Anda di halaman 1dari 5

SOALAN-SOALAN LATIHAN

P5205 PENGAUDITAN & PENYIASATAN

BAB 4

1. Apabila mengaudit Sistem Pemprosesan Data Elektronik (EDP), juruaudit perlu


memahami kawalan prosedur yang merujuk kepada Kawalan Umum dan Kawalan
Aplikasi. Berikan DUA tujuan bagi setiap kawalan aplikasi di bawah dan berikan DUA
contoh bagi setiap kawalan aplikasi berikut :
i. Kawalan Input
ii. Kawalan Proses
iii. Kawalan Output

2. Dua kaedah mengaudit Sistem Pemprosesan Data Elektronik (EDP) dikenali sebagai
audit melalui komputer dan audit di sekitar komputer. Jelaskan perbezaan dua
kaedah tersebut.

3. Nyatakan LIMA perbezaan di antara Sistem Pemprosesan Data Elektronik (EDP) dengan
sistem manual.

4. Perisian computer mikro telah dibangunkan untuk meningkatkan kecekapan dan


keberkesanan pengauditan. Perisian berelektronik dan lain-lain pakej perisian yang ada
di pasaran adalah untuk membantu memastikan prosedur-prosedur audit dilaksanakan
dengan berkesan berbanding pelaksanaan secara manual.
Anda dikehendaki :

i. Huraikan LIMA (5) faedah yang mungkin diperolehi oleh juruaudit sekiranya
menggunakan perisian komputer mikro di dalam kerja-kerja audit berbanding dengan
menggunakan kaedah manual.
ii. Huraikan secara ringkas LIMA (5) implikasi audit terhadap perubahan teknologi.
BAB 5

1. Anda telah dilantik sebagai akauntan penyiasat. Terangkan LIMA (5) langkah umum
yang perlu anda ambil dalam melakukan sesuatu penyiasatan.

2. ABC Bhd. bercadang untuk melabur di dalam DEF Sdn. Bhd. ABC Bhd. melantik XYZ & Co
sebagai jururunding untuk menilai pelaburan dalam DEF sebelum membuat sebarang
keputusan. Terangkan secara ringkas LIMA (5) perkara yang perlu disiasat oleh akauntan
penyiasat sebelum ABC membuat keputusan untuk melabur dalam DEF Sdn. Bhd.

3. Anda telah dilantik oleh klien anda Randhill Corporation untuk membuat pengumpulan
laporan-laporan kewangan bagi tujuan membuat pinjaman bank.

Sebagai seorang Akauntan Bertauliah, anda telah diminta untuk :

i. Mengenalpasti kriteria-kriteria data yang diperlukan.


ii. Senaraikan prosedur-prosedur yang perlu anda lakukan untuk membuat
penyiasatan tersebut.
iii. Huraikan secara ringkas draf laporan yang mungkin anda keluarkan kepada klien.
BAB 6

1. Faiz Ahmad & Co. telah dilantik sebagai juruaudit Smart Sdn. Bhd. Berdasarkan laporan
juruaudit menunjukkan syarikat tersebut mempunyai kedudukan kewangan yang
baik/kukuh. Berdasarkan penyata kewangan yang telah diauditkan, sebuah institusi
kewangan telah memberikan pinjaman kepada Smart Sdn. Bhd. Akhirnya, syarikat tersebut
gagal menjelaskan sepenuh hutangnya kepada institusi kewangan tersebut. Berdasarkan
situasi di atas, anda dikehendaki menjawab soalan berikut :

i. Apakah jenis liabiliti juruaudit yang terdapat di dalam situasi di atas?


ii. Berikan TIGA contoh pihak yang terlibat di bawah liabiliti yang dinyatakan di atas.

2. Juruaudit perlu berhati-hati di dalam menjalankan tugasnya. Jika ianya berlaku, ini adalah
kerana kelalaian dan penipuan. Bincangkan EMPAT sebab yang boleh menyebabkan perkara
tersebut berlaku.

3. Bincangkan ENAM (6) cara untuk meminimumkan liabiliti.


BAB 8

1. Apakah yang anda faham tentang :


i. Peristiwa Selepas Tarikh Kunci Kira-Kira.
ii. Takrifan liabiliti luar jangka.

2. Syarikat York adalah merupakan salah sebuah syarikat pengilangan dan pengedaran
alat-alat telekomunikasi. Penyata Kewangan Syarikat ini diterbitkan pada 1 April 2005.
Tempoh Kewangannya berakhir pada 31 Disember 2004. Sebagai seorang juruaudit
yang diminta untuk mengaudit syarikat ini anda perlulah melihat kepada Peristiwa
Selepas Tarikh Kunci Kira-Kira dan juga Liabiliti Luar Jangka yang berlaku kepada syarikat
ini. Analisa situasi di bawah. Klasifikasikan kebarangkalian berlakunya liabiliti luar jangka
dan tindakan yang wajar dilakukan untuk menangani situasi ini.

i. 13 Februari 2005, Syarikat Luqman telah diisytiharkan gagal untuk membayar


sejumlah pinjaman perniagaan yang dibuat dengan Bank Maju dan Syarikat York
adalah merupakan penjamin kepada pinjaman Syarikat Luqman yang telah
dibuat pada 1 April 2004.

ii. 28 Disember 2004, Syarikat York telah mendiskaunkan bil-bil penghutang dengan
pihak bank. Mengikut cara pembayaran, semua penghutangnya tidak
mempunyai masalah dalam melunaskan pembayaran.

iii. 1 November 2004, Syarikat ini telah melancarkan satu produk telefon bimbit
baru. Juruaudit telah mendapati beberapa aduan menyatakan produk ini tidak
menepati piawaian yang ditetapkan telah diterima oleh syarikat pada 1 Januari
2005. Waranti yang dikeluarkan adalah untuk selama tempoh 6 bulan sahaja
daripada tarikh pembelian sesuatu produk tersebut.

iv. 1 November 2004, selaras dengan pelancaran produk terbaru itu, pemberian
kupon juga diberikan kepada penjualan produk telefon bimbit tersebut di mana
bagi setiap satu pembelian telefon bimbit itu akan diberikan 1 kupon untuk
dikumpulkan sebanyak 3 kupon dan boleh menukarkannya dengan bateri
original tambahan.
3. Peristiwa-peristiwa luar biasa berikut adalah tidak berkaitan. Bagi setiap peristiwa berikut, anda
dikehendaki menyatakan tindakan yang perlu anda lakukan. Andaikan juruaudit luar telahpun
menyiapkan kerja-kerja audit dan di dalam proses menyediakan laporan audit ke atas laporan
kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2006.

i. Satu akaun belum terima yang material daripada pelanggannya Impiana Jaya Berhad
tidak dapat dikutip sepenuhnya pada 31 Disember 2006. Impiana Jaya Berhad telah
mengalami satu kebakaran yang teruk pada 25 Januari 2007. Disebabkan Impiana Jaya
Berhad tidak mengisurankan syarikatnya, adalah mustahil bagi syarikat untuk mengutip
kembali hutang tersebut.

ii. Pada 15 Januari 2007, Azhar, seorang penasihat pelabor utama pasaran telah
mengeluarkan satu laporan yang tidak baik tentang propek jangka panjang syarikat.
Harga saham telah jatuh sebanyak 30%.

iii. Pada 5 Januari 2007, di dalam mesyuarat syarikat, lembaga pengarah telah mengundi
untuk meningkat bajet untuk pengiklanan pada tahun hadapan dan memberi kuasa
tersebut kepada syarikat pengiklanan.

iv. Pada 21 Januari 2006, klien telah memohon kepada Securities Commission untuk
mengisu 20 juta saham biasa baru pada harga RM 1.50 sesaham. Permohonan isu baru
itu diwakili oleh 10% daripada saham modal syarikat yang diisu dan berbayar pada 31
Disember 2006.

v. Pada 31 Januari 2006, syarikat telah memasuki satu perjanjian jual beli untuk mendapat
30% kepentingan ekuiti di dalam Kapas Design Bhd. pada harga pertimbangan RM 2.5
juta yang dibayar secara tunai.

Anda mungkin juga menyukai