Anda di halaman 1dari 8

SEKOLAH RENDAH ARAB (JAIM) AL-FALAH,

KG HILIR, KUALA SUNGAI BARU, MELAKA

KERTAS CADANGAN

MAJLIS GRADUASI
TAHUN 6
2016

KERTAS CADANGAN
MAJLIS GRADUASI TAHUN 6
SEKOLAH RENDAH ARAB (JAIM) AL-FALAH
2016

1. NAMA PROGRAM
Majlis Graduasi Tahun 6 Sekolah Rendah Arab (Jaim ) Al-Falah.

2. PENDAHULUAN
Sekolah berkesan ialah sekolah yang memperlihatkan pencapaian pelajar
yang cemerlang baik daripada segi akademik mahupun daripada aspek
pembentukan sahsiah dan kokurikulum. Selain itu, perkongsian visi dan misi,
kewujudan budaya pembelajaran, penumpuan terhadap pengajaran dan
pembelajaran, pengukuhan dan daya saing yang tinggi dalam kalangan pelajar,
serta permuafakatan dengan ibu bapa dan masyarakat setempat akan turut
memantapkan kecemerlangan sekolah.
Majlis Graduasi Tahun 6 akan menjadi pemangkin dalam merealisasikan
segala hasrat dan harapan yang terkandung dalam visi dan misi sekolah. Suntikan
semangat dan pengiktirafan yang bakal diberi kepada pelajar-pelajar secara tidak
langsung akan menyemai motivasi intrinsik dalam diri mereka ke arah yang lebih
cemerlang dan progresif.

3. RASIONAL
3.1 Pihak sekolah dan PIBG wajar mengambil kesempatan daripada kekuatan dan
kelebihan yang terdapat dalam organisasi pentadbiran SRAAF serta sokongan
daripada masyarakat setempat dan ibu bapa.
3.2 Warga SRAAF bersama-sama PIBG sewajarnya dapat dilihat membantu membina
sekolah secara menyeluruh dari segi prasarana, kurikulum, kokurikulum, dan
sahsiah murid secara progresif melalui pengiktirafan dan penghargaan yang
sewajarnya.
3.3 Warga SRAAF dan PIBG mampu membuktikan secara nyata komitmen terhadap
usaha gigih dalam merealisasikan visi dan misi sekolah.
4. OBJEKTIF
4.1 Menyemai rasa cinta dan bangga dalam kalangan warga SRAAF terhadap
sekolah.
4.2 Menggalakkan penglibatan masyarakat dan pemimpin setempat, guru-guru, ibu
bapa dan murid-murid untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah.
4.3 Meningkatkan kesedaran diri pelajar-pelajar agar dapat memenuhi aspirasi warga
SRAAF sebagai second home.
4.4 Menggalakkan penglibatan pelajar supaya lebih komited terhadap sekolah melalui
pengiktirafan dan penghargaan yang sewajarnya.
4.5 Menyemai nilai-nilai murni dalam usaha pembentukan sahsiah yang cemerlang
dalam kalangan pelajar.

5. TARIKH MAJLIS GRADUASI

23 November 2016 (Rabu)

6. TEMPAT

Dewan Ismah Beach Resort

7. MASA

2.30 Petang 5 Petang

8. ANGGARAN BELANJAWAN
8.1 Anggaran Perbelanjaan

Bil Perkara Anggaran Perbelanjaan Sumber Kewangan

1 a) Sewa Jubah ( Murid ) RM 20 x 7 = RM 140

2 a) Jamuan ( Murid ) RM 18 x 36 = RM 648

b) Jamuan ( Guru & VIP ) Rm 18 X 30 = RM 540

3 Dewan Tertutup RM 250

4 a) Sijil RM 7 x 36 = RM 252

b) Hadiah

JUMLAH RM 1830.00

9. ATURCARA MAJLIS
Masa Aturcara

2.30 ptg Pendaftaran graduan


Ketibaan tetamu

3.30 ptg
Bacaan doa

Ucapan wakil pelajar

Ucapan Perasmian Guru Besar

Persembahan Pelajar

Penyampaian Sijil dan Anugerah

Jamuan

5.00 ptg Bersurai

10. JAWATANKUASA
10.1 Jawatankuasa Pelaksana
Penasihat : En.Kamarudzaman Bin Mohd Isa
Pengerusi : Pn. Hjh Rosnah
Setiausaha 1 : Cik Noor Azean bt Md Rosli
Penyelaras : Pn Esah Binti Ab Aziz
Norhakimi Bt Yunus

Bil Jawatankuasa Nama

1 Buku Program 1. Cik Anis Afiqah Bt Abdul Wahab

2 Pengacara Majlis 1. Pn. Siti Norishah Bt Ismail

3 Pembaca Doa 1. En Zamarul Akmar Bt Mohd

4 Penyediaan Teks Murid 2. En. Mohd Zaid Bin Khamis

5 Sambutan/Jemputan 1. En.Kamarudzaman Bin Mohd Isa


(Guru Besar SRAAF)
2. Pn. Hjh Rosnah Binti Yaakob (GPK1)
3. Pn. Faridah Binti Sampol
4. En Zamarul Akmar Bt Mohd
6 Penyediaan hadiah/ 1. Pn Siti Hawa Bt Main
Penyampaian Sijil 2. Cik Nurazilah Binti Md Hussin
3. Pn Siti Zubaidah Bt Mohamad
7 Pengurusan Penerima Sijil 1. Pn. Laila Binti Abu Bakar
(Murid) 2. Pn. Hasliza Bt Sampol
3. Pn Ct Normasslia Bte bahari
8 Pendaftaran 1. En. Ali Khairi Bin Mazlan
2. En. Abdullah Salim Bin Kaswadi
9 Persembahan Murid 1. En. Romizan Bin Mohd Ayob
2. En. Mohd Saiful Bin Saat
10 Pengurusan Jubah 1. Pn. Masturah Binti Suboh
Graduasi 2. Cik Intan Aimi Syahirah
11 Fotografi, Dokumentasi & 1. En. Mohd Roslan Bin Che Hassan
Laporan 2. Pn. Nuraida Bte Fadil

12 Persediaan Tempat 1. Cik Nurfaziela Bte Fazir


2. Pn. Esah Binti Abd Aziz
3. Pn. Norhakimi Binti Yunus
13 Back drop & Perhiasan 1. Cik Khadijah Hashim
Tempat 2. Cik Nurfaziela Bte Fazir

14 Pengangkutan 1. Pn Hasliza Bt Sampol


2. En. Mohd Aiman Bin Ridhwan
3. Pn. Masturah Binti Suboh
4. Cik Noor Azean Md Rosli
5. Cik Intan Aimi Syahirah
6. Pn. Hasliza bte Jalil
7. Pn Zalilah Binti Ab Ghaffar
8. En. Mohd Zaid Bin Khamis
9. En Zamarul Akmar Bt Mohd
10. Cik Nurazilah Binti Md Hussin
15 Siaraya 1. En. Mohd Roslan Bin Che Hassan

16 Keselamatan & Disiplin 1. En. Mohd Aiman Bin Ridhwan


2. Pn. Hasliza bte Jalil

11. PENUTUP
Majlis Graduasi Tahun 6 merupakan pemangkin dalam usaha untuk
melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam kurikulum, sahsiah dan
kokurikulum. Kerjasama yang erat antara warga SRAAF dengan ibu bapa dan
masyarakat setempat dalam menjayakan program ini akan turut menyumbang ke arah
merealisasikan visi dan misi sekolah.

Anda mungkin juga menyukai