Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN METHODIST

TELOK DATOK
42700 BANTING, SELANGOR

KERTAS KERJA

MAJLIS HARI GRADUASI PRASEKOLAH 2017

TARIKH:

15 NOVEMBER 2017

TEMPAT :

DEWAN VINCENT DANIEL

ANJURAN :

PRASEKOLAH SK METHODIST TELOK DATOK

DISEDIAKAN OLEH :

PN. KATY BINTI KATAN


KERTAS KERJA

MAJLIS HARI GRADUASI PRASEKOLAH 2017

1.0 LATAR BELAKANG/ PENGENALAN


1.1 Majllis Hari Graduasi Prasekolah SK Methodist Telok Datok ini merupakan program tahunan
Prasekolah SK Methodist Telok Datok. Majlis ini bertujuan untuk menyampaikan hadiah dan anugerah
kepada semua pelajar yang telah menamatkan sesi persekolahan bagi tahun 2017 dan murid yang
menunjukkan potensi dalam penilaian sepanjang tahun serta menjalankan tanggungjawab sebagai
pelajar dengan cemerlang.

Sekolah amat mementingkan kecemerlangan murid dari segi akademik dan bukan akademik.
Oleh itu segala kecemerlangan yang dicapai wajar diberi pengiktirafan oleh pihak sekolah. Hari Graduasi
Prasekolah yang diadakan pada setiap tahun adalah satu medium bagi sekolah meraikan murid-murid
yang menunjukkan potensi dan kesungguhan dalam mencapai kecemerlangan diri. Adalah menjadi
harapan pengiktirafan ini dapat menjadi motivasi kepada setiap murid untuk mencontohi atau
mengulangi kejayaan yang sama atau lebih baik pada tahun berikutnya.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Mengiktiraf kecemerlangan murid.
2.2 Menghargai sumbangan dan semangat murid-murid kepada sekolah.
2.3 Berkongsi idea, gagasan pemikiran dan pengalaman di antara warga sekolah dan ibu
bapa.

2.4 Mengeratkan silaturahim antara warga sekolah dan ibu bapa.

3.0 TARIKH
3.1 15 NOVEMBER 2017

4.0 TEMPAT
4.1 Dewan Vincent Daniel, SK Methodist Telok Datok

5.0 PESERTA/SASARAN
5.1 Murid Prasekolah SK Methodist Telok Datok sesi 2017
6.0 ATURCARA
6.1 7.30 Pagi : Sarapan
6.2 8.00 Pagi : Persiapan graduan
6.3 8.45 Pagi : Pendaftaran ibubapa/penjaga
6.4 9.00 Pagi : Pergerakan graduan masuk ke dalam dewan
6.5 9.20 Pagi Nyanyian Lagu Negaraku
Bacaan Doa
Ucapan Aluan Pengacara Majlis
Ucapan Perasmian oleh Penolong PPD Pra/Permata
(Yang Dihormati Encik Adenan bin Ralip)
Tayangan Video
Penyampaian Sijil-Murid 6 tahun
Penyampaian Sijil-Murid 5 tahun
Penyampaian Hadiah Harapan
Persembahan Murid-Kelas PraBijak
Persembahan Murid
Persembahan Murid-Kelas Pintar
Persembahan Murid
Sesi bergambar
6.6 11.30 Pagi : Bersurai

7.0 JAWATANKUASA INDUK


7.1 Penasihat : En. Zulfikri bin Abu Samian (Guru Besar)
7.2 Pengerusi : Pn. Azura binti Shaharuddin (Penolong Kanan Pentadbiran)
7.3 Naib Pengerusi: Pn. Hajah Nurul Ashikin binti Hashim (Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid)
En. Fadhlah Afif bin Talib (Penolong Kanan KoKurikulum)
7.4 Setiausaha : Pn. Katy binti Katan (Guru Prasekolah)

8.0 JAWATANKUASA KECIL /PELAKSANA


8.1 Pengacara Majlis : Pn. Hajah Hendon binti Alias
8.2 Bacaan Doa : En. Mohd Fairus bin Mohd Rashid
8.3 Buku Program : Pn. Katy binti Katan
8.4 Siaraya : En. Denish a/l Sevakumaran
En. Zainuddin bin Bagus
8.5 Persembahan Murid : Pn. Katy binti Katan-Kelas PraBijak
Pn. Junainah binti Sairi Kelas PraPintar
Pn. Logeswari a/p Govinasamy
8.6 Sijil : Pn. Junainah binti Sairi
8.7 Pengurusan Murid : Pn. Zuriah binti Ishak
8.8 Pendaftaran : Pn. Halimatun Saadiah binti Jamhari
8.9 Dokumentasi : Pn. Hazifah binti Samat
8.10 Pentas dan Dewan : Pn. Katy binti Katan
Pn. Junainah binti Sairi
Pn. Nurasmida binti Abas
Pn. Nurulain binti Abd Manan
Pekerja Swasta
8.11 Tayangan Video : Pn. Nurasmida binti Abas
Pn. Nurulain binti Abd Manan
8.12 Cenderahati/Doorgift/ : Pn. Nurulain binti Abd Manan
Hadiah Pn. Nurasmida binti Abas
Pn. Halimatun Saadiah binti Jamhari
Pn. Nor Mala binti Omar

9.0 IMPLIKASI KEWANGAN (ANGGARAN KOS YANG DIPERLUKAN BAGI PROGRAM)


9.1 Hadiah Murid
46 orang murid x RM 10.00 = RM 460.00

9.2 Hadiah Murid Harapan


1 orang murid x RM 15.00 = RM 15.00

9.3 Sijil
46 orang murid x RM 1.00 = RM 46.00

9.4 Cenderahati/doorgift
46 orang murid x RM 5.00 = RM 230.00
46 orang ibubapa x RM 2.00 = RM 92.00

Jumlah RM 843.00

10.0 SUMBER KEWANGAN


10.1 Sumbangan guru dan ibubapa/penjaga RM 843.00

11.0 PENUTUP
11.1 Hari Graduasi atau Hari Konvokesyen merupakan hari bersejarah bagi setiap individu
yang menamatkan sesi persekolahan pada masa yang ditetapkan. Sehubungan dengan itu, amatlah
wajar agar murid-murid yang menamatkan pengajian di peringkat prasekolah diraikan di majlis yang
gilang gemilang. Perkara seperti ini dapat memupuk semangat untuk meneruskan pengajian di
peringkat seterusnya. Oleh itu, diharapkan kertas cadangan ini dipertimbangkan dan diluluskan.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

------------------------------------- ----------------------------------------
Pn. Katy binti Katan Pn. Azura binti Shaharuddin
setiausaha Penolong Kanan Pentadbiran

Disahkan oleh :

---------------------------------------
En. Zulfikri bin Abu Samian
Guru Besar
SK Methodist Telok Datok