Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

KURSUS PENYEMBELIHAN DAN KURSUS


MEMASAK 2017

PANITIA PENDIDIKAN ISLAM


DENGAN KERJASAMA UNIT UPSR
TAHUN 2017
1.0 PENDAHULUAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah yang
melimpahkan kurnia dan nikmat-Nya yang memberi kita rezeki dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat
kepada seluruh umat manusia. Ilmu yang dilimpahkan kepada kita bukan hanya sekadar teori bagi kita
semata-mata, tetapi ia perlu dipraktikkan dan dimanfaatkan dalam kehidupan seharian.

Alhamdulillah, atas kesedaran itulah maka Unit Pendidikan Islam dengan kerjasama Unit UPSR telah
merancang untuk mengadakan Kursus Penyembelihan dan Kursus Masakan bagi memenuni program
lepas UPSR. Kami mengharapkan agar aktiviti ini dapat memberi pengalaman yang paling berharga buat
pelajar tahun 6 untuk dijadikan bekalan di masa akan datang.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Memberi pendedahan kepada pelajar tahun 6 tentang cara-cara melakukan sembelihan yang betul.

2.2 Memberi peluang kepada pelajar tahun 6 untuk mempraktikkan ilmu berkaitan dengan sembelihan.

2.3 Memberi pengalaman yang berguna kepada pelajar tahun 6 bermula dari proses sembelihan sehingga
proses membersih bahan sembelihan dan memasak..

3.0 TARIKH & HARI

12 Oktober 2017 (khamis)

4.0 LOKASI

Padang SKGL dan Kantin

5.0 SASARAN

Pelajar tahun 6 SKGL.


6.0 AHLI JAWATANKUASA

Ahli Jawatankuasa Induk :

Pengerusi : En Nazri Bin A Rahman

Naib Pengerusi : Pn Eshah Harun

Penyelaras : En Rusli Muhamad

Setiausaha : En Wan Mohd Zahiruddin W Abdullah

Bendahari : Ustz Roslida A Ghani

Ahli Jawatankuasa Pelaksana :

Jk Instruktor Sembelihan : Ust Kamal Mustafa

Jk Peralatan : Ust Mohammad Amri Bin Yusoff

Jk Penyediaan Bahan Mentah: Pn Wan Kamariah Wan Ismail

Jk Dokumentasi : En Syamaiza Shaffie

Jk Makanan & Masakan : Pn Eshah Harun, Pn Syaripah

Jk Kebersihan : Pekerja Kebersihan

Jk Pa Sistem : Pn Tuan Meriam

7.0 YURAN PENYERTAAN

RM 5.00 setiap peserta (Nota dan Sijil )


8.0 TENTATIF

Tarikh : 12 Oktober 2017

8.30 pagi : Pelajar berkumpul di padang sekolah


8.45 pagi : Taklimat Kursus.
9.00 pagi : Penerangan tentang teori penyembelihan oleh penceramah.
9.30 pagi : Demonstrasi dan praktikal sembelihan oleh penceramah dan peserta.
10.30 pagi : Semua peserta bergotong-royong membersihkan ayam dan menyediakan
makanan.
12.00 tgh : Makan tengahari dan gotong royong membersihkan kawasan.
Solat Zohor dan bersurai

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Jumlah


Anggaran Perbelanjaan :
1 Sarapan pagi (RM 3.00 x 25) RM 75.00
2 Ayam ( 10 ekor x RM 15.00) RM 150.00
3 Lain-lain kos RM 100.00
JUMLAH RM 325.00

10.0 PENUTUP
Kami mengharapkan agar aktiviti ini dapat memberi manfaat yang berguna buat semua puhak yang
terlibat dalam menjayakannya. Semoga usaha ini akan mendapat keberkatan dan keredhaan Allah s.w.t.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

................................................... ................................................
(WAN MOHD ZAHIRUDDIN WAN ( NAZRI BIN A RAHMAN)
ABDULLAH) Guru Besar
Setiausaha Program Kursus Sembelihan Sek Keb Guntong Luar, Setiu
Sek Keb Guntong Luar.
Senarai Tugas Jawatankuasa :

Bil Jawatankuasa Bidang Tugas


1 Jk Instruktor Sembelihan 1. Memberi penerangan tentang teori sembelihan.
2. Menunjukkan demonstrasi sembelihan yang
betul.
3. Membimbing dan memantau amali sembelihan
yang dilakukan oleh peserta.
2 Jk Peralatan 1. Menyediakan peralatan seperti pisau, batu
asah, periuk, tong gas, dapur gas. kanvas dan
lain-lain yang dirasakan perlu.
2. Menyediakan nota yang bersesuaian berkaitan
untuk rujukan pelajar.
3 Jk Penyediaan Bahan 1. Menyediakan ayam sebanyak 10 ekor untuk
Mentah sembelihan.
4 Jk Dokumentasi 1. Mengambil gambar sepanjang program
berlangsung
5 Jk Makanan & Masakan 1. Menyelaras jamuan untuk semua peserta.
2. Melapah dan membersihkan ayam untuk
dimasak
6 Jk Kebersihan Tempat 1. Memastikan tempat sembelihan dan peralatan
dalam keadaan bersih selepas program selesai.
7 Jk PA Sistem 1. Menyediakan pembesar suara semasa program.