Anda di halaman 1dari 5

Rumusan Laporan Pelaksanaan Aktiviti 3 minggu

Program Transisi Tahun 1 2016 telah berjaya diadakan dalam tempoh tiga minggu
seperti yang telah ditetapkan mengikut aktiviti yang telah disediakan oleh ahli
jawatankuasa di SK Sungoi Tuaran,Sabah.Program ini telah berjaya mencapai
beberapa matlamat yang diharapkan terutamanya dalam inovasi pengurusan bilik
darjah.Sejujurnya,Program Transisi yang dijalankan kali ini dilihat lebih sistematik dan
berjaya dilaksanakan dengan baik di SK Sungoi.

Kekuatan Program:

Murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, guru-guru dan kawan baru
dalam masa yang singkat.
Guru-guru dapat menyelaraskan keperluan kognitif,emosi,kerohanian dan
jasmani murid secara menyeluruh sebelum memulakan proses pengajaran dan
pembelajaran secara formal di Tahun 1.
Dapat meningkatkan minat dan semangat murid untuk datang ke sekolah tanpa
banyak masalah.
Dapat menjana keseronokan minda apabila murid berada dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Sungguhpun tujuan Program Transisi ini telah mencapai hasratnya, namun


berdasarkan Post-Mortem yang telah dibuat masih juga ada kelemahan dan
kekangannya. Antaranya ialah:

Murid tidak begitu teruja dan bersedia untuk belajar dengan lebih serius kerana
tempoh 3 minggu yang mereka lalui tiada tekanan yang diberi dalam pengajaran
dan pembelajaran.
Murid hanya lebih tertarik kepada aktiviti yang melibatkan permainan berbanding
berada di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
100% murid Tahun 1 tidak pernah belajar sama ada di pra sekolah, tabika dan
sebagainya. Pengetahuan mereka mengenai perkara-perkara asas adalah masih
kosong.

Berdasarkan rumusan di atas, kami sebagai pihak yang melaksanakan program transisi
ini di sekolah,mempunyai satu cadangan yang ingin diutarakan iaitu kami berharap agar
pihak yang berkenaan memikirkan satu cara atau satu program yang lebih baik. Hal ini
kerana terdapat banyak kesukaran dan kekangan pelaksanaan program ini di sekolah
pedalaman.
Rumusan Laporan Bergambar Mengikut Minggu

Aktiviti Yang Dijalankan Pada Minggu Pertama:

. Pendaftaran Menulis abjad abc

Aktiviti Yang Dijalankan pada Minggu ke 2

Melawat persekitaran Sekolah

Pengajaran bertema( Nyanyian)


Pengajaran bertema( Bahasa Malaysia)

Aktiviti Pra-nombor

Aktiviti Pada Minggu ke 3

Perhimpunan pagi
Penyampaian hadiah
Penyampaian hadiah.