Anda di halaman 1dari 14

TEMA 8 : TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA

BAB 4 : KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA DI MEKAH


2006 S1 Penyebaran Islam di Makkah
2008 S6 Zaman Jahiliah
2010 S5 Keperibadian Nabi Muhammad s.a.w.
2013 S2 Zaman Jahiliah
2016J S2 Zaman Jahiliah, penentangan terhadap Nabi Muhammad
FOKUS
2017

BAB 5 : KERAJAAN ISLAM DI MADINAH


2005 S2 Hijrah - konsep, sebab, kepentingan, pembaharuan
2008 S2 Perjanjian Hudaibiyah
2013 S6 Pembukaan semula kota Mekkah
2015 S6 Hijrah - konsep, sebab, kepentingan, pembaharuan
2016J S5 Perjanjian Aqabah
2016N S6 Piagam Madinah
FOKUS
2017

BAB 6 : PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM DAN SUMBANGANNYA


2007 S2 Khalifah - kaedah pemilihan, tanggungjawab khalifah, kejayaan Khalifah Abu Bakar, ciri-ciri
kepimpinan Islam (KBKK)
2009 Kerajaan Turki Uthmaniyah
2014 S2 Konsep Khalifah / Peranan Khalifah
2016J S6 Pertembungan tamadun
2016N S2 Konsep Khalifah, tugas Khalifah, Khalifah Abu Bakar
2016N S7 Kerajaan Turki Uthmaniyah
FOKUS
2017

BAB 7 : ISLAM DI ASIA TENGGARA


2005 S6 Cara tamadun Islam berkembang + kesan dlm bdg kesenian (Bab 8)
2007 S5 Cara penyebaran Islam di A/T + perubahan dlm bdg politik dan ekonomi + bukti Islam
mementingkan ilmu (KBKK)
2010 S2 Teori kedatangan Islam
2014 S6 Cara Penyebaran Islam di Asia Tenggara / Kesan dalam politik
2015N S7 Teori kedatangan Islam
FOKUS
2017

BAB 8 : PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM DI MALAYSIA SEBELUM KEDATANGAN BARAT


2006 S6 Kesan kedatangan Islam dlm bdg bahasa, seni khat, seni bina dan seni ukir
Nilai-nilai Islam yg mempengaruhi kehidupan masyarakat Melayu
2011 S2 Kesan kedatangan Islam dalam bidang pendidikan formal.
FOKUS
2017

NOTA FOKUS SPM 2017 1


BAB 4 : KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA DI MEKAH
KEPERIBADIAN NABI MUHAMMAD S.A.W.
ASPEK HURAIAN TIPS MENGINGAT
4 sifat terpuji Nabi Muhammad s.a.w. memiliki empat sifat terpuji yang siddiq
utama, iaitu siddiq (berkata benar), amanah (dipercayai),
amanah
tabliq (menyampaikan) dan fatanah (bijaksana).
tabliq
Sifat siddiq Nabi Muhammad s.a.w. diakui sendiri oleh orang
Arab Quraisy semasa dakwah Islamiah dilakukan di Makkah. fatanah
Gelaran Baginda digelar al-Amin oleh orang Arab Quraisy kerana al-Amin
perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai dan
tidak pernah berbohong.
Panggilan al-Amin terhadap Nabi Muhammad telah menjadi
sebati di kalangan masyarakat Arab sehinggakan panggilan
Muhammad tidak digunakan.
Sifat amanah yang dimiliki oleh Nabi Muhammad s.a.w. telah
menyebabkan Khadijah binti Khuwailid menyerahkan modal
yang besar kepada baginda untuk diperniagakan.
Setelah dilantik menjadi rasul, baginda telah menyampaikan
ajaran Islam dengan bersungguh-sungguh walaupun
menghadapi pelbagai rintangan.
Kepemimpinan Kewibawaan baginda sebagai tokoh pemimpin yang unggul
terbukti sebelurn dilantik menjadi rasul.
Contohnya, semasa berumur 35 tahun, baginda pernah
menyelesaikan suatu persengketaan di kalangan kabilah
Quraisy.
Persengketaan itu berpunca daripada peristiwa untuk
meletakkan semula Hajar Aswad (batu hitam) ke tempat
asalnya, iaitu di penjuru timur Kaabah.
Hajar Aswad (batu hitam) ini terjatuh semasa banjir melanda
kota Makkah
Keluarga Baginda merupakan ketua keluarga yang patut dicontohi Pengasih
kerana kepimpinannya serta sifat pengasihnya dan timbang
timbang rasa
rasanya.
Baginda sering membantu isterinya memasak, menampal
pakaian yang koyak, melayan anak, dan membersihkan
rumah.
Anak-anak diberikan pendidikan agama secukupnya dan teladan
baginda menjadikan diri baginda teladan kepada anak-anak.
Hal ini juga menunjukkan bahawa baginda mengamalkan cara
hidup yang sederhana.
Masyarakat Walaupun kedudukan baginda tinggi dan dihormati oleh rendah diri.
masyarakat tetapi baginda sentiasa merendah diri.
merendah diri.
Ini terbukti daripada pergaulan baginda dengan semua lapisan Penyayang
masyarakat sama ada yang kaya atau yang miskin.
pemaaf
Selain itu, baginda juga bersifat penyayang terhadap orang
tua dan juga kanak-kanak.
Semasa pembukaan semula kota Makkah pada tahun 630M,
baginda telah menunjukkan sifat pemaaf.

NOTA FOKUS SPM 2017 2


ASPEK HURAIAN TIPS MENGINGAT
Contohnya, orang Arab Quraisy yang menyerah diri telah
diampunkan dan dibebaskan.
Penyelesaian Nabi Muhammad s.a.w. juga terkenal dengan sifat bijaksana bijaksana
masalah dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
Sifat ini terserlah semasa baginda memeterai Perjanjian
Hudaibiyah pada tahun 628 M. dengan orang Arab Quraisy
Makkah.
Walaupun kandungan perjanjian tersebut kelihatan berat
sebelah, baginda menerimanya sebagai satu hikmah untuk
menyebarkan Islam seterusnya.
Pemikir Sebelum dilantik menjadi rasul, baginda sering memikirkan bertahannuth
tentang kehidupan masyarakat di sekelilingnya yang tidak
bermoral dan taasub dengan amalan jahiliah.
Nabi Muhammad s.a.w. mula berusaha mencari suatu cara
untuk dapat mengubah nilai yang dipegang oleh masyarakat di
sekelilingnya.
Baginda telah mengasingkan dirinya daripada masyarakatnya
dengan cara bertahannuth (mengasingkan diri untuk
beribadat) kepada Allah di Gua Hirak yang terletak di Bukit
Nur.
Walaupun Gua Hirak terletak di puncak Bukit Nur tetapi
baginda dengan sabar dan tabah mendakinya semata-mata
untuk mendapatkan tempat beribadat yang sunyi dan tenang.
Dengan sepenuh jiwa raga baginda menyerahkan diri kepada
Allah dan memikirkan masalah yang dihadapi oleh kaum
Quraisy Makkah.
Wahyu Selepas lebih kurang enam bulan Nabi Muhammad s.a.w.
berulang alik dan bertahannuth di Gua Hirak, akhirnya, pada 6
Ogos tahun 610 M., bersamaan 17 Ramadhan,
Allah telah menurunkan wahyu yang pertama kepada Nabi
Muhammad s.a.w. menerusi Jibril.
Pada waktu itu, Nabi Muhammad s.a.w. berumur 40 tahun.
Dengan turunnya wahyu ini, bermula era baru dalam sejarah
tamadun masyarakat Arab Jahiliah.
Wahyu ini juga menjadi tanda pemisah antara Zaman Jahiliah
dengan Zaman Islam.

NOTA FOKUS SPM 2017 3


PERNAH KELUAR

2010
NO SOALAN KONSTRUK MARKAH
5(a) Ceritakan riwayat hidup Nabi Muhammad SAW sebelum baginda menjadi KBAR 8
rasul
5(b) Terangkan keperibadian Nabi Muhammad SAW sebagai seorang KBAR 6
pemimpin yang wajar dicontohi oleh semua pihak
5(c) Bagaimanakah pengamalan sifat keperibadian Nabi Muhammad SAW KBAT 6
boleh membantu pembentukan masyarakat Malaysia yang gemilang?

SOALAN BERFOKUS

SOALAN STRUKTUR
Nabi Muhamamd SAW memiliki sifat terpuji yang diakui sendiri oleh orang Arab Quraisy Makkah
NO SOALAN KONSTRUK MARKAH
a Mengapakah Nabi Muhammad SAW digelar sebagai al-Amin? KBAR 2
b Senaraikan sifat terpuji utama dimiliki oleh Nabi Muhamamd SAW KBAR 2
c Apakah contoh pekerti mulia Nabi Muhammad SAW KBAR 3
d Apakah usaha kerajaan dalam menyemai nilai murni dalam kalangan KBAT 3
warganegara Malaysia. Bincangkan

NOTA FOKUS SPM 2017 4


BAB 5 : KERAJAAN ISLAM DI MADINAH

PERJANJIAN HUDAIBIYAH
Peristiwa-peristiwa penting ke arah termeterainya Perjanjian Hudaibiyah
FAKTA TIPS MENGINGAT
Pada tahun 628 M., orang Islam bercadang untuk menziarahi Makkah. Kota bercadang untuk
Makkah sangat penting bagi mereka kerana di situ letaknya Kaabah yang menziarahi Makkah
menjadi pusat ibadat bagi orang Islam,
Makkah juga merupakan tempat asal bagi orang Muhajirin dan tempat
turunnya wahyu pertama.
Hasrat murni orang Islam ini dipersetujui oleh Nabi Muhammad s.a.w. dipersetujui oleh Nabi
Muhammad s.a.w.
pada masa yang sama baginda juga ingin mengerjakan umrah. umrah
Walau bagaimanapun, kedatangan orang Islam Madinah ke Makkah telah disekat
disekat oleh orang Arab Quraisy Makkah di Hudaibiyah.
Mereka bertindak demikian kerana merasakan maruah mereka tercabar dan
bimbang dengan kekuatan orang Islam.
Di Hudaibiyah, orang Islam berusaha untuk menerangkan tujuan sebenar utusan
kedatangan mereka menerusi utusan yang dihantar, iaitu Uthman bin Affan,
malangnya, pihak Quraisy tidak memperdulikan hasrat orang Islam tersebut.
Orang Islam mendengar khabar angin tentang kematian Uthman bin Affan
orang Islam telah berikrar dan bersumpah setia untuk membela kematian ikrar
Uthman bin Affan,
sumpah
bersumpah setia yang dikenali sebagai Baiah al-Ridwan

Pihak Quraisy telah menghantar Suhail bin Amru untuk berunding. berunding
Baginda bersedia mengadakan perjanjian dan termeterailah Perjanjian Termeterai perjanjian
Hudaibiyah antara_Nabi Muhammad s.a.w. (Islam) dengan Suhail bin Amru
(Quraisy)
Perjanjian Hudaibiyah dimeterai pada tahun 628 M. bersamaan 6 H..

Kandungan Perjanjian Hudaibiyah


FAKTA TIPS MENGINGAT
Bersetuju untuk mengadakan gencatan senjata selama 10 tahun gencatan senjata
Kabilah Arab yang lain bebas memihak sama ada kepada orang Islam Madinah bebas memihak
atau orang Quraity Makkah.
Orang Islam Madinah yang memihak ke Makkah tanpa kebenaran tidak perlu dipulangkan
penjaganya tidak perlu dipulangkan
Orang Quraisy Makkah yang memihak ke madinah tanpa kebenaran perlu dipulangkan
penjaganya perlu dipulangkan semula.
Umat Islam hanya boleh mengerjakan umrah pada tahun berikutnya (7H) umrah

NOTA FOKUS SPM 2017 5


Kepentingan Perjanjian Hudaibiyah
FAKTA TIPS MENGINGAT
Menerusi Perjanjian Hudaibiyah, orang Islam berpeluang menunaikan haji berpeluang menunaikan
pada tahun berikutnya, iaitu pada tahun 629 M.. haji
Peluang ini juga telah memberikan kebebasan kepada orang Islam untuk
memasuki Makkah dan seterusnya beribadat di Kaabah pada bila-bila masa.
Tempoh perdamaian dalam perjanjian ini membolehkan Nabi Muhammad merangka program
s.a.w merangka program dakwah Islamiah ke seluruh Semenanjung Tanah dakwah
Arab secara aman.
Menerusi perjanjian ini, suku Arab boleh menganut sebarang agama yang
mereka sukai tanpa halangan daripada mana-mana pihak.
Dengan itu, Islam dapat berkembang dengan meluas. Islam dapat
berkembang dengan
Sesetengah sejarawan mengatakan bahawa selepas dua tahun perjanjian ini meluas
dimeterai mereka yang memeluk Islam telah berganda bilangannya.
Kandungan Perjanjian Hudaibiyah menggambarkan bahawa Islam tersebar
dengan aman
Walaupun isi perjanjian yang ketiga dan keempat kelihatan menguntungkan pengislaman tokoh
orang Arab Quraisy tetapi Nabi Muhammad s.a.w. yakin Islam akan panglima Arab Quraisy
memperoleh keuntungan dari segi jangka panjang.
Ini terbukti dengan pengislaman tokoh panglima Arab Quraisy yang
berpengaruh, iaitu Khalid bin al-Walid, Amru bin al-As, dan Uthman bin Talhah
sejurus selepas Perjanjian Hudaibiyah ditandatangani.
Selaku pemimpin, mereka tentu telah mengkaji secara rasional tentang
kebenaran Islam.
Perjanjian Hudaibiyah melambangkan ketokohan Nabi Muhammad s.a.w. ketokohan Nabi
sebagai pemimpin yang unggul dan dikagumi. Muhammad s.a.w.
Kita mendapati sesuatu tindakan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
tidak dilakukan secara terburu-buru malah baginda melihatnya secara
menyeluruh, terperinci dan berwawasan.
Sifat ini patut menjadi contoh kepada kita, bakal pemimpin akan datang.
Persetujuan orang Arab Quraisy menandatangani perjanjian ini menunjukkan Pengiktirafan
bahawa mereka telah mengiktiraf kerajaan Islam di Madinah.
Sebelum ini mereka tidak mahu langsung bekerjasama dengan orang Islam
malah sentiasa mencari jalan menentang Islam.
Walau bagaimanapun, perdamaian yang dipersetujui antara kedua-dua pihak perintis ke arah
ini bertahan selama dua tahun sahaja. pembukaan semula kota
Makkah.
Orang Arab Quraisy sengaja melanggar isi perjanjian yang pertama.
Nabi Muhammad s.a.w. telah bertindak tegas dalam menangani hal itu dengan
menyediakan dan menghantar pasukan tentera ke Makkah.
Dapat dirumuskan bahawa Perjanjian Hudaibiyah menjadi perintis ke arah
pembukaan semula kota Makkah.

NOTA FOKUS SPM 2017 6


Sebab Pembukaan Semula Kota Makkah
FAKTA TIPS MENGINGAT
Kota Makkah ialah tempat kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. dan tempat tempat kelahiran
lahirnya agama Islam.
Oleh sebab dakwah Islamiah tidak diterima sepenuhnya oleh orang Arab
Quraisy pada masa itu, Nabi Muhammad s.a.w. dan orang Islam telah
berhijrah ke Madinah pada tahun 622 M.
Setelah hampir lapan tahun Nabi Muhammad s.a.w. tinggal Madinah dan
berjaya mendirikan sebuah kerajaan Islam di situ, baginda akhirnya dapat
menguasai semula kota Makkah pada tahun 630 M. bersamaan 8 H..
Tindakan ini dilakukan oleh pihak Islam kerana mereka mendapati pihak Arab Quraisy melanggar
Quraisy melanggar Perjanjian Hudaibiyah dan tidak menghormati hak perjanjian
kebebasan yang telah dipersetujui bersama.
Mereka telah membunuh beberapa orang Bani Khuza'ah yang berpihak
kepada Islam.
Selain itu, pembukaan kota Makkah juga merupakan strategi jangka panjang strategi jangka panjang
bagi meneruskan penyebaran Islam. Nabi Muhammad s.a.w. berpendapat jika
Makkah dapat dikuasai, kedudukan kerajaan Islam di Madinah tentu akan
menjadi mantap.
Oleh itu, baginda merancang untuk memasuki kota Makkah secara bijak dan
berpegang pada prinsip aman tanpa kekerasan.

Peristiwa Pembukaan Semula Kota Mekah


FAKTA TIPS MENGINGAT
Kedatangan tentera Islam ke Makkah sangat dikhuatiri oleh orang Arab memeluk Islam
Quraisy, khususnya, pembesar Quraisy.
Bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w., al-Abbas dan ketua Arab Quraisy, Abu
Sufian, telah mengambil keputusan memeluk Islam sebelum tentera Islam
menguasai Makkah.
Mereka memeluk Islam bukan disebabkan takut dengan kekuatan tentera
Islam tetapi menyedari kepalsuan perjuangan mereka selama ini.
Nabi Muhammad s.a.w. telah menyediakan empat pasukan tentera daripada pasukan tentera
10 000 orang.
Empat pasukan itu ialah pasukan Khalid bin al-Walid, Abu al-Jarrah, Saad bin
Ubadah dan Zubair bin al-Awwam.
Keempat-empat pasukan tentera Islam ini bergerak masuk ke kota Makkah empat arah
menerusi empat arah yang berlainan, iaitu dari arah utara, selatan, barat, dan
barat Jaya Makkah.
Taktik ini telah memberi kejayaan yang besar kepada tentera Islam untuk
membuka semula kota Makkah secara mudah kerana orang Quraisy telah
dikepung dengan rapi.
Semangat ketakwaan dan keyakinan tentera Islam telah berjaya membuka tanpa mendapat apa-
semula kota Makkah tanpa mendapat apa-apa rintangan yang besar, kecuali apa rintangan yang
penentangan kecil yang diterima oleh pasukan Khalid bin al-Walid daripada besar
segelintir orang Quraisy.
penentangan kecil
Tetapi penentangan tersebut dengan mudah dapat ditewaskan oleh tentera
Islam.

NOTA FOKUS SPM 2017 7


Faktor Yang Memudahkan Pembukaan Semula Kota Mekah
FAKTA TIPS MENGINGAT
Pengislaman Abu Sufian dan Abbas merupakan faktor penting yang Pengislaman Abu
memudahkan kota Makkah dikuasai oleh orang Islam. Dengan pengislaman Sufian dan Abbas
kedua-dua pembesar ini, orang Arab Quraisy yang lain turut sama memeluk
Islam
Nabi Muhammad s.a.w. telah memberi jaminan keselamatan kepada mereka jaminan keselamatan
yang terkepung semasa pembukaan kota Makkah. Jaminan keselamatan ini
menjadi faktor utama kepada kejayaan pembukaan semula kota Makkah

Tindakan Nabi Setelah Berjaya Menawan Mekah


FAKTA TIPS MENGINGAT
Setelah berjaya menguasai kota Makkah Nabi Muhammad s.a.w. telah tawaf tujuh kali
bertawaf sebanyak tujuh kali mengelilingi Kaabah
dan kemudian berpidato kepada umat Islam dengan membacakan ayat al- berpidato
Quran yang menekankan kepentingan perpaduan diamalkan dalam sesebuah
masyarakat yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.

Kepentingan Pembukaan Semula Kota Makkah


FAKTA TIPS MENGINGAT
Bukti sifat pemaaf Nabi Muhammad s.a.w. terhadap orang Arab Quraisy. Bukti sifat pemaaf
Nabi Muhammad s.a.w. tidak membalas dendam terhadap penduduk Makkah
yang selama ini memusuhi Islam, malah baginda memaafkan mereka.
Amalan sifat pemaaf ini menjadi kunci kejayaan penyebaran Islam seterusnya
Kejayaan pembukaan semula kota Makkah menyebabkan Kaabah terpelihara Kaabah terpelihara
daripada unsur-unsur jahiliah. daripada unsur-unsur
jahiliah.
Agama menyembah berhala yang selama ini menjadi amalan masyarakat Arab
Jahiliah dihapuskan selama-lamanya dan digantikan dengan Islam.
Seterusnya, masyarakat Islam telah mula mendalami ilmu pengetahuan Islam.
Kota Makkah dijadikan sebagai kota suci umat Islam. Dengan terdapatnya kota suci umat Islam
Kaabah di Makkah, kota ini menjadi tumpuan kesemua umat Islam dari seluruh
dunia untuk melakukan ibadat.
Pembukaan semula kota Makkah membuktikan bahawa negara Islam yang
dibentuk di Madinah begitu kukuh di bawah kepimpinan Nabi Muhammad
s.a.w..
Kebanyakan sejarawan mengatakan bahawa peristiwa pembukaan semula pembuka jalan
kota Makkah ini menjadi pembuka jalan ke arah penyebaran Islam ke
seluruh Tanah Arab.
Dakwah Islam telah tersebar secara aman sehingga masyarakat Islam negara
kita juga memeluk Islam secara sukarela, tanpa paksaan daripada mana-mana
pihak.
Penguasaan terhadap Makkah, telah mewujudkan sebuah pusat pusat pemerintahan
pemerintahan Islam yang kuat. Islam yang kuat.
Walaupun Makkah telah berjaya dikuasai, namun, Nabi Muhammad s.a.w.
tetap menjadikan Madinah sebagai pusat pentadbiran Islam, manakala
Makkah dijadikan sebagai salah sebuah wilayah Islam. Di Makkah, baginda
telah melantik wakil bagi menjalankan pemerintahan Islam.

NOTA FOKUS SPM 2017 8


PERNAH KELUAR

2013
Peristiwa pembukaan semula kota Makkah berlaku pada tahun 630 Masihi bersamaan tahun 8 Hijrah.

NO SOALAN KONSTRUK MARKAH


6(a) Mengapakah Nabi Muhammad SAW membuka semula kota tersebut? KBAR 4
6(b) Pada pendapat anda, mengapakah kota Makkah berjaya dibuka dengan KBAT 4
mudah?
6(c)(i) Jelaskan kesan pembukaan semula kota Makkah terhadap perkembangan KBAT 6
Islam
6(c)(ii) Jelaskan iktibar yang boleh diambil daripada kejayaan Nabi Muhammad KBAT 6
SAW membuka semula kota Makkah tanpa pertumpahan darah.

SOALAN BERFOKUS

SOALAN STRUKTUR

Pada tahun 628M, orang Islam Madinah bercadang untuk menziarahi Kota Makkah. Namun kedatangan mereka
disekat oleh orang Arab Quraisy Makkah sehingg a temetrainya Perjanjian Hudaibiyah antara kedua-dua pihak

NO SOALAN KONSTRUK MARKAH


a Senaraikan tokoh yang terlibat dalam perjanjian tersebut KBAR 2
b Berikan sebab-sebab perjanjian itu dimeterai KBAR 2
c Nyatakan dua isi perjanjian itu KBAR 3
d Sebagai seorang pemimpin, apakah sifat-sifat yang wajar dicontohi KBAT 3
berdasarkan peristiwa perjanjian di atas.

NOTA FOKUS SPM 2017 9


BAB 8 : PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM DI MALAYSIA SEBELUM KEDATANGAN BARAT

PENGARUH ISLAM TERHADAP POLITIK

ASPEK FAKTA TIPS MENGINGAT


Pentadbiran dan Ulama sebagai penasihat Sultan:
Pemerintahan Melaka: Makhdum Sayid Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar,
Maulana Sadar Jahan, Maulana Jalaludin, Qadi Yusuf.
Kelantan : Tuk Pulau Condong
Trengganu: Tuk Pulau Manis
Pengaruh Islam dalam pentadbiran dan pemerintahan
Gelaran sultan bayangan Allah di muka bumi
Gelaran Khalifatul Mukminin pemimpin orang Mukmin :
Sultan Mahmud Melaka dan Sultan Abdul Ghafar Muhyidin
Pahang.
Nasab sultan dari Iskandar Zulkarnain. Sebelum in daripada
Dewa.
Kekal sebagai institusi warisan sultan kuasa tertinggi
Pentadbiran dibantu oleh pembesar spt Bendahara,
laksamana, Temenggong dan Penghulu Bendahari.
Ulama jadi penasihat Sultan.
Konsep daulat ikatan taat setia terhadap sultan.
Adat istiadat yang membabitkab budaya istana gambarkan
kedaulatan sultan
Amalan protokol atau hijabah pengaruh Umaiyah
Upacara lafaz taat setia = baiah dalam pelantikan sultan
Pengganti sultan dilantik sebelum pemakaman sultan = spt
dalam Bani Umaiyah

Perundangan Terikat dengan hukum adat = undang-undang tidak bertulis yang


(Sebelum Islam) jadi amalan orang melayu.
Dua jenis adat adat pepatih dan adat temenggong
Peranan adat:
Menjamin keselematan
Mengawal pelakuan dalam masyarakat
Menentukan hak pewarisan harta
Menentukan bidang tugas
Mewujudkan masyarakat bersistem dan berorganisasi
Merapatkan tali persaudaraan

NOTA FOKUS SPM 2017 10


ASPEK FAKTA TIPS MENGINGAT
Beza adat pepatih dan temenggong
Temenggong Pepatih
Diasas Dato Ketemenggongan Dato Pepatih Nan Sebatang
Palembang Pagar Ruyung
Negeri lain di Tanah Melayu Negeri Sembilan dan Utara
Melaka
Asas pentadbiran mutlak Musyawarah
Sultan dilantik warisan Dari bawah =pilihan pembesar
Pilihan pasangan terbuka asal Perkahwinan dari suku berlainan
patuh hukum Islam
Sistem nasab cara patrilineal Matrilineal ibu
bapa
Warisan harta keutamaan anak Harta pusaka = perempuan
lelaki spt faraid
Hukuman berbentuk pembalasan Berbentuk pemulihan atau diat /
dan pengajaran denda
Perempuan berkahwin menetap Menetap rumah perempuan.
rumah lelaki

Pengaruh Islam Unsur pengaruh Islam dapat dilihat dari aspek:


Undang-undang bertulis di Melaka
Hukum kanun Melaka
Undang-undang laut Melaka
Sebab Penggubalan Undang-undang Melaka
Sebagai peraturan dan hukuman
Corak perjalanan pemerintahan dan pentadbiran
Perjalanan masyarakat tersusun dengan pelakuan,
tanggungjawab serta hukuman terhadap pesalah
Hukum Kanun Menjelaskan tanggungjawab pembesar dan
raja, pantang larang anggota masyarakat, hukuman terhadap
pesalah undang-undang keluarga, pemasalahan ibadat, jenis
hukuman.
Undang-undang Laut Jelaskan seraoang makhoda diertikan
sebagai imam dan anak buah makmum.

PENGARUH KEDATANGAN ISLAM TERHADAP SOSIOBUDAYA


ASPEK FAKTA TIPS MENGINGAT
Pendidikan Pengaruh Islam terhadap pendidikan
2 jenis pendidikan formal /tak formal
Tidak formal pendidikan awal atau asuhan dalam keluarga
Peringkat keluarga tekankan nilai moral, pembelajaran melalui
dengar, lihat & perhati
Kemahiran daripada ibu/bapa, pemerhatian dan latihan
Kanak-kanak belajar tentang agama, budaya, adat, sikap, cara
berkawan dan jaga maruah
Kaedah bercerita dan serap nilai budaya, unsur pengajaran
seperti dalam cerita binatang dll.
Kanak-kanak belajar pantang larang dan adat melalui
pergaulan seperti tunduk sambil hulur tangan hadapan orang
dewasa.
Pantun, peribahasa, teka-teki dan perpatah ajar kelaluan baik

Sistem Pedidikan Agama


Formal Berkembang pesat dan tak terhad kepada golongan
atasan
NOTA FOKUS SPM 2017 11
Tempat Istana, masjid, rumah, surau, madrasah dan pondok
Pendidikan di rumah:

Bentuk pendidikan tak formal


Pendidikan Al-Quran
Di rumah Tok Guru
Umur 7 hingga 15 tahun
Selepas waktu Zohor atau Maghrib
Kitab, Muqadam & Al-Quran
Bayaran percuma
Di masjid, ilmu lebih formal seperti fiqah, tajuid, cara bacaan
dalam solat dan perkara wajid

Sistem Pendidikan Pondok


Bentuk pendidikan formal
Bermula abad 12M di Patani dan berkembang
Terdapat di Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu
Contoh pengajian pondok Pulau Condong & Pondok Kutan
Kelantan, Pondok Pulau Manis Terengganu, Pondok Titi
Gajah & Pondok Langgar Kedah
Penekanan Ilmu Agama
Guru daripada para pelajar yang lulus
Masa panjang hingga 10 tahun
Ilmu yang dipelajari Feqah, Tafsir, Saraf, Nahu Arab, Tauhid,
Sirah, Mantiq & Tawarif Islam
Sistem tersusun
Pakaian tutup aurat
Pelajar kongsi pondok tempat tinggal

Sistem Pendidikan Madrasah


Berdasarkan sukatan pelajaran
Secara bilik darjah
Ada jadual waktu
Ikut tahap permulaan, pertengahan dan pengkhususan
Diawasi oleh mudir, guru besar
Diselia sebuah lembaga, jawatankuasa kewangan dll

Peranan Istana Pusat Intelektual


Istana Melaka Pusat Pengajian Agama
Mansur Shah terima Islam daripada Maulana Abu Bakar,
Mahmud Shah dan Raja Ahmad berguru dengan Maulana
Sadar Jahan
Ulamak dan pendakwah bangsa asing tinggal di Melaka
kembangkan Islam
Melaka beri perhatian terhadap perkembangan Ilmu ramai
tinggal di Melaka
Melaka berminat terhadap Ilmu apabila kitab Al Dur Al
Manzum karangan Maulana Abu Bakar diarak ke istana
Mansur Shah berminat tasauf
Alauddin Riayat Shah Johor jadikan istana pusat pengajian
Istana tempat simpan buku hikayat seperti Hikayat Amir
Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah
Istana pusat pendidikan yang berkaitan hal pentadbiran dan
politik
Bahasa dan Pengaruh Islam Dalam Bahasa
Kesusasteraan Perkenal tulisan jawi
Jawi saluran utama pembacaan dan tulisan milik Melayu
Perbendaharaan Kata Melayu bertambah
NOTA FOKUS SPM 2017 12
Pinjam dari Bahasa Arab spt adat, adil, sultan, syaitan dll
Istilah bidang lain tambah spt dalam fiqah, tauhid & tafsir
Bahasa Melayu jadi linguafranca bahasa pertuturan harian
Bahasa Melayu meningkat menjadi Bahasa Ilmu

Pengaruh Islam Dalam Sastera


Bahasa Melayu lebih mantap bila Cerita Panji disampaikan
dalam Bahasa Melayu
Hasil saster terpegaruh gaya, tatabahasa & bentuk sastera
Islam seperti syair, gurindam, nazam dan cerita hikayat
Fungsi berubah daripada hiburan kepada mengkritik
Bahasa Melayu digunakan dalam perdagangan bahasa
perantaraan
Prosa memperkenalkan cerita nabi dan sahabat seperti
Hikayat Nur Muhammad dan Hikayat Bulan Berbelah
Hikayat Amir Hamzah dan Muhammad Ali Hanafiah penting
dan disimpan di istana Melaka
Hikayat Saduran bercorak Arab Parsi contoh Hikayat Abu
Nawas & Hikayat Hassan Damsyik
Karya bentuk puisi contoh syair dahulu kala oleh Tengku
Ampuan Mariam Terengganu

Bentuk Sastera Melayu Sebelum Islam


Tersebar secara lisan
Cerita asal usul merangkumi cerita tahyul, alam, nama
tempat, tumbuhan dan binatang guna nama binantang
Cerita jenaka dan lucu spt Pak Kaduk, Pak Pandir dll
Cerita dongeng spt Batu Belah batu Bertangkup, Bawang
Putih Bawang Merah.
Puisi dalam bentuk pantun, teka teki, seloka dan gurindam.
Kesenian Pengaruh kesenian Islam
Cth Masjid dan tempat perkumpulan ada ciri khas spt mihrab,
mimbar, telaga, pancuran dan bumbung spt Masjid kg Laut,
Kelantan, Masjid Peringgit, masjid Tengkera Melaka.
Istana indah ada balairung, tempat bersemayam, balai
istiadat cth Istana Melaka.
Hiasan seni kemahiran bermotif tumbuhan dan geometri.
Kesenian epigrafi seperti Batu Bersurat Trengganu.
Seni khat atau kaligrafi.
Tarian dabus, Perak ciri Arab kaitan dengan Saidina Ali.
Tarian Mak Inang di istana Melaka
Nazam bersyair riwayat Nabi sgt terkenal.
Seni Dikir senikata lagu bercampur bahasa Melayu Arab.
Kesenian ghazal jenis puisi Arab Johor.
Gaya Hidup Adat dan Nilai kehidupan.

PENGARUH ISLAM TERHADAP EKONOMI

1. Perdagangan

2. Penggunaan Mata Wang

3. Percukaian

NOTA FOKUS SPM 2017 13


PERNAH KELUAR

2011
Pendidikan formal telah berkembang pesat dalam kalangan masyarakat Melayu di Tanah Melayu selepas
kedatangan Islam
NO SOALAN KONSTRUK MARKAH
2(a) Apakah yang anda faham tentang pendidikan formal? KBAR 1
2(b) Nyatakan dua ilmu Islam yang diajar dalam pendidikan formal masyarakat KBAR 2
Melayu tradisional
2(c) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah pendidikan formal KBAT 2
masyarakat Melayu berkembang selepas kedatangan Islam
2(d) Pada pandangan anda, mengapakah pendidikan formal penting dalam KBAT 3
kehidupan manusia sepanjang zaman?
2(e) Apakah kesan terhadap negara sekiranya rakyat tidak mendapat KBAT 2
pendidikan yang sempurna?

SOALAN BERFOKUS

SOALAN STRUKTUR
Kedatangan Islam telah membawa kesan kepada sistem ekonomi masyarakat Melayu. Pengaruh Islam
terhadap ekonomi boleh dilihat dalam perdagangan, mata wang dan percukaian.

NO SOALAN KONSTRUK MARKAH


a Mengapakah Melaka muncul sebagai pusat perdagangan yang penting KBAR 2
pada abad ke-15?

b Nyatakan pengaruh Islam ke atas mata wang di Tanah Melayu. KBAR 2

c Jelaskan sistem percukaian yang diamalkan oleh Kesultanan Melayu KBAR 3


Melaka.

d Berdasarkan pengetahuan anda, mengapakah kerajaan melaksanakan KBAT 2


sistem kutipan cukai?

e Sebagai pemimpin negara, berikan cadangan untuk menjadikan Malaysia KBAT 2


sebagai pusat perdagangan antarabangsa.

NOTA FOKUS SPM 2017 14