Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BETUL

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PEMILIHAN TENDER KANTIN


SK SUNGAI BETUL BAGI TAHUN 2018 2019

TARIKH : 14 OGOS 2017


HARI : ISNIN
MASA : 2.30 PETANG
TEMPAT : PUSAT SUMBER SK SUNGAI BETUL

KEHADIRAN : Pn Salabiah Bt Chu Abu Kassim ( Guru Besar )


: Pn Hazwira Aznor Mohd Alwi (PK Pentadbiran)
: En Kamal Shazni Salim ( PK HEM )
: En Ahmad Fauzi Noordin (PK Kokurikulum)
: Pn Rashidah Mustafar ( Guru Kantin)

AGENDA MESYUARAT

AGENDA 1: Ucapan Pengerusi

1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan surah al-Fatihah.

1.2 Guru besar selaku pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli
mesyuarat yang hadir. Beliau menerangkan tujuan diadakan mesyuarat untuk memilih
pengusaha kantin yang baru bagi sesi 2018/2019

AGENDA 2: Membuka tender sebut harga kantin

3.1 Guru Besar menyatakan tujuan mesyuarat ini untuk membuka tender baru kantin sekolah
bagi sesi 2018-2019.Pengusaha sedia ada juga harus memohon semula sekiranya
masih berminat untuk mengendalikan kantin sekolah ini.
AGENDA 3: Pemilihan sebut harga

4.1 Mesyuarat telah mengambil keputusan tegas bahawa pemilihan perlulah berdasarkan
tawaran harga yang berpatutan, mutu perkhidmatan yang terbaik dan dapat mematuhi
peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

4.2 Penentuan pemilihan pengusaha kantin yang paling layak adalah dengan mengambil kira
reputasi perkhidmatan yang terbaik sebelum ini.

AGENDA 5: Tindakan susulan

5.1.1 AJK Mesyuarat telah bersetuju menetapakan wang sewa kantin pada takrif RM100.00
sebulan termasuk bil api dan air.
5.1.2 Menghebahkan pembukaan permohonan tender ini melalui surat makluman kepada
komuniti sekitar.
5.1.3 Pengusaha yang berminat perlu hadir ke sekolah untuk mengambil borang sebut harga
pada 21.08.2017 hingga 08.09.2017.
5.1.4 Tarikh akhir penghantaran permohonan adalah pada 29.09.2017 jam 12.00 tengah hari.

5.2 Guru Besar mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua ahli mesyuarat di
atas kelancaran mesyuarat sebut harga kantin yang sedang berlangsung.

AGENDA 6: Hal-hal lain

6.2 Guru besar menekankan kepada semua AJK yang hadir supaya tidak mendedahkan
keputusan mesyuarat ini kepada pihak luar sehingga keputusan sebenar dimaklumkan.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.00 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,


( PN RASHIDAH MUSTAFAR ) ( PN SALABIAH CHU ABU KASSIM )
SETIAUSAHA KANTIN GURU BESAR,
SK SUNGAI BETUL SK SUNGAI BETUL