AKU SEBUAH KERETA
‘Aku sebuah kereta, Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terletak di Shah
Alam, Selangor. Aku diberi nama Proton inspira. Aku dilahirkan bersama ramai
kawan. Aku gembira melihat badanku yang berwarna merah dan hiasan
dalaman yang berwarna collat. Badanku kelihatan kukuh dan berkilat. Aku
diperbuat daripada besi, kaca dan getah. Aku mempunyai empat kaki yang
dikenali sebagia roda. Kaki ku diperbuat daripada getah. Aku juga mempunyai
dua lampu yang akan menyuluh jalan apabila waktu malam,
Pada suatu hari aku dan beberapa kawan ku dibawa menaiki sebuah
lori, untuk dihantar ke sebuah kedai menjual kereta. Di sana aku melihat lebih
ramai kawan-kawanku sudah berada di situ, Ada yang berwarna putih, merah,
kuning, hijau dan lain-lain. Hatiku gembira kerana bersua dengan rakan-rakan
baru. Aku dipamerkan di sebuah tempat yang berhampiran dengan pintu
masuk. Setiap hari ramai pengunjung datang untuk melihat kereta disini. Ada
juga yang memuji kecantikan ku. Aku merasa sangat bangga
Belum sampai seminggu aku di kedai itu, seorang lelaki kaya telah
menghampiriku. Dia memuji kecantikan diriku. Setelah tawar-menawar lelaki
muda itu bersetuju membeli ku, Aku diletak nombor pendaftaran CCT 229.
Sebaik sahaja mereka berjabat tangan, aku terus dipacu keluar.
‘Aku digunakan untuk membawa tuan ku ketempat kerja dan juga untuk
bersiar-siar. Aku selalu dipuji oleh kawan-kawan tuan ku, Setiap minggu tuan
ku akan memandikan aku untuk membersihkan badan ku, Semasa mandi
tuanku membasuh ku dengan menggunakan syampu yang wangi
Pada suatu hari berlaku satu peristiwa sedih yang menimpaku. Hujan
lebat yang turun sepanjang hari telah menyebabkan badanku dinaiki air.
Pemniliku ketika itu tidak menyedarinya kerana sibuk bekerja, Dia hanya mampu
‘menggeleng-gelengkan kepala apabila melihat dirinya yang sudah dipenuhi
lumpur dan kekotoran.
Setelah bertahun-tahun berkhidmat aku semakin dilupakan, Warna
dibadanku semakin pudar. Aku terdengar yang tuan ku ingin mebeli kereta
baru, Aku berasa sedih kerana selepas ini tuan ku tentu tidak memerlukan
perkhidmatan ku lagi