Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Penyakit Gout ialah salah satu bentuk artritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur-
hablur asid urik pada sendi-sendi. Penyakit ini terlalu menyakitkan dan dalam
kebanyakan kes, hanya menjejaskan satu sendi (monoartritis), khususnya ibu jari kaki.
Istilah gout berasal daripada perkataan bahasa Latin, gutta yang bermakna setitis,
disebabkan kepercayaan ketika itu bahawa gout diakibatkan oleh titis humor-humor yang
mengerikan dan yang mungkin berkait dengan ketul-ketul mendapan urat.
1) Rebus kulit kentang dengan air untuk menjadikannya ekstrak kulit kentang. Minum air
rebusan itu @ ekstrak kulit kentang.
2) Ambil anak pokok durian beserta akarnya sekali. Kemudian rebuskannya (buat sup)
bersama dengan kaki ayam (bukan ayam kampung). Sup itu diminum dan kaki ayam itu
dimakan. Cara tradisional ini adalah antara cara yang paling berkesan dalam merawat
penyakit gout.
3) Ambil sekeping kaktus dan kupas kulitnya. Bungkus isi kaktus yang diperolehi dengan
daun pisang lalu dipanaskan atas api sederhana besar selama lima minit. Sejukkan
sedikit dan tampalkan pada bahagian yang sakit. Amalkan setiap hari.
4) betik muda dan green tea.Apa yang perlu dilakukan ialah betik muda itu di potong 2
menjadi seperti gelas.Isi di dalam betik itu di keluarkan.Kemudian ambik green tea dan
rendamkan di dalam betik tersebut sehingga kembang.
Apabila merendam green tea itu di dalam 1 bahagian betik dan yang sebahagian lagi di
gunakan sebagai penutup.Amalkan meminum air green tea tersebut sekerap mungkin
sehingga khasiat teh tersebut hilang dan sakit semakin kurang.Sentiasa menukar teh
tersebut apabila hilang warnanya.Green tea boleh di dapati di kedai herba.
5) mengambil sekitar 20biji buah ceri setiap hari. Jika tidak dapat ceri yang fresh anda
bolehlah mengambilnya yang didalam tin atau jus ceri atau ceri yang telah dibekukan.
Sebagai pilihan lain anda boleh juga mengambil buah strawberry, blackcurrants (anggur
hitam), cranberries dan raspberries yang memberikan efek yang hampir sama namun
perlu diambil pada kadar yang lebih berbanding ceri biasa.
6) mengambil pil minyak ikan setiap hari. Minyak ikan mengandungi anti radang yang
baik untuk kesakitan sendi. Dos yang di cadangkan ialah 6000mg setiap hari dan perlu
diingatkan bahawa ia mestilah minyak ikan (fish oil) bukan minyak hati ikan (fish liver).
Selain dari petua hilangkan sakit gout di atas, pesakit gout boleh juga
mendapatkan rawatan gout tradisional atau cara rawat gout yang telah tersedia
dipasaran dalam bentuk produk gout untuk mempercepatkan lagi proses rawat gout.
9 Rawatan Semulajadi Gout