Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH KEBANGSAAN PERWIRA

KM5 JALAN CHANGKAT JONG, T.INTAN,PERAK.


ABA5077
_________________________________________________________________
MINIT MESYUARAT SKPM BIL.2/2017

Tarikh : 16 Oktober 2017 (Khamis)


Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Gerakan SK Perwira

Kehadiran :
1. En. Ahmad Jamhari . Daud (Gb)
2. Pn. Siti Suraini bt. Khalid(Pk Pentadbiran)
3. En. Damanhuri b. Mat Nor (PK HEM)
4. En. Ng Yew Cheong ( PK KOKO)
5. Pn. Norazlinda bt. Hayom ( Setiausaha)
6. Pn. Nurazurawati bt. Abdullah (SU Peperiksaan dalaman)
7. Pn. Salasiah bt. Mat Taib (Guru Media)
8. Pn Sarah bt Mohd Adham@Dahan ( Prasekolah)
9. En. Hasnan b. Abdul Hamid ( Guru B&K)
10.En. Rozi b. Din (Guru Disiplin)
11. Pn. Haslinda bt. Md.Pee ( Guru Data)
12. Pn. Rozita bt. Radin ( SU PBS)
13. Pn. Maizatul Asmaat bt. Satapa (SU HEM)
14. En. Mohd Norhidayat b. Mohamad Nordin (SU KOKO)
15. Pn. Hayati bt. Salleh ( Penyelaras Tahun 6)

Agenda 1
Tajuk:Ucapan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada AJK SKPM kerana dapat hadir ke
mesyuarat SKPM bil. 02/2017.

1.2 Mesyuarat ini diadakan bagi Pengisian Secara Online Standard Kualiti Pendidikan
Malaysia(SKPM)

Agenda 2
Tajuk : Membentangkan minit mesyuarat yang lalu.

Dicadang oleh : Pn. Nurazurawati bt. Abdullah


Disokong oleh : Pn. Rozita bt. Radin
Agenda 3
Tajuk : Pengisian SKPM 2017

3.1 Guru Besar memaklumkan tahun 2014, sekolah telah mengisi online PKS SKPM v2010 dan
v 2003. Tahu 2015, sekolah akan mengisi secara online Penilaian Kendiri Sekolah(PKS) SKPM
versi 2003 dan SKPM versi 2010. Pengisian PKS SKPM 2003 hendaklah dibuat melalui portal
NKRA (nkra.moe.gov.my) dengan menggunakan instrumen SKPM 2003 Versi 2014 dan PKS
SKPM 2010 pula dibuat melalui e-nazir (www.moe.gov.my/enazir)

Tindakan: GB,PK Pentadbiran, PK HEM, PK KOKO

3.2 Jabatan juga mengingatkan sekolah agar tidak melakukan kesilapan dalam pengisian PKS-
SKPM tahun 2017 sebagaimana yang dilakukan sebilangan sekolah dalam tahun 2016.
Kesilapan-kesilapan ini telah memberi kesan kepada skor komposit serta tidak menggambarkan
keadaan sebenar sekolah. Diantara kesilapan yang dikesan ialah mengisi PKS SPKM tanpa
melalui proses perbincangan Jawatankuasa SKPM Sekolah.

Tindakan : Semua AJK PKS SKPM

3.3 Penilaian Kendiri Sekolah (PKS) hendaklah dibuat melalui proses perbincangan ahli
mesyuarat pada hari ini.

3.4 Guru Besar dengan bantuan Penolong Kanan akan mengisi bahagian masing-masing dibantu
oleh ajk yang telah ditetapkan pada mesyuarat terdahulu.

Standard 1 : Kepimpinan dan Hala Tuju (Guru Besar, PK Pentadbiran)


Standard 2 : Pengurusan Organisasi(Guru Besar, PK Pentadbiran)
Standard 3 : Pengurusan Kurikulum,HEM dan Kokurikulum (PK Pentadbiran dan PK koko)
Standard 4 : Pengajaran dan Pembelajaran(PK Pentadbiran, PK HEM dan PK koko)
Standard 5 : Kemenjadian murid(PK Pentadbiran, PK HEM dan PK koko)

Agenda 4
Tajuk : Penentuan markah SKPM

4.1 Guru Besar memaklumkan pada tahun 2011 terdapat Lonjakan Sarjana berbanding 2010 iaitu
pencapaian sekolah dari band 3 ke band 2 sehingga 2012 dan 2013.
4.2 Hasrat ajk pada tahun 2015 perancangan awal ke band 1 dengan skor komposit maksimum
90 keatas dan GPS 1.57. Walaubagaimanapun, markah dan band sekolah ditentukan berdasarkan
keputusan Peperiksaan Akhir Tahun dan juga GPS UPSR 2015.

4.3 Jawatankuasa bersetuju meningkatkan penarafan sekolah tahun 2015 lebih tinggi dari tahun
2014 dengan sekurang-kurangnya band yang sama atau ke Band 1.

4.4 Beliau meminta semua ajk dan guru yang terlibat menyerahkan laporan bahagian masing-
masing selewat-lewatnya pada akhir terakhir persekolahan bagi melancarkan urusan
memasukkan data ke SKPM Online sebelum atau pada 5 Disember 2015.

Tindakan: Guru Besar, Pen. Kanan dan Ajk SKPM

Agenda 5
Tajuk: Hal-hal lain

5.1 Guru Besar berharap semua ajk dan guru yang terlibat dapat menyerahkan laporan masing-
masing mengikut tarikh yang ditetapkan dan mengemaskini eviden dan fail masing-masing.

5.2 Jawatankuasa SKPM dan Guru Penolong Kanan hendaklah cekap dan memantau aktiviti dan
pencapaian bidang/unit masing-masing.

5.3 Keputusan UPSR 2017 akan diumumkan pada bulan November.


(minggu akhir persekolahan 2017)

Tindakan: Pen. Kanan dan Ketua Panitia

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.40 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

. .
(Pn. Norazlinda bt. Hayom) (En. Ahmad Jamhari b. Daud)
Setiausaha SKPM SK Perwira Guru Besar SK. Perwira