Anda di halaman 1dari 1

CARA-CARA MENJAGA KESIHATAN

Kesihatan merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai. Sudah semestinya setiap
individu menginginkan tahap kesihatan yang baik buat diri masing-masing. Namun
begitu, pelbagai penyakit kini semakin berleluasa malah ada yang menyebabkan
kematian.Keadaan ini tidak seharusnya dipandang remeh dan sebaliknya perlulah
dianggap serius dan disusuli dengan langkah yang efektif.

Antara langkah yang boleh diambil dalam usaha menjalani kehidupan yang
sihat termasuklah dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang. Pemakanan
yang seimbang mestilah berpandukan kepada piramid makanan. Kita disarankan
supaya mengambil lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan yang berperanan
membekalkan pelbagai jenis mineral dan vitamin kepada tubuh badan kita. Di
samping itu, kita mestilah mengurangkan makanan yang berlemak supaya tidak
mendapat penyakit seperti diabetes dan penyakit jantung.

Selain itu, kita mestilah mengamalkan amalan bersukan dan bersenam.


Seseorang individu mestilah menjalankan aktiviti fizikal seperti bersenam sekurang-
kurangnya tiga kali dalam seminggu dan 20 minit bagi setiap sesi. Hal ini demikian
kerana bersenam akan dapat menyihatkan tubuh badan di samping meningkatkan
tahap kecergasan fizikal.

Tambahan pula,kita mestilah menjalani pemeriksaan kesihatan sekurang-


kurangnya dua kali dalam setahun. Hal ini bertujuan untuk memastikan tubuh badan
berada dalam keadaan yang baik tanpa sebarang penyakit. Pemeriksaan
kesihatan mestilah kerap dilakukan supaya dapat memulakan rawatan dari
peringkat awal sekiranya didapati menghidap sebarang penyakit.

Di samping itu, setiap individu mestilah mendapatkan tidur dan rehat yang
cukup. Dalam kesibukan menjalani aktiviti harian, keperluan tubuh badan tidak
wajar diabaikan. Tubuh badan kita memerlukan rehat yang secukupnya untuk terus
berfungsi dengan baik. Tanpa rehat yang secukupnya,tubuh badan akan menjadi
letih dan lesu sekaligus menyebabkan semua aktiviti tergendala. Oleh itu, rehat dan
tidur yang cukup amat diperlukan.

Akhir sekali, kita mestilah menjaga kesihatan dengan baik sejak peringkat
awal lagi. Sesungguhnya,kesihatan adalah anugerah Tuhan yang perlu dihargai.
Oleh itu, kita bertanggungjawab memelihara kebaikan yang telah dikurniakan
kepada kita. Jangan nanti terhantuk baru terngadah kerana sesal dahulu
pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.