Anda di halaman 1dari 1

PENGENALAN KEPADA KURSUS BINA INSAN GURU

(MPU3112)

Program Bina Insan Guru adalah salah satu kursus Mata Pelajaran Umum (MPU) yang
ditawarkan kepada siswa pendidik mod sepenuh masa iaitu siswa pendidik Program Ijazah
Sarjana Muda (PISMP) di kampus Institut Pendidikan Guru Malaysia yang berada pada
Semester 1 Tahun 3 (Semester 5).

Kursus ini wajib dilaksanakan oleh semua siswa pendidik IPG kampus masing-masing
selama 5 Hari 4 Malam. Siswa pendidik PISMP mulai Ambilan Jun 2015 hanya mengikuti
Program Bina Insan Guru ini sekali sahaja dalam pengajian PISMP berbanding Ambilan
sebelumnya. Pengisian aktiviti yang dilaksanakan dalam Program Bina Insan Guru ini adalah
berdasarkan Ringkasan Maklumat Kursus (RMK) Bina Insan Guru yang baharu. Sehubungan
dengan itu, pentaksiran sepanjang program ini akan dinilai oleh mentor opsyen masing-
masing

Umum sedia maklum, kursus ini bertujuan untuk memantapkan pembinaan jati diri,
kepimpinan, kerja berpasukan, sosialisasi dan profesionalisme insan guru melalui aktiviti luar
bilik darjah yang bersifat autentik bagi menerapkan kemahiran insaniah dalam kalangan siswa
pendidik. Sehubungan dengan itu, pada akhir kursus MPU 3112 (Program Bina Insan Guru)
ini, siswa pendidik dapat :

1. Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial
melalui penglibatan dalam semua aktiviti.
2. Mempamerkan ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan melalui penyertaan
sepanjang aktiviti.
3. Mengaplikasi kemahiran mengendali, bekerjasama dalam satu pasukan dengan
mengamalkan ciri-ciri kepimpinan dan menunjukkan sikap sukarelawan melalui setiap
aktiviti yang disertai.
4. Mengorganisasi langkah-langkah keselamatan dan pencegahan sebelum, semasa
dan selepas melaksanakan semua aktiviti yang dirancang dengan mematuhi Standard
Prosedur Operasi (SOP).
5. Membentangkan rumusan refleksi terhadap persekitaran yang berbeza berdasarkan
aktiviti yang telah dilaksanakan mengikut kreativiti pelajar.

Anda mungkin juga menyukai