Anda di halaman 1dari 8

SENI TAMPAK, ERA PASCAMODEN: SUATU PERBAHASAN

HUBUNGKAITNYA DENGAN ESTETIKA, TEORI DAN BUDAYA

PENGENALAN

Joseph Margolis (1987) meletakkan kegunaan falsafah estetik sebagai sesuatu


yang unik dalam perkaitannya dengan seni dan budaya. Pandangan beliau ini
menjadi cabaran dalam meletakkan definasi sebenar ke atas hasil kerja seni
yang merangkumi persepsi dan sifat-sifat luaran objek bersama elemen
dalaman. Kualiti dalaman diterima sebagai sebahagian daripada objek seni.
Pandangan falsafah estetik ini meletakkan citarasa, pengadilan estetik, persepsi
estetik, objek-objek estetik dan pengalaman estetik sebagai isi kandungan teori-
teori seni. Bagaimanapun strategi ini cuba digunakan sebagai andaian dalam kita
memperkatakan tentang seni dan budaya.

Isu yang timbul di sebalik pemahaman tentang definasi sebenar seni dan
konsep seni boleh dilihat lebih jauh kaitannya bersama budaya. Teori budaya
sebenarnya mencabar kita kerana budaya itu sendiri telah bersebati dalam
proses kehidupan manusia sehingga diterima sebagai nilai sejagat. Budaya ini
berada di tahap tinggi yang mengalami proses peralihan tamadun, ia juga digelar
sebagai ‘art culture’. Sebab kedua berkaitan dengan budaya yang telah
mempengaruhi sebahagian kehidupan dan mempengaruhi makna seni.
Pengaruh yang tidak terbatas di dalam seni sehingga merangkumi tingkahlaku
telah menjadikan budaya ini digolongkan ke dalam tahap rendah dan ia
disamakan juga dengan keseluruhan budaya dalam kehidupan.

Kritikan-kritikan yang dikaji dan teori-teori yang dikemukakan bersandar


kepada budaya Barat. Terkandung di dalamnya falsafah, sejarah dan rangka
kritikan yang menyentuh hirarki kedudukannya di dalam kehidupan secara
eksklusif. Ada tergabung bentuk-bentuk ekspresif yang diterima sebagai nilai
popular dalam sesetengah budaya.

1
Keseluruhan esei ini cuba melihat pengaruh budaya ke atas seni yang pada
andaian moden dikaitkan dalam bentuk estetik yang formalis. Nilai-nilai estetik ini
bergantung pada pengalaman kesejagatan dalam menerima bentuk-bentuk
persepsi dan penerimaan psikologi yang cuba digali dari sumber asal serta
diberi inovasi. Cabaran pengalaman dalam pascamoden yang kita bincangkan
dapat dihurai bersama nilai-nilai estetik moden yang formalis melalui percubaan
mencari kesamaan budaya dan seni yang secocok. Kesecocokannya boleh jadi
daripada serpihan budaya yang lahir sebagai salah satu cara hidup.

SEBAHAGIAN KRITIKAN BERKAITAN EKSPRESIONISME PASCAMODEN

Dalam zaman moden era industri, keadaan institusi sosial berubah bersama
persekitaran yang dilindungi oleh teknologi saintifik. Kemuculan era ini telah
membawa kesan dan mengubah corak kritikan ke atas budaya. Suatu semakan
dibuat bagi menilai kembali interpretasi yang ada supaya kandungan tamadun
moden itu tidak menyingkirkan nilai-nilai budaya tradisi.

Ada dua aliran kritikan budaya yang establish, iaitu aliran konservatif dan
aliran radikal. Pihak konservatif masih berpegang pada nilai-nilai tradisi dan cuba
menjauhkan diri dari era moden serta mencari kedudukannya yang tersendiri.
Hal yang membangkitkan semangat klasikal secara termampu cuba dipelihara.
Dalam kedudukan ini kepekaan estetik dan kelunturan citarasa cuba
dikembalikan dengan meletakkan bayang-bayang budaya sebagai penguat
hujah.

Satu pihak lain yang secara radikal mengkritik dan menyemak kembali
kandungan budaya dengan mencipta aktiviti-aktiviti baru untuk diterima sebagai
budaya kontemporari (budaya sejagat). Teori kritikan moden meletakkan seni
berfungsi kembali dengan didominasikan oleh golongan borguis kapitalis.
Kritikan seni yang dibuat oleh Greenberg misalannya cuba mengangkat avant-

2
garde sebagai seni moden (Greenberg 1965). Muncul juga teori-teori kritikan
oleh Habermas (1983) dan Jameson (1983) yang memberi amaran betapa
bahayanya budaya yang telah berada dalam genggamam kapitalis. Lyotard
(1984) pula menyemak kritikan yang dibuat ke atas budaya dengan mencari
identiti untuk diterima sebagai budaya dalam pascamoden.

Kedua-dua pihak ini ada pertalian dalam mencantum serpihan yang nyata
bertindih nilai antara sosial dan budaya. Kebimbangannya ialah takut serpihan
yang hendak dicantum ini terlerai hingga hilang nilainya dan langsung tersisih
daripada kritetia-kriteria yang wujud selama ini. Kedua-dua pihak bimbang
struktur makna yang telah menjadi serpihan ini akan dipengaruhi oleh budaya
Barat yang mendominasi budaya-budaya lain. Kedua-duanya berbahas sama
ada perlu diasingkan serpihan yang ada atau dicantum dengan kesannya, salah
satu serpihan akan lenyap.

Kedudukan ini melahirkan pihak ketiga dalam menghangatkan lagi suasana


kritikan. Pihak ketiga ini dikenalpasti sebagai golongan yang menonjolkan identiti
pascamoden untuk diterima dalam bentuk yang ekspresif. Pihak ini menyoal
kembali kewibawaan nilai-nilai tradisi yang dianggap ‘klasik’ di samping
menyerang kewibawaan moden dalam usaha meletakkan kriteria sebenar
budaya universal. Suasana ini telah mengembalikan fokus kita kepada
perbahasan dan kritikan yang hangat sehingga timbul sempadan dalam sistem
budaya seni.

PASCAMODEN HUBUNGKAIT DENGAN ESTETIK

Seni bina merupakan contoh manifestasi awal lahirnya pascamoden. Gaya


mozaik yang menyerlahkan pelbagai stail tradisi dilahirkan kembali dalam corak
abstrak yang mengalami pengubahsuaian. Merujuk pada Jencks (1984), seni
bina moden menampilkan pendedahan gaya antarabangsa yang meliputi bahan,
lambang estetik yang formalistik dan perkaitannya dengan manusia. Bentuk-

3
bentuk universal telah diakui oleh Jencks terkandung di dalam seni bina yang
mengajak manusia berkomunikasi. Keadaan bentuk universal yang begitu
kompleks telah menimbulkan persoalan estetik. Setengah daripada penglahiran
citarasa pascamoden itu telah berbalik kepada bentuk-bentuk budaya etnik yang
pernah popular di suatu masa dahulu.

Sebagai suatu penglahiran nilai, kaitan pascamoden dengan seni dilihat pada
bentuk dan aktiviti yang dijelmakan dalam kebudayaan. Penglahiran
pascamoden berada secara sementara pada suatu zaman dengan gaya yang
baru, cuba mencari dan mendekatkan budaya seni dalam pemusatan estetik.
Tahap yang dapat diterima dan disanjungi ialah nilai estetik moden yang
formalistik diletakkan sebagai suatu penghargaan. Serpihan-serpihan
pascamoden yang ditemui adalah cantuman dari konservatif dan radikal.

Falsafah estetik yang melibatkan teori, prinsip, definasi, logik dan


pengalaman estetik membangkitkan suatu perbahasan intelektual. Perbahasan
ini mengandungi kepelbagaian pengetahuan tentang persepsi estetik dalam
seni. Pengetahuan-pengetahuan ini menjadi asas pengajaran dalam proses awal
disiplin ilmu estetik. Falsafah Plato, Aristotle, Kant dan Hegel telah dijadikan teks
bagi keseragaman sejagat. Nilai estetik moden bergantung juga pada
pengetahuan estetik yang dialami daripada citarasa zaman berzaman.

Mengkaji nilai-nilai estetik, meletakkan kita pada makna yang serupa antara
persepsi yang melahirkan makna estetik itu. Berpandukan nilai estetik Greek
dengan maknanya yang menyentuh citarasa dan keindahan cuba disadurkan
pada estetik moden dalam menghasilkan teori formalistik. Teori ini
melengkapkan pengadilan, penilaian dan kritikan yang terkandung di dalam
falsafah estetik Kant. Di peringkat ini penilaian estetik menempuh hal-hal yang
subjektif dan ada juga yang berunsurkan sejagat menerusi bentuk persepsi yang
asli. Teks-teks yang dipegang sebagai panduan ialah antaranya oleh
Schopenhaner, “The World as Will and Idea” (1819). Nietzche, “The Birth of

4
Tragedy” (1872). Begitu juga rujukan Edward Bullough (1912), Clive Bell (1914)
yang menyentuh perihal signifikan bentuk. Tidak terkecuali Suzanne Langer
(1953) yang memperkatakan ekspresif simbolik, rupa bentuk dan perkembangan
yang relevan dengan topik-topik estetik.

BUDAYA DALAM SENI PASCAMODENISME

Kembali pada budaya yang membelakangkan kebenaran celik ilmu telah menjadi
suatu paksaan. Fahaman dogmatisme memaksa budaya dalam seni
pascamodenisme mesti diterima oleh semua orang sehingga harus diakui
kebudayaan mempunyai nilai kesahihan yang sama rata ataupun nihilisisme.
Menyedarkan kita bahawa nilai budaya yang telah disejagatkan itu adalah
berkiblatkan kuasa yang selama ini dikatakan bertamadun. Kuasa yang
bertamadun itu juga adalah kuasa imperialis yang merobek beberapa budaya
yang ada di dunia.

Selama mana patut kita bergantung pada pegangan nilai estetik lama (klasik)
yang dikatakan ‘kitab rujukan’ semua pihak. Apa yang difahami budaya global
tanpa sempadan telah menyedarkan banyak pihak tiada penghujungnya dalam
menjadikan seni itu hilang nilai estetiknya. Kesedaran ini telah menyebabkan
ramai pihak kembali keakar budaya yang asli iaitu nilai seni dalam nilai peribumi
kerana di situlah segalanya bermula.

Masa hadapan peradaban Barat dalam keadaan sedar telah mula beralih
pada budaya asal akar umbi. Selama ini kita diajar tanpa kesedaran bahawa
sejarah dan segalanya bermula dengan Greek. Seni dan estetik yang bermula di
Greek yang mencipta kecantikan dan kesejagatan membawa tamadun yang
menjulang seni itu sehingga setiap zaman. Dari awal perbincangan sampai ke
penghujungnya kita didedahkan bahawa seni dan budaya dibincang bersama
tetapi menjadi suatu yang misteri apabila agama ditinggalkan. Zaman era industri

5
hingga ke era milinium, pemikiran baharu akan terus mengenepikan agama yang
akhirnya membawa semuanya ke jalan kesesatan.

Yang dikatakan ekspresionisme era pascamodenisme itu adalah arahtuju


mencari sesuatu yang baharu untuk diiktiraf sebagai budaya dalam seni kerana
hendak disesuaikan dengan pemikiran dan idea terkini. Serupa dan bersamaan
dengan seni di zaman Yunani-Rom (Greek) yang mengetahui kesempurnaan
tuhan tidak boleh disamakan dengan keindahan dan kesempurnaan seni. Untuk
mencari kualiti kesempurnaan itu dijadikan alam sebagai tempat peniruan
sehingga seni lebih berjaya daripada alam. Orang seni boleh melakukannya
tetapi selalunya gagal untuk berbuat demikian.

Apabila datangnya Zaman Pembaharuan (Renaissance), warisan seni purba


diketengahkan kembali. Selepas satu dekad agama Kristian cuba
mengabungkan seni yang tidak jelas dengan elemen warisan Greek dan terhasil
seni Byzantine yang dinilai indah pada seni arca patung (peninggalan orang
Yahudi). Perbincangan idea diluahkan oleh ahli seni hasilnya seni Byzantine
tidak pernah lebih daripada ilustrasi sahaja. Kita telah terpesona dengan idea
dan menerimanya sebagai suatu ekspresi seni dan budaya nihilisme itu
sebahagian darinya.

Budaya Pascamoden adalah gelombang yang mengasak setiap sudut


sehingga budaya-budaya kecil yang lemah tidak menonjol akan ditelan dan
terpinggir. Nilai idealisme seni pascamodenis dikatakan mencapai tahap tertinggi
apabila seni kontemporari diperalatkan. Apabila dunia kebendaan dijadikan
umpan, kehendak kebendaan ini akan diisi dan diterima sebagai satu lonjakan
ketamadunan. Dalam pascamodenisme nilai estetik itu bukan keutamaan
sebaliknya kepuasan luaran yang hanya sementara dan akan lahir bentuk-
bentuk baru untuk mengisi ketidakpuasan itu. Sifat jemu, bosan, mahukan yang
baharu, inovasi, berteknologi, berdigital, apa sahaja istilah kecanggihan akan
dipasarkan sama ada sebagai produk seni atau karya seni.

6
KESIMPULAN

Keyakinan untuk menentang kuasa yang mempengaruhi budaya sejagat menjadi


suatu kesedaran di abad ini. Untuk menghargai diri sendiri, asal-usul sosial,
keaslian jatidiri, nilai patrotisme dan nasionalisme diberi nafas baru. Bagi negara-
negara sedang membangun, hasil seni dan budaya pribumi, etnik dan khazanah
budaya yang ada dibongkar kembali. Diberi sentuhan kontemporari dan diamati
kembali sejarah seni bahawa karya-karya ini perlu dimartabatkan dengan nilai
status quo. Genre lukisan seperti figuratif budaya, potret imej dan lambang
bangsa dibangkitkan menjadi sanjungan ramai.

Menurut Ismail Abdullah (2009:73), cara hidup, fesyen, makanan segera, ikon
jenama, budaya francais dan IT telah mendewakan materialisme. Nilai
kerohanian diketepikan dan kemuncak modenisme berteraskan logik, rasional,
realistik dan praktik. Kekuatan hujah logik yang dijulang oleh tokoh modenis
seperti Nietchze, Schauppenhaur dan Camus telah melahirkan individu yang
hidup dalam dunia ego dan absurdi. Hasil karya seni juga akan mencabar
kekuatan iman dan akhlak. Akhirnya segala bentuk nilai agama dan wahyu dari
langit akan diberi tafsiran baharu mengikut peradaran zaman yang kita sedari
ada batasnya untuk dihujah dan tidak boleh dihujah.

BIBLIOGRAFI

Albert William Levi, “The Poverty of the Avant-Garde,” Journal of Aesthetic


Education 8, no. 4 (October 1974), 6.

Harold Osborne, “Taste and Judgment in the Arts,” Journal of Aesthetic


Education 5, no. 4 (October 1971), 27.

7
Ismail Al-Faruqi, 1998. Islam and Other Faiths, United Kingdom: The Islamic
Foundation, Markfield Conference Centre, Ratby Lane.

Ismail Abdullah, 2009. Seni Budaya Media dan Konflik Jati Diri, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Joseph Margolis, “Deconstruction: A Cautionary Tale,” Journal of Aesthetic


Education 20, no. 4 (Winter 1987), 91-94.

Lyotard, Jean-Francois, 1991. The Postmodern Condition: A Report on


Knowledge, Manchester: Manchester University Press.

S. J. Wilsmore, “The New Attack on Humanism in the Arts,” British Journal of


Aesthetics 27, no. 4 (Autumn 1987), 338.

Anda mungkin juga menyukai