Anda di halaman 1dari 8

MASALAH DALAM NYANYIAN

Antara masalah-masalah yang sering dihadapi oleh guru sewaktu persembahan


nyanyian sama ada kumpulan atau pun individu adalah pic yang tidak tepat dimana
masalah pic yang tidak tepat biasanya berkait rapat dengan pendengaran pelajar.
Pelajar didapati tidak memberi tumpuan sepenuhnya kepada ketepatan bunyi yang
dihasilkan dari nyanyian mereka. Ia berlaku apabila pelajar menghadapi masalah
seperti kebolehan menyanyi yang baik, kelemahan membaca notasi muzik serta faktor
persekitaran yang sering menganggu para pelajar.

Hearing is an involuntary physical act that happens through our primary sense
organ when sound waves impinge upon the ear. Everyone with healthy ears can hear.
Listening takes cultivation and evolves through one's lifetime (Pauline Oliveros, 2001).

Berdasarkan penyataan di atas dapat kita lihat bahawa latihan pendengaran


merupakan latihan yang paling penting apabila mempelajari muzik kerana ia dapat
menerangkan dengan jelas terhadap konsep untuk mendapatkan pic yang tepat.
Konsep ini perlu difahami oleh semua murid. Kematangan pendengaran perlu
dipertingkatkan dan diperkembangkan dari masa ke masa dan ia hanya dapat dicapai
melalui latihan yang berterusan serta komitmen yang tinggi.

Kemahiran pendengaran yang kurang baik sudah pasti akan membebankan


pelajar untuk memahami dan menguasai kemahiran nyanyian. Pelajar tidak akan dapat
mengetahui sama ada mereka telah menyanyi dengan betul atau salah. Jika ini berlaku,
sudah pasti mereka tidak dapat menikmati apatah lagi menghayati lagu yang
dinyanyikan. Kesilapan membuat anggaran kelajuan, tekanan dan jumlah udara inilah
merupakan antara punca yang menyebabkan pic berubah dan akan memberi kesan
yang ketara pada pic, harmoni, dan sebagainya. Kesimpulannya,kesemua faktor ini
diakibatkan oleh kelemahan pendengaran yang membawa kepada kelemahan untuk
melakukan perkiraan yang tepat untuk menghasilkan pic yang tepat.

Masalah seterusnya adalah intonasi dan kualiti ton yang kurang baik. Ini
menyebabkan bunyi yang dihasilkan tidak tepat. Pic yang dihasilkan mungkin berbunyi
sedikit rendah atau tinggi. Jika ini berlaku maka bunyi yang dihasilkan akan
menyebabkan berlakunya masalah intonasi. Masalah ini juga boleh berlaku sekiranya
ton yang dihasilkan oleh alat vokal itu tidak mencerminkan ton yang sewajarnya.
Tambahan lagi kualiti ton yang dihasilkan oleh seseorang penyanyi memberi kesan
pada lagu yang dimainkan. Terdapat pelajar-pelajar yang tidak dapat menghasilkan ton
yang berkualiti seperti menyanyi terlalu kuat dalam ensembel atau sering menyanyi di
luar piawaian pic atau sumbang, ton yang kasar dan keras.

Selain daripada itu, masalah dinamik dimana ketepatan dinamik adalah sesuatu
yang subjektif dalam persembahan nyanyian. Aras dinamik tidak boleh dikurangkan
pada sesuatu ukuran desibel (kekuatan bunyi) kerana ianya berkaitan dengan
kebolehan menginterpretasi skor, kemahuan jurulatih dan mood sesuatu lagu.
Selalunya masalah yang timbul kerana penyanyi tidak dapat merasai kekuatan
sebenarnya sesuatu dinamik seperti piano (p) atau forte (f). Semuanya ditentukan oleh
berbagai aspek seperti, register, stail, pencipta, zaman, kawalan bunyi daripada
penyanyi, kehendak konduktor dan citarasa seseorang.

Kegagalan penyanyi mengamati tanda dinamik yang ditulis akan memberi kesan
pada bunyi atau kemerduan sesuatu lagu dan sudah pasti kekurangan warna atau
kecantikan kepada lagu yang dipersembahkan. Masalah ekspresi sering berlaku
kepada pelajar yang kurang pengalaman muzik dan kurang diberi pendedahan oleh
jurulatih mengenai kehendak atau karektor nyanyian yang ingin dihasilkan. Mereka
gagal menterjemahkan karakter-karakter yang ditulis dalam skor kepada bunyi yang
bermakna seperti mood lagu, kualiti ton, ketepatan irama, keseimbangan, intonasi,
dinamik, frasa lagu dan berbagai aspek estetika yang terkandung di dalam lagu
tersebut.

Masalah pengfrasaan juga sering berlaku dalam nyanyian. Pengfrasaan


biasanya ditandakan dengan satu garisan yang menunjukkan pengfrasaan tersebut.
Bahagian ini perlu dimainkan dengan licin tanpa putus. Untuk mengelak daripada kesan
terputus, maka ia dimainkan dengan satu pernafasan bagi satu frasa. Namun demikian,
permasalahan ini timbul apabila skor lagu tidak dilengkapi dengan tanda frasa. Jika
tanda frasa tidak dilengkapkan maka guru perlu meletakan tanda frasa tersebut. Ada
kalanya permasalahan ini timbul disebabkan oleh kecuaian guru dan pelajar mengesan
frasa lagu.

Oleh itu, proses penganalisisan perlu dilaksanakan dan guru perlu menandakan
pengfrasaan yang sesuai. Ini merupakan satu keperluan bagi mengelak daripada
berlakunya masalah pengfrasaan. Pengfrasaan juga berkait rapat dengan tempat
pernafasan iaitu tempat di mana pemuzik alat tiupan mengambil kesempatan untuk
mengambil nafas sebelum memulakan permainan mereka. Pengfrasaan yang tidak
betul akan memberi kesan terhadap persembahan keseluruhan. Persembahan akan
kedengaran seperti terputus-putus dan tidak lancar. Sedikit sebanyak ia akan
mengganggu konsentrasi para pemuzik dan menyebabkan pemuzik hilang konsentrasi
serta tidak dapat mengeluarkan ekspresi yang terbaik pada persembahan.

Harmoni juga merupakan salah satu masalah yang sering terjadi dalam
persembahan ensemble. Kebanyakan pelajar kurang memahami harmoni dan peranan
atau karakter bagi setiap alat untuk menghasilkan pic yang tepat, keseimbangan dan
harmoni yang bermutu. Terdapat juga pelajar yang tidak memahami keseimbangan di
antara melodi, kaunter melodi dan pergerakan kord dalam lagu. Masalah ini dapat
diatasi dengan berbagai kaedah dan latihan yang perlu diberi kepada pelajar agar
mereka dapat meningkatkan kemahiran mendengar dan memahami pergerakan
harmonik yang terdapat dalam lagu.

Setiap masalah yang timbul pasti mempunyai jalan penyelesaian. Bagi


mengatasi masalah kekangan masa, guru ataupun pengarah muzik boleh menyediakan
prosedur latihan yang lebih jelas dengan menyediakan satu jadual terperinci berkaitan
dengan prosedur dalam latihan. Prosedur yang disediakan secara teliti dapat
membantu mereka dalam menyediakan rancangan mengajar dan melatih dengan lebih
baik dan berkesan. Perancangan yang baik ini akan membantu dalam menyediakan
segala keperluan termasuklah bahan-bahan dan peralatan yang diperlukan dalam
menyampaikan pengajaran. Ini dapat menjimatkan masa yang banyak sekali gus
mengelakkan daripada timbulnya pelbagai masalah kelak.
Seterusnya, masalah corak irama juga dapat dikurangkan jika guru menjadikan
latihan corak irama sebagai salah satu aktiviti wajib semasa warm up. Perkenalkan
beberapa corak irama pada setiap kali latihan yang dijalankan. Ia perlu diperkenalkan
mengikut urutan serta tahap pelajar iaitu daripada mudah kepada tahap yang lebih
mencabar. Terdapat pelbagai bahan seperti buku dan skor latihan telah diterbitkan
untuk tujuan tersebut. Ia juga boleh didapati menerusi laman web yang boleh diterokai
menerusi Internet.

Latihan ini telah disediakan mengikut tahap-tahap tertentu oleh golongan


profesional. Guru juga boleh menganalisa nilai bagi corak irama tersebut agar pelajar
faham dari segi teorinya. Perkenalkan corak irama bahagian demi bahagian. Misalnya
bar demi bar dengan menggunakan tempo yang lambat dan lajukan tempo apabila
kemajuan telah dicapai. Proses ini perlu diulang sehingga pelajar dapat menguasainya
secara praktikal. Cara penyelesaiannya lain ialah corak irama ditulis pada papan hitam
dan dibahagikan kepada quarter note kepada empat bahagian yang sama. Kemudian
bilang dengan tempo yang lambat setiap bahagian. Jurulatih perlu membimbing pelajar
supaya menepuk irama dengan betul.

Selain itu, penggunaan audio visual mampu membantu pelajar bermain dengan
ton yang baik. Kaedah ini memerlukan kepada beberapa arahan yang perlu dipatuhi
oleh setiap pelajar. Oleh itu, ia perlu dimulakan dengan memberi arahan atau panduan
kepada pelajar. Arahan dan panduan guru perlu jelas serta mudah difahami. Ini penting
agar pelajar tahu apa yang harus didengar dan diperhatikan. Pelajar perlu diminta untuk
membuat komen terhadap persembahan tersebut sebaik sahaja persembahan tamat.

Bagi mengatasi masalah berkaitan sinkopasi pula, satu kaedah yang digunakan
untuk mendapat ketepatan irama sinkopasi ialah melatih pelajar menyanyi dan
menepuk irama pada keratan-keratan irama yang terdapat sinkopasi. Selain itu, pelajar
perlu menanda downbeats dengan pensel pada skor. Cara ini dapat membantu
pelajar jika mereka menghadapi masalah percampuran not dan tanda rehat.
Menconteng skor dengan berbagai tanda adalah penting dan berkesan untuk
mengingatkan pelajar mengenai berbagai aspek yang terdapat dalam skor seperti
pertukaran dinamik, artikulasi dan tempat yang sesuai untuk menarik nafas. Ianya
membantu pelajar mencapai tahap ketepatan irama yang diperlukan dalam skor.

Pic yang tidak tepat sememangnya suatu masalah yang agak rumit sekiranya
tidak diatasi dengan baik. Untuk mengatasinya, dicadangkan agar latihan pendengaran
dijadikan latihan wajib bagi setiap sesi latihan. Latihan ini akan memberi fokus kepada
ketepatan pic. Latihan ini juga boleh diperkukuhkan semasa melakukan warm up.

Memberi arahan semasa permainan ensembel bertujuan untuk memperbaiki


persembahan terutamanya dari segi keseimbangan bunyi, mula dan akhir, frasa,
dinamik, artikulasi dan sebagainya. Terdapat dua kaedah yang digunakan semasa
latihan nyanyian. Kaedah pertama memberi arahan dengan menggunakan suara.
Kaedah kedua ialah memberi arahan menerusi gerak badan dan tangan dengan
disertakan ekspresi wajah. Kaedah ini sememangnya berkesan jika pelajar telah dilatih
dengan betul. Ia memerlukan latihan yang berterusan sehingga ia menjadi satu
kebiasaan bagi semua murid.

Ekspresi juga merupakan salah satu elemen yang harus diberi perhatian di
dalam nyanyian. Konduktor perlu memainkan peranan yang penting untuk membantu
penyanyi menyanyi dengan ekspresi. Ia dapat dilakukan dengan menggunakan gerakan
badan dan melakonkan ekspresi wajah mengikut ekspresi yang diinginkan.

Konduktor perlu memberi penerangan mengenai bagaimana dan kenapa


ekpresi sangat penting semasa persembahan. Demonstrasi adalah cara yang paling
berkesan untuk membantu pelajar mendapat ekpresi yang betul. Penerangan secara
lisan perlu diberi dengan jelas, tepat dan mudah difahami. Jurulatih perlu menerangkan
secara teliti apa yang perlu dilakukan untuk menghasilkan bunyi yang ekpresif.

Selain itu, untuk mengelakkan masalah-masalah sampingan berkaitan kumpulan


penyanyi yang akan dibentuk di sekolah, uji bakat perlu dilaksanakan. Uji bakat adalah
bertujuan mendapatkan ahli-ahli yang benar-benar mempunyai potensi dan
kemampuan dalam nyanyian. Dalam hal ini, kita sebagai guru muzik perlu tahu berapa
bilangan ahli koir atau pemuzik yang diperlukan. Jumlah ahli akan mempengaruhi bunyi
keseluruhan yang dihasilkan nanti. Ini memudahkan proses keseimbangan bunyi.
Melalui uji bakat juga kita dapat memilih ahli yang betul-betul berdisiplin dan komited
terhadap tanggungjawab dan peranan masing-masing.

REFLEKSI

Setelah mempelajari tentang masalah dalam nyanyian ini, saya telah mendapat
ilmu pengetahuan yang sangat berguna kepada diri saya dalam menghasilkan pic yang
lebih tepat dalam nyanyian. Sebelum mempelajari topik ini, saya sering ditegur oleh
pensyarah muzik saya berkenaan dengan pic saya yang tidak tepat.

Melalui ilmu ini, saya akan dapat membuat penambahbaikan dalam nyanyian
saya di dalam kelas. Nyanyian adalah salah satu aktiviti yang menyeronokkan. Saya
juga telah mengetahui bahawa pelbagai muzik vokal boleh dilakukan iaitu nyanyian
secara solo ataupun secara berkumpulan ataupun nyanyi dua lapisan suara. Nyanyian
dapat memberi respon kepada pelbagai aspek tentang karya atau persembahan muzik
vokal seperti konsep muzik iaitu berbentuk irama, melodi, bentuk dan ekspresi. Ia juga
berfungsi sebagai muzik iaitu perayaan, tarian serta upacara dan digunakan sebagai
teknik persembahan.

Bidang nyanyian juga memberi penumpuan dan penegasan kepada aspek


postur, pendengaran, sebutan, pernafasan dan eknik pengeluaran suara. Kegiatan
ensemble vokal diadakan bagi seimbang. Amalan nilai-nilai murni yang berkaitan
dengan disiplin diri dan kerjasama juga perlulah diutamakan dalam kegiatan ensemble.
Penerapan nilai-nilai murni juga dipupuk melalui lirik lagu terutama melalui lagu yang
berunsur budaya tanah air masyarakat Malaysia.
RUJUKAN

Rasid, J. (2015, April 7). Masalah Nyanyian Dalam Kelas. Retrieved April 12, 2017, from
https://www.scribd.com/document/261110879/Masalah-Nyanyian-Dalam-Kelas
PENGHARGAAN

ALHAMDULILLAH, syukur kepada Allah S.W.T kerana akhirnya saya telah berjaya juga
menyiapkan tugasan kerja kursus bertulis seperti yang diamanahkan oleh pensyarah kami iaitu
Encik Steven Wong Choon Fatt.

Pertama sekali, setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya ucapkan
kepada pensyarah saya, Encik Steven yang telah banyak memberi tunjuk ajar, sokongan,
dorongan dan inspirasi kepada saya dalam melaksanakan tugasan ini dan dapat
menyiapkannya pada masa yang ditetapkan. Bimbingan, pandangan dan tunjuk ajar yang telah
beliau berikan sepanjang proses saya menyiapkan tugasan ini telah banyak membantu saya
menyiapkannya dengan sempurna tanpa sebarang kesulitan.

Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih dan penghargaan yang setinggi-tingginya
kepada rakan-rakan seperjuangan yang sedia membantu dalam melaksanakan tugasan ini.
Mereka telah banyak membantu dengan memberi nasihat, motivasi dan dorongan kepada saya
dan seringkali tidak keberatan untuk menjawab segala persoalan saya yang kurang saya
fahami dalam menyiapkan tugasan ini. Sesungguhnya segala pertolongan dan bantuan yang
telah mereka berikan amat saya hargai.

Sekali lagi saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada sesiapa jua
yang terlibat secara langung ataupun tidak langsung dalam menyiapkan tugasan ini. Sekian
terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai