Anda di halaman 1dari 2

CARA DIET FROM FB

1. Sarapan pagi

Setiap pagi saya akan pastikan benda pertama masuk ke dalam mulut adalah air masak. Minum air
masak segelas atau dua gelas sebelum solat subuh. Selepas itu boleh mula sarapan.

Jujur 2 minggu pertama saya makan OAT KOSONG. Hahaa. Tiada susu, kurma, atau buah. Oat dan air
suam sahaja. Dia punya rasa ya tuhan. Tujuan 2 minggu pertama adalah nak potong makanan yang
bergula.

Selepas dua minggu pertama saya mula makan oat bersama susu gabung, kurma, kismis. Jam 6-9 pagi
masa sesuai untuk sarapan.

2. Minum pagi

Saya tidak cerewet dengan minum pagi. Sebab sebelum minum pagi pun saya minum air kosong banyak
dah. Huhu. Untuk minum pagi korang boleh cari biskut oat dalam 3 keping atau kuih satu atau setidak-
tidaknya adalah kurma. Saya pilih kurma sahaja.

3. Makan tengahari

Ini kena kawal. 15-30 minit sebelum makan tengahari saya akan minum air masak terlebih dahulu. Ini
agar perut saya terisi. Jadi nanti bila makan pun tak adalah nak makan banyak banyak sebab perut dah
penuh air. Kahkah.

Tapi makan tetap kena makan. Nasi segenggam + ayam bakar, ikan bakar dan katakan tidak pada yang
bergoreng. Kuah pula pilih yang paling sedikit penggunaan minyak. Saya pilih sup atau singgang. Dan
pastikan ada sayur atau ulam-ulam. Serat bagus untuk badan kau juga.

4. Minum petang

Pun sama. Kadang-kadang saya minum teh hijau kosong. Teh yang tiada gula ataupun kopi kelat sahaja.
Hahaa. Rasa tak payah cakap. Kau minum dulu nanti bagitau.

Selama dua bulan berturut-turut saya tidak minum air yang mengandungi gula tambahan. Kalau tak mahu
minum teh atau kopi kau boleh minum air kosong sahaja.

Milo untuk 2 bulan pertama saya tak ambil langsung. Sebab agak manis walau dibancuh tanpa gula.
Untuk makan masa rehat petang-petang ni kau boleh cari kek, pau kacang atau biskut ringan tak lebih
dari 3 keping.

5. Makan malam

Di antara waktu 6-8 malam kau dah mesti makan malam. Terserah sama ada nak makan sama dengan
menu tengahri atau nak ubah. Biasa malam saya akan makan bihun sup, mee sup ayam atau nasi
berlauk sama macam tengahari.
Kuantiti tetap sama. Karbohidrat masih segenggam. Bihun sup separuh, mee sup separuh. Nasi pun
separuh sahaja. Malam tak bagus kalau banyak sangat karbo.

6. Minum malam

Saya akan akhiri hari diet dengan minum susu kosong dan campur sedikit oat, kurma dan sedikit madu.
Saya pilih susu omega (plastik warna merah. Makan tak ada sebab dah ada oat sikit. Epal pun baik.
Simpan stok banyak banyak. Hehe

Nota-nota lain yang perlu anda tahu mengenai diet saya.

1. Saya tidak makan apa-apa suplimen.


2. Dua bulan pertama tiada air manis masuk ke dalam mulut.
3. Sarapan adalah oat dan air suam sahaja. Korang boleh? Kahkah.
4. Walaupun diet kena ada cheats day untuk reset balik diet. Buat seminggu sekali sahaja.
5. Sebulan pertama tanpa senaman cardio dan hanya berjalan kaki 20 minit setiap petang saya
berjaya hilangkan 5-7 kg.
6. Kualiti dan kuantiti makanan itu paling utama
7. Makan bersulam dengan air adalah dilarang. 30 minit selepas makan baru minum. Kalau pedas
cukup seteguk dua.
8. Jangan tidur atau terus baring 2 jam pertama selepas makan.
9. Jangan tinggal buah.
10. Sardin, sos, kicap, budu, ikan kering dan seangkatan yang tinggi garam juga saya tak sentuh.
11. Akhir sekali jangan timbang kerap. Hahaha. Nak diet tak boleh stress. Kena layan dan santai
sahaja. (Nanti saya kongsikan waktu bila sesuai timbang)

Anda mungkin juga menyukai