Edisi Kedua
2015
Garis Panduan Permohonan Program Akademik
ISBN XXX-X-XXXX-XXXX-X
1.0 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Status Akreditasi Universiti Awam 1
1.3 Kelayakan dan Tahap Pengajian 2
1.4 Mod Pengajian 2
1.5 Nama dan Penganugerahan Program Akademik 3
1.6 Konsep Pendidikan Berasaskan Hasil 4
1.7 Kredit dan Jam Pembelajaran Pelajar 9
1.8 Penambahbaikan Kualiti Berterusan 11
1.9 Nomenklatur dan Struktur Program 12
Rujukan 53
Lampiran 54
i
JAWATANKUASA PEMURNIAN
GARIS PANDUAN PERMOHONAN PROGRAM AKADEMIK
PENAUNG
YBhg. Dato’ Prof. Dr. Asma binti Ismail
Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (JPT)
PENASIHAT
YBhg. Datin Paduka Ir. Dr. Siti Hamisah binti Tapsir
Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (A) (JPT)
PENGERUSI
Prof. Madya Dr. Ishak bin Baba (UTHM)
URUS SETIA
Puan Khairul Hasniza binti Ahmad Amin Noordin (JPT)
Cik Priscilla Mavis Anyi (JPT)
Encik Azuandi bin Md. Kasa (JPT)
Puan Norquyyum binti Mohd Noor (JPT)
Cik Norul Ashikin binti Abdullah (JPT)
ii
PRAKATA
Universiti awam juga perlu menyediakan prasarana yang terbaik setanding dengan
negara maju di dunia. Ini adalah penting untuk mewujudkan ekosistem pengajaran
dan pembelajaran yang kondusif di samping melahirkan modal insan yang berdaya
saing di dalam era globalisasi ini.
Akhir sekali, saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang
terbabit dalam penyediaan Buku Garis Panduan Permohonan Program
Akademik, Edisi 2 ini. Saya percaya buku ini akan menjadi rujukan yang penting
dan berguna dalam usaha meningkatkan kualiti program akademik di Malaysia.
Sekian, wassalam.
iii
PRAKATA
Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, Buku Garis Panduan
Permohonan Program Akademik, Edisi 2 telah berjaya disediakan dengan
kerjasama semua universiti awam. Buku ini merupakan satu lagi usaha
Kementerian Pendidikan Tinggi untuk memperkukuhkan kualiti pendidikan tinggi
selaras dengan Lonjakan 1 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan
Tinggi).
Akhir kata, saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih yang
tidak terhingga kepada pihak yang terlibat dalam menjayakan penerbitan Buku
Garis Panduan Permohonan Program Akademik, Edisi 2 ini. Semoga garis
panduan ini akan dapat membantu usaha Kementerian Pendidikan Tinggi dan
universiti awam dalam membangunkan kecemerlangan pendidikan tinggi negara di
peringkat serantau dan antarabangsa.
Sekian, wassalam.
iv
Glosari
Akreditasi Sementara
Satu perlakuan penilaian untuk memastikan sama ada sesuatu program itu telah
menepati keperluan kualiti minimum sebelum dianugerahkan Akreditasi Penuh.
Akreditasi Penuh
Satu aktiviti penilaian untuk memastikan bahawa kegiatan pengajaran,
pembelajaran dan semua aktiviti lain yang berkaitan dengan sesuatu program yang
ditawarkan oleh sesebuah Institusi Pendidikan Tinggi telah menepati standard kualiti
dan mematuhi Kerangka Kelayakan Malaysia atau keperluan badan profesional.
Autonomi
Status yang memberi kebebasan dan tanggungjawab penuh kepada sesebuah
Institusi Pendidikan Tinggi terhadap bidang (i) governan institusi, (ii) kewangan dan
penjanaan pendapatan, (iii) pengurusan sumber manusia, dan (iv) pengurusan
akademik dan kemasukan pelajar.
Bidang tujahan
Bidang subjek pembelajaran dan pengajaran, penyelidikan, dan aktiviti lanjutan
yang diberi penekanan di sesebuah Institusi Pendidikan Tinggi.
Entiti Akademik
Fakulti, pusat pengajian, pusat akademik, sekolah, kulliyyah, kolej atau institut yang
menawarkan program pengajian akademik.
Hasil Pembelajaran
Pernyataan tentang apa yang pelajar perlu tahu, faham dan boleh lakukan apabila
tamat suatu tempoh pengajian kursus/program.
v
Jawatankuasa Pengajian Fakulti/Program
Sebuah jawatankuasa pengajian yang dibentuk oleh entiti akademik yang
keahliannya terdiri daripada pemegang taruh luaran, termasuk ahli akademik
daripada Institusi Pendidikan Tinggi lain, wakil industri, pakar rujuk dalam dan luar
negara. Entiti akademik akan bertindak sebagai sekretariat sahaja dalam urusan
jawatankuasa ini.
Kaedah penyampaian
Cara elemen kandungan dikomunikasikan kepada pelajar seperti konvensional,
jarak jauh dan sebagainya.
Kelestarian program
Kebolehtahanan program selepas ditawarkan bagi tempoh yang lama (mungkin
melebihi 10 tahun) mengambil kira keperluan negara dan permintaan pasaran pada
masa hadapan.
Kursus
Satu unit pembelajaran dan pengajaran dalam suatu program yang juga boleh
dikenali sebagai modul, mata pelajaran atau unit.
Matlamat Program
Satu pernyataan menyeluruh tentang tujuan, falsafah dan rasional dalam
penawaran sesuatu program.
Mod pengajian
Kaedah pengajian pelajar, sama ada sepenuh masa atau separuh masa.
Mod penyampaian
Cara latihan/pengalaman disampaikan untuk menyokong dan membolehkan
pembelajaran seperti kuliah, tutorial, makmal, kerja lapangan, studio dan
sebagainya.
Modul
Komponen sesuatu program. Istilah modul digunakan secara bertukar ganti dengan
istilah kursus, mata pelajaran atau unit.
vi
Objektif Pendidikan Program
Pernyataan tentang apa yang harus dipelajari oleh seseorang pelajar untuk
mencapai Matlamat Program.
Pakar rujuk
Ahli akademik atau profesional yang pakar dalam bidang berkenaan dan mampu
memberi penilaian dan ulasan kepada program yang akan ditawarkan.
Pascasiswazah/Pascaijazah
Pengajian di peringkat Sarjana dan ke atas.
Prasiswazah
Pengajian di peringkat Sarjana Muda dan ke bawah.
Program
Susunan kursus yang distruktur untuk suatu tempoh tertentu dan peringkat
pembelajaran, bertujuan mencapai hasil pembelajaran yang telah ditentukan dan
yang lazimnya menjurus kepada penganugerahan suatu kelayakan.
Program Baharu
Program akademik yang belum ditawarkan oleh mana-mana entiti akademik dalam
sesebuah universiti yang memohon.
Pusat Kecemerlangan
Entiti berfokus dalam sesuatu bidang teras sama ada penyelidikan atau
pembelajaran dan pengajaran atau perkhidmatan.
Pusat Perkhidmatan
Pusat yang menyediakan perkhidmatan sokongan kepada entiti akademik seperti
pusat bahasa, pusat penerbitan, dan pusat teknologi maklumat.
Senat
Senat atau badan akademik tertinggi di sesebuah Institusi Pendidikan Tinggi.
vii
Swaakreditasi
Status yang melayakkan sesebuah Institusi Pendidikan Tinggi mengakreditasi
sendiri program pengajian.
Universiti Awam
Semua institusi pendidikan tinggi awam negara seperti yang disenaraikan oleh
Kementerian Pendidikan Tinggi dan tidak termasuk politeknik dan kolej komuniti
viii
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 PENGENALAN
Status akreditasi universiti awam terbahagi kepada dua iaitu swaakreditasi dan
bukan swaakreditasi. Status swaakreditasi melayakkan sesebuah universiti awam
untuk mengakredit program pengajiannya sendiri kecuali program profesional yang
memerlukan akreditasi serta pengiktirafan badan profesional yang berkenaan.
Peruntukan undang-undang bagi melaksanakan perkara yang berkaitan dengan
swaakreditasi ialah seperti yang terkandung dalam Akta Agensi Kelayakan Malaysia
2007 (Akta 679). Bagi tujuan penganugerahan status swaakreditasi, antara kriteria
penting yang diberi penekanan khusus ialah sesebuah universiti awam perlu
mempunyai sistem jaminan kualiti dalaman yang kukuh (robust). Universiti awam
berstatus bukan swaakreditasi perlu mendapatkan perakuan akreditasi sementara
MQA bagi penawaran program akademik baharu.
1
1.3 KELAYAKAN DAN TAHAP PENGAJIAN
Dalam MQF, terdapat lapan tahap kelayakan yang mewakili tiga sektor pendidikan
tinggi negara dan disokong oleh laluan pembelajaran sepanjang hayat. Sektor
pendidikan tersebut adalah:
a. Sektor Kemahiran;
b. Sektor Vokasional dan Teknikal; dan
c. Sektor Pengajian Tinggi
Setiap universiti awam disarankan untuk mereka bentuk program berdasarkan mod
untuk tahap pengajian yang dicadangkan, iaitu:
1.4.1 Diploma
Dilaksanakan secara kerja kursus
2
Jadual 1.1: Tahap, kelayakan dan kredit minimum berdasarkan MQF (MQA, 2012)
3
1.6 KONSEP PENDIDIKAN BERASASKAN HASIL
Pendidikan Berasaskan Hasil (OBE) menjurus kepada perancangan dan hasil yang
bakal diperolehi oleh setiap pelajar dalam setiap program yang diikuti. Hasil
pembelajaran menitikberatkan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang perlu
dicapai semasa pengajian di universiti dan diaplikasi dalam kerjaya mereka. OBE
menekankan kepada pembelajaran pelajar dengan:
iii. Menaksir dan menilai tahap pencapaian pelajar berbanding kriteria penilaian
yang telah ditetapkan secara jelas dan berkesan.
Secara keseluruhannya, OBE memfokuskan kepada tiga (3) elemen yang utama
dalam pelaksanaan sepanjang program akademik iaitu (i) reka bentuk kurikulum, (ii)
pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran (P&P), dan (iii) penaksiran, seperti yang
digambarkan dalam Rajah 1.1.
REKA BENTUK
KURIKULUM
PELAKSANAAN
HASIL P&P
an
PEMBELAJARAN b aik
ba h n
am rusa
Pen Berte
PENAKSIRAN
4
Dalam pelaksanaan OBE, hasil penaksiran yang diperolehi akan dianalisis bagi
membandingkan pencapaian dan perancangan agar sejajar dengan hasil
pembelajaran. Kaedah penaksiran juga menjadi alat yang penting dalam
mengenalpasti pencapaian setiap pelajar. Daripada penaksiran ini, jika pencapaian
berada di bawah sasaran yang ditetapkan, proses penambahbaikan kualiti
berterusan (continual quality improvement, CQI) perlu dijalankan dalam usaha
meningkatkan kualiti pencapaian hasil program yang dirancang secara berterusan.
MATLAMAT
PROGRAM
OBJEKTIF
PENDIDIKAN
PROGRAM (PEO)
HASIL PEMBELAJARAN
PROGRAM (PLO)
HASIL PEMBELAJARAN
KURSUS (CLO)
Visi ialah perancangan dan aspirasi jangka panjang yang ingin dicapai oleh
sesebuah universiti manakala misi ialah perancangan jangka pendek untuk
mencapai aspirasi tersebut. Matlamat pendidikan pula ialah untuk menghasilkan
modal insan yang cemerlang daripada aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual
dalam semua bidang yang diceburi.
5
1.6.2 Matlamat Program
i. Pengetahuan;
ii. Kemahiran psikomotor/amali/teknikal;
iii. Kemahiran dan tanggungjawab sosial;
iv. Nilai, sikap dan profesionalisme;
v. Kemahiran komunikasi, kepimpinan dan kerja berpasukan;
vi. Kemahiran penyelesaian masalah dan kemahiran saintifik;
vii. Kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat; dan
viii. Kemahiran mengurus dan keusahawan.
Analisis pencapaian PEO bergantung kepada sasaran petunjuk prestasi utama (key
performance indicators, KPI) yang telah ditetapkan dalam program yang direka
bentuk. Lazimnya, pencapaian PEO terhadap graduan bagi sesuatu program dinilai
atau diukur selepas 4 hingga 5 tahun setelah pelajar bergraduat.
6
umumnya, setiap program perlu merangkumi domain pembelajaran seperti
dinyatakan dalam Bahagian 1.6.3.
Analisis pencapaian PLO bergantung kepada sasaran KPI yang telah ditetapkan
dalam program yang direka bentuk. Lazimnya pencapaian PLO terhadap graduan
bagi sesuatu program dinilai atau diukur sebaik sahaja pelajar bergraduat. Walau
bagaimanapun, pemantauan pencapaian PLO pada setiap semester juga perlu
dilakukan.
Hasil Pembelajaran Kursus (Course Learning Outcomes, CLO) bagi setiap kursus
perlu menyokong PLO yang berkaitan. Pernyataan CLO perlu jelas dari aspek
Kognitif, Psikomotor dan Afektif yang perlu dicapai oleh pelajar di akhir kursus.
Secara umumnya, setiap kursus tahun pertama dan tahun kedua dalam mana-mana
program akademik dicadangkan hanya mempunyai tiga pernyataan CLO yang
merangkumi ketiga-tiga domain Kognitif, Psikomotor dan Afektif serta menyumbang
kepada tiga hingga empat PLO sahaja. Manakala, kursus pada tahun seterusnya
boleh mempunyai tiga hingga lima pernyataan CLO yang menyumbang kepada tiga
hingga empat PLO.
Setiap pernyataan PLO dan CLO perlulah boleh diukur dan dinyatakan dengan jelas
serta mengandungi elemen berikut:
i. spesifik (specific);
ii. boleh diukur (measurable);
iii. boleh dicapai (achievable);
iv. realistik (realistic);
v. mempunyai tempoh masa (time frame); dan
vi. boleh dipantau (observable).
i. Pernyataan tersebut mesti mempunyai unsur kata kerja tindakan (action verb),
syarat (condition) dan kriteria (criteria). Dicadangkan setiap pernyataan hanya
7
mengandungi satu kata kerja sahaja bagi memudahkan pengukuran
pencapaian; dan
ii. CLO perlulah dapat diukur dan pencapaiannya boleh diperolehi daripada
pemilihan tema dan topik yang relevan dan sesuai. Kaedah penyampaian dan
kaedah penaksiran yang digunakan mesti memenuhi ciri penjajaran secara
konstruktif (constructive alignment) apabila dipetakan dengan pernyataan
CLO. Contoh pernyataan CLO adalah seperti berikut (MQA, 2013c: halaman
11-13):
8
Domain Afektif mencakupi perasaan, nilai, apresiasi, semangat (enthusiasm),
motivasi, sikap serta aspek gigih, tekun dan bertanggungjawab. Domain Afektif
juga merangkumi kemahiran insaniah.
Kredit ialah ukuran kuantitatif yang melambangkan jam pembelajaran pelajar untuk
mencapai hasil pembelajaran tertentu. Satu jam kredit adalah bersamaan dengan
40 jam pembelajaran nosional.
9
1.7.1 Panduan Menganggarkan Jam Pembelajaran Pelajar
Jumlah jam yang dicadangkan hanyalah sebagai panduan dan ia amat bergantung
kepada kompleksiti disiplin/kursus atau aktiviti. Pertimbangan pengiraan jumlah jam
perlu mengambil kira keperluan atau syarat disiplin/kursus. Jadual 1.2 menunjukkan
cadangan peruntukan jam pembelajaran kendiri berdasarkan jam pertemuan
bersemuka bagi pelbagai aktiviti pembelajaran.
*Pengiraan jam pembelajaran untuk latihan industri dikira berdasarkan bilangan jam
pembelajaran berkesan (effective learning) bagi satu hari (4 jam sehari) didarab
dengan bilangan hari bagi satu minggu (5 hari) dan bilangan minggu latihan industri
(Contoh: 4 jam x 5 hari x 2 minggu = 40 jam)
10
1.8 PENAMBAHBAIKAN KUALITI BERTERUSAN
Penaksiran
Penaksiran
Alumni Penaksiran
Misi
Analisis
Analisis
Analisis
Visi
PEO PLO CLO
Matlamat
Pihak
Berkepentingan
Jawatankuasa
Penasihat CQI
CQI
CQI
Di dalam pelaksanaan proses CQI, terdapat beberapa aspek yang perlu ditekankan
oleh semua ahli akademik. Aspek ini amat penting dalam usaha untuk
mempertingkat dan memperkukuh kualiti program yang ditawarkan. Aspek yang
dimaksudkan adalah:
i. Kaedah pelaksanaan OBE;
ii. Kaedah penaksiran;
iii. Pencapaian sebenar berbanding sasaran;
v. Penambahbaikan yang dilaksanakan selepas keputusan penaksiran dianalisis;
dan
iv. Sistem Pengurusan Kualiti (Quality Management System) ke arah
penambahbaikan dan kelestarian program.
11
1.9 NOMENKLATUR DAN STRUKTUR PROGRAM
Nomenklatur program meliputi komponen seperti kursus, unit atau modul yang
membentuk sesuatu program dan membawa kepada penamaan kelayakan yang
tertentu. Jadual 1.3 menerangkan pelbagai nomenklatur program dan agihan
peratusan. Penentuan nomenklatur bidang program adalah berdasarkan kepada
peratusan pengetahuan dalam bidang yang berkaitan.
12
Bil Program Penerangan
5 Dwi Ijazah Kelayakan ini menggabungkan dua program daripada dua
(Double Degree) bidang yang berbeza. Beban akademik atau jam kredit bagi
kedua-dua bidang adalah hampir sama (50% – 50%) dan
setiap bidang utama perlulah memenuhi keperluan
minimum bidang tersebut. Tempoh masa pengajian
biasanya adalah lebih panjang daripada pengajian satu
program sahaja dan tempoh pengajian sebenar adalah
bergantung kepada tahap pengetahuan program,
keupayaan pelajar serta keperluan badan profesional dan
standard bidang yang berkaitan. Program ini boleh
ditawarkan di peringkat dalaman oleh satu institusi
pendidikan tinggi, atau di antara dua institusi pendidikan
tinggi yang berbeza. Apabila tamat pengajian, pelajar akan
menerima dua ijazah yang berasingan. Contoh: Sarjana
Muda Undang-Undang (Syari’ah) dan Sarjana Muda
Pengurusan.
6 Dual Ijazah Kelayakan ini melibatkan dua program daripada dua bidang
(Dual Degree) yang sama atau hampir sama daripada dua institusi
pendidikan tinggi yang berbeza sama ada di dalam atau
luar negara. Peratus kursus yang diambil oleh pelajar di
institusi yang bekerjasama perlu mematuhi dasar
pemindahan kredit sedia ada. Apabila tamat pengajian,
pelajar akan menerima dua ijazah yang berasingan
daripada institusi pendidikan tinggi yang bekerjasama.
Contoh: Sarjana Muda Matematik Industri yang ditawarkan
oleh sebuah institusi pendidikan tinggi tempatan dengan
Sarjana Muda Statistik Industri yang ditawarkan oleh
sebuah institusi pendidikan tinggi bekerjasama di luar
negara.
7 Ijazah Bersama Kelayakan ini melibatkan pemilikan dan pembangunan
(Joint Award/ kurikulum di antara institusi pendidikan tinggi yang
Joint Degree) bekerjasama dan setaraf. Sebagai tanda pemilikan
kelayakan dan tanggungjawab bersama dalam hal jaminan
kualiti, hanya satu skrol penganugerahan bersama
dikeluarkan dan ditandatangani oleh kedua-dua institusi
pendidikan tinggi. Penawaran penganugerahan bersama
hanya dibenarkan untuk program peringkat ijazah sarjana
muda dan peringkat yang lebih tinggi.
Majlis Pendidikan Tinggi Negara (MPTN) menetapkan agihan peratusan kredit bagi
kursus wajib universiti bagi program akademik peringkat sarjana muda ialah 15%-
20%, kursus teras 50%-60% dan elektif/pengkhususan/minor ialah 25%-30%.
Dokumen rujukan yang perlu dibaca bersama ialah standard program MQA dan
badan profesional.
13
BAB 2
PERMOHONAN KELULUSAN
PROGRAM AKADEMIK BAHARU
2.1 PENGENALAN
Sesebuah universiti awam yang ingin menawarkan program akademik baharu perlu
melalui proses saringan awal, permohonan Perakuan Memenuhi Kualiti
(Certification of Quality Compliance, CQC) dan perakuan JKPT.
Mesyuarat Semakan Proses Kerja bersama MQA dan JPT pada 5 Februari 2015
yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi telah memutuskan
bahawa semua dokumen permohonan program akademik baharu perlu
dikemukakan kepada JPT terlebih dahulu bagi tujuan saringan awal untuk
menjimatkan masa, tenaga dan kos kepada universiti awam. Hanya universiti awam
yang lulus saringan awal sahaja boleh mengemukakan permohonan CQC ke MQA.
15
Permohonan CQC meliputi pengesahan pematuhan kepada MQF dan keperluan
jaminan kualiti sebagaimana yang ditetapkan oleh Kod Amalan Akreditasi Program
(COPPA) dan Standard Program bagi bidang pengajian yang dipohon. Proses ini
diuruskan oleh MQA seperti yang diperuntukkan di bawah Bahagian VII Akta 679
Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007. Selepas mendapat perakuan JKPT,
universiti awam perlu memohon perakuan Akreditasi Sementara daripada MQA.
Bagi tujuan penyediaan dokumen ini, berikut adalah rujukan yang perlu dibaca
bersama dan digunakan untuk pembangunan program akademik baharu:
i. Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF);
ii. Kod Amalan Audit Institusi (COPIA);
iii. Kod Amalan Akreditasi Program (COPPA);
iv. Garis Panduan Amalan Baik: Reka Bentuk dan Penyampaian Kurikulum
(MQA, 2011);
v. Dasar Jaminan Kualiti KPT dan MQA iaitu Dasar Jaminan Kualiti melalui
Mesyuarat Kajian Semula Dasar Berkaitan Jaminan Kualiti;
vi. Standard: Ijazah Sarjana dan Kedoktoran (MQA, 2013a);
vii. Standard Program bagi bidang yang dipohon yang dikeluarkan oleh MQA dan
badan profesional berautoriti; dan
viii. Garis Panduan Amalan Baik: Penilaian Pelajar (MQA, 2013c).
16
2.3 PROSES PERMOHONAN DAN KELULUSAN PROGRAM AKADEMIK
BAHARU
Rajah 2.1 menunjukkan proses saringan awal bagi permohonan program akademik
baharu universiti awam. Rajah 2.2 dan Rajah 2.3 pula menunjukkan carta alir
proses permohonan kelulusan program akademik baharu bagi universiti awam
berstatus bukan swaakreditasi dan universiti awam berstatus swaakreditasi,
masing-masing, termasuk keperluan untuk memohon perakuan CQC daripada MQA
bagi universiti awam berstatus bukan swaakreditasi.
Kategori universiti
Bil Proses di MQA Proses di JPT
awam
1 Bukan Ada Perlukan perakuan JKPT untuk
Swaakreditasi Perlukan semua permohonan bagi
perakuan CQC mendapatkan kelulusan YB Menteri
Pendidikan Malaysia
17
Mula
JPT Tidak
(Mesyuarat saringan
Edaran minit JPT ke ua
awal)
Ya
Tamat
Rajah 2.1: Carta alir proses saringan awal bagi permohonan program akademik
baharu universiti awam
18
Mula
Permohonan CQC
MQA
Universiti Kelulusan CQC
*CQC = Sijil Kepatuhan Kualiti
(Certification of Quality Compliance)
* Permohonan untuk mendapatkan CQC
JPT hendaklah dilakukan sebelum proses
permohonan dihantar ke Senat Universiti
Penambahbaikan Tidak
JKPT
Edaran minit JKPT ke ua
Peraku
Perakuan keputusan permohonan
dikemukakan oleh Ketua Pengarah
KPT Pendidikan Tinggi kepada KSU dan
seterusnya YBM
Lulus
Tamat
Rajah 2.2: Proses permohonan program akademik baharu bagi universiti awam
berstatus bukan swaakreditasi untuk pertimbangan dan perakuan JKPT, KPT
19
Mula
Universiti
JPT
Tiada Implikasi
Sumber?
Ada
Tamat
Rajah 2.3: Proses permohonan program akademik baharu bagi universiti awam
berstatus swaakreditasi untuk pertimbangan dan perakuan JKPT, KPT
20
2.4 FORMAT PERMOHONAN PROSES SARINGAN AWAL BAGI PROGRAM
AKADEMIK BAHARU
Berikut ialah format kertas cadangan permohonan proses saringan awal program
akademik baharu bagi tujuan kelulusan oleh JPT, KPT.
21
Bil. Perkara Keterangan
mengikut peratus jam pembelajaran
sama ada konvensional, jarak jauh atau
dalam/atas talian atau lain-lain.
22
2.5 FORMAT PERMOHONAN KELULUSAN PROGRAM AKADEMIK
PRASISWAZAH DAN PASCASISWAZAH BAHARU UNTUK MOD KERJA
KURSUS DAN CAMPURAN
Berikut ialah format kertas kerja permohonan program akademik baharu mod kerja
kursus dan campuran bagi tujuan kelulusan oleh JKPT, KPT.
1. UNIVERSITI AWAM
Nyatakan nama universiti.
3. TUJUAN
Nyatakan dengan ringkas tujuan kertas kerja, sama ada untuk kelulusan
atau makluman JKPT.
23
6. PERINGKAT DAN MOD PENGAJIAN
6.1 Nyatakan peringkat pengajian, sama ada diploma, sarjana muda,
sarjana atau kedoktoran dan tahap MQF bagi program akademik
yang dipohon. Contoh: Sarjana Muda, MQF Tahap 6.
6.2 Nyatakan mod pengajian sama ada kerja kursus atau mod
campuran.
24
9.3 Permintaan semasa terhadap program akademik termasuk
permohonan daripada agensi/industri berkenaan atau arahan dari
Kementerian yang berkaitan. Sertakan Kajian Halatuju (rujuk
kajian yang dijalankan oleh JPT, KPT, jika berkaitan).
9.4 Perkembangan dan perubahan teknologi.
9.5 Jika program dijalankan bersama institusi lain, nyatakan keperluan
kerjasama dan justifikasi pemilihan institusi berkenaan.
9.6 Justifikasi lain.
25
12.2 Nyatakan hasil kajian pasaran guna tenaga yang dijalankan oleh
universiti terhadap program yang dipohon. Contoh format kajian
pasaran adalah seperti yang ditunjukkan di Lampiran 2.1.
Universiti dibenarkan mengguna instrumen yang berbeza namun
ianya perlu merangkumi maklumat seperti dilampirkan dimana
penekanan perlu diberi kepada isu kebolehpasaran graduan.
Nyatakan kebolehpasaran pelajar di peringkat fakulti yang
memohon. Nyatakan keperluan program bagi membantu
pencapaian visi, misi, bidang tujahan dan matlamat program.
Laporan hasil kajian pasaran ini perlu disertakan sebagai lampiran
dalam kertas kerja.
26
13. STRUKTUR KURIKULUM
13.1 Program Prasiswazah
a. Nyatakan agihan peratusan kredit seperti ditunjukkan dalam
Lampiran 2.2 berdasarkan keperluan yang ditetapkan dalam
Bahagian 1.9.
27
16. SYARAT KEMASUKAN
16.1 Nyatakan keperluan kelayakan asas termasuk Band MUET.
16.2 Nyatakan keperluan dan kemahiran prasyarat serta syarat/kelayakan
lain jika diperlukan.
16.3 Nyatakan syarat am, khusus dan khas fakulti/program akademik.
16.4 Nyatakan keperluan pelajar untuk mengambil apa-apa kursus khas
bagi mereka yang tidak memenuhi kriteria kemasukan, syarat am dan
khusus mengikut kelulusan Senat.
28
• Nyatakan kos menghasilkan seorang graduan dari program ini.
22. SYOR
Nyatakan syor kepada JKPT bahawa tujuan kertas kerja adalah untuk
pertimbangan kelulusan.
29
2.6 FORMAT PERMOHONAN KELULUSAN PROGRAM AKADEMIK
PASCASISWAZAH BAHARU UNTUK MOD PENYELIDIKAN
Berikut ialah format kertas kerja permohonan program akademik baharu untuk mod
penyelidikan bagi tujuan pemakluman kepada JKPT, KPT.
1. UNIVERSITI AWAM
Nyatakan nama universiti.
3. TUJUAN
Nyatakan dengan ringkas tujuan kertas kerja, sama ada untuk kelulusan
atau makluman JKPT.
30
Sarjana, MQF Tahap 7.
6.2 Nyatakan mod pengajian adalah mod penyelidikan.
31
13. STRUKTUR KURIKULUM
Nyatakan kursus prasyarat, jangka masa maksimum pengajian dan format
tesis. Keperluan MQF, Standard Program dan Standard: Ijazah Sarjana dan
Kedoktoran (MQA, 2013a) hendaklah dipatuhi.
32
18. PERTINDIHAN PROGRAM AKADEMIK YANG DIPOHON DENGAN
UNIVERSITI AWAM LAIN
Nyatakan jika ada.
22. SYOR
Nyatakan syor kepada JKPT sama ada tujuan kertas kerja adalah untuk
pemakluman atau pertimbangan kelulusan.
Dokumen yang perlu dihantar untuk kelulusan JPT, KPT ialah dokumen
permohonan kelulusan saringan awal program akademik baharu, dan dokumen
permohonan kelulusan program akademik.
33
2.7.2 DOKUMEN PERMOHONAN KELULUSAN PROGRAM AKADEMIK
Dokumen permohonan yang dikemukakan kepada JPT, KPT perlu merangkumi
perkara berikut:
i. Ringkasan Eksekutif seperti dalam Lampiran 2.5;
ii. Kertas cadangan permohonan mengikut format yang dinyatakan pada
Bahagian 2.5 atau Bahagian 2.6; dan
iii. Semua lampiran dan dokumen sokongan yang diperlukan, termasuk dokumen
MQA-01 dalam bentuk digital. Semua dokumen di atas perlu dikemukakan
sebanyak satu (1) salinan bercetak (hardcopy) dan satu (1) salinan digital
(softcopy).
Penghantaran dokumen kepada JPT adalah secara atas talian dan mengikut
tatacara yang telah ditetapkan.
34
BAB 3
3.1 PENGENALAN
Kurikulum program akademik yang baik adalah kurikulum yang dinamik, iaitu yang
relevan dengan keperluan semasa dan bersedia menghadapi cabaran masa
hadapan. Oleh itu program akademik perlu sentiasa disemak secara berkala,
sistematik dan berkesan. Ia akan dapat menjamin kelestarian program tersebut.
Bab ini menerangkan mengapa semakan kurikulum perlu dibuat, apa asas rujukan
semakan kurikulum, bagaimana semakan kurikulum seharusnya dilaksanakan, dan
bagaimana aliran proses yang terlibat di peringkat universiti awam dan Kementerian
Pendidikan Tinggi sama ada untuk permohonan kelulusan atau pemakluman. Bab
ini juga menjelaskan format kertas kerja dan lampiran yang perlu dijadikan panduan
dalam penulisan kertas kerja.
35
viii. Penambahbaikan kualiti akademik secara berterusan mengikut kehendak
Pendidikan Berasaskan Hasil (OBE).
Setiap program perlu disemak secara berkala. Semakan pertama dibuat selepas
kohort pertama pelajar bergraduat. Semakan seterusnya dibuat tidak melangkaui
lima tahun daripada semakan terakhir. Contoh tempoh semakan sebagaimana
standard program dinyatakan dalam Lampiran 3.1. Maklumat terkini boleh
diperolehi daripada laman web MQA.
36
v. Struktur kurikulum;
vi. Bilangan kredit;
vii. Hasil pembelajaran kursus; dan
viii. Kandungan kursus.
Untuk tujuan penilaian di JKPT, hanya perkara berikut boleh membawa kepada
perubahan besar dan akan diambil kira:
i. Perubahan Matlamat dan Objektif Pendidikan Program;
ii. Perubahan Hasil Pembelajaran Program;
iii. Perubahan nama program;
iv. Perubahan tempoh pengajian; dan
v. Perubahan kredit.
Sebagai panduan, Jadual 3.1 mencadangkan sama ada suatu tindakan itu diambil
kira dalam peratusan perubahan atau tidak. Namun, universiti boleh menentukan
untuk mengambil kira atau tidak mana-mana komponen berikut.
37
Jadual 3.1: Komponen kurikulum dan penjelasan perubahan
Kategori Perubahan
Bil Komponen Kurikulum
Besar Kecil
1 Matlamat dan Objektif • Pindaan yang • Penambahbaikan atau
Pendidikan Program mengubah maksud dan pemurnian dari segi
hala tuju program tatabahasa
38
3.5 FORMAT KERTAS KERJA PERMOHONAN KELULUSAN/MAKLUMAN
SEMAKAN KURIKULUM
1. UNIVERSITI AWAM
Nyatakan nama universiti.
2. TUJUAN
Nyatakan dengan ringkas tujuan kertas kerja, sama ada untuk kelulusan
atau makluman JKPT.
39
6. LATAR BELAKANG PROGRAM
6.1 Nyatakan tarikh program yang disemak mula ditawarkan.
6.2 Nyatakan bilangan graduan program dan enrolmen untuk 3 sesi
terakhir bagi program yang disemak.
6.3 Nyatakan tarikh terakhir semakan kurikulum yang telah dilaksanakan
bagi program yang disemak.
40
10.3 Makluman pengajian kurikulum program yang dipinda merangkumi:
o Struktur program;
o Matriks Objektif Pendidikan Program lawan PLO;
o Matriks PLO lawan domain MQF;
o Matriks Kursus lawan PLO;
o Matriks Kursus lawan taksonomi pembelajaran;
o Matriks Kursus lawan Kemahiran Insaniah; dan
o Matriks Kursus lawan SLT.
10.4 Peratus perubahan kurikulum dan jadual pemetaan kurikulum asal
dan yang dipinda (Lampiran 3.2); dan
10.5 Maklumat terperinci silibus setiap kursus yang terlibat dengan
perubahan berdasarkan format silibus dalam COPPA.
41
13. UNJURAN PELAJAR
Nyatakan unjuran pelajar dari segi bilangan pengambilan, enrolmen dan
keluaran (graduan) untuk tempoh lima tahun (selepas semakan kurikulum
diadakan).
17. SYOR
Nyatakan syor kepada JKPT sama ada tujuan kertas kerja adalah untuk
pemakluman atau pertimbangan kelulusan.
42
3.6 PROSES PERMOHONAN PERAKUAN/MAKLUMAN SEMAKAN
KURIKULUM
Tindakan kelulusan atau pemakluman kepada JKPT merujuk kepada Jadual 3.2.
43
Mula
Perubahan Tidak
> 30%?
Ya
Ya
Penambahbaikan?
Tidak
Penambahbaikan Tidak
Lulus/Mengambil
Maklum?
Ya
Tamat
Rajah 3.1: Proses aliran kerja semakan kurikulum untuk universiti awam
berstatus bukan swaakreditasi
44
3.6.2 Proses Aliran Kerja Universiti Awam Swaakreditasi
Proses aliran kerja untuk universiti awam berstatus swaakreditasi adalah
sebagaimana Rajah 3.2.
Mula
Penambahbaikan Tidak
Lulus/Mengambil
Maklum?
Ya
Tamat
Rajah 3.2: Proses aliran kerja semakan kurikulum untuk universiti awam
berstatus swaakreditasi
45
3.6.3 Proses Aliran Kerja Peringkat Jabatan Pendidikan Tinggi
Setelah pihak universiti awam mengemukakan kertas kerja kelulusan atau
makluman semakan kurikulum kepada JPT, KPT, proses aliran kerja ditunjukkan
dalam Rajah 3.3.
Universiti
Tidak Maklumat
Semakan dokumen
lengkap?
Ya
Ya
Perakuan keputusan permohonan/
KPM pengambilan maklum dikemukakan
oleh Ketua Pengarah Pendidikan
Tinggi kepada KSU
Perakuan keputusan
KPM permohonan/pengambilan maklum
dikemukakan oleh KSU kepada YBM
Tamat
46
3.7 PENGHANTARAN DOKUMEN
Dokumen yang dikemukakan kepada JPT, KPT perlu merangkumi perkara berikut:
i. Ringkasan Eksekutif seperti dalam Lampiran 3.3;
ii. Kertas cadangan permohonan mengikut format yang dinyatakan pada
Bahagian 3.5; dan
iii. Semua lampiran dan dokumen sokongan yang diperlukan, termasuk dokumen
yang dihantar untuk kelulusan/pemakluman MQA (yang berkaitan) dalam
bentuk digital. Semua dokumen di atas perlu dikemukakan sebanyak satu (1)
salinan bercetak (hardcopy) dan satu (1) salinan digital (softcopy).
Penghantaran dokumen kepada JPT adalah secara atas talian dan mengikut
tatacara yang telah ditetapkan.
47
BAB 4
4.1 PENGENALAN
49
Jadual 4.1: Peringkat kelulusan/pemakluman di JPT berdasarkan jenis permohonan
bagi universiti awam berstatus bukan swaakreditasi
3. Penstrukturan semula
(penggabungan/ Ada 9
pengasingan sesuatu entiti
akademik)
3. Penstrukturan semula
(penggabungan/ Ada 9
pengasingan sesuatu entiti
akademik)
50
Penerimaan permohonan daripada
Universiti Mula universiti oleh JPT
Tidak Maklumat
Semakan dokumen oleh JPT
lengkap?
Ya
Penambahbaikan
Lulus? Pertimbangan mesyuarat JKPT
Ya
Perakuan keputusan permohonan
KPM dikemukakan oleh Ketua Pengarah
Pendidikan Tinggi kepada KSU
Keputusan permohonan
JPT
dimaklumkan kepada universiti
Tamat
Rajah 4.1: Carta alir proses kerja penubuhan dan penstrukturan semula entiti
akademik peringkat JPT
51
4.3 FORMAT KERTAS KERJA PERMOHONAN KELULUSAN PENUBUHAN/
PENSTRUKTURAN SEMULA ENTITI AKADEMIK
Berikut ialah format kertas kerja permohonan penubuhan atau penstrukturan semula
entiti akademik untuk pertimbangan dan perakuan JKPT.
1. UNIVERSITI AWAM
Nyatakan nama universiti.
2. TUJUAN
Nyatakan dengan ringkas tujuan kertas kerja.
6. STRUKTUR ORGANISASI
6.1 Sertakan struktur organisasi dan fungsi entiti akademik yang ingin
ditubuhkan atau distruktur semula (bagi penstrukturan semula,
sertakan perbandingan struktur organisasi dan fungsi yang sedia ada
dan yang baharu).
6.2 Nyatakan juga hubung kait di antara entiti akademik baharu/distruktur
semula dan struktur organisasi keseluruhan ua.
8. PENAWARAN PROGRAM
Senaraikan program yang sedang atau akan ditawarkan mengikut peringkat
pengajian Diploma, Sarjana Muda, Sarjana atau Kedoktoran.
52
9. TAHUN PENUBUHAN ATAU PENSTRUKTURAN SEMULA
Nyatakan tahun ditubuhkan atau distruktur semula.
14. SYOR
Nyatakan syor ke atas cadangan Penubuhan atau Penstrukturan Semula
untuk pertimbangan kelulusan atau pemakluman kepada JKPT.
53
4.4 PENGHANTARAN DOKUMEN
54
RUJUKAN
EAC (Engineering Accreditation Council) (2012). Engineering Programme
Accreditation Manual 2012. Engineering Accreditation Council, Board of
Engineers Malaysia.
KPT (Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia) (2007). Pelan Strategik Pengajian
Tinggi Negara: Perletakan Asas Melangkaui 2020. Kementerian Pengajian
Tinggi Malaysia.
KPT (Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia) (2012). Dasar-Dasar Berkaitan
Jaminan Kualiti KPT-MQA Bil. 1/2011 – 3/2011. Melalui surat makluman
JPT(A)1000/001/013/05 (17) bertarikh 27 Mac 2012. Putrajaya: Jabatan
Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
KPT (Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia) (2006). Modul Pembangunan
Kemahiran Insaniah (Soft Skills) untuk Institusi Pengajian Tinggi Malaysia.
Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
KPT (Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia) (2010a). Garis Panduan Penulisan
Program Akademik. Putrajaya: Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian
Pengajian Tinggi Malaysia.
KPT (Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia) (2010b). Asas Pembelajaran dan
Pengajaran Pensyarah Institusi Pengajian Tinggi. Penerbit Universiti Tun
Hussein Onn Malaysia (UTHM).
MQA (Agensi Kelayakan Malaysia) (2007). Akta 679 Akta Agensi Kelayakan
Malaysia 2007. Undang-Undang Malaysia. Petaling Jaya, Selangor: Agensi
Kelayakan Malaysia.
MQA (Agensi Kelayakan Malaysia) (2012). Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF).
Dimuatturun pada 16 Mei 2013 dari http://www.mqa.gov.my.
MQA (Agensi Kelayakan Malaysia) (2009). Code of Practice for Institutional Audit
(COPIA), 2nd ed. Petaling Jaya, Selangor: Agensi Kelayakan Malaysia.
MQA (Agensi Kelayakan Malaysia) (2010). Kod Amalan Akreditasi Program
(COPPA). Petaling Jaya, Selangor: Agensi Kelayakan Malaysia.
MQA (Agensi Kelayakan Malaysia) (2013a). Standard: Ijazah Sarjana dan
Kedoktoran. Petaling Jaya, Selangor: Agensi Kelayakan Malaysia.
MQA (Agensi Kelayakan Malaysia) (2013b). Standards: Graduate Certificate and
Graduate Diploma. Petaling Jaya, Selangor: Agensi Kelayakan Malaysia.
MQA (Agensi Kelayakan Malaysia) (tiada tarikh). Standard program yang diterbitkan
oleh MQA di http:www.mqa.gov.my.
55
MQA (Agensi Kelayakan Malaysia) (2011). Garis Panduan Amalan Baik: Reka
Bentuk dan Penyampaian Kurikulum (GGP: CCD). Petaling Jaya, Selangor:
Agensi Kelayakan Malaysia.
MQA (Agensi Kelayakan Malaysia) (2013c). Garis Panduan Amalan Baik: Penilaian
Pelajar (GGP: AS). Petaling Jaya, Selangor: Agensi Kelayakan Malaysia.
MQA (Agensi Kelayakan Malaysia) (2014). Kompilasi Dasar Tahun 2009-2013.
Petaling Jaya, Selangor: Bahagian Dasar dan Penyelidikan, Agensi
Kelayakan Malaysia.
56
LAMPIRAN 1.1
2 BFC1032 2 14 24 18 14 5 3 2 80
3 BFC1042 2 14 36 6 14 5 3 2 80
4 BFC1053 3 28 24 26 28 7 4 3 120
5 BFC1063 3 28 36 14 28 7 4 3 120
57
LAMPIRAN 2.1
1. Adakah program yang dicadangkan memenuhi asas teori dalam bidang berkenaan?
Memenuhi sepenuhnya
Memenuhi sebahagian
Ya
Tidak
Ya
Tidak
4. Adakah program yang dicadangkan ini meliputi semua kursus yang difikirkan perlu?
Ya
Tidak
a.
b.
c.
d.
58
5. Adakah program yang dicadangkan meliputi kursus yang difikirkan tidak perlu?
Ya
Tidak
a.
b.
c.
d.
b. Konsep semasa
c. Perundangan
d. Penggunaan ICT
e. Penggunaan
kaedah kuantitatif
f. Hubungkait dengan
pasaran/industri
7. Adakah anda berpendapat program yang dicadangkan ini mencukupi dari segi:
a. Tempoh Ya pengajian
Tidak
Tidak
Jika tidak, nyatakan tempoh latihan praktikal yang sesuai. Sila jelaskan.
59
BAHAGIAN II : PELUANG KERJAYA
1.
2.
3.
4.
b. Apakah jawatan yang sesuai di organisasi anda bagi graduan program ini?
1.
2.
3.
4.
c. Berapa banyak jawatan yang sesuai diisi dalam organisasi anda oleh graduan
program ini?
1 – 3 jawatan
4 – 6 jawatan
7 – 9 jawatan
RM 1,001.00 – 1,500.00
RM 1,501.00 – 2,000.00
RM 2,001.00 – 2,500.00
60
e. Adakah program ini sesuai untuk dilanjutkan ke peringkat yang lebih tinggi?
Ya
Tidak
Sarjana Muda
Sarjana
Kedoktoran
1. Penajaan
a. Adakah organisasi anda menaja pelajar dalam bidang ini?
Ya
Tidak
b. Adakah anda akan menggalakkan staf anda untuk mengikuti program ini?
Ya
Tidak
2. Hasil Program
a. Pada pendapat anda, adakah program ini dapat menghasilkan graduan yang
diingini oleh pasaran?
Ya
Tidak
61
Versi Bahasa Inggeris
1. Does the proposed programme fulfills the basic theories required in the related
discipline?
Completely
Partially
Not at all
Yes
No
Yes
No
Yes
No
a.
b.
c.
d.
62
5. Does the proposed programme include unnecessary course?
Yes
No
a.
b.
c.
d.
b. Current concept
c. Legal
d. Use of ICT
e. Use of quantitative
method
f. Market/industry
relevancy
No
No
If no, please state the appropriate duration of practical training. Please explain.
63
PART II : CAREER OPPORTUNITIES
1.
2.
3.
4.
b. What are the relevant jobs available in your organisation for the graduates of this
programme?
1.
2.
3.
4.
c. How many suitable positions are available in your organisation that can be filled
by graduates of this programme?
1 – 3 positions
4 – 6 positions
7 – 9 positions
RM 1,001.00 – 1,500.00
RM 1,501.00 – 2,000.00
RM 2,001.00 – 2,500.00
64
e. Is the programme suitable to be advanced to a higher level?
Yes
No
Bachelor’s degree
Master’s degree
Doctorate
1. Sponsorship
a. Does your organisation sponsor any student in this field?
Yes
No
Yes
No
2. Outcome of Programme
a. In your opinion, will this programme be able to produce the right graduates for
the labour market?
Yes
No
65
LAMPIRAN 2.2
Kursus wajib
IPT
Kursus
pengkhususan 21
(15%)
81
(57.9%)
38
(27.1%)
Kursus teras
66
LAMPIRAN 2.3
Struktur Kurikulum Program
Nota: Agihan kredit setiap semester lazim ialah 12 -19 kredit manakala semester pendek ialah maksimum 6 kredit.
67
LAMPIRAN 2.4
68
LAMPIRAN 2.4a
Objektif Pendidikan Program (PEO)
Objektif pendidikan program Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam dengan
Kepujian ialah melahirkan graduan yang berupaya:
69
Bil.
Kursus Elektif
Kursus Teras Fakulti
Jumlah
PLO1 Pengetahuan
Kemahiran psikomotor/
amali/teknikal
PLO2
70
Kemahiran komunikasi
PLO3
Kemahiran penyelesaian
masalah dan kemahiran
PLO4
saintifik
Kemahiran pengurusan
maklumat dan pembelajaran
PLO6
sepanjang hayat
Hasil Pembelajaran Program
profesionalisme
Kemahiran kepimpinan
PLO9
LAMPIRAN 2.4b
Bilangan kursus
0
10
20
30
40
50
Pengetahuan
( 31)
62%
Kemahiran teknikal
( 30)
60%
sosial
71
16%
Kemahiran komunikasi,
( 28)
56%
keusahawanan
LAMPIRAN 2.4c
Aras Taksonomi
Domain Kognitif Domain Psikomotor Domain Afektif
Respons berpandu
Memberi maklum
Menghayati nilai
Mengorganisasi
Respons ketara
Pengetahuan
Lakuan tulen
Pemahaman
Bil. Kursus
Mekanisme
Menerima
kompleks
Penilaian
Adaptasi
Persepsi
Sintesis
Aplikasi
Analisis
Menilai
balas
Set
C1 C2 C3 C4 C5 C6 P1 P2 P3 P4 P5 P6 P7 A1 A2 A3 A4 A5
Kursus Wajib Universiti
Kursus Elektif
Jumlah
72
35 (56%)
30 28
Bilangan kursus
25 (38%)
19
20 (26%) (26%)
13 (22%)
15 (18%) 11 13 (18%) (16%)
(14%) (14%)(12%)
10 7 (10%)(12%) 9
7
9 8 (10%)
5 6 6 (8%) 5
4
5
0 0 0
0
C1 C2 C3 C4 C5 C6 P1 P2 P3 P4 P5 P6 P7 A1 A2 A3 A4 A5
Domain Kognitif Domain Psikomotor Domain Afektif
73
LAMPIRAN 2.4d
Kemahiran Komunikasi (CS) Pemikiran Kritis dan Kerja Berpasukan Pembelajaran Kemahiran Etika Kemahiran
Penyelesaian Masalah (TS) Berterusan Keusahawanan Profesional Kepemimpinan
(CTPS) dan (ES) dan Moral (LS)
Bil Kursus Pengurusan (EM)
Maklumat (LL)
CT- CT- CT- CT- CT- CT- CT-
CS1 CS2 CS3 CS4 CS5 CS6 CS7 CS8 TS1 TS2 TS3 TS4 TS5 LL1 LL2 LL3 ES1 ES2 ES3 ES4 EM1 EM2 EM3 LS1 LS2 LS3 LS4
PS1 PS2 PS3 PS4 PS5 PS6 PS7
Kursus Wajib Universiti
Jumlah
Kursus Teras Fakulti
Jumlah
Kursus Teras Program
Jumlah
Kursus Elektif
Jumlah
2. Sila rujuk Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah (Soft Skills) untuk Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (KPT, 2006)
74
LAMPIRAN 2.4e
Matriks Hasil Pembelajaran Kursus (CLO) lawan Hasil Pembelajaran Program (PLO)
Fakulti :
Program :
Kod Kursus :
Kursus :
Hasil Pembelajaran Kursus Pemetaan kepada PLO Kaedah Kaedah Petunjuk Prestasi
(CLO) PLO1 PLO2 PLO3 PLO4 PLO5 PLO6 PLO7 PLO8 PLO9 Penyampaian Penaksiran Utama (KPI)
1 Menyelesaikan masalah Kuliah dan Ujian, Tugasan 50% pelajar
pemuliharaan alam sekitar perbincangan dan Peperiksaan mendapat 55%
C3
berdasarkan peraturan alam Akhir dan ke atas
sekitar kebangsaan.
2 Memasang peralatan makmal Kuliah, Laporan dan 50% pelajar
yang sesuai untuk ujikaji P4 perbincangan, pembentangan mendapat 55%
dan projek projek dan ke atas
3 Mengorganisasi usaha Kuliah, Laporan dan 50% pelajar
pemuliharaan komuniti A4 perbincangan, pembentangan mendapat 55%
bandar dan desa. dan projek projek dan ke atas
Jumlah 1 1 1
75
LAMPIRAN 2.5
RINGKASAN EKSEKUTIF
CADANGAN PERMOHONAN PROGRAM AKADEMIK BAHARU
5. ENTITI AKADEMIK YANG MEMOHON Nyatakan nama penuh entiti akademik yang
memohon program akademik baharu ini.
76
LAMPIRAN 3.1
Contoh Tempoh Semakan Kurikulum Berdasarkan Standard Program MQA
77
LAMPIRAN 3.2
Kursus Elektif
Jumlah
*Peratus kursus yang digugur, baharu dan berubah berbanding dengan kursus asal.
78
LAMPIRAN 3.3
RINGKASAN EKSEKUTIF
CADANGAN PERMOHONAN KELULUSAN/MAKLUMAN SEMAKAN
KURIKULUM PROGRAM AKADEMIK
79
LAMPIRAN 4.1
RINGKASAN EKSEKUTIF
CADANGAN PENUBUHAN/PENSTRUKTURAN SEMULA
ENTITI AKADEMIK
80