Anda di halaman 1dari 2

Selamat sejahtera dan selamat pagi..

Yang dihormati pengerusi majlis, yang diraikan En. Wong Poh Sim,
Guru Besar SK Methodist (ACS),yang berbahagia Pengerusi PIBG SK
Methodist (ACS) En. K Arunassalam Pillay a/l Krisnan pillay, barisan
guru penolong kanan, AJK PIBG, guru-guru dan rakan-rakan pelajar
sekalian.

Berhimpunnya kita pada pagi yang mulia ini adalah bersempena majlis
persaraan Guru Besar kita yang disayangi.

Para hadirin sekalian,

Sempena majlis persaraan ini,saya wakil pelajar mengucapkan


setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala sumbangan
Encik Wong Poh Sim sepanjang berkhidmat di SK Methodist (ACS)
ini. Saya percaya segala pengalaman suka duka dan pengetahuan yang
diperolehi menjadi memori dan panduan dalam menjalani hidup kita di
masa hadapan. Segala sumbangan dan pengorbanan cikgu di sekolah
ini akan sentiasa dikenang. Terima kasih atas segala curahan ilmu
cikgu kepada kami.

Syabas diucapkan kepada cikgu atas komitmen yang begitu padu


demi memastikan kecemerlangan anak-anak didikmu. Semoga
semangat ini akan berterusan pada masa-masa hadapan. Di
kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat maju jaya dalam apa
jua bidang yang cikgu ceburi. Anggaplah perjalanan yang cikgu sedang
lalui ini adalah satu cabaran baru dan diharap cikgu terus cemerlang.
Curahkanlah bakti cikgu demi kesejahteraan negara. Saya juga
berharap agar hubungan silaturrahim cikgu dengan warga SK
Methodist (ACS) akan terus terjalin erat. Sesungguhnya jasa dan
budi yang ditabur tidak dapat dibalas dan tentunya akan dikenang
sampai bila-bila.

Tenang-tenang air di laut,

Sampan kolek mudik ke tanjung,

Hati terkenang mulut menyebut,

Budi yang baik sentiasa dijunjung.

Patah dahan bunga kemboja,

Pucuk paku subur di titi,

Budi cikgu tidak dilupa,

Sudah terpaku di dalam hati.

Akhir sekali, kami berharap cikgu sentiasa sihat sejahtera dan


berbahagia di samping keluarga.

Terima kasih cikgu.

sekian,terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai