Anda di halaman 1dari 16

1.

0 PENGENALAN/PRAKATA
Bahasa merupakan lambang-lambang yang arbitrary, iaitu mempunyai makna
atau boleh difahami oleh sekelompok masyarakat. Oleh itu, Malaysia mempunyai
ramai penutur daripada kalangan orang Melayu yang menuturkan bahasa Melayu
membuatkan kesemua penutur hendaklah menguasai bahasa ini. Bahasa Melayu
turut digariskan sebagai bahasa pengantar di sekolah kebangsaan sekaligus
menjadi bahasa rasmi Malaysia. Setiap urusan rasmi seperti pentadbiran Negara
seperti di mahkamah, pejabat-pejabat Kerajaan dan sebagainya wajib menggunakan
bahasa Melayu dalam pertuturan mahupun surat-menyurat. Maka, setiap murid
merupakan sasaran dalam program ini tidak kira bangsa dan agama anutannya.
Dengan adanya program sebegini, dapatlah membantu menimbulkan minat murid
terhadap penggunaan bahasa Melayu serta menimbulkan minat terhadap mata
pelajaran tersebut.

2.0 LATARBELAKANG
Minggu Bahasa Melayu telah dianjurkan oleh panitia Bahasa Malaysia. Maka,
panitia Bahasa Malaysia telah melaksanakan programnya pada tarikh 29 Februari
hingga 4 Mac 2016. Program ini telah melibatkan semua pelajar SK Petaling 1 yang
terdiri daripada pelajar pelbagai kaum. Program ini bertujuan untuk menarik minat
pelajar terhadap mata pelajaran Bahasa Malaysia. Program-program yang telah
dirancang mampu memberikan rangsangan, cabaran serta saingan yang
memberangsangkan dalam kalangan pelajar dari tahun 1 hingga tahun 6. Tidak
ketinggalan juga, murid-murid pemulihan turut mempunyai program tertentu untuk
menimbulkan minat mereka terhadap mata pelajaran Bahasa Malaysia ini.

2.1 TARIKH PELAKSANAAN (TARIKH/MASA/TEMPAT)

HARI/TARIKH AKTIVITI MINGGU PERTAMA


ISNIN PERASMIAN DAN PERSEMBAHAN
06.02.17 BULAN BAHASA MELAYU
SELASA KUIZ PANDAI EJA (THN 1)
07.02.17 (waktu pdp BM)
RABU KUIZ PANDAI EJA (THN 2)
08.02.17 KUIZ PANDAI EJA (THN 3)
(waktu pdp BM)
KHAMIS
09.02.17 #CUTI HARI THAIPUSAM#

JUMAAT TULISAN CANTIK (THN 1)


10.02.17 TULISAN BERANGKAI (THN 2)
TULISAN BERANGKAI (THN 3)
(waktu pdp BM)

HARI/TARIKH AKTIVITI MINGGU KE-2


ISNIN BIJAK PENJODOH BILANGAN(THN 4)

13.02.17 (waktu pdp BM)


SELASA TEKA DIALOG (THN 5)

14.02.17 (waktu pdp BM)


RABU MEREKA SAJAK (THN 6)

15.02.17 (waktu pdp BM)


KHAMIS PERMAINAN BAHASA

16.02.17 TAHAP 2
JUMAAT PERMAINAN BAHASA

17.02.17 TAHAP 1

HARI/TARIKH AKTIVITI MINGGU KE-3


ISNIN PROGRAM BERSAMA

20.02.17 DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

TAHUN 5 SAHAJA
SELASA DEKLAMASI SAJAK (THN 4)
21.02.17 (waktu pdp BM)
RABU SYARAHAN (THN 6)

22.02.17 (waktu pdp BM)


KHAMIS MENCARI BENDA TERSEMBUNYI

23.02.17 TAHAP 1(waktu pdp BM)


JUMAAT PENJODOH BILANGAN

24.02.17 TAHAP 2(waktu pdp BM)

HARI/TARIKH AKTIVITI MINGGU KE-4


ISNIN MAJLIS PENUTUP BULAN BAHASA MELAYU

27.02.17

2.2 JAWATANKUASA PELAKSANA


Minggu Bahasa Melayu 2016
Penasihat : En. Othman Bin Md Zain
Pengerusi : Pn. Zaleha Bt Yusoh
N. Pengerusi : Pn. Tam Lai Wun
En. Amran Bin Shamsudin
Penyelaras : Pn. Zalina Bt Zainal Abidin
Setiausaha : Pn. Nor Atika Bt Harun
Bendahari : Pn. Anita Bt Johar.
AJK : Semua Guru Panitia Bahasa Malaysia

Ahli Jawatankuasa Program


PENAUNG : En. Othman bin Md.Zain (Guru Besar)
PENASIHAT 1 : Pn Zaleha binti Yusoh (GPK Tadbir & Kurikulum)
PENASIHAT 2 : Pn.Tham Lai Wun (GPK HEM)
PENASIHAT 3 : En.Amran bin Shamsudin (GPK Kokurikulum)
PENGERUSI : Pn.Anita binti Johor (KP Bahasa Melayu)
PENYELARAS TAHAP 1 : Pn.Suziyana binti Mohamed
PENYELARAS TAHAP 2 : Cik Junaidah binti Abu Bakar
AJK HADIAH : En.Mohd Faizul bin Zawawi
KERTAS KERJA : Pn.Anita binti Johor
JURU GAMBAR : En.Mohd Jamil Bin Abd.Patah
JURU ACARA : Puan Sarinah binti Abd.Rahim
DOKUMENTASI : Santhana Devi a/p Munusamy
BUKU PROGRAM : Pn.Zalina binti Zainal Abidin
PERASMIAN : Zawani binti Husin
BACKDROP : En.Muhammad Taufiq bin Azhar,
PERSEMBAHAN : Pn.Nor Atika binti Harun
PA SISTEM : En.Mahadi bin Ibrahim

2.3 OBJEKTIF PROGRAM


Objektif pelaksanaan Program Minggu Bahasa Melayu ini diadakan untuk:
1 Meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu.
2 Meningkatkan motivasi belajar kepada pelajar supaya minat terhadap mata
pelajaran Bahasa Melayu lebih konsisten.
3 Melahirkan para pelajar yang kreatif dan inovatif.
4 Meningkatkan pencapaian akademik bagi mata pelajaran Bahasa Melayu
dan seterusnya mencapai target yang telah ditetapkan.

2.4 KAEDAH PELAKSANAAN


1. Menyediakan kertas kerja untuk Program Minggu Bahasa Melayu 2016.
2. Bermesyuarat dengan ahli jawatankuasa program.
3. Membuat penyerahan tugas kepada AJK pelaksana.
4. Menyiapkan buku program dan pengaturan majlis pelancaran dan penutupan
program serta menyiapkan bahan program.
5. Melaksanakan program Minggu Bahasa Melayu 2016.
6. Membuat dokumentasi dan postmortem.

2.5 BAHAN DAN PERALATAN YANG DIGUNAKAN (NYATAKAN JENIS DAN


PERBELANJAAN LENGKAP)
1.0 PERBELANJAAN
BIL PERKARA BILANGAN HARGA JUMLAH
(SET) SEUNIT
1 Hadiah Kuiz Pandai Eja (Tahun 1,2,3) 27 RM 2.00 RM 54.00
2 Hadiah Tulisan Cantik (Tahun 1) 18 RM 2.00 RM 36.00
4 Hadiah Tulisan Berangkai(Tahun 2) 18 RM 2.00 RM 36.00
5 Hadiah Tulisan Berangkai(Tahun 3) 18 RM 2.00 RM 36.00
6 Hadiah Bijak Penjodoh Bilangan (Th 4) 9 RM 2.00 RM 18.00
7 Hadiah Teka Dialog(Tahun 5) 9 RM 2.50 RM 22.50
8 Hadiah Mereka Sajak (Tahun 6) 9 RM 2.50 RM 22.50
9 Hadiah Permainan Bahasa(Thp 1&2) 9 RM 2.50 RM 22.50
10 Hadiah Cerpen (Tahun 6) 9 RM 2.50 RM 22.50
11 Hadiah Deklamasi Sajak(Tahun 4) 3 RM 3.00 RM 9.00
12 Hadiah Syarahan (Tahun 6) 3 RM 3.00 RM 9.00
13 Hadiah Mencari Benda Tersembunyi 9 RM 2.00 RM18.00
14 Hadiah Penjodoh Bilangan 9 RM 2.00 RM 18.00
15 Hadiah Kelas Ceria 15 RM 3.00 RM 45.00
16 Kain Rentang 1 RM70.00 RM 70.00
17 Gimik Perasmian(belon) 10 RM 3.50 RM 35.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 474.00

3.0 HURAIAN PENILAIAN TUGAS/AKTIVITI


Aktiviti Program Minggu Bahasa Melayu telah berjalan dengan lancar. Pada
tarikh 29 Februari 2016, waktu perhimpunan rasmi dan seterusnya ialah majlis
perasmian pembukaan telah diadakan. Guru Besar SK Petaling 1, En. Othman Bin
Md Zain telah memberi ucapan sekaligus merasmikan program tersebut. AJK
program telah mengadakan gimik pelancaran dengan memotong belon.
Pada tarikh 1 Mac 2016, iaitu hari Selasa pula pertandingan tulisan cantik
telah dijalankan kepada murid-murid tahun 1, pertandingan teka silang kata telah
dijalankan dalam kalangan murid-murid tahun 2 dan 3. Pertandingan telah
dimulakan pada pukul 8:30 hingga 9:30 pagi. Guru-guru mata pelajaran Bahasa
Melayu telah dipertanggungjawabkan untuk menanda kertas jawapan sekaligus
memilih tiga orang pemenang bagi setiap kelas mengikut aliran.
Pada hari berikutnya, iaitu Rabu bersamaan 2 Mac 2016, pertandingan
mencipta pantun diadakan dalam kalangan murid-murid tahun 4 dan 5. Bagi murid-
murid tahun 6 pula telah dilaksanakan pertandingan mencipta mutiara kata. Tiga
orang pemenang turut dipilih bagi setiap kelas mengikut aliran masing-masing. Guru
mata pelajaran Bahasa Melayu turut dipertanggungjawabkan untuk menyemak
jawapan murid sekaligus memilih pemenang. Di samping itu, tiga orang murid yang
menguasai aktiviti telah dipilih.
Pada hari Khamis, 3 Mac 2016 telah diadakan pertandingan kuiz terbuka
kepada murid-murid dari tahun 1 hingga tahun 6 oleh guru-guru mata pelajaran
Bahasa Melayu mengikut waktu masing-masing. Guru telah memilih dua orang
pemenang untuk setiap kelas bagi aliran masing-masing.
Hari Jumaat bersamaan 4 Mac 2016, majlis penutup telah diadakan bermula
pukul 7:40 pagi hingga waktu rehat tahap 1. Penyampaian hadiah telah
dilaksanakan oleh penyampai-penyampai hadiah yang dipilih kepada pemenang-
pemenang bagi setiap pertandingan. Seterusnya, persembahan murid turut
diadakan, iaitu persembahan dalam kalangan murid-murid prasekolah dan murid-
murid Kelas Ceria. Ucapan perasmian penutup juga telah disampaikan oleh Guru
Besar SK Petaling 1, En. Othman Bin Md Zain.

4.0 PENCAPAIAN AKTIVITI


Aktiviti Program Minggu Bahasa Melayu telah berjalan mengikut perancangan,
bermula 29 Feb hingga 4 Mac 2016 hasil kerjasama setiap guru dan murid-murid
dapat melaksanakan aktiviti yang dipertandingkan.

5.0 KEMAJUAN/MASALAH
1. Murid tahap 2 hanya dapat melaksanakan aktiviti ini melalui penulisan tetapi
mereka sukar menjana idea secara spontan.
2. Menjalankan aktiviti yang hampir sama pada setiap tahun menyebabkan
muri-murid berasa kurang cabaran. Murid kelas Delima terutamanya
perlukan aktiviti yang lebih mencabar dan mereka perlu bersaing untuk
memperolehi sesuatu informasi yang disyaratkan dalam pertandingan yang
dijalankan.

6.0 PENAMBAHBAIKAN
1. Guru patut memikirkan aktiviti yang lebih mencabar untuk murid-murid tahap 2.
Contohnya, mengadakan mencari makna simpulan bahasa melalui aktiviti mencari
harta karun. Murid yang dapat mencari paling banyak maksud simpulan bahasa
yang diberi, akan dipilih sebagai pemenang.
2. Pertandingan mengisi tempat kosong dengan frasa yang betul untuk
menghasilkan seni kata yang bermakna boleh dilaksanakan untuk murid-murid tahun
3. Ini akan lebih menarik minat murid terhadap aktiviti yang akan disertainya. Aktiviti
menyusun perkataan menjadi ucapan yang bermakna kemudian menulis semula
dalam bentuk tulisan berangkai boleh dilaksanakan untuk murid-murid tahun 2.
Seterusnya, murid-murid tahun 1 akan melaksanakan aktiviti menyusun huruf yang
berterabur menjadi perkataan yang bermakna dan menulisnya pada ruangan yang
disediakan.
3. Murid tahun 3 yang berjaya mengisi tempat kosong dengan frasa yang betul untuk
menghasilkan seni kata lagu yang bermakna boleh diberi penghargaan melalui
persembahan pada hari perasmian penutupan minggu panitia ini dengan
menyanyikan lagu tersebut secara berkumpulan. Mereka boleh dibimbing oleh AJK
persembahan.

7.0 PENUTUP
Pelaksanaan Program Minggu Bahasa Melayu ini adalah suatu aktiviti
tahunan yang telah dianjurkan oleh Panitia Bahasa Malaysia. Sepanjang
pelaksanaan aktiviti bagi program ini, para guru dan murid-murid telah memberikan
kerjasama yang sangat baik serta memberangsangkan. Program-program yang
diaturkan ini juga dapat membantu meningkatkan kefahaman murid tentang sesuatu
yang telah dipelajari mereka sebelum ini. Murid juga teruja dengan hadiah yang
telah dimenangi kerana timbul kesedaran dalam diri mereka bahawa mereka perlu
bersaing dengan rakan-rakan yang lain untuk meraih kejayaan dalam menimba ilmu
pengetahuan dalam setiap mata pelajaran amnya dan mata pelajaran Bahasa
Melayu khususnya. Aktiviti yang telah dilaksanakan oleh murid-murid tahun 1 dapat
membantu mereka memperbaiki tulisan mereka supaya lebih cantik dan kemas.
Program ini juga dapat meningkatkan penguasaan kosa kata kepada murid-murid
tahun 2 dan 3. Selain itu, dapat memberikan murid tahap 2 menimba pengalaman
serta membina kemahiran berfikir aras tinggi(KBAT).
DISEDIAKAN OLEH DISAHKAN OLEH

TT: TT: .

(NOR ATIKA BINTI HARUN) (PN. ZALEHA BINTI YUSOH)


GAMBAR
SEPANJANG MINGGU BAHASA MELAYU 2016
LAPORAN
PROGRAM MINGGU BAHASA MELAYU 2016

Anda mungkin juga menyukai