Anda di halaman 1dari 36

TEMA 7 : TAMADUN AWAL MANUSIA

BAB 1 : KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA

TAHUN S SUB TOPIK PERNAH KELUAR


2006 S5 Konsep dan ciri tamadun, sumbangan tamadun Mesopotamia
2008 S5 Tamadun Mesir Purba
2010 S1 Kedudukan tamadun, - kaitan dengan sungai
2011 S1 Bandar terancang - Tamadun Indus
2013 S1 Bandar terancang - Tamadun Indus
2014 S5 Konsep dan ciri Tamadun / Tamadun Mesopotamia
2016N S5 Makna dan ciri-ciri tamadun
FOKUS -
2017

BAB 2 : PENINGKATAN TAMADUN

TAHUN S SUB TOPIK PERNAH KELUAR


2005 S1 Tamadun Rom - Perundangan
S5 Sumbangan tamadun Rom + peperiksaan awam dlm tamadun China
2008 S1 Sistem demokrai di Athens
2014 S1 Sistem Pemerintahan Republik Rom
2015N S5 Perluasan Kuasa
2016N S1 Peperiksaan awam di China
FOKUS
2017

BAB 3 : TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA

TAHUN S SUB TOPIK PERNAH KELUAR


2007 S1 Kerajaan Maritim
2009 S5 Kerajaan agraria & maritim - faktor perkembangan, sebab saling bergantungan,
iktibar
2013 S5 Kerajaan maritim + kerajaan Kedah Tua
2015N S1 Kerajaan Agraria
2016J S1 Kerajaan Maritim
FOKUS
2017

1
NOTA FOKUS 2017
BAB 1 : KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA

MAKSUD / KONSEP TAMADUN

ASPEK FAKTA TIPS MENGINGAT


Bahasa Arab Perkataan tamadun berasal daripada bahasa Arab, iaitu Mudun, madain,
daripada perkataan mudun dan madain. Satu lagi perkataan madana
Arab yang mempunyai kaitan dengan perkataan tamadun ialah tinggi budi
madana yang mempunyai dua maksud, iaitu tinggi budi bahasa
bahasa dan pembukaan bandar. pembukaan
bandar.
bahasa Perkataan daripada bahasa Inggeris yang mempunyai Civilization
Inggeris persamaan makna dengan tamadun ialah civilization yang bandar.
berasal daripada bahasa Greek, iaitu civitas yang bermaksud
bandar.

Peradaban Sudut Tamadun juga boleh diertikan sebagai peradaban


Masyarakat Bagi masyarakat Barat, tamadun dikaitkan dengan Lahiriah
Barat pembangunan lahiriah terutamanya dalam hal-hal menolak unsur
kebudayaan seperti penulisan, undang-undang, kesenian rohaniah
dan pembandaran.
Menurut pandangan beberapa sarjana Barat, misalnya,
Gordon Childe, pencapaian lahiriah merupakan kayu
ukur kemajuan tamadun dalam sesebuah masyarakat.
Darcy Riberio dan R.A. Buchanan pula menolak unsur
rohaniah sebaliknya hanya menekankan kepentingan dan
pembangunan lahiriah dalam proses perkembangan
tamadun.

Islam Menurut Islam, tamadun mestilah merangkumi pembangunan


pembangunan lahiriah dan rohaniah. Oleh itu, Islam lahiriah dan
menekankan pembangunan lahiriah dan rohaniah. Kedua- rohaniah
dua unsur ini penting untuk mengukur tahap ketamadunan
sesebuah masyarakat.
Mengikut pandangan Syed Naquib al-Attas, tamadun ialah
pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan
yang luhur oleh sesebuah masyarakat. Pandangan
sarjana Islam ini turut disokong oleh sarjana Barat seperti
Richard Sullivan yang mengakui bahawa unsur rohaniah
sangat penting dalam konsep tamadun.
Secara umumnya, konsep tamadun tidak hanya
mementingkan pencapaian berbentuk lahiriah seperti
kesenian dan pembinaan kota semata-mata tetapi juga
mestilah diiringi dengan pencapaian dalam aspek rohaniah,
tatasusila dan moral.

2
NOTA FOKUS 2017
CIRI-CIRI TAMADUN

CIRI HURAIAN TIPS MENGINGAT


petempatan Kehidupan secara menetap membawa kepada corak
kekal hidup yang lebih sistematik.
Kawasan yang dipilih untuk petempatan tetap amat
penting untuk memastikan kelangsungan bekalan
makanan.
Hasil inovasi manusia kemudiannya melahirkan
kemajuan dalam pertanian, iaitu dari segi penanaman
dan penyimpanan makanan serta penternakan
binatang. Contohnya ialah penciptaan peralatan baru
seperti cangkul dan penggunaan teknologi seperti
sistem pengairan yang baik.
Perkembangan ini telah meningkatkan pengeluaran dan
membawa kepada lebihan pengeluaran. Lebihan ini
telah dapat menampung pertambahan jurnlah penduduk
disebabkan adanya bekalan makanan yang berterusan.

kehidupan Kehidupan secara berorganisasi ini mampu mengatur


berorganisasi cara hidup manusia untuk memastikan kestabilan dan
kemakmuran kehidupan mereka.
Pada peringkat awal, organisasi sosial atau
masyarakat yang wu-jud adalah pada tahap, yang
paling ringkas, iaitu sistem keluarga. Pertambahan
penduduk dan kepelbagaian aktiviti ekonomi telah
membawa kepada proses pembahagian masyarakat
yang lebih kompleks.
Sistem sosial atau sistem masyarakat tamadun awal
selalunya berbentuk piramid dan bersusun lapis.
Lapisan paling atas merupakan golongan bangsawan
yang menerajui pemerintahan yang diketuai oleh raja.
Lapisan kedua ialah golongan pembesar yang terdiri
daripada golongan yang menguasai upacara dan hal
ehwal agama, individu yang dihormati oleh masyarakat
seperti ketua keluarga ataupun ketua kelompok,
kumpulan pentadbir dan ilmuwan, serta kumpulan
yang mempunyai kepakaran dalam kesenian.
Golongan rakyat biasa yang merupakan jumlah yang
paling ramai. Kumpulan ini merupakan tunjang kepada
aktiviti ekonomi, terutamanya dalam bidang pertanian
dan perdagangan.
Lapisan terakhir ialah golongan hamba yang
kehidupannya bergantung pada lapisan-lapisan di
atasnya.

sistem Seseorang pemimpin ataupun raja selalunya


pemerintahan menggunakan unsur magis dan mendakwa dirinya
sebagai wakil tuhan demi mendapatkan pengiktirafan
sebagai ketua pemerintah.
Kewujudan sistem pemerintahan membawa kepada
kelahiran sistem perundangan yang menjadi panduan
kepada masyarakat demi menjaga keamanan dan
kemakmuran sesebuah tamadun.

pengkhususan Peningkatan dalam produktiviti manusia menyebabkan


pekerjaan pengkhususan pekerjaan menjadi lebih penting.
Keadaan ini boleh menghasilkan kemakmuran dan
kestabilan politik yang secara langsung akan membawa
pula kepada peningkatan dan perkembangan ekonomi.

3
NOTA FOKUS 2017
CIRI HURAIAN TIPS MENGINGAT
Barangan atau produk dihasilkan oleh kumpulan tertentu
melalui pengkhususan dan kepakaran kumpulan
tersebut.
Hal ini kemudiannya akan menghasilkan pertukaran
barangan yang juga dikenali sebagai sistem barter.
Aktiviti ini merupakan titik permulaan bagi aktiviti
ekonomi yang dikenali sebagai perdagangan.
Aktiviti pertukaran barang dan perdagangan
membolehkan berlakunya pertukaran ilmu pengetahuan,
teknologi, dan budaya antara sesebuah masyarakat
dengan masyarakat yang lain.
Kedinamikan aktiviti ekonomi sangat penting bukan
sahaja dalam proses pertumbuhan dan perkembangan
sesebuah tamadun tetapi juga hubungannya dengan
tamadun luar.

Agama dan Agama dan kepercayaan memainkan peranan yang
kepercayaan penting dalam perkembangan tamadun.
Ini adalah kerana kedua-duanya amat berkait rapat
dengan pengiktirafan terhadap golongan pemerintah,
pembahagian sosial masyarakat, perkembangan ilmu
pengetahuan, kesenian, dan pembinaan dalam proses
pembentukan tamadun awal.
Proses kemunculan tamadun bermula apabila manusia
mencuba. untuk memahami dan menyesuaikan
kehidupannya dengan alam sekeliling.
Dalam sesetengah masyarakat, alam sekitar seperti
pokok, batu, matahari, dan laut dipercayai mempunyai
semangat dan harus dihormati demi menjaga keamanan
dan kemakmuran hidup.
Manusia pada peringkat awal proses pembentukan
tamadun percaya bahawa terdapat kuasa ghaib yang
menguasai alarn sekelilingnya. Kepercayaan ini dikenali
sebagai animisme. Secara evolusi kepercayaan ini
bertukar menjadi agama.
Agama tamadun awal ini dikenali sebagai politeisme
yang bermakna penyembahan terhadap lebih daripada
satu tuhan.
bahasa dan Penciptaan bahasa dan sistem tulisan adalah
sistem tulisan sebahagian daripada perkembangan ilmu pengetahuan
dalam proses pembentukan tamadun
Antara bahasa tertua termasuklah Yunani dan Sanskrit
Sistem tulisan awal ialah hieroglif, cuneiform dan
ideografi.
Bahasa dan tulisan memainkan peranan yang sangat
penting dalam penyebaran ilmu pengetahuan dan
perhubungan di dalam sesebuah masyarakat dan juga
antara sesebuah masyarakat dengan masyarakat yang
lain.
Penghasilan sistem tulisan amat penting untuk tujuan
urusan pentadbiran seperti penyimpanan rekod,
penulisan undang-undang, dan hal-hal keagamaan.
Bahasa dan tulisan merupakan instrumen paling penting
untuk menyampaikan, memperkembangkan serta
mencatatkan idea dan pemikiran manusia.

4
NOTA FOKUS 2017
Proses Pembentukan Tamadun

Proses pembentukan tamadun manusia bermula apabila wujud Penyesuaian manusia


hubungan, iaitu penyesuaian antara manusia dengan alam dengan alam
sekelilingnya.
Manusia akan memilih kawasan yang memudahkan mereka Sungai
menjalani kehidupan harian.
Lembah sungai selalunya dipilih sebagai lokasi petempatan kekal
disebabkan oleh kesuburan tanah di sekitamya untuk tujuan pertanian.
Selain itu, pemilihan lokasi ini juga adalah disebabkan adanya Air
kemudahan untuk mendapatkan bekalan air, makanan, serta Makanan
kemudahan pengangkutan dan perhubungan. pengangkutan dan
perhubungan.
Faktor-faktor ini menjelaskan kepada kita mengapa keseluruhan
tamadun awal manusia terbentuk di kawasan lembah sungai.
Contohnya, tamadun Mesopotamia di Lembah Sungai Euphrates
(3500 S.M.), tamadun Mesir Purba di Lembah Sungai Nil (3100 S.M.),
tarriadun Indus di Lembah Sungai Indus (2500 S.M.), dan tamadun
Hwang Ho di Lembah Sungai Hwang Ho (1800 S.M.).

PERNAH KELUAR

2010 (S1)

(a) Berdasarkan peta, namakan


tamadun bertanda X dan Y
(b) Apakah nama sungai yang
terdapat tamadun bertanda
X dan Y
(c) Pada pendapat anda,
mengapakah kawasan
sekitar lembah sungai X dan
Y menjadi tumpuan tamadun
awal manusia
(d) Sejarah telah membuktikan
betapa pentingnya sungai
dalam kehidupan manusia.
Bagaimanakah kita
seharusnya memelihara
sungai supaya keselesaan
manusia terjamin?

2016 (S5)

Tamadun awal manusia berlaku sekitar tahun 3500 Sebelum Masihi.


(a) Jelaskan maksud tamadun (4m)
(b) Mengapakah tamadun awal berlaku di lembah sungai utama? (8m)
(c) Maklumat berikut adalah ciri-ciri tamadun.

Petempatan kekal
Bahasa dan tulisan

Sejauh manakah ciri tersebut mempengaruhi perkembangan tamadun awal manusia? (8m)

2014

5 (a) Jelaskan ciri-ciri tamadun (4m)

5
NOTA FOKUS 2017
TAMADUN MESOPOTAMIA

Ciri-Ciri Tamadun Mesopotamia

CIRI HURAIAN TIP MENGINGAT


Negara kota Setiap negara kota di Mesopotamia mempunyai ciri fizikal
yang tersendiri. Setiap negara kota itu terbahagi kepada
kawasan utama, iaitu pusat kota, tembok kota, luar kota dan
pelabuhan. Setiap negara kota ini juga mempunyai kubu
pertahanan dengan pelbagai bentuk pintu gerbang yang
menjadi lambang kekayaan sesebuah kota.
Di dalam kota pula terdapat istana, rumah kediaman, rumah
ibadat, rumah kedai, dan pasar dengan kebanyakan
jalannya berkeadaan lurus dan lebar.
Pusat sesebuah kota ialah rumah ibadat yang menjadi
tumpuan anggota masyarakat pada masa itu. Setiap kota juga
mempunyai unit politik dan agama yang tersendiri.
Kewujudan sungai serta kawasan tanah pamah telah
memudahkan pengangkutan dengan kapal, pedati dan keldai.
Melalui jalan laut, bandar atau negara kota ini mudah
dihubungi oleh wilayah di sekitamya. Antara jalan penghubung
utama termasuklah jalan yang menghubungkan Surneria dan
kota Mari yang digunakan oleh pedagang dari luar
Mesopotamia.

Organisasi Organisasi sosial yang wujud dalam tamadun Mesopotamia


sosial telah menjadikan kehidupan masyarakat negara kota lebih
teratur.
Masyarakat negara kota terbahagi kepada dua golongan, iaitu
golongan pemerintah dan golongan rakyat. Golongan
pemerintah terdiri daripada raja, ketua pendeta, ketua
tentera, dan orang bangsawan.
Golongan rakyat terbahagi kepada dua, iaitu rakyat bebas
seperti petani, artisan serta pedagang, dan hamba yang terdiri
daripada tawanan perang.
Sistem Dalam tamadun Mesopotamia, raja merupakan pemerintah.
pemerintahan Sistem pemerintahan beraja di Mesopotamia berbentuk
teokrasi. Di bawah sistem ini, raja dianggap sebagai tuhan
atau wakil tuhan dan pemilik negara kota. Walaupun raja
dianggap sebagai tuhan atau wakil tuhan tetapi masyarakat
Mesopotamia tidak menyembah raja mereka sebagai tuhan
kecuali semasa pemerintahan Raja Naramsin (2291 - 2255
S.M.) di Akkad.
Beliau telah memaksa penduduk Akkad menyembahnya
sebagai tuhan. Ini adalah disebabkan behau menganggap
dirinya terlalu agung kerana berjaya menguasai wilayah yang
luas sehingga behau menggelarkan dirinya sebagai "Raja
Empat Penjuru Alam".
Raja juga menjadi ketua pentadbir, ketua tentera, dan ketua
pendeta yang berkuasa dalam hal keagamaan.

Raja Raja Mesopotamia juga bertindak sebagai ketua agama dan


beliau berkuasa melantik ahli keluarga diraja untuk memegang
jawatan di zigurat serta menentukan bentuk pentadbirannya.
Ini adalah kerana zigurat berfungsi sebagai pusat ibadat, pusat
perdagangan serta pusat penyimpanan khazanah negara.
Di samping itu, beliau juga amat berkuasa dalam soal tanah,
cukai, hasil pertanian dan perniagaan.
Beliau dibantu oleh para pegawai yang kebanyakannya terdiri
daripada golongan bangsawan dan yang mempunyai ikatan
dengan keluarga diraja.

6
NOTA FOKUS 2017
CIRI HURAIAN TIP MENGINGAT
Ekonomi Kepelbagaian kegiatan ekonomi atau pengkhususan kerja di
Mesopotamia berlaku apabila wujudnya Iebihan hasil
pertanian.
Ini menyebabkan terdapat anggota masyarakat yang
meninggalkan pekerjaan sebagai petani untuk menjadi
peniaga, pedagang dan artisan.
Perdagangan yang telah dikendalikan bukan hanya dengan
wilayah di sekitar Mesopotamia tetapi juga dengan kawasan di
Lembah Indus.
Perdagangan amat penting bagi Mesopotamia kerana lembah
ini tidak menghasilkan banyak bahan mentah.
Oleh itu, barangan seperti logam, kayu-kayan, emas, dan
perak dibawa masuk untuk ditukar dengan hasil pertanian
yang dikeluarkan oleh lembah ini.
Selain itu, terdapat pengusaha atau pembuat tekstil, barang
tembikar, dan alat keperluan harian.
Malah ada yang menjadi tukang rumah kerana pertambahan
penduduk di negara kota telah menimbulkan keperluan rumah
kediaman yang lebih banyak.
Terdapat sebilangan anggota masyarakat yang berkhidmat
sebagai tentera untuk mempertahankan negara kota daripada
serangan musuh.

Ilmu Ilmu pengetahuan juga turut berkembang dan telah membawa


pengetahuan kepada kewujudan sistem tulisan yang bermula dalam bentuk
tulisan bergambar.
Sistem ini kemudiannya berkembang kepada tulisan berbentuk
simbol yang ditulis pada tanah liat kerana pada masa itu
bahan untuk membuat kertas belum wujud di Mesopotamia.
Tulisan pada tanah liat ini berbentuk pepaku dan dikertali
sebagai cuneiform

Sumbangan Tamadun Mesopotamia

FAKTA HURAIAN TIPS MENGINGAT


Kod Undang- Kod undang-undang ini digubal semasa Raja Keadilan
Undang Hammurabi memerintah kerajaan Babylon. Hukuman
Hammurabi Undang-undang ini berteraskan hak rakyat terhadap setimpal
keadilan. berbeza
Mengikut kod ini, hukuman dan denda mestilah mengikut susun
setimpal dengan kesalahan tetapi berbeza mengikut lapis
susun lapis masyarakat. masyarakat.
Kod ini mengandungi kira-kira 282 undang-undang yang
dipahat pada tembok serta tiang besar, oleh itu rakyat
dapat membaca undang-undang tersebut.
Kod Undang-Undang Hammurabi telah menjadi dasar
perundangan dalam tamadun Mesopotamia.
Undang-undang ini telah berjaya mengelakkan
wujudnya permasalahan di kalangan masyarakat
pelbagai kaum dan juga di kalangan susun lapis
masyarakat ifu sendiri.
Undang-undang ini telah dapat mewujudkan perpaduan
dan mengukuhkan sistem organisasi dalam
kehidupan masyarakat tersebut.
Seterusnya, kod ini juga telah membantu peradaban
Mesopotamia bertahan untuk jangka masa yang
panjang, iaitu dari tahun 3500 S.M. hingga tahun 539
S.M.

7
NOTA FOKUS 2017
FAKTA HURAIAN TIPS MENGINGAT
Kewujudan telah membawa kepada sistem pendidikan yang
sistem tulisan bertujuan untuk melahirkan jurutulis.
Kehadiran jurutulis ini membolehkan urusan
pentadbiran dan perniagaan dicatat supaya dapat
direkodkan. Dalam perdagangan, kesemua urusan jual
belinya disertakan dengan resit, nota, dan surat kredit.
Di samping itu, sistem tulisan ini juga telah melahirkan
tradisi kesusasteraan. Antara hasil kesusasteraannya
yang terkenal termasuklah epik Gilgamesh yang
merupakan hasil kesusasteraan yang tertua di dunia.
Epik ini mengandungi falsafah dan cara hidup orang
Mesopotamia.

Perkembangan Pencerapan terhadap pergerakan bulan, bintang,


ilmu astronomi dan matahari telah membawa kepada perkembangan
ilmu matematik seperti sistem mengira perpuluhan,
menambah, menolak, mendarab, membahagi, dan
punca ganda dua yang kemudiannya membawa kepada
perkembangan ilmu geometri.
Penguasaan dalam bidang astronomi juga telah
membolehkan mereka menggunakan jalan laut dan
mencipta kalendar yang berasaskan sistem solar yang
mengandungi 12 bulan dalam satu tahun.

Perkembangan mendapat perhatian khusus semasa pemerintahan


ilmu perubatan kerajaan Assyria kerana kerajaan ini begitu
mementingkan kesihatan anggota tenteranya.
Sebanyak 500 jenis ubat-ubatan termasuk herba dan
ramuan perubatan telah dikatalogkan dan
disampelkan penggunaannya. Cara mengubat penyakit
dengan menggunakan ubat-ubatan juga telah
dicatatkan sebagai panduan kepada pengamal
perubatan.

Penciptaan roda. Roda digunakan dalam menghasilkan kereta kuda


sama ada untuk tujuan peperangan atau kegunaan
pada masa aman.
Penciptaan roda membolehkan orang Mesopotamia
mencipta kincir air untuk mengalirkan air ke kawasan
tandus dan meningkatkan hasil pertanian di samping
mengawal banjir.

Ciptaan alat Orang Sumeria telah menggunakan kapal layar serta


pengangkutan pangangkutan beroda sejak tahun 3000 S.M. Oleh itu,
yang terawal mereka mampu menguasai jalan darat serta jalan
kepada dunia. laut sehingga mereka dapat berhubung dengan wilayah
di India serta wilayah di kawasan Laut Mediterranean.

Seni bina Memperkenalkan kepada dunia cara membuat batu


bata daripada tanah liat.
Dalam seni bina, mereka telah mencipta arca dan
tiang batu. Contoh arca tersebut ialah patung Raja
Gudea. Arca dan tiang batu dapat dilihat dalam seni
bina zigurat.
Mewujudkan Diwujudkan di bawah kepimpinan berwibawa Raja
kerajaan Akkad, Sargon
iaitu empayar Ini adalah kerana Raja Sargon berjaya menakluk dan
pertama di menyatukan wilayah-wilayah kerajaan Sumeria di
dunia. selatan Mesopotamia. Beliau merupakan perintis
kepada pembentukan sebuah empayar Yang

8
NOTA FOKUS 2017
FAKTA HURAIAN TIPS MENGINGAT
kemudiannya menjadi ikutan pemerintah seterusnya
seperti Firaun Tutmose III pada zaman Mesir Purba.
Mesopotamia bukan saja menyumbang kepada
pembentukan sebuah sistem pemerintahan tetapi juga
pembentukan sebuah masyarakat yang lebih
berestetika.

Keagungan sesuatu tamadun itu tidak akan dapat dinikmati oleh generasi sekarang sekiranya tiada
pemimpin atau tokoh pada masa itu yang menyedari tentang kepentingan memelihara warisan serta
khazanah bangsanya. Pengetahuan generasi sekarang tentang tamadun ini adalah hasil usaha pemimpin
masa lampaunya seperti Ashurbanipal (668 - 627 S.M.) yang telah menubuhkan sebuah perpustakaan diraja
di bandar Nineveh.

PERNAH KELUAR

2014

5(b) Sejarawan berpendapat bahawa tamadun terawal manusia muncul di kawasan Mesopotamia.
Terangkan keistimewaan tamadun tersebut.
5 (c)(i) Sejauh manakah Tamadun Mesopotamia telah menyumbang kepada tamadun dunia (4m)

SOALAN KBAT

1. Bagaimana hendak memastikan warisan serta khazanah silam bangsa terus terpelihara untuk
kepentingan generasi masa hadapan?
2. Pada pandangan anda, bagaimana Kod Undang-Undang Hammurabbi telah berjaya memastikan
peradaban Mesopotamia bertahan untuk jangka masa yang panjang, iaitu dari tahun 3500 S.M.
hingga tahun 539 S.M.?

TAMADUN MESIR PURBA

Ciri-Ciri Tamadun Mesir Purba

FAKTA HURAIAN TIP MENGINGAT


Apabila Firaun Menes (3200 S.M.) berjaya menyatukan
kesemua 11 nome ini menjadi sebuah kerajaan, beliau telah
mengasaskan pusat pentadbirannya di bandar Thinis yang
terletak di bahagian tengah Sungai Nil. Selepas itu, pusat
pentadbiran ini telah berpindah ke bandar Memphis yang
hampir dengan delta Sungai Nil.
Pada kemuncak Zaman Pertengahan, pusat pentadbiran ini
telah berpindah ke bandar Thebes.
Selain itu, terdapat beberapa bandar penting yang lain seperti
Heliopolis, Fayourn dan Abydos.
Kehidupan di bandar merupakan salah satu ciri yang sangat
penting dalam tamadun Mesir kerana di sinilah tempat
kediaman firaun, pusat maklumat pemerintahan dan
pentadbiran, dan juga pelabuhan penting bagi tamadun ini.
Selain itu, bandar juga merupakan pusat keagamaan dan
pusat tumpuan penduduk.

Kehidupan berorganisasi dalam masyarakat Mesir Purba


diketuai oleh firaun yang merupakan raja yang berkuasa
mutlak serta dianggap suci. Jawatan firaun (raja Mesir)
diwarisi secara turun-temurun.
Pada zaman kerajaan lama, firaun dianggap sebagai
jelmaan Tuhan Horus, Tetapi semasa pemerintahan dinasti
ketiga dan keempat, firaun digelar sebagai Raja Matahari

9
NOTA FOKUS 2017
FAKTA HURAIAN TIP MENGINGAT
kerana dipercayai bahawa firaun ialah anak Tuhan Matahari,
iaitu Amon Re.
Firaun juga merupakan ketua pendeta, pemilik tanah, ketua
hakim, dan ketua pahlawan.
Selepas firaun ialah golongan bangsawan, rahib, tuan tanah
serta jurutulis. Ini dnkuti dengan golongan rakyat bebas yang
terdiri daripada petani, pedagang dan artisan. Lapnsan yang
terkebawah ialah hamba.

Sistem pemerintahan Mesir Purba diterajui oleh raja, iaitu


firaun.
Beliau dibantu oleh golongan bangsawan untuk menjalankan
pentadbiran, menjaga keamanan, mengurus, dan
mengagihkan penghasilan makanan di dalam negara.
Golongan bangsawan ini merupakan pembesar yang terdiri
daripada pegawai, penasihat, dan juga gabenor yang
mentadbir wilayah yang ditakluki.
Para rahib dipertanggungjawabkan untuk mentadbir hal
keagamaan.
Urusan pentadbiran ini juga turut dibantu oleh jurutulis yang
terdiri daripada orang awam yang telah dilantik untuk menulis
segala rekod kerajaan.
Tamadun Mesir Purba juga telah mengiktirafkan wanita
sebagai pemimpin. Pada Zaman Empayar seorang wanita
telah dilantik menjadi firaun, iaitu Firaun Hatshepsut (1501 -
1479 S.M.).
Era pemerintahannya penuh dengan pembaharuan seperti
pembinaan terusan dan penukaran padang pasir kepada
tanah pertanian yang subur. Keupayaan beliau membawa
perubahan ini telah meletakkan belia setanding dengan
pencapaian firaun yang lain.
Ini menunjukkan bahawa wanita dalam tamadun Mesir Purba
mampu memerintah serta memiliki status yang tinggi.
Kerajaan Mesir Purba juga merupakan kerajaan berbentuk
empayar yang meliputi sebuah kawasan yang luas
termasuklah wilayah di Nubia di selatan Mesir hingga ke utara
serta barat dan juga wilayah di sebelah Asia, iaitu wilayah di
Palestin hingga ke Lubnan dan Syria.

Perkembangan aktiviti ekonomi turut mempengaruhi


perkembangan tamadun awal Mesir Purba. Dengan wujudnya
pengkhususan kerja seperti penenunan dan pembuatan
barang tembikar dan juga peralatan, Mesir Purba telah
berkembang maju.
Eksport utama Mesir Purba ialah tekstil dan kertas. Antara
aktiviti ekonomi lain yang dijalankan termasuklah
perlombongan emas di kawasan Nubia. Pengangkutan air
memainkan peranan penting dalam tamadun Mesir Purba.
Sungai Nil yang lebar dan dalam telah membolehkan kapal-
kapal menyusurinya dan berlabuh di pelabuhan-pelabuhan
seperti Thebes, Memphis, Fayourn dan Heliopolis.
Sistem pemerintahan yang terancang telah berjaya menarik
pedagang-pedagang dari Laut Mediterranean dan Laut Merah
untuk singgah di pelabuhan Mesir Purba.

Orang Mesir Purba percaya kepada konsep politeisme.


Setiap tuhan orang Mesir Purba selalu dikaitkan dengan unsur
alam seperti Re (Tuhan Matahari), Ra-Atum (Tuhan Langit)
dan Amun (Tuhan Angin).

10
NOTA FOKUS 2017
FAKTA HURAIAN TIP MENGINGAT
Orang Mesir Purba juga percaya kepada kehidupan selepas
mati. Oleh itu, mayat perlu disimpan dan dijaga dengan teliti.
Makam mayat juga mesti dipenuhi dengan peralatan serta
keperluan kehidupan selepas mati. Mayat tersebut diiringi
barangan serta kelengkapan harian yang akan ditanam
bersama-sama dengannya.
Solekan mayat, alat kebesaran, dan jumlah barang Yang
dikebumikan di dalam makam menunjukkan kedudukan atau
status mayat tersebut.

Tamadun Mesir Purba juga telah mempunyai sistem tulisan


yang dikenali sebagai hieroglif. Sistem tulisan tamadun
Mesir Purba ini berasaskan kombinasi gambar dan simbol
Yang berdasarkan bunyi. Sistem tulisan sangat penting dalam
proses perkembangan tamadun Mesir Purba terutamanya
untuk tujuan mencatatkan rekod aktiviti pertanian dan juga
pengutipan cukai. Tulisan juga memainkan peranan penting
dalam tamadun Mesir Purba untuk tujuan keagamaan dan
amalan ritual kepercayaan.

Sumbangan Tamadun Mesir Purba

FAKTA HURAIAN TIP MENGINGAT


Seni bina Sumbangan utama tamadun Mesir Purba kepada
ketamadunan manusia adalah dalam seni bina, iaitu
piramid.
Pembinaan piramid bermula daripada ilharn Imhotep, iaitu
saintis, ahli fizik, arkitek, dan penasihat penting kepada
Firaun Djoser (3150 S.M.).
Beliau telah memperkenalkan teknik pembinaan
bangunan dengan menggunakan batu bata.
Beliau juga merupakan pengamal ilmu perubatan dan
pengarang buku sains dan sastera. Pembinaan piramid
menggambarkan kreativiti masyarakat Mesir Purba dalam
bidang pembinaan. Sehingga hari ini kejayaan mereka masih
dikagumi.

Kemajuan Pencapaian ini merupakan hasil kepandaian orang Mesir


pendidikan Purba mencipta kertas daripada pokok papyrus yang
serta banyak hidup, di Lembah Nil.
penggunaan Penciptaan kertas telah memudahkan penyimpanan dan
kertas. meninggalkan kebergantungan pada kepingan batu bata
untuk menyimpan segala khazanah bangsa.
Tinggalan tamadun Mesir purba kepada dunia kini adalah
dalam bentuk rekod yang tertulis dan terpahat dalam
sistem tulisannya, iaitu hieroglif.
Keagungan tamadun Mesir Purba dapat dibaca daripada
tulisan yang terpahat dengan begitu cantik, halus dan penuh
seni pada makam dan batu.
Sistem pendidikan untuk kanak-kanak
Kerajaan Mesir Purba telah mewujudkan sistem pendidikan
untuk kanak-kanak daripada keluarga atasan. Mereka
memberi pendidikan sejak dari umur yang rendah.
Institusi pendidikan ini diuruskan oleh rumah ibadat dan
diletakkan di bawah pentadbiran kerajaan.
Penekanan terhadap pendidikan bertujuan untuk melahirkan
para pegawai kerajaan terutamanya jurutulis vang sempurna
dan terlatih.

11
NOTA FOKUS 2017
FAKTA HURAIAN TIP MENGINGAT
Ilmu geometri, matematik, dan sains diajar bagi melahirkan
golongan terlatih yang boleh menguruskan hal ehwal
pertanian, pengawalan air Sungai Nil serta pembinaan
bangunan dan piramid.

Kemajuam Mesir Purba yang maju dalam ilmu perubatannya telah


dalam ilmu melahirkan pengamal perubatan. Mereka ini mendapat
perubatan status yang tinggi dalam masyarakat Mesir Purba dan
berkhidmat untuk firaun dan juga masyarakat.
Kemajuan bidang perubatan terutamanya proses
memumiakan mayat berkait rapat dengan kepercayaan
orang Mesir Purba.Tahap keilmuian dan kemahiran
terutamanya dalam bidang fizik, kimia, perubatan, dan
pembedahan memberikan sumbangan besar kepada
perkembangan ilmu hingga ke hari ini.
Pengawalan Keagungan tamadun Mesir Purba jelas bergantung pada
aliran air pengawalan aliran air sungai Nil yang menjadi nadi kepada
Sungai Nil tamadun Mesir Purba.
Perkembangan ilmu matematik seperti algebra, geometri,
dan astronomi telah digunakan sepenuhnya dalam usaha
orang Mesir Purba mengawal banjir Sungai Nil yang berlaku
sekali dalam setahun.
Pemerintah Mesir Purba telah berjava mencipta sistem
pengairan yang telah menukarkan kawasan padang pasir
menjadi kawasan tanah pertanian.
Semasa pemerintahan Firaun Senuusret III, beliau telah
membina sebuah tembok pengairan sepanjang 123
kilometer bagi menebus guna kawasan padang pasir dan
membina terusan untuk mengairkan tanah seluas 10 000
hektar.
Pengetahuan dalam bidang astronorni dan matematik ini
membolehkan orang Mesir Purba memperkenalkan sistem
kalendar 365 hari berdasarkan 12 bulan dalam setahun.

12
NOTA FOKUS 2017
TAMADUN INDUS

Ciri-Ciri Tamadun Indus

ASPEK HURAIAN TIP MENGINGAT


Petempatan Peternpatan kekal yang wujud di lembah ini telah membawa
kepada pembentukan bandar terancang.
Bandarnya terbahagi kepada dua bahagian dan dikelilingi
oleh tembok.
Bahagian utama merupakan pusat pentadbiran dan
keagamaan yang menempatkan bangunan pentadbiran,
tempat mandi awam yang digunakan untuk upacara ritual dan
pembersihan, dan tempat penyimpanan hasil pertanian.
Bahagian kedua bandar ialah kawasan perumahan. Bandar-
bandar dalam tamadun ini dirancang dengan sebegitu rapi
terutama dari sudut susun aturnya yang sistematik.
Perancangan bandarnya dibantu oleh kemajuan ilmu
geometri dan pembinaan, serta sumbangan tamadun
Mesopotamia dan Mesir Purba.
Bandar-bandar dalam tamadun ini disusun berasaskan blok-
blok berbentuk segi empat dengan setiap blok dipisahkan
oleh satu rangkaian jalan raya yang lurus dan bersambung
antara satu sama lain.
Setiap bandar mempunyai sistem kumbahan yang terancang.
Selain jalan raya bandar-bandar ini juga dihubungkan dengan
sungai yang berfungsi sebagai jalan perhubungan
organisasi Jumpaan arkeologi telah membayangkan masyarakat di
sosial Lembah Indus terbahagi kepada dua golongan, iaitu
golongan atasan dan bawahan. Golongan atasan terdiri
daripada pendeta dan pedagang.
Kelas atasan yang utama ialah pendeta. Walaupun wujud
dalam bilangan yang kecil, namun, para pendeta ini
mempunyai kuasa dan pengaruh yang besar dalam
mengawal aktiviti masyarakat terutamanya yang melibatkan
kegiatan keagamaan.
Atas dasar keagamaan inilah, golongan bawahan
memberikan ketaatan kepada golongan pendeta. Oleh sebab
tiada bukti tentang kewujudan raja, maka, sejarawan
berpendapat bahawa tampuk pemerintahan dipegang oleh
pendeta.

Pekerjaan Golongan bawahan pula terdiri daripada petani dan buruh.


Golongan petani menjalankan aktiviti pertai-dan dan
menyalurkan sebahagian daripada hasil tersebut kepada
pihak berkuasa. Golongan buruh menjalankan kerja
perburuhan seperti menjaga kebersihan bandar, membina
ternbok di benteng, dan membina terusan.
Masyarakat di Lembah Indus juga mempunyai pengkhususan
pekerjaan yang jelas terutamanya dalam bidang ekonomi.
Masyarakat ini telah menjalankan pelbagai kegiatan ekonorni
seperti perdagangan, pertanian, pertukangan dan
pembuatan.
Aktiviti perdagangan secara khusus membabitkan
perdagangan luar termasuklah dengan Mesopotamia.
Hubungan dagang antara kedua-dua tamadun dapat
dibuktikan melalui penemuan cap mohor buatan masyarakat
Lembah Indus di Mesopotamia.
Antara hasil perdagangan yang penting termasuklah emas,
gading gajah, manik, dan hasil pertanian.

13
NOTA FOKUS 2017
ASPEK HURAIAN TIP MENGINGAT
Petani pula menjalankan aktiviti bercucuk tanam terutamanya
bagi tanaman makanan seperti barli, kacang, dan
sebagainya.
Selain menjadi petani dan pedagang, ada ahli masyarakat
yang secara khusus menjadi artisan. Mereka ini terlibat
dalam pembinaan dan penghasilan barangan logam dan
barangan tembikar.

Agama Masyarakat dalam tamadun ini juga dikenal pasti telah


mempunyai satu amalan agama. Ini dibuktikan dengan
penemuan patung dan ukiran yang mempunyai unsur
keagamaan.
Antara yang paling penting termasuklah penemuan sebuah
patung yang dirujuk sebagai patung proto-Siva.
Objek tersebut menunjukkan seseorang duduk bersila
dengan stail yoga dan terdapat tiga tanduk di kepalanya yang
melambangkan Dewa Brahma, Vishnu dan Siva.
Kewujudan objek proto-Siva ini menjadi sangat penting
terutama dari sudut perkaitannya dengan agama Hindu
kemudiannya.
Selain itu, masyarakat dalam tamadun ini juga percaya
kepada Tuhan Ibu. Perkara ini dipercayai telah diwarisi
daripada kebudayaan yang lebih awal kerana kepercayaan
terhadap Tuhan Ibu ini turut berlaku dalam masyarakat yang
mendiami Mesopotamia, Asia Kecil, Syria dan Palestin.

Tulisan Masyarakat tamadun Indus telah mempunyai satu sistem


tulisan yang berbentuk piktograf. Walau bagainianapun,
sehingga hari ini tulisan tamadun Indus masih lagi menjadi
misteri dan belum dapat ditafsirkan.

Sumbangan Tamadun Indus

CIRI HURAIAN TIP MENGINGAT


Perancangan Keupayaan untuk mewujudkan sebuah bandar terancang
Bandar seperti Mohenjo-Daro dan Harappa bukanlah perkara yang
mudah, sebaliknya memerlukan gabungan kepakaran sama
ada dari sudut letak bandarnya mahupun dari sudut
pengisiannya.
Oleh yang demikian, pemahaman tentang ilmu geometri,
kesenian, dan matematik sangat diperlukan. Kemampuan
masyarakat Lembah Indus mencapai kecemerlangan dalam
perancangan bandar berkait rapat dengan kemajuan dalam
bidang geometri dan pembinaan.
Pemahaman geometri hasil daripada pertembungan tamadun
ini dengan tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba telah
membolehkan perancangan bandar disusun berasaskan bentuk
segi empat yang diikuti oleh jalan raya yang lurus.
Di samping itu, masyarakat Lembah Indus telah berusaha
meningkatkan mutu bahan binaan. Hal ini telah berjaya
dilaksanakan apabila masyarakat Indus tidak hanya bergantung
pada panas matahari untuk membuat batu bata daripada tanah
liat.
Sebaliknya, batu bata itu. dihasilkan melalui pembakaran
dengan suhu yang tinggi. Berasaskan perkara ini,
kecemerlangan perancangan bandar dalam tamadun Indus,
sebenarnya, merupakan gabungan daripada pelbagai
pengetahuan dan pencapaian termasuklah geometri dan
matematik serta teknologi pembakaran batu bata.

14
NOTA FOKUS 2017
CIRI HURAIAN TIP MENGINGAT
Hubungan Sifat keterbukaan yang dibuktikan oleh tamadun ini dalam
luar membuat hubungan dengan tamadun lain juga merupakan satu
lagi aspek yang sangat penting. Dari sudut ini, tamadun Indus
memperlihatkan bahawa sesebuah masyarakat itu tidak akan
mampu mencapai kecemerlangan tanpa membuat hubungan
serta bertukar pandangan dengan pihak lain.
Hubungan dengan tamadun Mesopotamia serta tamadun Mesir
Purba telah membolehkan kedua-dua belah pihak memperoleh
manfaatnya sama ada dalam bentuk pertukaran teknologi atau
seumpamanya.
Walau. bagaimanapun, dalam konteks hubungan antara
tamadun Indus dengan tamadun Mesopotamia, segala
pengaruh dari luar itu disesuaikan dengan keadaan dan
suasana tempatan.

Keamanan Secara keseluruhannya, tamadun Indus telah menunjukkan
kepada masyarakat dunia moden hari ini beberapa aspek yang
sangat penting dalam proses pembinaan sesebuah tamadun,
termasuk keamanan.
Tamadun Indus mengajar kita bahawa kedamaian dan
keamanan ialah tunjang kepada kekuatan sesebuah bangsa
untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan.

Kesimpulan

Tamadun Indus telah berdiri sebagai sebuah tamadun yang matang dan terbukti melalui pencapaiannya
yang cemerlang dalam berbagai-bagai bidang termasuklah perancangan bandar, kegiatan ekonomi,
aspek kerohanian dan kepercayaan.
Kemampuan tamadun Indus mencapai tahap kecemerlangan ini bukan sahaja bergantung pada
kelebihan geografi seperti adanya sungai sebagai sumber asas kehidupan, tetapi juga kreativiti
masyarakatnya menjadikan sumber tersebut sebagai pemacu kepada kejayaan.
Hal-hal yang positif sebegini seharusnya menjadi ikutan manusia sepanjang zaman.

PERNAH KELUAR

2011

2(a) Senaraikan dua contoh bandar terancang dalam Tamadun Indus. (2m)
2(b) Nyatakan ciri bandar terancang dalam tamadun tersebut (2m)
2(c) Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat Indus mampu membina bandar terancang? (2m)
2(d) Berdasarkan pengetahuan anda, apakah kesan pembinaan bandar terancang terhadap
kehidupan manusia? (2m)
2(e)(i) Adakah bandar di daerah atau kawasan tempat tinggal anda dibina secara terancang? (1m)
2(e)(ii) Beri alasan anda. (1m)

2013

3(a) Apakah bandar X dan Y? (2m)


3(b) Nyatakan dua keistimewaan bandar-bandar tersebut. (2m)
3(c) Berdasarkan kajian anda, mengapakah masyarakat Indus membina bandar terancang terawal di
dunia? (2m)
3(d) Jelaskan iktibar yang boleh diambil daripada kemajuan dan kecemerlangan tamadun Indus (2m)
3(e) Terangkan ciri bandar moden yang anda idamkan. (2m)

15
NOTA FOKUS 2017
TAMADUN HWANG HO

Ciri-Ciri Tamadun Hwang Ho

Pertempatan

CIRI HURAIAN TIP MENGINGAT


Petempatan awal yang berasaskan pertanian membawa
kepada kemunculan bandar-bandar. Anyang merupakan salah
satu contoh negara kota dalam tamadun Hwang Ho. Anyang
terletak di kawasan tanah tinggi di Sungai Huan. Di bandar ini
terdapat istana, kuil, dan pusat pentadbiran. Ketua pemerintah,
iaitu raja, golongan pembesar, dan golongan agama juga
tinggal di kawasan bandar.

Bandar Anyang dilengkapi dengan tembok untuk menghalang


pencerobohan musuh dan dikelilingi oleh perkampungan yang
didiami oleh masyarakat petani.

Organisasi Sosial

CIRI HURAIAN TIP MENGINGAT


Atasan Susun lapis dalam organisasi sosial masyarakat Shang Raja
memperlihatkan golongan raja dan pembesar menduduki Pembesar
lapisan paling atas yang diterajui oleh raja.
Golongan pembesar sahaja yang mampu memiliki tentera
dan senjata gangsa
golongan ini telah dapat menggunakan keistimewaan mereka
ini untuk menundukkan golongan bawahan
Bawahan Golongan petani membentuk sebahagian besar penduduk, Petani
mendiami kawasan di luar bandar, iaitu di sekeliling negara Artisan
kota ini.
Golongan artisan wujud sebahagian besarnya disebabkan
oleh kemahiran yang muncul dalam tamadun Shang, iaitu
penguasaan mereka dalam teknologi gangsa.
Gangsa telah digunakan bagi menghasilkan senjata, perisai
dan hiasan pada kereta kuda yang digunakan oleh tentera,
serta peralatan untuk upacara keagamaan.

Hamba Golongan paling bawah dalam masyarakat Shang ialah Hamba


hamba. Perhambaan merupakan satu ciri utama dalam
Dinasti Shang

Pengkhususan Kerja

CIRI HURAIAN TIP MENGINGAT


Tentera Golongan pembesar mempunyai tentera masing-masing.
Terdapat dua kumpulan tentera, iaitu tentera yang
menggunakan kereta kuda dan tentera berjalan kaki.
Golongan hamba pula berfungsi sebagai tentera paksaan
selain digunakan untuk membantu kerja-kerja perburuhan,
dan untuk tujuan korban dalam upacara penyembahan.
Petani golongan petani tonggak ekonomi dan pentadbiran
berperanan memenuhi keperluan golongan atasan
Artisan Golongan artisan ini telah mereka cipta pelbagai barangan
ternbaga seperti bekas minuman dan makanan, serijata, dan
barang tembikar.

16
NOTA FOKUS 2017
Sistem Pemerintahan

CIRI HURAIAN TIP MENGINGAT


Dinasti Sistem pemerintahan Dinasti Shang berbentuk pemerintahan pemerintahan
Shang beraja dan pengganti raja selalunya dilantik daripada beraja
kalangan saudara lelaki yang lebih muda atau anak lelaki bangsawan
raja. pegawai kerajaan
Raja-raja Shang mempunyai kewibawaan politik, ekonomi,
sosial dan agama. Raja-raja ini berkuasa secara langsung di
kawasan pusat pentadbiran.
Masyarakat tamadun ini percaya yang kuasa raja merupakan
mandat daripada tuhan dan raja-raja Shang tidak perlu
mendapatkan pengesahan politik kerana mereka adalah
daripada keturunan pemerintah agama
Dalam urusan pentadbiran raja dibantu oleh golongan
bangsawan dan pegawai kerajaan.
Bagi wilayah di luar pusat pentadbiran, pemerintahan Dinasti
Shang dibantu oleh golongan bangsawan.
Golongan bangsawan ini dipertanggungjawabkan untuk
mentadbir wilayahnya
Dinasti Chou Raja-raja Dinasti Chou membahagikan pemilikan tanah melantik
mereka kepada wilayah-wilayah dan melantik pembesar pembesar
tempatan di setiap wilayah ini. tempatan di
Raja-raja Dinasti Chou mengikat pembesar tempatan melalui setiap wilayah ini.
ikrar taat setia kepada pemerintah Chou, di samping
memberikan hadiah seperti kereta kuda, senjata gangsa,
hamba dan binatang.
Mereka juga diminta melindungi raja dan memberikan
bantuan tentera pada masa perang.
Pembesar tempatan juga diberikan hak untuk bertindak
sebagai ketua agama untuk menjalankan upacara
pengorbanan.

Agama

CIRI HURAIAN TIP MENGINGAT


Agama Dari segi agama dan keperluan, masyarakat tamadun Hwang animisme
Ho mengamalkan banyak kepercayaan termasuk animisme politeisme
dan politeisme. penyembahan
Masyarakat Shang mengamalkan penyembahan roh nenek roh
moyang. Selain itu, mereka juga menyembah tuhan syurga. tuhan syurga
(Shang-ti) dan tuhan bumi (Tu), di samping penyembahan tuhan bumi
terhadap sungai, bukit dan gunung. bomoh
Upacara penyembahan melibatkan permainan muzik, tarian, tulang oracle
dan upacara korban. Upacara penyembahan ini akan diketuai penilikan
oleh golongan bomoh.
Satu lagi keunikan tamadun ini ialah jumpaan tulang binatang
dan kulit kura-kura di Anyang. Tulang yang ditemui ini
dikenali sebagai tulang oracle.
Fungsi tulang orade adalah untuk meramal sesuatu keadaan.
Golongan bomoh yang terlibat dalam upacara penilikan ini
akan meletakkan tulang ini di atas unggun api sehingga
timbul rekahan dan rekahan ini ditafsirkan dan disabitkan
dengan sesuatu kejadian.

17
NOTA FOKUS 2017
Sistem Tulisan

CIRI HURAIAN TIP MENGINGAT


Tulisan Amalan penilikan tulang oracle ini membawa kepada ideogram
kemunculan sistem tulisan awal di China. Rekahan-rekahan
pada tulang ini menimbulkan idea masyarakat tempatan
untuk mencipta tulisan.
Tulisan China ini berbentuk ideogram, iaitu tulisan berbentuk
simbol.
Tulisan asal ini kebanyakannya mempunyai gambar seperti
kanak-kanak, bulan, matahari dan sungai.
Namun demikian, tulisan ini mula berubah kepada bentuk
yang lebih kompleks seperti yang terdapat pada hari ini.

Sumbangan Tamadun Hwang Ho

CIRI HURAIAN TIP MENGINGAT


Sistem Dari segi politik, tamadun Hwang Ho amat mempengaruhi Monarki
pemerintahan sistem pemerintahan China kuno. Maharaja
Sistem pemerintahan monarki telah diteruskan hingga ke anak syurga
zaman Dinasti Ching. mandat dari
Hanya sedikit perubahan dilakukan terutama gelaran raja syurga
ditukar kepada maharaja.
Konsep anak syurga dan mandat dari syurga yang dikaitkan
dengan raja (maharaja) dan amalan putaran dinasti diteruskan
oleh dinasti-dinasti di China hingga abad ke-20.

Aspek Salah satu aspeknya ialah pembinaan sistem pengairan.


ekonomi Sejak zaman awal dinasti China terutama zaman Shang,
pemimpin mereka amat prihatin terhadap pembangunan
pertanian.
Terusan-terusan dibina untuk mengairkan kawasan pertanian
selain mengelakkan berlakunya banjir.
Sistem pengairan ini telah diteruskan pada zaman Chin oleh
Shih Huang Ti ke kawasan barat daya China.
Sebuah terusan telah dibina di Szechwan untuk mengairkan
kawasan pertanian di wilayah tersebut.
Selain itu, pembangunan dalam sektor pertanian ini juga
membawa kepada kemajuan dalam teknologi pembajakan
serta penciptaan cangkul dan sabit.
Pada zaman ini juga petani mula menggunakan batas untuk
tujuan penanaman. Perubahan juga berlaku secara evolusi
apabila petani China mula menggantikan alat pertanian yang
dibuat daripada kayu dengan yang dibuat daripada besi.

Sistem Sistem tulisan ini berkembang secara evolusi dan masih


tulisan digunakan oleh orang China sehingga hari ini.
Penggunaan tulisan ini adalah meluas dan digunakan dalam
bidang penulisan dan percetakan.
Tulisan ini juga diajar di sekolah-sekolah di China. Malahan
tulisan ini terus berkembang dengan penggunaannya oleh
orang Korea dan Jepun.

Kepercayaan Salah satu kepercayaan yang masih berkekalan sehingga hari


ini ialah pemujaan roh nenek moyang. Unsur pemujaan yang
telah dijalankan sejak zaman Shang ini telah diteruskan
mengikut kesesuaian masa.
MisaInya, unsur korban manusia tidak lagi diamalkan dan
digantikan dengan unsur makanan, duit kertas, dan barangan
perhiasan.

18
NOTA FOKUS 2017
CIRI HURAIAN TIP MENGINGAT
Konsep Yin dan Yang serta Feng Hsui merupakan dua
daripada kepercayaan yang masih terdapat dalam masyarakat
China sehingga hari ini.

Kalendar Semasa pemerintahan Shang, sistem kalendar telah


diperkenalkan, iaitu terdapat 30 hari dalam sebulan dan 360
hari dalam setahun.
Raja menggunakan kalendar untuk menentukan musim
menanam dan musim menuai.
Amalan menggunakan kalendar ini diteruskan untuk
menjalankan aktiviti harian seperti upacara perkahwinan,
perburuan ataupun pengkebumian.

Falsafah Selain itu, terdapat satu lagi sumbangan penting tamadun ini Art of War
perang yang cuba digunakan sehingga hari ini, iaitu pengamalan
falsafah perang Sun Tzu.
Karyanya, the Art of War yang membicarakan selok belok
perang dan bagaimana mervangam musuh telah diulang cetak
ke dalam pelbagai bahasa. Pada hari ini, falsafah tersebut
diaplikasikan pula sebagai taktik dalam urusan permagaan

PERNAH KELUAR
*** Tamadun Hwang Ho belum pernah keluar dalam peperiksaan.
*** Perlu diberi perhatian

19
NOTA FOKUS 2017
BAB 2 : PENINGKATAN TAMADUN
ASPEK-ASPEK PENINGKATAN TAMADUN

Sains dan Teknologi

ASPEK FAKTA TIPS


MENGINGAT
Bidang Peningkatan itu berlaku dalam bidang matematik, astronomi,
perubatan serta teknologi membuat perahu dan kertas.
Keadaan itu berlaku kerana ahli sains dan ahli teknologi merujuk
pada pengetahuan yang sedia wujud dalam tamadun Mesir Purba
dan Babylon serta memperkembangkan ilmu-ilmu itu.
Matematik Thales iaitu tokoh matematik Yunani telah mengembangkan ilmu
geometri Mesir Purba.
Pythagoras yang memperkenalkan Teorem Pythagoras pula
mengembangkan ilmu geometri Mesir Purba dan Babylon.
Hippocrates terkenal sebagai Bapa Perubatan
Archimedes ialah ahli matematik dan fizik.
Aspek utama yang disumbangkan oleh Archimedes ialah teorinya
berhubung dengan isi padu air dan graviti.
Ptolemy pula merupakan tokoh utama dalam bidang astronomi
Yunani.
Boethius, iaitu ahli matematik Rom telah mengaitkan matematik
dengan muzik, geometri dan astronomi.
Astronomi Dalam tamadun India, sains dan teknologi ialah cabang kepada
pengetahuan Vedik.
Pengetahuan tentang astronomi dapat dipetik daripada Rig Veda.
Tamadun China juga menganggap astronomi sebagai ilmu sains
negara.
Ilmu matematik telah wujud dalam tamadun India dan berkembang
pesat pada Zaman Gupta.
Ahli matematik India telah mengetahui tentang konsep geometri dan
telah memperkenalkan sistem nombor, iaitu angka Brahmin dan
angka Kharosti.
Sistem angka juga telah wujud Dalam tamadun Yunani, iaitu
herodianic dan ionic
Ilmu Ilmu perubatan juga telah wujud dalam tamadun India dan tamadun
perubatan China.
Dalam tamadun India, ilmu perubatan berkembang disebabkan
kecenderungan masyarakatnya dalam fisiologi kerana kaitannya
dengan yoga.
Sementara dalam tamadun China konsep keseimbangan antara
dua kuasa, iaitu Yang (kuasa aktif) dan Yin (kuasa pasif) yang
membolehkan seseorang berkeadaan sihat telah digunakan dalam
asas perubatan tradisionalnya.
Penciptaan Peningkatan besar dalam tamadun manusia ialah penciptaan
teknologi membuat kertas, tembikar, serta layar perahu dan kapal.
Perahu & Perahu dan kapal layar telah muncul dalam tamadun awal seperti
kapal layar Mesir Purba dan Mesopotamia.
Teknologi tersebut menyumbang kepada peningkatan perhubungan
antara sesebuah kawasan dengan sesebuah kawasan yang lain
dan juga antara sebuah negara dengan sebuah negara lain.
Dalam. tamadun Yunani, Rom, India dan China, ilmu pelayaran juga
telah meningkat dengan penciptaan layar yang lebih kuat dan
perahu yang lebih besar.
Penciptaan perahu layar telah meningkatkan aktiviti perdagangan
laut dan menjadi alat pengangkutan penting dalam peperangan
terutamanya pada zaman perluasan kuasa dan pembentukan
empayar Rom.

20
NOTA FOKUS 2017
Seni bina

FAKTA TIPS MENGINGAT


Peningkatan dalam seni bina mencerminkan ketahanan manusia dalam
tamadun awal yang menghadapi cabaran untuk menghasilkan monumen yang
dapat diabadikan sebagai pencapaian yang paling agung demi bangsa, agama
dan rajanya.
Segalanya tercapai kerana wujud kepimpinan yang berwibawa dan kuat yang Binaan agung
dapat menyatupadukan rakyat dan meningkatkan jati diri mereka serta
meyakini bahawa usaha mereka akan mencapai kejayaan, iaitu binaan yang
agung seperti acropolis, aqueduct, colloseum, parthenon, pantheon dan
Tembok Besar China.
Setiap binaan mempunyai fungsi yang penting kepada negara dan raja. Fungsi binaan
Contohnya, aqueduct adalah untuk bekalan air di Rom,
Tembok Besar China adalah untuk pertahanan di China, dan Stupa Besar di
Sanchi, India, pula adalah untuk tujuan keagamaan.
Di Yunani, pembinaan acropolis oleh Perides adalah untuk tujuan keagamaan
dan sebagai pusat kegiatannya.
Daripada binaan tersebut dapat dilihat peningkatan dari segi seni binanya, iaitu Peningkatan seni
daripada binaan piramid dan zigurat pada zaman Mesopotamia dan Mesir bina
Purba kepada binaan seperti aqueduct, colloseum, dan Tembok Besar China
yang terdapat pada zaman Yunani, Rom, India dan China.
Peningkatan tersebut adalah dari segi elemen baru yang terdapat pada binaan
tersebut, contohnya, bentuk bangunan yang lebih sempurna. dengan ukiran
yang unik berunsur keagamaan dan mempunyai nilai estetik, misalnya,
pembinaan acropolis di Yunani.
Tamadun India juga memaparkan peningkatan serta pencapaian yang
cemerlang dalam bidang seni bina.
Hal ini dapat dipastikan secara jelas apabila penelitian dibuat terhadap seni
bina sejak zaman tamadun Indus lagi.
Pada zaman tersebut, masyarakatnya telah berupaya untuk membina binaan
yang sangat baik dan lengkap. Hal ini dapat dilihat pada binaan Great Bath.
Oleh sebab kehidupan masyarakat India sangat erat hubungannya dengan Unsur keagamaan
agama, maka bidang seni bina turut berkembang berdasarkan atau
berunsurkan keagamaan.
Oleh itu, terlihatlah binaan yang berteraskan agama Buddha dan Hindu. Antara
binaan yang mengagurnkan termasuklah binaan kompleks kuil di Gua Ajanta.
Kompleks ini mempunyai 20 buah kuil. Sementara itu kompleks kuil di Gua
Ellora pula mempunyai 28 buah kuil-gua dan dibina antara abad kelima hingga
abad kelapan. Masihi.
Dalam melihat seni bina Buddha, antara perkara penting yang diperhatikan
termasuklah penggunaan elemen geometri, iaitu bentuk segi empat dan bulat.

Tamadun China mempunyai reka bentuk seni bina yang agak berlainan Seni bina China
daripada tamadun lain. Salah satu seni bina yang telah dihasilkan ialah
Tembok Besar China.
Tembok ini dibina sejak zaman Dinasti Chou dan telah diteruskan oleh dinasti
berikutnya, Tembok ini dibina sepanjang 1500 batu dari Kansu ke Peking.
Sementara itu bandar-bandar China purba seperti Changan, Anyang, Peking,
dan Loyang juga dibina dengan rekaan yang mempunyai tembok batu.
Tembok-tembok di kawasan bandar lain pula dibuat daripada tanah liat dan
batu bata. Malahan di kampung-kampung juga terdapat tembok biarpun dibina
daripada tanah lumpur.
Setiap tembok ini terdapat pintu gerbang yang dikelilingi oleh parit yang besar
dan menara.
Kawasan di dalam tembok ini menempatkan kediaman Maharaja. Salah
sebuah istana maharaja yang masih kekal sehingga kini ialah Kota Larangan.
Istana ini mempunyai banyak dewan dan taman. Dewan ini berfungsi sebagai
balai penghadapan serta tempat hukuman, keraian dan perjumpaan.

21
NOTA FOKUS 2017
FAKTA TIPS MENGINGAT
Sebuah lagi binaan penting di China ialah kuil dan pagoda. Kuil-kuil ini terdiri
daripada beberapa buah bangunan yang merangkumi tempat tinggal, ruang
tetamu, dan pusat pemujaan.
Namun demikian, bentuk ini hanyalah untuk kuil yang besar, pagoda pula
berbentuk meninggi sehingga 15 tingkat. Biasanya, pagoda mempunyai bentuk
oktagon atau segi empat sama. Walau bagaimanapun, bentuk ini tidak tetap
bagi semua binaan dan tempat.
Dalam seni bina India terdapat antaranya menara pelbagai bentuk seperti kon,
kubah dan pagoda. Dalam tamadun China pula terdapat pelbagai jenis pintu
gerbang, tembok dan jambatan.
Malah, seni ukir juga turut meningkat seperti yang dapat dilihat dalam seni ukir
tamadun Yunani, Rom, India, dan China berbanding dengan seni ukir tamadun
sebelumnya.

PERNAH KELUAR

2014

1(a) Jelaskan maksud sistem republik. (2m)

1(b) Bagaimanakah sistem pemerintahan republik yang diamalkan di Rom? (2m)


1(c) Senaraikan dua buah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan republik sekarang (2m)
(i)
(ii)
1(d) Bagaimanakah sistem republik yang diamalkan di negara 1(c)(i) dan 1(c)(ii)? (2m)
1(e) Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan.
Berikan penjelasan anda. (2m)

22
NOTA FOKUS 2017
BAB 3 - TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA
BENTUK-BENTUK KERAJAAN AWAL

Kerajaan yang muncul dalam tamadun awal di Asia Tenggara boleh dibahagikan kepada dua, iaitu
kerajaan agraria dan kerajaan maritim berasaskan aspek kedudukan geografi dan sosioekonomi.

CIRI-CIRI KERAJAAN AGRARIA

ASPEK HURAIAN TIPS MENGINGAT


Kegiatan Pembahagian ini adalah berasaskan aspek Kerajaan
ekonomi agraria ialah kerajaan yang menjalankan kegiatan ekonomi
berasaskan pertanian, pentemakan, dan pemungutan
hasil hutan dan sungai. Kerajaan ini terbentuk umumnya di
kawasan pertanian yang subur seperti di lembah sungai.
Lokasi Kerajaan ini terbentuk umumnya di kawasan pertanian yang
subur seperti di lembah sungai. Contohnya kerajaan
Dvaravati di Sungai Menam (Thailand) dan di Sungai
Irrawaddy (Myanmar), kerajaan Sungai Merah (Vietnam),
dan kerajaan Sungai Mekong (Kemboja, Laos dan
Vietnam).
Selain itu, kerajaan agraria juga terdapat di kawasan
pedalaman seperti di kawasan berbukit dan di lereng
tanah gunung berapi. Contohnya, kerajaan Taruma di
Tanah Tinggi Dieng (Indonesia).
Antara kerajaan agraria awal yang terkenal ialah Sailendra
(Jawa Tengah), Angkor (Kemboja) dan Sukhotai
(Thailand).
Walau bagaimanapun, terdapat juga kerajaan agraria yang
kemudiannya berkembang menjadi kerajaan maritim,
contohnya, kerajaan Funan.

CIRI-CIRI KERAJAAN MARITIM

ASPEK HURAIAN TIPS MENGINGAT


Kegitan Kerajaan maritim pula ialah kerajaan yang menjalankan
ekonomi kegiatan ekonomi berasaskan perdagangan dan kelautan,
serta berfungsi sebagai pelabuhan.
Lokasi Kerajaan ini terletak berhampiran dengan kawasan di
pesisir pantai, lembah sungai dan kepulauan.
Contohnya kerajaan Srivijaya di Sungai Musi, kerajaan
Kedah Tua di Sungai Merbok dan Sungai Muda, dan
kerajaan Tiumah di Pulau Tioman (Pahang).
Kerajaan maritim umumnya terletak di lembah sungai di
kawasan pesisir pantai dan di kepulauan. Contoh kerajaan
maritim yang utama ialah Langkasuka (Sungai Yarang),
Kataha/Chieh-cha /Kedah Tua (Sungai Merbok dan Sungai
Muda), Chih-tu (Sungai Kelantan), Srivijaya (Sungai Musi),
Mo-lo-yu (Sungai Batang Hari), Kalah (Sungai Takuapa),
Fo-lo-an (Sungai Terengganu), Peng-keng (Sungai Pekan,
Pahang), dan Tiumah (Pulau Tioman).

23
NOTA FOKUS 2017
KERAJAAN AGRARIA

Proses Pembentukan

FAKTA TIPS MENGINGAT


Seperti tamadun awal lain di dunia, tamadun awal Asia Tenggara,
terbentuk secara evolusi.
Kemunculan kerajaan awal di Asia Tenggara bermula dengan
kewujudan petempatan kekal di kawasan yang subur seperti di
lembah-lembah sungai.
Petempatan ini kemudiannya berkembang sehingga melahirkan bandar
dan akhimya menjadi kerajaan.

Kegiatan Ekonomi

CIRI-CIRI HURAIAN TIPS MENGINGAT


Padi Di lembah sungai tersebut, tanaman utama yang
diusahakan ialah padi kerana kawasan itu mendapat
bekalan air yang mencukupi untuk penanaman padi
sawah. Sementara padi huma pula ditanam di kawasan
tanah tinggi atau bukit yang kurang mendapat
bekalan air dengan dibuat teres dan relung.
tanaman Selain padi, tanaman sampingan yang turut diusahakan
sampingan oleh masyarakat agraria ialah jagung, pisang, keledek,
dan sayur-sayuran.
Rempah Masyarakat agraria juga menghasilkan pelbagai jenis
Hasil hutan rempah seperti cengkih dan lada hitam serta
mengumpulkan hasil hutan seperti kayu gaharu, kapur
barus, tanduk, gading, damar, kayu cendana, dan
pelbagai jenis buah-buahan.
Sarang burung dari gua diambil untuk tujuan
perdagangan. Masyarakat agraria turut terlibat dengan
kegiatan menangkap ikan di sawah, paya, dan sungai,
malah ada juga yang berusaha mendapatkan kulit kura-
kura.
Menternak Selain itu, kegiatan menternak binatang seperti lembu,
binatang kerbau, kambing, dan ayam turut diusahakan. Pada
tahap awal, pertanian bertujuan untuk menyara diri
sahaja.
Namun, apabila terdapat lebihan daripada hasil.
ternakan dan tanaman tersebut, lebihan itu akan
dipasarkan atau dibekalkan untuk memenuhi keperluan
penduduk yang tidak terlibat dalam pertanian, khususnya
masyarakat bandar atau penduduk kerajaan maritim.
Sistem Perkembangan pertanian dalam kerajaan agraria turut
pengairan dipengaruhi oleh pembinaan sistem pengairan yang
baik. Contohnya, perkembangan pertanian di Funan dan
Angkor adalah disebabkan terdapatnya sistem pengairan
yang bersumber dari Sungai Mekong dan Tasik Tonle
Sap.
Sistem pengairan yang baik dapat dilaksanakan kerana
raja sendiri terlibat dalam pembinaannya. Bahkan
kerajaan bertanggungjawab secara langsung dalam
pengurusan sistem pengairan tersebut. Contohnya, pada
zaman pemerintahan Raja Indravarman I (877 M.).
Beliau telah membina sistem pengairan dan baray yang
mampu mengairi tanah seluas 12.5 juta ekar.
Kesannya, hasil padi dari kawasan tersebut telah dapat
menampung keperluan beras kerajaan Angkor yang juga
merupakan keperluan asas rakyatnya.

24
NOTA FOKUS 2017
Kerajaan Angkor

FAKTA TIPS MENGINGAT


Kerajaan Angkor merupakan kerajaan agraria yang kuat dan agung yang
terletak di Lembah Sg. Mekong.
Faktor utama yang membolehkan kerajaan. Angkor menjadi sebuah.
kerajaan agraria yang kuat ialah kedudukannya yang berhampiran
dengan Tasik Tonle Sap. Air Tasik Tonle Sap ini datang dari Sungai
Mekong, manakala tanah di sekitarnya amat subur dan mempunyai
iklim panas lembab sepanjang tahun. Keadaan iklim sedemikian amat
sesuai untuk pertanian khususnya penanaman padi.

Kepentingan Tasik Tonle Sap

FAKTA TIPS MENGINGAT


sumber ikan air tawar yang banyak diperoleh dari Tasik Tonle Sap.
Tasik Tonle Sap turut menjadi punca air utama untuk mengairi sawah
Menjadi punca bekalan air minum.
Berupaya menampung keperluan makanan penduduk yang besar
jumlahnya

Kejayaan / Pencapaian

FAKTA TIPS MENGINGAT


Dengan membentuk sebuah kerajaan yang berdikari
Mempunyai sistem pentadbiran yang teratur.
Mereka juga telah berusaha untuk menguasai alam sekitar seperti
membina sistem pengairan agar dapat membaiki taraf hidup
Berjaya membina rumah ibadat yang terkenal.

KERAJAAN MARITIM

Proses Pembentukan

FAKTA TIPS MENGINGAT


Di petempatan ini, pada peringkat awal anggota masyarakatnya
menjalankan kegiatan menangkap ikan dan memungut hasil laut.
Petempatan ini kemudian berkembang menjadi perkampungan nelayan.
Ada antara petempatan ini merupakan kawasan pengeluar bijih logam
seperti emas dan timah.
Apabila kegiatan ekonomi mereka ini membawa hasil yang melebihi
keperluan masyarakat setempat, maka, lebihan ini telah diperdagangkan
di kalangan petempatan tersebut.
Dengan itu, ada antara petempatan tersebut yang berkembang dengan
peranannya sebagai tempat berdagang.
Perkembangan seterusnya telah menjadikan kawasan tersebut
pelabuhan pembekal.
Pelabuhan ini mendapat bekalan hasil tempatan, iaitu logam emas dan
timah, hasil hutan. seperti kayu gaharu, rotan, damar, hasil laut dan juga
makanan.
Pelabuhan pembekal ini telah disinggahi oleh para pedagang yang mahu
mendapatkan bekalan tersebut.
Antara pelabuhan pembekal ini termasuklah Jenderam Hilir dan Klang
(Selangor), Kuala Berang (Kuala Terengganu), dan Kuala Selinsing
(Perak).
Daripada pelabuhan pembekal, sesetengah pelabuhan ini telah
berkembang dan maju serta mendapat status pelabuhan kerajaan apabila
wujud kerajaan di situ. Contohnya Champa, Kedah Tua, Langkasuka
dan Srivijaya.
Peranan Pelabuhan

25
NOTA FOKUS 2017
FAKTA TIPS MENGINGAT
Pelabuhan kerajaan ini masih berperanan sebagai pelabuhan pembekal
dan tempat berdagang. Pada awaInya pelabuhan ini berdagang dengan
kawasan yang berhampiran dengannya, contohnya Champa dan
Langkasuka. Kedua-duanya berkembang kerana pelabuhannya menjadi
tarikan kepada pedagang yang berdagang dari pesisiran pantai Teluk Siam,
Kemboja, Vietnam, China Selatan, hingga ke India dan Barat.
Pelabuhan kerajaan seperti Kedah Tua dan Srivijaya yang terletak di Selat
Melaka dan Selat Sunda telah menjadi kawasan perdagangan yang amat
strategik.
Ini adalah kerana kedudukannya di laluan perdagangan di antara China
dan India telah menyumbang kepada perkembangannya menjadi
pelabuhan entrepot apabila menjalin hubungan dagangan dengan
kerajaan besar seperti China dan India.
Pelabuhan ini memperdagangkan hasil buminya seperti logam, hasil
hutan dan laut, serta hasil dari kerajaan lain yang dibekalkan kepadanya.
Logam emas dan timah telah menarik pedagangan asing ke pelabuhan
kerajaan ini, menyebabkan Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera di
kenali sebagai Suvamadvipa (Semenanjung Emas) dan Suvamabhumi
(Bumi Emas).
Dalam catatan Yunani oleh Ptolemy terdapat nama Golden Kliersonese
yang memberi makna Semenanjung Emas.
Bukti-bukti itu menunjukkan bahawa orang India dan Yunani telah
mengetahui bahawa
Semenanjung Tanah Melayu merupakan kawasan yang kaya dengan emas
sejak awal abad Masihi lagi.

Penduduk

FAKTA TIPS MENGINGAT


Penduduk kerajaan maritim terdiri daripada orang tempatan, orang laut,
dan pedagang luar. Jadi, mereka telah menggunakan lebih daripada satu
bahasa.

Bahasa Melayu

FAKTA TIPS MENGINGAT


Bahasa perhubungan masyarakat maritim ialah bahasa Melayu yang
telah menjadi bahasa perhubungan atau lingua franca di Asia Tenggara.
Penggunaan bahasa Melayu di Asia Tenggara sebagai bahasa
perhubungan telah lama berlaku.
Keadaan ini adalah kerana pada zaman kerajaan awal, orang Melayu
merupakan pelaut, pedagang, dan peneroka yang terulung di Asia
Tenggara.
Oleh sebab orang Melayu mempunyai pelabuhan yang lengkap dengan
pelbagai kemudahan serta kedudukannya yang strategik, petempatan
mereka akhirnya muncul sebagai kuasa politik seperti Champa dan
Srivijaya.

Faktor Perkembangan

FAKTA TIPS MENGINGAT


Perkembangan kerajaan maritim juga didorong oleh Semangat masyarakat
semangat masyarakatnya untuk meneroka dan
berdagang dengan masyarakat di luar kawasannya.
Mereka mampu belayar untuk berdagang ke kawasan kemahiran membuat perahu
yang jauh kerana mempunyai kemahiran membuat
perahu dan kapal layar. Perahu yang dibina digunakan
untuk perdagangan jarak dekat. Sementara kapal layar
digunakan untuk perdagangan jarak jauh.

26
NOTA FOKUS 2017
FAKTA TIPS MENGINGAT
Selain itu, mereka juga mengetahui kaedah untuk Tahu kaedah tuju
menuju ke sesuatu tempat berpandukan bintang di
langit.
Pada hari ini, kita masih dapat melihat warisan tradisi
pelayaran masyarakat Asia Tenggara, iaitu perahu atau
kapal layar yang besar seperti kapal orang Bugis.
Tinggalan perahu layar abad kelima dan zaman-zaman
selepasnya dapat kita lihat di Muzium Pekan, Pahang.
Antaranya termasuklah perahu abad kelima Masihi yang
dijumpai di Kuala Pontian, Pahang, dan juga tinggalan
perahu abad ke-18 yang ditemui di Kuala Ketil, Kedah,
yang kini dipamerkan di Muzium Arkeologi Lembah
Bujang, Kedah.

Kerajaan Srivijaya

ASPEK HURAIAN TIPS MENGINGAT


Srivijaya dari abad ke-7 M hingga abad ke-13 M
merupakan kerajaan maritim terulung di Asia Tenggara.
Antara ciri kerajaan maritim Srivijaya termasuklah memiliki
bala tentera laut yang besar dan yang dianggotai oleh
pelbagai golongan rakyat termasuklah orang laut.
Fungsi tentera laut itu adalah untuk mengawal
perdagangan di Selat Melaka dan mengawal keselamatan
kerajaan.
Oleh sebab pelabuhannya yang baik dan
kedudukannya yang strategik di Selat Melaka, Srivijaya
telah menjadi tempat persinggahan kapal yang berdagang
di antara India dan China.
Di pelabuhan ini terdapat hasil dan barangan untuk
perdagangan antarabangsa yang dibekalkan oleh
kawasan pemerintahannya dan wilayah taklukannya.
Dengan itu, Srivijaya telah berperanan sebagai kuasa
maritim utama di Asia Tenggara.
Menurut catatan I Tsing pada tahun 671 M., pelabuhan
Srivijaya turut dikenali kerana mampu menghasilkan
kapal besar.

Kerajaan Kedah Tua

ASPEK HURAIAN TIPS MENGINGAT


Sebuah lagi kerajaan maritim yang disebut dalam sumber
dari China dan India ialah Kedah Tua (Chieh-cha/ Kataha)
yang terletak di Lembah Bujang.
Kerajaan ini berkembang antara abad ke-5 hingga ke-13
Masihi.
Kemunculan kerajaan Kedah Tua mempunyai kaitan
dengan kerajaan Srivijaya. Bahkan Srivijaya dan Kedah
Tua pernah disebut secara bersamaan dengan nama
Shihli-fo-shi / Kataha pada zaman kebangkitan Kedah
Tua.
Kerajaan ini telah menjadi pelabuhan entrepot sejak
abad ke-5M lagi.
Kerajaan Srivijaya yang muncul pada abad ketujuh Masihi
turut mempengaruhi peranan Kedah Tua sehingga abad
ke-13 Masihi.
Kerajaan Kedah Tua terletak di Sungai Mas dari abad ke-
5 hingga abad ke-11 Masihi sebelum beralih ke lembah
Sungai Bujang dari abad ke-11 Masihi hingga abad ke-
13 Masihi.

27
NOTA FOKUS 2017
ASPEK HURAIAN TIPS MENGINGAT
Pada abad kelima hingga abad ke-10 Masihi, penduduk
Kedah Tua menganut agama Buddha dan selepas abad
ke-11 Masihi, mereka menganut agama Hindu pula.
Ini dibuktikan dengan tinggalan candi berunsur Hindu dan.
Buddha yang berjumlah sekitar sembilan buah yang telah
dibina kembali hasil daripada penyelidikan arkeologi dan
penemuan arca Hindu Buddha.
Di sebelah utara kerajaan Kedah Tua ialah kerajaan Kalah
yang terletak di Sungai Takuapa.
Kedah Tua juga merupakan pelabuhan dan kerajaan
yang tertua di pantai barat Semenanjung Tanah
Melayu.
Bukti peranannya sebagai pelabuhan entrepot sebelum
Melaka adalah berdasarkan jumpaan tembikar China
yang dihasilkan pada Zaman Dinasti Tang, iaitu pada abad
ketujuh Masihi, Zaman Dinasti Song pada abad ke-10
Masihi, dan Zaman Dinasti Yuan pada abad ke-10 hingga
abad ke-13 Masihi.
Di samping itu, pelita tembaga dan tembikar dari Timur
Tengah bertarikh sekitar abad kesembilan dan abad ke-10
Masihi telah turut dijumpai.
Selain jumpaan tersebut, pelbagai jenis manik yang
merupakan barang dagangan dari beberapa tempat
seperti India, Sri Lanka, dan Burma telah turut ditemui.
Jumpaan bahan dagangan itu jelas menunjukkan bahawa
Kedah Tua merupakan sebuah pelabuhan entrepot.
Perkembangan pelabuhan Kedah Tua turut dipengaruhi
oleh beberapa faktor seperti terdapatnya Gunung Jerai
yang menjadi panduan kapal pedagang yang keluar
masuk terutama pada waktu malam melalui nyalaan api.
Selain itu, perkembangannya juga dipengaruhi oleh
kedudukannya yang strategik di laluan Selat Melaka
yang terlindung daripada tiupan angin monsun barat
daya dan timur laut, serta adanya kemudahan
menyimpan barang dagangan dan kekayaan hasil
hutan seperti damar, rotan, dan sumber bumi seperti
timah.
Sementara barang dagangan yang diperoleh dari luar
ialah kain kapas, sutera, teh, tembikar, kaca dan manik.

Bukti Kerajaan Agraria dan Maritim Saling Bergantungan

ASPEK HURAIAN TIPS MENGINGAT


Kerajaan agraria seperti Sailendra di Jawa Tengah
mempunyai penduduk yang ramai hingga dapat
membekalkan tenaga kerja yang mencukupi serta
mempunyai sistem pertanian yang baik hingga telah dapat
menghasilkan sumber makanan utama, iaitu beras dan
membekalkannya kepada kerajaan maritim yang lain.
Beras menjadi dagangan utama antara kerajaan maritim
dengan kerajaan agraria.
Kerajaan agraria bergantung pada kerajaan maritim untuk
mendapatkan barangan mewah dari negara luar seperti
China dan India. Barangan mewah itu akan dijadikan
sumber kekayaan dan keagungan kerajaan agraria.
Antara barang mewah itu termasuklah tembikar asing
khususnya tembikar China. Barang mewah yang lain ialah
tekstil dari India dan China serta pelbagai jenis gelas dan
manik.

28
NOTA FOKUS 2017
ASPEK HURAIAN TIPS MENGINGAT
Sebagai tukarannya, kerajaan agraria telah
membekalkan keperluan makanan dan hasil hutan
kepada kerajaan maritim.
Konsep saling melengkapi juga dapat dilihat bagi
mendapatkan bahan mentah seperti kayu dan juga
binatang kenderaan seperti gajah.
Bagi mendapatkan bahan kayu yang baik untuk membuat
kapal, kerajaan maritim di Asia Tenggara terpaksa
mendapatkannya daripada kerajaan Pegu di Burma.
Begitu juga dengan gajah untuk kenderaan raja, diperoleh
dari Burma dan Siam.
Biasanya, tukang kayu dan tukang batu yang baik
terdapat dalam kerajaan agraria. Maka, keperluan
kerajaan maritim untuk mendapatkan tukang itu telah
dapat dipenuhi oleh kerajaan agraria.

PENGARUH AGAMA HINDU DAN BUDDHA DALAM KERAJAAN AWAL

FAKTA TIPS MENGINGAT


Sebelum kedatangan pengaruh kebudayaan India, masyarakat Asia
Tenggara secara umumnya telah mengembangkan budaya sendiri
antaranya termasuklah kepercayaan animisme.
Tetapi, mulai abad ketiga Masihi, setelah wujud perhubungan dengan
kerajaan India, masyarakat Asia Tenggara mula menerima dan
mengamalkan beberapa aspek kebudayaan kerajaan tersebut.

Cara-Cara Kedatangan Pengaruh Hindu dan Buddha

FAKTA TIPS MENGINGAT


Terdapat beberapa pendapat sejarawan tentang kedatangan pengaruh
Hindu dan Buddha ke Asia Tenggara.
Pendapat pertama mengatakan bahawa pengaruh India telah dibawa
oleh golongan Ksyatria atau tentera.
Mengikut pendapat ini, pengaruh itu dibawa dan disebarkan oleh
golongan penakluk dari India yang membentuk tanah jajahan takluk di
Asia Tenggara.
Pendapat kedua pula mengatakan bahawa pengaruh tersebut dibawa
oleh pedagang atau vaisya.
Pendapat ketiga mendakwa pengaruh itu dibawa oleh golongan
Brahmin atau pendeta.
Pendapat keempat pula mengatakan bahawa proses itu berlaku melalui
pengambilan aspek-aspek kebudayaan India yang menarik sahaja yang
kemudiannya disesuaikan dengan budaya tempatan untuk diamalkan.
Walau bagaimanapun, para sejarawan bersetuju dan menerima pendapat
keempat. Ini diperkuat lagi oleh kajian ahli arkeologi, berdasarkan
jumpaan seni arca yang kasar yang mempunyai langgam bercirikan
Asia Tenggara khususnya, seperti arca dengan ikatan tali kulit harimau
yang hanya ditemui di Srivijaya.
Walau bagaimanapun, dalam proses pengambilan itu, aspek-aspek yang
diambil dari India oleh seseorang pemerintah dengan pemerintah lain di
Asia Tenggara mungkin berbeza walaupun pengambilannya berlaku pada
waktu yang sama.
Ini dapat dilihat dalam aspek amalan kepercayaan, contohnya, agama
yang dianuti di Kedah Tua pada abad ke-5M ialah Buddha tetapi di
Dieng (Indonesia), agama yang dianuti ialah Hindu.
Pada abad ke-7M pula, kerajaan di Takuapa dan di Pulau Bangka
menganut agama Hindu mazhab Vishnu tetapi pada abad yang sama di
Sumatera dan di Jawa, agama yang diamalkan ialah Mahayana.
Penerimaan masyarakat peribumi Asia Tenggara terhadap beberapa
aspek kebudayaan India khususnya seperti keagamaan dan sistem beraja

29
NOTA FOKUS 2017
FAKTA TIPS MENGINGAT
juga didorong oleh faktor perdagangan. Ini adalah kerana perdagangan
antara Asia Tenggara dengan India telah berlangsung semenjak abad ke-
5SM lagi.
Perdagangan dua hala ini terus berkembang apabila India sendiri
berusaha untuk mendapatkan logam emas dari Asia Tenggara setelah
Maharaja Vespian (tahun 69-79 M.) dari Rom memberhentikan
perdagangan logam emas dengan India untuk mengelakkan kekurangan
sumber bahan tersebut di Rom.
Keadaan ini telah memberikan ruang lebih luas terhadap perdagangan
antara Asia Tenggara dengan India sehingga kesan daripada proses ini
memperlihatkan pelbagai aspek kebudayaan India telah diterima serta
diterapkan dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran, kesenian, dan
kesusasteraan di banyak negara Asia Tenggara hingga ke hari ini.

Pengaruh Hindu dan Buddha dalam Sistem Pemerintahan

FAKTA TIPS MENGINGAT


Sebelum lahimya kerajaan awal, pemerintahan di setiap petempatan awal
di Asia Tenggara diterajui oleh seorang ketua.
Pada masa itu, gelaran raja belum lagi digunakan.
Gelaran tersebut hanya mula digunakan apabila muncul kerajaan awal
yang dipengaruhi oleh sistem beraja di India.
Dalam sistem tersebut, raja berada di puncak pemerintahan.
Di bawahnya terdapat kerabat diraja dan selepas itu, pembesar,
termasuk ahli agama, iaitu Brahmin.
Kemudian terdapat pula rakyat daripada pelbagai golongan dan yang
paling bawah ialah hamba.
Raja berkuasa mutlak dalam semua aspek pemerintahan yang meliputi
pentadbiran, hubungan luar, ketenteraan, dan khazanah negara.
Perintah raja menjadi undang-undang yang wajib dilaksanakan. Sesiapa
yang melanggar perintah bermakna mereka menderhaka dan tidak akan
diampunkan.
Raja dikehendaki adil terhadap golongan yang diperintah.
Rakyat takut untuk menderhaka kepada raja walaupun raja tidak berlaku
adil. Ketakutan ini timbul kerana wujudnya kepercayaan bahawa raja
merupakan bayangan tuhan. Maka, lahirlah konsep dewa-raja dalam
sistem pemerintahan kerajaan awal di Asia Tenggara.
Sehubungan dengan itu, raja tuhan atau dewa-raja turut dipercayai
memiliki kesaktian, maka, kemudiannya lahirlah unsur mitos dan
legenda tentang asal usul raja untuk memperkuat kedudukan dan status
raja sebagai pemerintah.
Bagi mengukuhkan lagi kedaulatan raja, diwujudkan pelbagai adat
istiadat seperti pertabalan raja.
Upacara pertabalan ini dipimpin oleh golongan Brahmin tanpa mengira
sama ada raja tersebut menganut agama Hindu atau Buddha. Tujuan adat
istiadat diwujudkan adalah untuk membezakan kedudukan raja daripada
golongan yang diperintah.
Setiap raja di Asia Tenggara bercita-cita menjadi raja yang terulung, iaitu
menjadi raja yang berkuasa terhadap seluruh alam semesta. Untuk itu
mereka telah mendirikan kompleks kota yang melambangkan konsep
alam semesta atau dikenali juga dengan nama orde kosmos. Inilah
sebabnya Raja Suryavarman II yang memerintah kerajaan Angkor telah
membina Angkor Wat.

Pengaruh Hindu dalam Kerajaan Angkor

FAKTA TIPS MENGINGAT


Dalam kerajaan Angkor, raja juga dianggap sebagai raja dewa dan
kedudukannya adalah di puncak sistem pemerintahan.

30
NOTA FOKUS 2017
FAKTA TIPS MENGINGAT
Raja kemudiannya akan dibantu oleh pembesar, contohnya, di setiap
daerah terdapat pembesar daerah atau gabenor, sementara golongan
Brahmin pula memainkan peranan dalam upacara keagamaan.
Pada peringkat pentadbiran, raja akan dibantu oleh pembesar yang terdiri
daripada pegawai tentera dan hakim.

Pengaruh Hindu dan Buddha dalam Kerajaan Srivijaya

FAKTA TIPS MENGINGAT


Sistem pentadbiran di Srivijaya pula amat kompleks jika dibandingkan dengan
sistem pentadbiran kerajaan lain di Asia Tenggara.
Pengaruh India dalam sistem pemerintahan itu lahir dalam bentuk konsep raja
yang mengamalkan agama Buddha Mahayana. Struktur pentadbiran
Srivijaya boleh dilihat seperti rajah di bawah.

Di bawah raja terdapat pentadbiran pusat dan daerah.


Dalam pentadbiran pusat terdapat empat kumpulan anak raja, iaitu
yuvaraja, pratiytivaraja, raja kumara dan raja putra. Seorang daripada tiga
orang anak raja yang awal itu. boleh menggantikan raja kecuali raja putra
kerana dia merupakan anak gundik.
Di bawah anak raja terdapat parvanda atau kadang kala digelar senapati,
iaitu ketua pentadbiran pusat.
Di bawahnya terdapat pegawai lain seperti hakim, temenggung dan
penghulu.
Hamba raja merupakan golongan paling bawah dalam hierarki pentadbiran.
Daerah pula ditadbir oleh datu yang dilantik oleh raja. Datu dapat dibahagikan
kepada dua, iaitu yang bergelar parvanda (berketurunan raja) dan keduanya
bergelar bhupati (orang-orang kaya).
Pada zaman Srivijaya, wujud amalan berhubung dengan taat setia. Setiap
orang yang dilantik menjadi datu hendaklah mengikuti upacara angkat
sumpah yang dilaksanakan di sebuah tempat suci bernama Telaga Batu di
Palembang.
Ini dibuktikan dengan jumpaan sebuah batu. bersurat bertarikh 683 M
dengan ular tedung berkepala tujuh melambangkan payung yang melindungi
tulisan pada batu bersurat tersebut dan terdapat tempat air mengalir di
bahagian bawahnya.

31
NOTA FOKUS 2017
Pengaruh Hindu dan Buddha dalam Kesenian dan Kesusasteraan

SENI BINA FAKTA TIPS MENGINGAT


Monumen Monumen ialah binaan atau bangunan yang dibuat
daripada batu dengan tujuan memperingati orang
ternama atau peristiwa penting.
Monumen ini boleh berupa candi, iaitu kuil, wat atau
stupa, arca dan patung.
Candi Candi merupakan monumen keagamaan bagi agama
Hindu dan Buddha serta berperanan sebagai rumah
ibadat.
Candi juga berfungsi sebagai tempat menyimpan abu
jenazah raja dan keluarganya.
Di samping itu, candi juga ialah tempat menyimpan
patung dewa utama bagi sesebuah kerajaan awal.
Candi juga menjadi lambang kepada keagungan
seseorang pemerintah berdasarkan kehebatan seni
binanya.
Angkor Wat melambangkan orde kosmos, begitu juga
dengan Candi Borobudur.
Di Thailand, Kemboja, dan Vietnam, rumah ibadat
dikenali sebagai wat tetapi di Burma, disebut shipa.
Penggunaan nama candi untuk rumah ibadat agama
Hindu dan Buddha telah mula diperkenalkan di
Indonesia.
Antara warisan candi yang terkenal di Asia Tenggara
termasuklah Candi Dieng (abad keenam Masihi), Candi
Borobudur (abad kelapan Masihi), dan Candi
Prambanan (abad kesembilan Masihi) di Indonesia,
Angkor Wat (abad ke-12 Masihi) di Kemboja, candi di
Chaiya dan Yarang (antara abad ketujuh hingga abad
ke-13 Masihi) di Thailand, dan candi di Lembah Bujang
(antara abad kelima hingga abad ke-13 Masihi) di Kedah
.
Candi Dieng dan Prambanan merujuk pada agama
Hindu sementara candi di Thailand hampir semuanya
untuk agama Buddha.
Warisan tersebut melambangkan kehebatan ahli seni
agama Asia Tenggara dalam melahirkan monumen
keagamaan.
Patung Avalokitesvara merupakan patung agama
Buddha sementara patung dewa Visnu, Siva, Brahma,
Durga, dan Lingga merupakan patung agama Hindu.
Terdapat juga patung jenis lain seperti Drawapala dan
Nandiswara yang berperanan menjaga candi daripada
dimasuki oleh roh jahat.
Arca Buddha yang ditemui di Tapak 16 A Lembah Bujang
menunjukkan ciri campuran antara gaya Samath dari
India dengan langgam seni arca tempatan.
Sebilangan besar patung agama Hindu dan Buddha di
Asia Tenggara dapat dikategorikan kepada gaya yang
didapati di Funan, Champa, Dvaravati, Srivijaya,
Sailendra, Angkor, dan Padang Lawas di Sumatera.
Gaya itu. menggabungkan antara elemen India dengan
elemen tempatan. Gaya India yang mempengaruhi
gaya patung itu bergantung pada masa patung itu dibuat.
Jadi, sekiranya patung itu dibuat antara abad ketiga
hingga abad ke-5M, maka, terdapatlah pengaruh
Amaravati.

32
NOTA FOKUS 2017
SENI BINA FAKTA TIPS MENGINGAT
Sekiranya patung itu dicipta antara abad kelima hingga
abad ke-7M, maka, gaya patung tersebut mewakili
pengaruh zaman Dinasti Gupta.
Angkor Wat Angkor Wat dibina untuk agama Hindu. Candi ini terletak
enam kilometer ke utara Siem Reap dan melambangkan
orde kosmos. Tinggi Angkor Wat ialah 213 meter dan
keluasan kawasannya ialah 208 hektar.
Candi ini mempunyai tempat pemujaan pada bahagian
tengah yang tingginya sekitar 39 meter dengan teres
bertingkat empat.
Setiap sudutnya mempunyai menara. Bahagian luarnya
terdapat tembok yang dibina daripada batuan laterit dan
batu pasir dengan ukuran 850 meter lebar dan 1000
meter panjang.
Terdapat ukiran yang menggambarkan antara lain epik
Ramayana dan Mahabrata.

Candi Candi Borobudur di Jawa Tengah mewakili agama


Borobudur Buddha Mahayana.
Candi Borobudur terbahagi kepada tiga tingkat. Setiap
tingkat melambangkan satu tahap kehidupan yang
diwakili oleh patung stupa dan patung Buddha.
Di tingkat pertama terdapat ukiran cerita kehidupan
Gautama Buddha.
Tiga tingkat itu melambangkan tiga tahap kehidupan,
iaitu sila, samadhi dan pantia seperti dalam Ajaran
Buddha.
Candi Borobudur dibina dalam masa 75 tahun.

Lembah Tapak arkeologi di Lembah Bujang dijumpai pada tahun
Bujang 1840-an oleh James Low, iaitu Superintendent di
Seberang Prai (Province Wellesley).
Semenjak penemuan tersebut hingga ke hari ini lebih
daripada 70 buah tapak arkeologi telah dikenal pasti.
Walau bagaimanapun, melalui kajian arkeologi hanya
sembilan buah tapak yang dapat dibina semula struktur
lantainya.
Antara candi yang telah dibina semula di Lembah Bujang
ini termasuklah candi yang dapat dilihat di Estet Sungai
Batu, di Bukit Batu Pahat, di Pendiat, dan di
Pangkalan Bujang.
Candi yang terdapat di Lembah Bujang bersaiz kecil.
Kesemua candi yang dijumpai tinggal bahagian tapak
sahaja.
Candi agama Hindu terbahagi kepada dua bahagian
utama, iaitu vimana dan mandapa.
Vimana ialah bahagian suci tempat arca keagamaan
diletakkan, dan mandapa ialah bahagian luar candi.
Candi berunsur Buddha pula memiliki pelan jenis
cruciform,
Bahasa Kewujudan bahasa Sanskrit di Asia Tenggara telah
Sanskrit meningkatkan pencapaian dalam bidang intelek
masyarakat. Contohnya, batu bersurat yang banyak
terdapat di tapak-tapak sejarah awal di Asia Tenggara
mengandungi maklumat tentang agama, pemerintahan, raja
dan undang-undang.
Antara batu bersurat itu termasuklah yang dijumpai di Kutei,
Sungai Mas (Kedah Tua) dan Palembang. Batu bersurat
Kutei menjelaskan tentang keturunan raja, manakala batu

33
NOTA FOKUS 2017
SENI BINA FAKTA TIPS MENGINGAT
bersurat Sungai Mas (Kedah Tua) berkaitan dengan
agama Buddha.
Sementara itu, sebahagian besar daripada inskripsi di
Palembang ditulis dalam bahasa Melayu kuno. Tulisannya
adalah berkaitan dengan pemerintahan dan amaran raja
kepada rakyat dan pembesar agar tidak menderhaka
kepada raja.
Apa yang menarik ialah sebahagiannya dipahat pada batu
dan pemahatan itu benar-benar memerlukan kemahiran
yang tinggi.
Penulisnya juga perlu mempunyai asas yang kukuh dalam
bahasa Sanskrit. Ini juga menunjukkan bahawa masyarakat
tempatan telah mempunyai kemahiran yang tinggi untuk
memahat tulisan pada batu.
Kemahiran yang tinggi diperlukan agar tulisan dapat dibaca
dan batu pula tidak pecah sewaktu dipahat.
Bahasa dan tulisan Sanskrit yang terdapat pada batu
bersurat yang ditemui di Lembah Bujang dan tempat-tempat
lain di Asia Tenggara jelas menunjukkan arahan dan
pemberitahuan yang ditujukan oleh pemerintah kepada
rakyat.
Oleh sebab bahasa Sanskrit merupakan bahasa
keagamaan seperti yang terdapat dalam kitab-kitab
berkaitan keagamaan dan bahasa berkaitan dengan
pemerintah dan ilmu, maka, banyak perkataan tersebut
masih kekal terdapat dalam bahasa Melayu dan bahasa lain
di Asia Tenggara.
Sesetengah perkataannya telah mengalami penyesuaian
dengan bahasa Melayu yang ada pada hari ini.
Antara perkataan Sanskrit yang mengalami perubahan
dalam bahasa Melayu termasuklah seperti yang berikut:

Bahasa Bahasa Melayu


Sanskrit
dosa dosa
dukkha duka
dorhaka derhaka
manusa manusia
phala pahala
rupa rupa
samsara sengsara
aksara huruf


Kesusasteraan Dalam bidang kesusasteraan pula, pengaruh India
terhadap Asia Tenggara dapat dikesan melalui peranan
bahasa Sanskrit seperti yang terdapat dalam kitab
sastera Hindu, Buddha dan Tamil.
Bahasa Sanskrit ini kemudiannya berkembang menjadi
bahasa ilmu dan komunikasi kerajaan awal di Asia
Tenggara.
Kesusasteraan India pula melalui epik Ramayana dan
Mahabharata serta Puranas menyumbang kepada
unsur mitos yang terdapat dalam kesusasteraan klasik
Asia Tenggara.
Pengaruh awal kesusasteraan itu dapat dilihat dalam
puisi dan prosa Jawa seperti Nagarakertagama,
Sutasoma, Arjunwiwaha dan Kunjarkama.
Masyarakat Asia Tenggara kemudiannya turut terdedah
kepada cerita-cerita dalam epik Ramayana dan

34
NOTA FOKUS 2017
SENI BINA FAKTA TIPS MENGINGAT
Mahabharata melalui kesusasteraannya, penceritaan
lisan, dan teater seperti wayang kulit.
Daripada Mahabharata lahir pula naskhah yang
kemudiannya diadun dengan unsur tempatan yang
antara lainnya seperti Hikayat Pendawa Lima, Hikayat
Pendawa Jaya dan Hikayat Sang Samba. Sementara
daripada epik Ramayana pula lahir Hikayat Seri Rama.

35
NOTA FOKUS 2017
RUMUSAN

Kelahiran kerajaan-kerajaan awal di Asia Tenggara adalah disebabkan faktor perdagangan. Faktor ini
membawa kepada kemunculan pelabuhan awal dan hubungan dengan tamadun besar dunia, iaitu
tamadun India dan tamadun China.
Daripada tamadun India diterima agama Hindu dan agama Buddha, sistem kepercayaan dan
keagamaan, bahasa, dan sistem pemerintahan beraja, manakala daripada tamadun China pula diterima
kemahiran dalam bidang perdagangan.
Dengan itu, secara langsung telah wujud persahabatan antara kerajaan awal ini dengan kuasa luar
dan telah lahir juga kebudayaan yang merupakan adunan antara kebudayaan India dengan kebudayaan
Asia Tenggara.
Walaupun warisan monumen dan arca agama Hindu dan Buddha berasaskan kedua-dua agama yang
datang dari India tetapi gayanya mencerminkan adunan pengaruh India dan tempatan.
Oleh itu, masyarakat di Asia Tenggara merupakan masyarakat yang inovatif dalam menerajui
kehidupan dan dengan ini, kerajaan awal kebanyakannya dapat mempertahankan kemerdekaannya
sehingga kedatangan Barat.
Pengaruh dari negara luar yang telah disesuaikan oleh penduduk dan pemerintah tempatan di Asia
Tenggara menunjukkan wujudnya sifat inovatif dan kreaktif.
Ini juga menunjukkan bahawa masyarakat di Asia Tenggara dari dahulu lagi telah biasa dengan unsur
kepelbagaian budaya.
Unsur kosmopolitan ini telah menjadikan masyarakat di wilayah atau daerah kita lebih terbuka
mindanya dan mempunyai sikap toleransi yang tinggi.
Kemudiannya, mereka telah mempelbagaikan kebudayaan dan kehidupan masyarakat di Tanah Melayu.
Unsur-unsur tersebut kelihatan masih berterusan hingga ke hari ini dan keadaan inilah yang telah
memastikan kehidupan yang harmoni di dalam negara masih dapat dipelihara.
Sejarah telah membentuk. kepelbagaian unsur budaya di negara kita dari dahulu hingga sekarang.

36
NOTA FOKUS 2017

Anda mungkin juga menyukai