universiti Malaya mengesali keadaan
sesetengah pelajar universiti yang tidak mampu menulis surat dan berbahas. Beliau berkata,
"Mereka tidak memahami apa yang saya katakan ... Saya tidak dapat berkomunikasi dengan
mereka." Tambah beliau, "Sebelum 1957, wira sekolah bukan mereka yang mendapat 8A atau
9A tetapi merupakan pembahas yang baik, pelakon yang baik, ahli sukan yang baik dan mereka
yang memimpin Persatuan Pengakap."

Selepas menamatkan pelajaran di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, sesetengah pelajar dapat
belajar di Sekolah Tinggi Persendirian Cina. Di sekolah jenis ini, para pelajar menduduki
peperiksaan piawai yang dikenali sebagai Sijil Peperiksaan Bersama (Unified Examination
Certificate/UEC). Sesetengah pelajar di sekolah-sekolah ini turut menduduki peperiksaan SPM
sebagai calon persendirian. UEC diadakan oleh Dong Jiao Zong (Persatuan Guru dan Pengarah
Sekolah Cina) sejak tahun 1975.

Terdapat tiga tahap dalam UEC, iaitu Vokasional (UEC-V), Junior (UEC-JML/JUEC) dan
Senior (UEC-SML/SUEC). Bahasa Cina merupakan bahasa pengantar bagi kurikulum dan
peperiksaan bagi UEC-V dan UEC-JML. Bahasa Cina atau Bahasa Inggeris merupakan bahasa
pengantar bagi mata pelajaran Matematik, Sains (Biologi, Kimia dan Fizik), Simpan Kira, Akaun
dan Perdagangan. Kesusahan UEC-SML adalah hampir sama dengan A-level kecuali Bahasa
Inggeris.

Pelajar di Sekolah Tinggi Persendirian Cina belajar dari tiga tahap rendah (Junior) sehingga ke
tiga tahap tinggi (Senior). Setiap tahap mengambil masa selama satu tahun. Mereka tidak
dibenarkan untuk belajar dalam tahap yang lebih tinggi jika gagal dalam peperiksaan sekolah,
sebaliknya perlu mengulang. Mereka yang gagal mara ke tahap yang lebih tinggi selepas belajar
dalam tahap yang sama selama tiga tahun akan disingkirkan dari sekolah. Oleh itu, sesetengah
pelajar mengambil masa yang lebih daripada enam tahun untuk menamatkan pelajaran di
Sekolah Tinggi Persendirian Cina. Pada akhir Junior 3, para pelajar perlu menduduki
peperiksaan UEC-JML. Sesetengah pelajar juga akan menduduki peperiksaan PMR. UEC-JML
lebih susah daripada PMR. Seperti pelajar di sekolah menengah awam, pelajar di sekolah tinggi
persendirian Cina juga akan dikategorikan kepada aliran Sains dan aliran Perdagangan/Sastera
bermula Senior 1. Pada akhir Senior 2, sesetengah pelajar menduduki peperiksaan SPM. Mereka
mungkin meninggalkan sekolah selepas SPM. Sesetengah pelajar pula menyambung pelajaran ke
Senior 3. Pada akhir Senior 3, mereka akan menduduki peperiksaan UEC-SML.

UEC-SML telah diakui sebagai kelayakan kemasukan banyak universiti luar negara seperti
Singapura, Australia, Taiwan, China dan sesetengah negara Eropah tetapi tidak diakui oleh
kerajaan Malaysia sebagai kelayakan kemasukan ke universiti-universiti awam Malaysia. Akan
tetapi, kebanyakan kolej persendirian mengakui UEC. Pada Mei 2004, kerajaan Malaysia
mewajibkan pelajar-pelajar yang menggunakan kelayakan kemasukan yang selain daripada SPM
perlu lulus dalam kertas Bahasa Malaysia SPM. Ini menyebabkan banyak bantahan, dan Menteri
Pengajian Tinggi ketika itu, Dr Shafie Salleh, mengecualikan pelajar UEC daripada keperluan
tersebut.

Pendidikan pra-universiti
Selepas SPM, para pelajar dapat membuat pilihan sama ada belajar dalam Tingkatan 6
matrikulasi, pengajian diploma di pelbagai institut pendidikan seperti Politeknik. Jika mereka
melanjutkan pelajaran dalam Tingkatan Enam, mereka akan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi
Persekolahan Malaysia (STPM). Tingkatan 6 yang terdiri daripada Tingkatan 6 Rendah dan
Tingkatan 6 Atas mengambil masa selama dua tahun. STPM dianggap lebih susah daripada A-
level kerana merangkumi skop yang lebih mendalam dan luas. Walaupun STPM biasanya
diduduki bagi mereka yang ingin belajar di universiti awam di Malaysia, STPM turut diakui di
peringkat antarabangsa.

Selain itu, para pelajar boleh memohon kebenaran untuk mengikuti program matrikulasi yang
mengambil masa selama satu atau dua tahun. Pada suatu ketika dahulu, matrikulasi hanya
mengambil masa selama satu tahun. Sejak tahun 2006, 30% daripada semua pelajar matrikulasi
diberikan program yang mengambil masa selama dua tahun. 90% daripada tempat matrikulasi
adalah disimpan untuk bumiputera. Program matrikulasi tidak seketat dengan STPM. Ramai
berpendapat bahawa program ini mudah daripada STPM, dan dikatakan untuk membantu
bumiputera belajar di universiti dengan mudah. Matrikulasi dikenalkan selepas kuota kemasukan
universiti awam yang berdasarkan kaum dimansuhkan. 70% daripada pelajar kursus krtikal
seperti perubatan, farmasi, pergigian dan perundangan ialah pelajar matrikulasi. Sebaliknya,
kebanyakan kursus-kursus seperti Sarjana Muda Sains yang kurang diminati diambil oleh pelajar
STPM. Pembela program matrikulasi mendakwa bahawa Tingkatan 6 adalah berbeza dengan
program matrikulasi. Akan tetapi, program matrikulasi dan Tingkatan Enam memainkan peranan
yang sama (kelayakan kemasukan universiti).

Sesetengah pelajar menerima pendidikan pra-universiti di kolej persendirian. Mereka mungkin


memilih diploma, A-level, Program Matrikulasi Kanada atau kursus yang sama dari negara lain.

Kerajaan mendakwa bahawa kemasukan universiti adalah berdasarkan meritokrasi tetapi terdapat
terlalu banyak program pra-universiti yang berlainan tanpa piawai yang boleh dibandingkan.

Pengajian tinggi
Lihat juga: senarai universiti di Malaysia.

Banyak subsidi diberi oleh kerajaan untuk menanggung pendidikan di universiti-universiti


awam. Pemohon memerlukan kelayakan STPM, matrikulasi atau diploma yang diiktiraf, serta
kelulusan-kelulusan lain yang setara yang diiktiraf Kerajaan. Keputusan yang baik dalam
peperiksaan tidak menjamin kemasukan universiti awam. Ini adalah kerana tempat pengajian
bagi sesetengah program adalah terhad. Contohnya, tempat untuk bidang perubatan adalah terhad
dan adalah mustahil untuk universiti awam menerima semua pelajar-pelajar yang mendapat
semua A dalam STPM. Justeru, adalah penting bagi pelajar untuk mendapatkan maklumat dari
pihak sekolah ketika mengisi borang permohonan.

Pada tahun 2004, kerajaan menubuhkan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk
mengawasi pendidikan pengajian tinggi. Kementerian ini dipimpin oleh Mustapa Mohamed pada
ketika itu. Kini, KPT diterajui oleh Dato Seri Mohamed Khaled Nordin.

Kebebasan akademik fakulti universiti umum telah diragui. Pengkritik seperti Bakri Musa
menggunakan contoh seperti ahli sains ditegur oleh Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak
kerana menerbitkan "kajian mengenai pencemaran udara".

Para pelajar juga dapat membuat pilihan untuk pergi ke institusi swasta bagi pendidikan
peringkat tinggi. Banyak institusi memberi kursus dengan bekerjasama dengan institut atau
universiti di luar negeri. Sesetengah universiti di luar negeri pula membuka cawangan di
Malaysia.

Aliran keluar mereka yang cemerlang dari Malaysia menyebabkan Perdana Menteri pada masa
itu (1995), Tun Dr Mahathir Mohamed melancarkan program menarik mereka pulang ke
kampung halaman. Matlamat rancangan ini adalah untuk menarik 5000 orang yang cemerlang
setiap tahun. Pada tahun 2004, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata dalam jawapan
parlimen bahawa rancangan ini telah menarik 94 ahli sains (24 orang Malaysia) dalam bidang
farmakologi, perubatan, teknologi semikonduktor dan kejuruteraan dari tahun 1995 hingga 2000.
Semasa jawapan ini diberikan, hanya seorang masih berada di Malaysia.

Selain itu, terdapat juga Institut Pendidikan Guru Malaysia yang menawarkan program ijazah
sarjana muda perguruan dan politeknik yang menawarkan kursus diploma dan sijil bagi yang
berminat.Terdapat juga kajian yang dilakukan mengenai Sistem penilaian prestasi pelajar[1]

Jenis sekolah
Sekolah Kebangsaan

Bahasa Malaysia digunakan sebagai bahasa pengantar di Sekolah Kebangsaan. Sekolah


Kebangsaan merupakan salah satu jenis sekolah rendah.

Sekolah Kluster

Sekolah kluster satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam
klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pewujudan sekolah
kluster bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan
membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah
lain di luar klusternya.
Sekolah Jenis Kebangsaan

Bahasa Cina atau Bahasa Tamil digunakan sebagai bahasa pengantar. Sekolah Jenis Kebangsaan
merupakan salah satu jenis sekolah rendah. Dari tahun 1995 hingga 2000, pengagihan
Rancangan Malaysia Ketujuh membahagikan 96.5% kepada Sekolah Kebangsaan yang hanya
mempunyai 75% daripada pelajar sekolah rendah. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (21%
daripada pelajar sekolah rendah) mendapat 2.4% daripada pengagihan manakala Sekolah Jenis
Kebangsaan Tamil (3.6% daripada pelajar sekolah rendah) mendapat 1% daripada pengagihan.

Sekolah Wawasan

Beberapa sekolah awam berkongsi kemudahan yang sama di dalam sebuah sekolah yang dikenali
sebagai Sekolah Wawasan. Penubuhan Sekolah Wawasan adalah untuk menggalakkan interaksi
yang lebih rapat antara kaum. Akan tetapi, kebanyakan orang Cina dan orang India membantah
Sekolah Wawasan kerana mereka percaya bahawa Sekolah Wawasan akan mengehadkan
penggunaan bahasa ibunda di sekolah.

Sekolah Agama Islam

Sekolah pondok, madrasah dan sekolah agama Islam lain merupakan bentuk sekolah asal di
Malaysia. Sekolah-sekolah sedemikian masih wujud di Malaysia tetapi bukan sebahagian
daripada pelajaran kanak-kanak di kawasan bandar. Pelajar di kawasan luar bandar masih belajar
di sekolah-sekolah ini. Keputusan pelajaran di sekolah-sekolah ini diterima oleh kebanyakan
universiti di Malaysia dengan menduduku peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia
(STAM),dan kebanyakan pelajar ini melanjutkan pelajaran ke kawasan seperti Pakistan atau
Mesir.

Sekolah Mubaligh

Terdapat juga sekolah mubaligh Kristian.[2]

Sekolah Bestari

Sekolah bestari cuba menerapkan komputer dan teknologi dalam kaedah pembelajaran.

Sekolah Teknik dan Vokasional

Sekolah Menengah Teknik dan vokasional memberi peluang kepada murid yang mempunyai
kecenderungan dalam pendidikan sains dan teknologi untuk memenuhi tenaga kerja dalam
bidang industri Negara. Kementerian Pelajaran Malaysia menawarkan program-program yang
membolehkan murid berpotensi menjadi separa profesional atau profesional dalam pelbagai
bidang teknikal dan kejuruteraan.

Sekolah Berasrama Penuh


Sekolah berasrama penuh (SBP) serta Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) merupakan
sekolah menengah perdana yang dikhaskan untuk pelajar-pelajar yang mendapat keputusan
cemerlang dalam UPSR dan PMR.

Ujian awam kebangsaan


Terdapat empat ujian awam kebangsaan:

Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) diadakan semasa tahun 6 sekolah rendah.
Penilaian Menengah Rendah (PMR) diadakan semasa tahun 3 sekolah menengah.
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diadakan semasa tahun 5 sekolah menengah.
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) diadakan semasa tahun 6 sekolah menengah.
Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) diadakan semasa tahun 6 sekolah menengah
agama.

Lihat juga
Kementerian Pelajaran Malaysia
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris
Pendidikan seks di Malaysia

Rujukan
1. "Hasan Basari, Abd. Samad (2002) Sistem penilaian prestasi pelajar." Universiti
Teknologi Malaysia Institutional Repository, Univesiti Teknologi Malaysia
2. Kenyataan Mukhriz Wujud Sekolah Satu Aliran Tiada Unsur Perkauman, Kata
Hishammuddin, Bernama

Pautan Luar
Pendidikan moral di Malaysia: tantangan dan implementasi pendidikan karakter di
sekolah
Model eklektik dalam sistem pendidikan Malaysia

Kategori:

Pendidikan di Malaysia

Anda mungkin juga menyukai