Anda di halaman 1dari 3

MASA PERKARA

7.30am Ketibaan pegawai perhubungan sekolah (PPS) PDRM Pekan


7.40am Mengumumkan ketibaan En Mohd Izani B Che Yusoff selaku Ketua Pondok Polis
Sri Makmur, seterusnya Yang Di Pertua PIBG En Mohd Bakri B Othman.
7.45am Perhimpunan murid bersama PDRM/PIBG/GURU
Bacaan Ikrar Rukun Negara
Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri dan Lagu Sekolah
7.50am Yang Berusaha Pn. Khatijah Binti Harun Guru Penolong Kanan SK Seri Makmur,
En Mohd Izani B Che Yusoff Ketua Pondok Polis Sri Makmur, seterusnya Yang
Di Pertua PIBG En Mohd Bakri B Othman, yang dihormati barisan guru penolong
kanan, rakan-rakan guru serta murid-murid SK Seri Makmur yang dikasihi sekelian.

Ke Pekan Kuala membeli bingka,


Burung merbah di pohon cemara,
Majlis bermula tirai dibuka,
Assalamulaikum pembuka bicara.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamulaikum wbt dan salam sejahtera.

Di pagi yang mulia dan penuh berkat ini, kita akan melancarkan Program JOM KE
SEKOLAH, GURU PENYAYANG dan MINGGU ANTI DADAH bagi
tahun 2017.

Tujuan program gabungan unit bimbingan & kaunseling bersama unit pengurusan
PPDa ini diadakan ialah untuk melahirkan murid-murid yang cemerlang, rajin,
tekun dan bebas daripda penyalahgunaan dadah sama ada di sekolah mahupun di
kalangan kehidupan seharian untuk selama-lamanya.

Program JOM KE SEKOLAH dan GURU PENYAYANG merupakan


8.00am Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin Allah dan limpah kurnia-Nya
majlis pada pagi ini dapat dilangsungkan dalam suasana aman dan harmoni.

Kalau pergi Tanjung Keramat,


Anak manis jangan diangkat,
Bersama kita mohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Bagi menambah keberkatan pada pagi ini, dijemput Ustaz Mokhtar Bin Abd
Ghani untuk membacakan doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

BACAAN DOA..

Amin,amin ya rabbal alamin. Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz


Mokhtar Bin Abd Ghani atas bacaan doa itu tadi.
8.05am Warga sekolah yang dihormati,
Majlis dengan segala hormatnya menjemput Tuan Guru Besar untuk membacakan
perutusan KPPM, KPM. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

UCAPAN GURU BESAR.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar Cik Siti Saloma Binti Mat Aris.

Terima kasih diucapkan kepada En Mohd Izani B Che Yusoff atas ucapan dan
perasmian sebentar tadi
8.20am Besar langit ditepi busut,
Di atas papan batang jerami,
Besar hajat kami menjemput,
Tiba masanya bicara perasmi.

Oleh itu majlis dengan segala hormatnya menjemput PPS En Mohd Izani B Che
Yusoff, Ketua Pondok Polis Sri Makmur, untuk menyampaikan ucapan dan
seterusnya merasmi dan melancarkan Program JOM KE SEKOLAH dan
GURU PENYAYANG . Dengan segala hormatnya dipersilakan.

UCAPAN PERASMI.
(*Lepas ucapan, sebelum gimik perasmian, dijemput semua Guru Penolong Kanan
naik ke pentas)

Majlis juga menjemput Yang Berusaha Guru Penolong Kanan 1, Pn. Khatijah Binti
Harun diiringi Yang Di Pertua PIBG En Mohd Bakri B Othman, serta barisan
Guru Penolong Kanan untuk naik ke pentas bagi memeriahkan perasmian Program
JOM KE SEKOLAH dan GURU PENYAYANG serta penyerahan PETI
ADUAN DISIPLIN MURID kepada Yang Berusaha Guru Penolong Kanan 1.

GIMIK PERASMIAN.

Terima kasih diucapkan kepada En Mohd Izani B Che Yusoff atas ucapan dan
perasmian serta penyerahan peti aduan disiplin murid sebentar tadi.
8.35am Seterusnya, majlis kita diteruskan lagi dengan menjemput adik MUHAMMAD
ZAIM RABBANI B SAHRIMAN untuk membacakan ikrar JOM KE
SEKOLAH
BACA IKRAR.

Terima kasih diucapkan kepada adik MUHAMMAD ZAIM RABBANI B


SAHRIMAN atas bacaan ikrar itu tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput adik MUHAMMAD SHAHRULNIZAM


AKASYAH B YUSOF (KETUA PELAJAR PPDa) untuk membacakan ikrar
ANTI DADAH

Terima kasih diucapkan kepada adik MUHAMMAD SHAHRULNIZAM


AKASYAH B YUSOF atas bacaan ikrar itu tadi.
8.45am Seterusnya majlis menjemput En Mohd Izani B Che Yusoff, diiringi Yang Di
Pertua PIBG En Mohd Bakri B Othman serta barisan pentadbir untuk mengambil
tempat bagi upacara fotografi.

Majlis juga menjemput guru-guru SK Seri Makmur untuk turut mengambil tempat
bagi sesi bergambar bersama tetamu jemputan.

SESI BERGAMBAR..

Dengan berakhirnya sesi fotografi itu tadi, maka berakhirlah majlis perasmian
Program JOM KE SEKOLAH dan GURU PENYAYANG serta ANTI
DADAH. Sekali lagi majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada semua tetamu
jemputan atas kesudian untuk bersama-sama menjayakan program pada hari ini.

Bunga seroja di atas cemara,


Jatuh sekuntum di atas para,
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua yang kami pinta.

Di atas dahan burung tempua,


Melihat rusa tepi perigi,
Salam perpisahan untuk semua,
Di lain masa bersua lagi.

Sekiranya terdapat sebarang kelemahan dan kekurangan dalam pengendalian


program pada hari ini, saya bagi pihak ahli jawatankuasa, dengan rendah hati
memohon ribuan ampun dan maaf. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah
SWT dan yang buruk itu datangnya dari kami.
8.50am Jamuan ringan
9.00am Bersurai

Anda mungkin juga menyukai