Nikmat Membawa Kepada Dosa Atau Taat

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 1

NIKMAT MEMBAWA KEPADA DOSA ATAU TAAT.

Setiap nikmat yang Allah kurniakan kepada kita hendaklah disahut dengan penuh kesyukuran.

Rasa syukur itu pula diterjemahkan dengan ibadah kita kepada Allah SWT dalam pelbagai

bentuk. Bergantung kepada diri masing-masing samada hendak menambah nilai amalan-

amalan sunatnya ataupun diluahkan rasa syukur itu dengan berzikir atau bertadabbur kepada

Allah taala.

Bagi hamba Allah yang beriman, itulah tanda terima kasihnya kepada Allah di atas nikmat

kurniaan Allah kepadanya. Malah baginya, dia menganggap nikmat kurniaan Allah itu

merupakan tanda kasih sayang Allah kepadanya.

Bagaimana pula dengan mereka yang melakukan maksiat tetapi masih dikurniakan Allah nikmat

kepadanya melimpah ruah malah melebihi nikmat yang diberikan kepada hamba-hamba Allah

yang beriman. Adakah Allah bersifat tidak adilMengapa Allah melakukan sedemikianDia

tidak solat, menerima rasuah, sombongtetapi, mengapa Allah masih mengurniakan nikmat

rezeki kepadanya.

Pelbagai persoalan timbul di dalam diri kita mempersoalkan hak Allah. ISTIDRAJ. Inilah jawapan

yang sesuai bagi persoalan ini. Satu kalimah yang bukan sahaja mampu menjawab persoalan ini.

Malah ia bagaikan kompas yang menentukan arah samada nikmat yang kita terima itu adalah

bala ataupun nikmat yang sebenar.

Istidraj merupakan perkara luar biasa yang berlaku pada orang fasik, termasuk juga orang kafir.

Anda mungkin juga menyukai