Anda di halaman 1dari 4

CONTOH KARANGAN

Setiap tahun apabila keputusan peperiksaan awam seperti PMR dan


SPM diumumkan sudah pasti akan muncul ribuan pelajar yang cemerlangl
Setiap individu yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan
adakah cemerlang dalam semua aspek? Oleh itu, penulis akan mengupas
tentang apa yang benar-benar cemerlang dalam erti kata sebenarnya.

Pelajar yang cemerlang sudah tentu mempunyai sejarah pencapaian


akademik yang cemerlang sama ada peperiksaan dalaman atau
peperiksaan awam. Bukan itu sahaja, mereka juga merupakan pelajar yang
sentiasa taat dalam menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru pada masa
yang telah ditetapkan. Hal ini selaras dengan kata-kata pujangga, 'orang
cerdik memberi jawapan, orang bodoh memberi alasan'. Mereka juga turut
membuat persediaan sebelum guru memulakan pelajaran baru.

Selain aspek akademik, pelajar yang cemerlang juga mempunyai daya


kepemimpinan. Daya kepemimpinan menjadikan mereka seorang yang
dihormati oleh rakan-rakan yang lain. Sebagai contoh, pelajar yang
cemerlang akademik dan mempunyai daya kepemimpinan yang tinggi akan
dilantik oleh pihak sekolah sebagai ketua pelajar atau pengawas sekolah.

Seorang yang cergas dan mempunyai sahsiah diri yang berdisiplin juga
merupakan aspek penting dalam diri seorang pelajar cemerlang. Penglibatan
mereka dalam aktiviti kokurikulum seperti pertandingan bahas dan acara
sukan menunjukkan mereka seorang yang cergas. Disiplin yang baik seperti
menghormati guru, menepati masa dan tidak melanggar peraturan sekolah
menyebabkan mereka disenangi oleh semua pihak.

Konklusinya, pelajar cemerlang yang dihasilkan pada setiap tahun perlu


cemerlang dalam pelbagai aspek. Pihak sekolah dan ibu bapa perlu peka
akan perkara ini agar modal insan yang kita lahirkan berminda kelas pertama
seperti yang diuar-uarkan oleh bekas Perdana Menteri kita, Datuk Seri
Abdullah Hj. Ahmad Badawi.
Cara-cara Menceriakan Kawasan Sekolah

Sekolah merupakan tempat kita menuntut ilmu. Sekolah yang cantik dan ceria
sememangnya menjadi impian semua guru dan murid-murid.
Terdapat pelbagai cara untuk menceriakan kawasan sekolah.
Antaranya ialah mengadakan program gotong-royong untuk membersihkan
kawasan sekolah. Misalnya mencuci longkang, mengutip sampah, menebas
semak-samun dan membersihkan tandas. Kita mesti menjaga kebersihan
kawasan sekolah agar dapat belajar dengan selesa.
Di samping itu, kita boleh mengadakan Program Sekolah dalam Taman
dengan menanam pelbagai jenis pokok bunga untuk mengindahkan
persekitaran sekolah. Landskap sekolah juga hendaklah lengkap dengan
kolam ikan, pancuran air mini, gazebo dan pondok bacaan. Nescaya murid-
murid dapat belajar dengan lebih berkesan dalam persekitaran sekolah yang
indah dan berudara segar.
Selain itu, pihak sekolah boleh mengecat semula pintu pagar dan
bangunan sekolah. Semua warga sekolah digalakkan mengambil bahagian
dalam aktiviti mengecat dan melukis mural agar bangunan sekolah kelihatan
lebih berseri. Murid-murid pasti berasa seronok untuk belajar di sekolah yang
ceria.
Bukan itu sahaja, pihak sekolah boleh mengadakan pertandingan kelas
terbersih. Melalui kempen kebersihan, murid-murid akan menjalankan tugasan
harian untuk membersihkan dan menceriakan kelas masing-masing. Misalnya,
menyapu lantai, mengelap tingkap, menyusun meja dan kerusi dan menghias
papan kenyataan. Suasana bilik darjah yang ceria akan menarik minat murid-
murid untuk belajar dan membentuk pengajaran dan pembelajaran yang
lebih efektif.
Kesimpulannya, 'Sekolahku Rumahku' sewajarnya dipraktikkan di
sekolah. Wahai kawan-kawan, marilah kita berganding bahu untuk
menceriakan kawasan sekolah kita!
Fakta: Menjaga Kebersihan
Bina sebuah karangan berdasarkan gambar dan rangkai kata di bawah.

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis,Tuan Guru Besar,guru-guru dan rakan -


rakan sekalian. Selamat pagi saya ucapkan. Pagi ini tiba giliran saya untuk
menyampaikan syarahan. Syarahan saya bertajuk "cara-cara Menjaga
Kebersihan Diri".

Hadirin sekalian

,
Kebersihan amat penting. Tambahan pula, kebersihan merupakan
sebahagian daripada iman . Kita hendaklah menggosok gigi selepas dan
sebelum tidur. Jika tidak gigi kita mungkin akan rosak.

Seterusnya, ketika mandi pula haruslah bersabun . Jangan mandi kerbau.


Sabun dapat menghilangkan kotoran dan daki yang ada pada badan kita.
Kitahendak lah mandi pada pagi dan petang.

Hadirin yang dihormati,

Selain mandi, kita juga perlu mencuci rambut . Rambut perlu dicuci
seminggu sekurang- kurangnya sekali. Gunakanlah syampu rambut yang
sesuai. Kemudian,kita boleh juga menyapu minyak rambut agar kelihatan
kemas dan rapi.

Kita juga perlu memotong kuku sama ada jari atau kaki. Kuku harus
dipastikan sentiasa pendek. Hal ini demikian supaya tiada kekotoran melekat
padanya . Oleh itu, kita dapat mengelakkan diri daripada penyakit

Kesimpulannya, sentiasalah menjaga kebersihan diri. Jika diri bersih sudah


pasti penyakit akan tersisih.