Anda di halaman 1dari 10

First Technical and Vocational Education International Seminar 2014 (TVEIS 2014)

KEMAHIRAN VOKASIONAL DIPERLUKAN PELAJAR


PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI BERMASALAH PEMBELAJARAN
SEKOLAH MENENGAH HARIAN

(VOCATIONAL SKILLS REQUIRED BY INTEGRATED


SPECIAL EDUCATION STUDENTS WITH LEARNING DISABILITIES
AT PUBLIC DAILY SECONDARY SCHOOL)

Masitah Hayati Mad Isa


Fakulti Pengajian Pendidikan
Universiti Putra Malaysia
mash_1110@yahoo.com

Suhaida Abdul Kadir


Fakulti Pengajian Pendidikan
Universiti Putra Malaysia
dr.suhaida@gmail.com

ABSTRAK

Kajian ini adalah mengenalpasti persepsi guru Pendidikan Khas di Program Pendidikan Khas
Integrasi Pembelajaran terhadap kemahiran vokasional yang diperlukan oleh pelajar berkeperluan
khas Bermasalah Pembelajaran di sekolah menengah harian. Kajian ini dilaksanakan kepada 220
orang guru Pendidikan Khas seluruh Negeri Melaka. Rekabentuk kajian berbentuk deskriptif
tinjauan, menggunakan instrumen soal selidik di mana instrumen kajian berdasarkan 6 bidang
kemahiran iaitu Bidang Jahitan / Pakaian / Rekaan, Bidang Perkebunan / Lanskap / Nurseri, Bidang
Pertukangan / Pembuatan Perabot, Bidang Akuakultur / Haiwan Rekrasi, Bidang Masakan /
Penyediaan / Penyajian Makanan dan Bidang Mendobi / Linen Atendan. Dapatan kajian menunjukkan
guru Pendidikan Khas berpendapat bahawa kemahiran vokasional dalam Bidang Masakan /
Penyediaan & Penyajian Makanan sangat diperlukan oleh pelajar Bermasalah Pembelajaran sekolah
menengah harian. Walaubagaimanapun 5 bidang lain juga diperlukan sebagai kemahiran vokasional
pelajar.

Kata kunci : kemahiran vokasional diperlukan, pelajar Bermasalah Pembelajaran, Bidang


Masakan, Penyediaan dan Penyajian Makanan

ABSTRACT

The purpose of this study was to identify the perceptions of special education teachers in the Program
Pendidikan Khas Integrasi Pembelajaran regarding vocational skills needed by students with special
needs and with learning disabilities in public daily secondary school. The study was conducted on 220
Special Education teachers throughout the state of Melaka. The research design was descriptive
survey using questionnaires in which the instrument is based on 6 areas of expertise i.e. Stitching /
Apparel / Design, Gardening / Landscaping / Nursery, Carpentry / Furniture Manufacturing,
Aquaculture / Recration Animal, Cooking / Preparation / Food Catering, and Launder / Linen
Attendant. The findings show the respondents think that vocational skills in Cooking / Food
Preparation & Serving is indispensable by the targeted students. Another 5 areas, however, are at
needed level only.

Keywords : vocational skills required, students with learning difficulties, Cooking, Preparation
and Food Catering

1
First Technical and Vocational Education International Seminar 2014 (TVEIS 2014)

1.0 PENGENALAN

Individu yang tergolong dalam kategori Orang Kelainan Upaya (OKU) inginkan peluang yang
sama seperti individu lain yang tidak mempunyai sebarang kecacatan antaranya adalah
peluang pendidikan, peluang pekerjaaan dan peluang untuk berjaya dalam hidup (Palombi,
2000). Cabaran paling besar golongan OKU di Malaysia pada hari ini adalah mendapat
peluang pekerjaan. Sebenarnya golongan OKU tidak terkecuali daripada menyumbang bagi
meningkatkan perubahan dalam bidang politik, ekonomi, sosial, sains dan teknologi serta
teknologi maklumat.

Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP) 2001-2010 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia


(KPM) telah membuktikan wujud usaha memperluas lagi serta memberi peluang pendidikan
yang lebih sempurna kepada anak-anak istimewa ini. Usaha berterusan ini terbukti apabila
KPM dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 - Bab 4 :
Pembelajaran Murid telah menyatakan bahawa murid berkeperluan khas pada masa ini
mempunyai akses kepada pendidikan dan boleh memilih satu daripada tiga opsyen
persekolahan berikut iaitu pertama : Sekolah Pendidikan Khas iaitu sekolah khas dengan
semua murid yang diklasifikasikan sebagai kurang upaya (Pendengaran / Penglihatan /
Pembelajaran), kedua : Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) iaitu sekolah arus
perdana yang mempunyai kelas khusus untuk murid berkeperluan khas dan ketiga :
Program Pendidikan Inklusif iaitu sekolah arus perdana yang mengintegrasi satu hingga lima
murid berkeperluan khas dalam kelas arus perdana.

Terma Masalah Pembelajaran telah mula digunakan oleh Samuel Kirk pada tahun 1963
selepas satu perjumpaan antara ibu bapa dan golongan profesional yang prihatin kepada
anak-anak yang mempunyai pelbagai masalah dalam pembelajaran (Gargiulo, 2012).
Pelajar Bermasalah Pembelajaran biasanya mempunyai satu kecacatan atau lebih sama
ada melalui fizikal mahupun tingkah laku di mana ia berkait secara kognitif, kemahiran motor
dan masa bersosial (Zharulnizam, 2010). Oleh yang demikian, pelajar Bermasalah
Pembelajaran mempunyai gangguan atau lewat perkembangan dalam satu atau lebih
proses seperti pertuturan, bahasa, pembacaan, penulisan, pengiraan atau lain-lain mata
pelajaran dari segi kecacatan fizikal yang disebabkan saraf yang tidak berfungsi atau
gangguan emosi dan tingkah laku (Kirk, 1962).

1.1 Pendidikan dan Kurikulum Pendidikan Khas

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menetapkan berdasarkan Akta Pendidikan


1996 dalam Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas 1997 Bahagian II 3(2) iaitu
menyediakan pendidikan dan kemudahan kepada pelajar Bermasalah Penglihatan,
Pendengaran, manakala Pendidikan Khas Integrasi bagi pelajar yang Bermasalah
Pembelajaran termasuk penglihatan dan pendengaran. Jadual 1 di bawah adalah
menunjukkan peringkat pendidikan seseorang pelajar OKU bermula dengan prasekolah
sehingga pendidikan menengah (Vokasional / Akademik).

2
First Technical and Vocational Education International Seminar 2014 (TVEIS 2014)

Jadual 1 : Peringkat Pendidikan Pelajar OKU

Peringkat Pendidikan Syarat Kemasukan


Peringkat 1 Pra sekolah 1. Berumur 6 tahun
(Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas / 2. Disahkan oleh pengamal perubatan
Sekolah Kebangsaan Yang Mempunyai 3. Boleh mengurus diri tanpa bantuan
Prasekolah )

Peringkat 2 Pendidikan Rendah 1. Berumur 6 tahun hingga 14 tahun


(Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas / 2. Disahkan oleh pengamal perubatan
Sekolah Kebangsaan Yang Mempunyai Program 3. Boleh mengurus diri tanpa bantuan
Pendidikan Khas Integrasi)

Peringkat 3 Pendidikan Menengah 1. Berumur 13 tahun hingga 19 tahun


(Sekolah Menengah Pendidikan Khas / Sekolah 2. Disahkan oleh pengamal perubatan
Menengah Harian Yang Mempunyai Program 3. Boleh mengurus diri tanpa bantuan
Pendidikan Khas Integrasi)

Peringkat 4 Pendidikan Vokasional / 1. Berumur 16 tahun hingga 19 tahun


Akademik 2. Disahkan oleh pengamal perubatan
(Sekolah Menengah Pendidikan Khas / Sekolah 3. Boleh mengurus diri tanpa bantuan
Menengah Vokasional Pendidikan Khas / Kolej
Vokasional Pendidikan Khas Integrasi / Kolej
Vokasional Pendidikan Khas Integrasi / Sekolah
Menengah Harian Aliran Akademik dengan Elektif
MPV atau Akademik
Sumber : Bahagian Pendidikan Khas (2013)

Selaras dengan dasar sedia ada dimana Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bilangan 16/2002
telah menyatakan beberapa proses pelaksanaan pembelajaran kepada pelajar-pelajar ini.
Program Pendidikan Khas di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas asasnya adalah
mengikuti tempoh belajar sebagaimana murid-murid di aliran perdana iaitu selama enam
tahun di sekolah rendah dan lima tahun di sekolah menengah sehingga Tingkatan Lima,
menjadikan jumlah tempoh belajar selama sebelas tahun. Namun begitu bagi murid
berkeperluan khas di semua sekolah pendidikan khas, KPM telah memutuskan bahawa
tempoh tersebut boleh dilanjutkan kepada tambahan tempoh belajar selama dua tahun lagi,
menjadikan jumlah tempoh belajar selama tiga belas tahun maksimum. Tempoh lanjutan
belajar ini boleh diambil sama ada di peringkat persekolahan rendah ataupun menengah
ataupun kedua-duanya iaitu satu tahun di peringkat rendah dan satu tahun di peringkat
menengah (SPI Bil.16/2002). Ini bermakna bagi murid yang berada di Program Pendidikan
Khas Bermasalah Pembelajaran sekolah rendah, tempoh belajar adalah dari umur minimum
6 tahun sehingga maksimum 14 tahun dan bagi pelajar sekolah menengah dari 13 tahun
sehingga maksimun 19 tahun.

Walaubagaimanapun, pelajar Bermasalah Pembelajaran yang berada di PPKI boleh


melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 4 ke Sekolah Menengah Vokasional Pendidikan Khas
(SMVPK), Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPK) atau Kolej Vokasional PPKI melalui
Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia yang menawarkan kursus
kemahiran / vokasional bagi kategori Bermasalah Pembelajaran. Jika pelajar masih kekal di
PPKI Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) harian, mereka boleh terus belajar sehingga
umur 19 tahun dan kemudian boleh memilih untuk bekerja. Disebabkan pelajar Pendidikan
Khas Bermasalah Pembelajaran di SMK harian ini mempunyai penguasaan rendah dalam
bidang akademik dan latihan vokasional, maka program latihan dan kemahiran yang sesuai
dapat menjamin masa depan OKU yang ingin bersaing dalam pasaran kerja (Zinaida, 2009).

3
First Technical and Vocational Education International Seminar 2014 (TVEIS 2014)

Jadual 2 di bawah menunjukkan Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran


berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (2003)
oleh Jabatan Pendidikan Khas (kini Bahagian Pendidikan Khas), KPM. Mata pelajaran
dibahagikan kepada 4 bidang iaitu Bidang Pengurusan Kehidupan, Bidang Akademik
Berfungsi, Bidang Kerohanian, Bidang Sosial, Riadah dan Kreativiti. Kurikulum ini pada
asalnya telah digunakan oleh guru-guru yang mengajar di PPKI Rendah dan PPKI
Menengah. Walaubagaimanapun, kurikulum PPKI Rendah telahpun diberi penambahbaikan
dengan adanya Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas Bermasalah
Pembelajaran bermula pada tahun 2010. Berdasarkan jadual 2 ini, Bidang Pengurusan
Kehidupan dalam Komponen Mata Pelajaran Kemahiran Hidup sebenarnya hanya
mengandungi sukatan tajuk-tajuk iaitu Masakan, Jahitan, Pertukangan, Perkebunan,
Pemeliharaan Haiwan dan Asas Mendobi.

Jadual 2 : Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran

Bidang Mata Pelajaran


Pengurusan Kehidupan 1. Pengurusan Diri
2. Kemahiran Manipulatif
3. Pengurusan Tingkah Laku
4. Kemahiran Hidup
Akademik Berfungsi 1. Bahasa Malaysia
2. Bahasa Inggeris
3. Matematik
4. Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Kerohanian 1. Pendidikan Islam
2. Pendidikan Moral
Sosial, Riadah dan Kreativiti 1. Pendidikan Jasmani & Kesihatan
2. Pendidikan Seni
3. Muzik, Gerakan dan Drama
4. Sains, Sosial Alam Sekitar
Sumber : Jabatan Pendidikan Khas, KPM (2003)

Jadual 3 di bawah menunjukkan perbezaan kurikulum PPKI dalam mata pelajaran


Kemahiran Hidup dengan bidang kemahiran yang diajar di SMPK / SMVPK dan Kolej
Vokasional PPKI. Jadual tersebut juga menunjukkan bahawa kurikulum di PPKI masih
terlalu umum dan tidak menjurus ke arah menyediakan pelajar kemahiran vokasional
seterusnya untuk mereka bekerja. Maka disebabkan kurikulum yang tidak menjurus kepada
kemahiran vokasional, guru-guru Pendidikan Khas mengambil peluang serta inisiatif
mengajar pelajar kemahiran vokasional berdasarkan 6 sukatan tajuk yang terdapat dalam
mata pelajaran Kemahiran Hidup Pendidikan Khas iaitu Masakan, Jahitan, Pertukangan,
Perkebunan, Pemeliharaan Haiwan dan Asas Mendobi. Menurut Cronin (1996), pelajar
Bermasalah Pembelajaran peringkat menengah haruslah didedahkan dengan kedua-dua
bidang iaitu bidang kemahiran hidup asas dan latihan vokasional. Ini kerana dalam
pengertiaan global, konsep kepada kemahiran hidup itu sendiri meliputi kemahiran
vokasional (Cronin & Patton, 1993).

4
First Technical and Vocational Education International Seminar 2014 (TVEIS 2014)

Jadual 3 : Perbezaan Kurikulum PPKI Sekolah Menengah Harian dengan Sekolah


Menengah Vokasional Pendidikan Khas / Sekolah Menengah Pendidikan Khas

PPKI Sekolah Menengah Harian Sekolah Menengah Pendidikan Khas / Sekolah


Menengah Vokasional Pendidikan Khas / Kolej
Vokasional PPKI / Sekolah Menengah Harian
Biasa Airan Akademik dengan MPV
Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Kemahiran Vokasional MPV / SKM
Bermasalah Pembelajaran (mengikut (mengikut jurusan yang ditawarkan di
Sub Tajuk) sekolah)
- Masakan
- Jahitan Bermasalah Pembelajaran
- Pertukangan - Pembantu Penyedia Makanan
- Perkebunan - Jurubina Bangunan
- Pemeliharaan Haiwan - Pemasangan Badan Motosikal
- Asas Mendobi - Atendan Bilik
- Atenden Linen
- Pembantu Pendandan Rambut Muka
- Juru Kecantikan
- Pembantu Penyedia Roti
- Jurubatik Terap
- Jurubatik Skrin
- Jurubatik Lukis
- Landskap dan Nurseri
- Tanaman Makanan
- Pekerja Ladang Ternakan Poltri
- Pekerja Ladang Ruminan
- Juruteknik Rendah Akuakultur
- Pemprosesan Makanan

1.2 Masalah dan Objektif Kajian

Kurikulum di SMK harian yang masih terlalu umum dan tidak menjurus ke arah menyediakan
pelajar dengan kemahiran vokasional. Aspek vokasional hanya merupakan aspek kecil
sahaja yang diselitkan dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup. Ternyata kurikulum yang
diperolehi oleh pelajar di SMPK / SMVPK / Kolej Vokasional PPKI menyediakan pelajar
dengan kemahiran kebolehkerjaan manakala kurikulum di SMK harian biasa tidak dapat
memberikan jaminan bahawa pelajar mempunyai kemahiran khusus yang membolehkan
mereka bekerja. Di samping itu, sekolah khas seperti SMPK, SMVPK, Kolej Vokasional
PPKI dan Sekolah Menengah Harian Biasa Aliran Akademik dengan MPV yang masih tidak
mencukupi dan tidak dapat menampung keperluan pelajar Bermasalah Pembelajaran
seluruh Malaysia yang begitu ramai.

Objektif kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru Pendidikan Khas terhadap
kemahiran vokasional yang diperlukan oleh pelajar Pendidikan Khas Integrasi Pembelajaran
berdasarkan 6 bidang utama yang dipilih iaitu Bidang Jahitan / Pakaian / Rekaan, Bidang
Perkebunan / Lanskap / Nurseri, Bidang Pertukangan / Pembuatan Perabot, Bidang
Akuakultur / Haiwan Rekreasi, Bidang Masakan / Penyediaan / Penyajian Makanan dan
Bidang Mendobi / Linen.

5
First Technical and Vocational Education International Seminar 2014 (TVEIS 2014)

2.0 METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini menggunakan rekabentuk kajian deskriptif tinjauan di mana kajian ini adalah
untuk meninjau persepsi guru-guru Pendidikan Khas terhadap kemahiran vokasional yang
diperlukan oleh pelajar Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran. Kajian ini dilaksanakan
di SMK harian biasa seluruh Negeri Melaka yang mempunyai Program Pendidikan Khas
Integrasi Pembelajaran. Sebanyak 38 buah SMK harian seluruh Negeri Melaka sebagai
populasi di mana respondennya adalah semua guru yang mengajar di PPKI sekolah terlibat.
Oleh yang demikian, populasi guru Pendidikan Khas Integrasi Pembelajaran SMK harian
seluruh Negeri Melaka adalah seramai 250 orang. Menurut Krejcie dan Morgan (1970),
sekiranya saiz populasi seramai 250 orang, maka saiz sampel yang diperlukan minimum
adalah 152 orang. Maka, dalam kajian ini penyelidik telah menetapkan bahawa seramai 220
orang guru yang akan terlibat dalam menjawab kertas soal selidik yang diedarkan oleh
penyelidik. Walaubagaimanapun, sebanyak 204 kertas soal selidik telah berjaya
dikumpulkan bagi penyelidik meneruskan penganalisisannya.

Instrumen yang digunakan adalah borang soal selidik yang mengandungi 2 bahagian iaitu
Bahagian A Demografi dan Bahagian B Kemahiran Vokasional yang mengandungi 47
item. Bahagian ini mengumpulkan data mengenai persepsi responden mengenai kemahiran
vokasional yang diperlukan oleh pelajar Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran
berdasarkan 6 Bidang iaitu Bidang Jahitan / Pakaian / Rekaan, Bidang Perkebunan /
Lanskap / Nurseri, Bidang Pertukangan / Pembuatan Perabot, Bidang Akuakultur / Haiwan
Rekreasi, Bidang Masakan / Penyediaan / Penyajian Makanan dan Bidang Mendobi / Linen.
Setiap bidang kemahiran mempunyai pecahan kecil di mana responden diminta untuk
menandakan darjah keperluan pada skala Likert. Setiap item menggunakan kaedah Skala
Likert 5 mata iaitu (1) Sangat tidak diperlukan, (2) Tidak diperlukan, (3) Kurang diperlukan,
(4) Diperlukan dan (5) Sangat diperlukan. Data yang diperolehi akan dikumpulkan dengan
menggunakan program IBM SPSS versi 19 (Statistic Package for Social Science). Statistik
deskriptif (min dan sisihan piawai) telah digunakan dan membuat kesimpulan keseluruhan
data kajian. Tahap pengukuran min bagi keperluan dalah seperti dalam Jadual 4 di bawah :

Jadual 4 : Pengukuran tahap bagi nilai min Keperluan

Nilai Min Tahap


1.00 1.80 Sangat Tidak Diperlukan
1.81 2.61 Tidak Diperlukan
2.62 3.41 Kurang Diperlukan
3.42 4.21 Diperlukan
4.22 5.00 Sangat Diperlukan

6
First Technical and Vocational Education International Seminar 2014 (TVEIS 2014)

3.0 DAPATAN KAJIAN

3.1 Kemahiran Vokasional Diperlukan Pelajar Bermasalah Pembelajaran

Jadual 5 menunjukkan kemahiran vokasional yang diperlukan oleh pelajar PPKI dari
persepsi guru. Dapatan kajian menunjukkan tahap kemahiran yang sangat diperlukan dan
mempunyai min paling tinggi adalah Bidang Masakan / Penyediaan / Penyajian Makanan
(min=4.43, SP= .54). 5 bidang lain berada pada tahap diperlukan adalah Bidang Mendobi /
Linen Atendan (min=4.15, SP= .99), Bidang Pertukangan / Pembuatan Perabot (min=4.10,
SP= .93), Bidang Akuakultur / Haiwan Rekreasi (min=4.04, SP= .73), Bidang Perkebunan /
Landskap / Nurseri (min=3.84, SP= .85) dan Bidang Jahitan / Pakaian / Rekaan (min=3.70,
SP= .98).

Jadual 5 : Kemahiran vokasional yang diperlukan oleh pelajar PPKI dari persepsi guru

Kemahiran Vokasional Min SP Tahap


Bidang Masakan / Penyediaan / Penyajian 4.43 .54 Sangat Diperlukan
Makanan
Bidang Mendobi / Linen 4.15 .99 Diperlukan
Bidang Pertukangan / Pembuatan Perabot 4.10 .94 Diperlukan
Bidang Akuakultur / Haiwan Rekreasi 4.04 .73 Diperlukan
Bidang Perkebunan / Landskap / Nurseri 3.84 .85 Diperlukan
Bidang Jahitan / Pakaian / Rekaan 3.70 .98 Diperlukan

4.0 PERBINCANGAN

Secara keseluruhannya, guru-guru berpendapat Bidang Masakan / Penyediaan / Penyajian


Makanan berada pada tahap paling tinggi iaitu sangat diperlukan. Walaubagaimanapun 5
bidang lain iaitu Bidang Jahitan / Pakaian / Rekaan, Bidang Perkebunan / Landskap /
Nurseri, Bidang Pertukangan / Pembuatan Perabot, Bidang Akuakultur / Haiwan Rekreasi
dan Bidang Mendobi / Linen juga berada pada tahap diperlukan oleh pelajar Pendidikan
Khas Bermasalah Pembelajaran di Negeri Melaka. Bidang Masakan / Penyedian / Penyajian
Makanan menjadi antara aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang paling digemari oleh
pelajar tidak kira pelajar lelaki mahupun pelajar perempuan. Aktiviti memasak yang
dijalankan oleh guru-guru seperti membuat roti / kek / piza / kuih-muih telah menarik
perhatian pelajar setiap kali pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Terdapat juga
beberapa orang pelajar yang telah mahir membuat roti / kek / piza dan pelajar-pelajar ini
telah menjalankan perniagaan sendiri bersama keluarga dengan kemahiran yang telah
diperolehi di sekolah walaupun tidak mendapat sebarang sijil kemahiran. Hal ini
membuktikan bahawa pelajar Bermasalah Pembelajaran sebenarnya boleh bekerja dan
boleh menguasai kemahiran yang diajar kepada mereka bergantung kepada minat serta
kemampuan pelajar itu sendiri.

7
First Technical and Vocational Education International Seminar 2014 (TVEIS 2014)

Di samping itu, terdapat program dalaman yang dinamakan Program Ke Kerjaya yang
dijalankan oleh kebanyakan kelas PPKI di mana ia adalah hasil usaha guru-guru Pendidikan
Khas yang ingin melihat pelajar-pelajar mereka berkemahiran dan mempunyai pengalaman
selepas tamat persekolahan. Hal ini disebabkan ketiadaan silibus dan kurikulum khas
berkaitan kemahiran vokasional. Tujuan dan objektif guru-guru menjalankan Program Ke
Kerjaya ini bagi memberikan pengalaman bekerja dengan kemahiran tersendiri yang harus
dimiliki oleh pelajar sebelum mereka menamatkan persekolahan.

Kemahiran dalam penyajian dan penyediaan makanan adalah sangat berguna kepada
pelajar Bermasalah Pembelajaran. Kemahiran ini bukan sahaja sebagai persediaan mereka
untuk hidup berdikari bahkan sebagai persediaan kepada kemahiran mereka untuk bekerja
(Lancioni & OReilly, 2002; Powell, 2006). Selain itu, Bozkurt & Gursel (2005) menyokong
idea di mana pelajar Bermasalah Pembelajaran harus memperoleh kemahiran berasaskan
dapur seperti memasak, menyediakan minuman atau makanan dan dapat menilai nutrisi
makanan. Yoau, Hong dan Tsai (2010) dalam kajian mereka terhadap pelajar Pendidikan
Khas di Taiwan mendapati terdapat beberapa bidang kemahiran yang tertinggi diceburi oleh
pelajar dalam program latihan (Internship Program) mereka iaitu Pembuat Roti / Kek
sebanyak 62.3%.

5.0 KESIMPULAN

Bidang perkhidmatan berkaitan makanan adalah di antara bidang kemahiran yang paling
utama di ajar kepada pelajar Bermasalah Pembelajaran sekolah menengah (Cameto,
Marder, Wagner & Cardoso, 2003). Kemampuan pelajar Bermasalah Pembelajaran dalam
bidang masakan, penyediaan dan penyajian makanan dapat mengukuhkan kemahiran
kebolehkerjaan agar pelajar dapat berdikari selepas tamat belajar. Disebabkan kurikulum di
SMK harian yang terlalu umum serta tidak menjurus kepada kemahiran vokasional, maka
penyelidik mencadangkan agar perlunya sebuah Kurikulum Standard Vokasional khusus
kepada pelajar Bermasalah Pembelajaran di kelas PPKI SMK harian. Pelajar-pelajar yang
tidak berpeluang ke SMPK / SMVPK boleh mengikuti latihan kemahiran vokasional mengikut
pengkhususan yang bersesuaian dengan pelajar dan kemudahan prasarana yang ada di
sekolah.

Oleh kerana bidang Masakan / Penyediaan / Penyajian Makanan adalah kemahiran yang
paling diperlukan oleh pelajar, kurikulum ini haruslah bersesuaian dengan pelajar
Bermasalah Pembelajaran. Kursus dalam bidang penyediaan makanan pula sangat
bersesuaian di mana pelajar boleh mempelajari pelbagai masakan dari timur dan barat
seperti menyediakan pelbagai jenis nasi, lauk-pauk, sayuran, pasta, sup, sos, appetizer,
desert , local & western breakfast dan pengendalian barbeque serta hidangan buffet. Selain
itu pelajar juga akan mempelajari teknik pembuatan pastri, kek dan roti. Penyediaan Pastri
pula merupakan jurusan yang berkaitan dalam pembuatan Confectionary Item di mana
pelatih akan diberi latihan secara teori dan amali mengenai kaedah membuat pelbagai jenis
pastri dan kek, biskut, puding, dessert, aiskrim, kuih melayu serta teknik-teknik menghias
kek dari buttercream icing dan sugar paste. Selain itu pelajar akan mempelajari cara
menggunakan perkakas dan peralatan pastri yang digunakan dalam pembuatan pastri masa
kini. Di samping itu bidang Penyeliaan Makanan dan Minuman merupakan jurusan yang
berkaitan dengan cara penyajian makanan dan minuman. Para pelajar akan diberi latihan
secara amali dan teori cara-cara melayan tetamu di meja makan, mempelajari cara
hidangan Melayu, Cina dan antarabangsa di restoran dan hotel-hotel. Selain itu juga, pelajar
akan mempelajari teknik-teknik melipat napkin, susun atur pinggan mangkuk dan kutleri di
meja makan.

8
First Technical and Vocational Education International Seminar 2014 (TVEIS 2014)

Dari aspek penilaian dan pengukuran pula, pelajar akan dinilai secara teori dan amali
berdasarkan keterampilan pelajar dari aspek pengetahuan, kemahiran, kelakuan,
kebersihan, keselamatan dan kebolehan melaksanakan kerja-kerja amali. Oleh yang
demikian, melalui latihan berasaskan keterampilan ini, pelajar berpeluang mendapat Sijil
Kemahiran Malaysia (SKM) dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Modul kursus ini
pula berasaskan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) yang digubal oleh
Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

Kemahiran vokasional yang diperlukan oleh pelajar adalah salah satu isu accessibility
seperti yang dinyatakan oleh Evers (1996) di mana pendidikan vokasional kepada pelajar
Bermasalah Pembelajaran adalah melibatkan akses, permintaan kepada struktur
pengajaran, sikap serta persediaan mengajar guru. Sitlington & Frank (1990) menyatakan
bahawa pelajar Bermasalah Pembelajaran tidak boleh belajar bidang kemahiran hidup
dengan sendiri kerana mereka memerlukan peningkatan dalam isi kandungan kemahiran
vokasional semasa berada di peringkat menengah sebagai persediaan sebelum bekerja.
Ramai pelajar berkeperluan khas telah berjaya mengikuti program transisi dan telah mencari
pekerjaan dalam industri perkhidmatan makanan (Madaus, Pivarnik, Scarpati, Richard,
Hirsch, Carbone, Patnoad; 2010). Oleh yang demikian, sekiranya Bidang Masakan /
Penyediaan / Penyajian Makanan adalah kemahiran yang amat diperlukan oleh pelajar dari
persepsi guru, maka pelajar harus diberi peluang mengembangkan bakat yang ada pada
pelajar dengan bimbingan guru-guru yang berkemahiran serta berkeupayaan untuk
mengajar pelajar dengan berkesan.

RUJUKAN

Bahagian Pendidikan Khas, KPM. (2011). Permohonan Penempatan Murid Berkeperluan Khas Ke
Tingkatan 4 Sekolah Menengah Pendidikan Khas. Dimuat turun dari
http://apps.moe.gov.my/jpkhas/permohonan/panduan_ting4.pdf pada 7 November 2013.

Bahagian Pendidikan Khas, KPM. (2013). Dimuat turun dari


http://www.moe.gov.my/bpkhas/index.php?option=com_content&view=article&id=1:selamat-
datang-ke-portal-rasmi-jabatan-pendidikan-khas&catid=1:latest-news pada 6 November 2013.

Bozkurt, F. & Gursel, O. (2005). Effectiveness of Constant Time Delay on Teaching Snack and
Drink Preparation Skills to Children with Mental Retardation. Education and Training in
Developmental Disabilities. 40(4), 390400

Cameto, R., Marder, C., Wagner, M. & Cardoso, D. (2003). Youth employment. NLTS-2 data brief
Menio Park, CA: SRI International.

Cronin, M. E., & Patton, J. R. (1993). Life skills instruction for all students with special needs: A
practical guide for integrating real-life content into the curriculum. Austin TX: PRO-ED.

Cronin, M. E. (1996). Life Skills Curricula for Students with Learning Disabilities A Review of the
Literature. Journal of Learning Disabilities, 29(1), 53-68.

Evers, R.B. (1996). The Possitive Force of Vocational Education : Transition Outcomes for Youth with
Learning Disabilities. Journal of Learning Disabilities. Vol. 29 : 69-78.

Gargiulo, R.M. (2012). Special Education in Contemporary Society : An Introduction to Exceptionality.


Sage Publication, Inc. USA.

Institut Kemahiran Belia Negara. (2011). Dimuat turun dari http://www.ikbnbp.gov.my/index.php?


option=com_content&view=article&id=238&Itemid=175 pada 20 Juali 2014.

9
First Technical and Vocational Education International Seminar 2014 (TVEIS 2014)

Jabatan Pendidikan Khas, KPM. (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Khas Bermasalah
Pembelajaran Sekolah Rendah & Menengah. Kuala Lumpur.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.


Dimuat turun dari http://www.moe.gov.my/v/pelan-pembangunan-pendidikan-malaysia-2013-
2025 pada 14 Jun 2013.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2002). Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 16/2002. Dimuat turun
dari http://www.moe.gov.my/v/pekeliling-ikhtisas?page=14 pada 11 Oktober 2013.

Kirk, S. A. (1962). The Intellectually Gifted Child. Educating Exceptional Children. Boston: Houghton
Mifflin Company, 71.

Krejcie, R.V. & Morgan, D.W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and
psychological measurement. 30.3: 607-610.

Lancioni, G.E. & OReilly, M.F. (2002). Teaching Food Preparation Skills to People with Intellectual
Disabilities: a Literature Overview. Journal of Applied Research in Intellectual Disabilities. 15,
236253

Madaus, J. W., Pivarnik, L., Scarpati, S., Richard, N., Hirsch, D. W., Carbone, E., & Patnoad, M.
(2010). Teaching food safety skills to students with disabilities. Teaching Exceptional Children,
42(4), 44-51.

Palombi, J.B. (2000). Recruitment and Admission of Students with Disabilities. New Directions For
Student Services. No. 91. Jossey-Bass Publishers.

Pivarnik, L. F., Patnoad, M. S., Richard, N., Gable, R. K., Hirsch, D., Madaus, J., & Carbone, E.
(2009). Assessment of Food Safety Knowledge of High School and Transition Teachers of
Special Needs Students. Journal Of Food Science Education, 8(1), 13-19.

Powell, J.M. (2006). Serving Up Success. Association For Career & Technical Education. Muat turun
dari https://www.acteonline.org/WorkArea/DownloadAsset.aspx

Sitlington, P. L., & Frank, A. R. (1990). Are adolescents with learning disabilities successfully crossing
the bridge into adult life?. Learning Disability Quarterly, 13(2), 97-111.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Kategori Orang Kurang Upaya (OKU). Dimuat turun dari
http://www.spa.gov.my/Portal/Kategori_OKU pada 12 Jun 2013.

Yoau, C.J., Hong, M.L., Shih, L.H., Tsai, C.C. (2010). The Current of Students Internship for Special
Education Programs in Vocational High School. The International Journal of Learning. Vol.7,
No. 3,523-534

Zharulnizam Shah Z.A. (2010). Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan Khas. Utusan Publications &
Distributors Sdn Bhd. Kuala Lumpur.

Zinaida Ariffin. (2009). Kerjaya Untuk Orang Kurang Upaya. PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.
Kuala Lumpur.

10