Anda di halaman 1dari 1

Tuan Pengetua,

SMK BANDAR KERAYONG


28200 BERA
PAHANG. Tarikh : 19 September 2016

Tuan,

MEMOHON PERUNTUKAN UNTUK MEMBAWA PELAJAR BAGI MENYERTAI


PEMILIHAN PESERTA OLAHRAGA PEMBANGUNAN MSSD BERA

Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.

2. Merujuk kepada surat PPD Bera yang bertarikh 9 September 2016, sukacita dimaklumkan satu
pemilihan peserta olahraga peringkat MSSD Bera akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 21dan 22 September 2016


Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Padang SMK Bandar Kerayong

3. Sehubungan dengan itu, saya memohon peruntukan kewangan sebanyak RM 84.00 (Ringgit
Malaysia lapan puluh empat sahaja) untuk menampung perbelanjaan bagi mengikuti
pertandingan diatas sebagaimana butiran berikut:

a) Makan dan minum (14 orang pemain X RM 06.00) = RM 84.00


JUMLAH RM 84.00

4. Bersama ini disertakan senarai nama pelajar dan guru yang akan menyertai pertandingan
tersebut bersama surat panggilan untuk pertimbangan pihak tuan. Segala kerjasama dan
pertimbangan dari pihak tuan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian terima lasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA


SEHATI SEJIWA

Saya yang menurut perintah,

________________________________
(KHAIRUL ANUAR KAMARUDDIN)
Jurulatih pasukan olahraga
SMK Bandar Kerayong.