Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH KEBANGSAAAN SUNGAI PENCHALA

JALAN DAMANSARA, 60000 KUALA LUMPUR

MINIT MESYUARAT HAL EHWAL MURID BIL. 2 TAHUN 2017

TARIKH : 18 APRIL 2017


MASA : 2.00 PETANG
TEMPAT : BALAI MUAFAKAT
PENGERUSI : EN. ABDULLAH BIN A WAHAB (GPK HAL EHWAL MURID)

KEHADIRAN :

1. En. Abdullah b A. Wahab GPK Hal Ehwal Murid


2. Cik Anis Shazreen bt Shamsir
3. En. Azhar b Adam
4. Pn. Wong Lai Moon
5. Pn. Ramlah bt Mad Isa
6. Pn. Amaliah bt Ibrahim
7. Pn. Lilimaslina bt Ismail
8. Pn. Noorianti bt Tahrim
9. Pn. Jamunah a/p Sugumaran
10. Pn. Zamna bt Zakariah
11. En. Musa b Mangsor
12. En. Mohd Rizan b Abdullah Dawawi
13. Pn. Siti Norsakinah bt Mohd Shakri
14. Cik Raja Nadiah bt Raja Zaharuddin Shah
15. En. Mohd Iqbal Ridzwan b Hamdan

1.0 Perutusan Pengerusi


1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan ummul kitab dan doa
1.2 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru ke mesyuarat HEM kali kedua bagi
tahun 2017.

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat


2.1 Minit mesyuarat Bil 1/2017 disahkan oleh Cik Anis Shazreen bt Shamsir dan disokong
sebulat suara oleh semua guru yang hadir.

3.0 Perkara Berbangkit


Tiada
4.0 Laporan / Perkara Perbincangan
4.1 Disiplin
4.1.1 Kem kepimpinan pengawas masih belum dijalankan, kerana Unit Disiplin
masih mencari tarikh yang sesuai.
4.1.2 Banyak kes besar yang berlaku pada awal tahun ini, antaranya kes kecurian
yang melibatkan jumlah wang yang agak besar.
4.1.3 En. Azhar melaporkan bahawa terdapat pengurangan kes disiplin sejak pihak
sekolah mengambil tindakan tegas ke atas murid-murid yang bermasalah.
4.1.4 Murid-murid aktif semasa waktu rehat. Murid didapati sering bermain dan
membuat bising dan bergaduh di dalam dewan sekolah, jadi pihak sekolah
mengambil keputusan untuk mengunci dewan.
4.1.5 En. Abdullah meminta supaya pengawas lebih tegas untuk elakkan murid
daripada naik ke kelas, pergi ke kawasan larangan semasa waktu rehat.
4.1.6 Guru juga diingatkan untuk membuat spotcheck dar semasa ke semasa
untuk memantau sekiranya ada murid yang membawa barang larangan ke
sekolah (cecair pemadam pen, rokok elektronik dll)

Tindakan : Makluman

4.2 Skim Pinjaman Buku Teks


4.2.1 En. Abdullah meminta guru-guru agar sentiasa mengingatkan murid agar
menjaga buku teks yang diberi.
4.2.2 Guru-guru diminta menyampaikan makluman tersebut di kelas dan juga
melalui whatsapp kelas untuk pengetahuan ibu bapa.

Tindakan : Makluman

4.3 Bimbingan dan Kaunseling


4.3.1 Pn. Jamunah memaklumkan bahawa program terdekat yang akan diadakan
adalah Bengkel Teknik Menjawab Soalan Bahasa Melayu (9 Mei 2017) dan
Bahasa inggeris (10 Mei 2017)
4.3.2 Program Guru Penyayang masih berjalan seperti biasa setiap hari.

Tindakan : Makluman

4.4 RMT dan Kantin


4.4.1 Pn. Amaliah memaklumkan bahawa program RMT berjalan dengan lancar.
Terdapat peningkatan dari segi kualiti menu yang disediakan oleh pihak
kantin.
4.4.2 Pn. Wong memberitahu bahawa menu untuk murid-murid juga telah
dipelbagaikan; terdapat beberapa menu baru seperti roti sosej, buah potong
dll.

Tindakan : Makluman

4.5 PPDa : Tiada perkara yang ingin dilaporkan atau disentuh.


4.6 Kesihatan, Kebajikan dan Keselamatan
4.6.1 Guru kelas diingatkan untuk merekod ketinggian, berat dan menjalankan
pemeriksaan mata murid untuk diisi dalam buku rekod kesihatan. Guru juga
perlu pastikan ibu bapa / penjaga tanda setuju atau tidak setuju anak
terima rawatan.
4.6.2 Guru-guru juga diminta mengenalpasti tempat yang berisiko daripada
ancaman ular.
4.6.3 Guru perlu peka, tegur murid sekiranya nampak ada murid berkeliaran di
kawasan yang berisiko mengundang kecederaan.
4.6.4 Sekiranya ada murid yang mengalami masalah / ditimpa musibah, guru
boleh war-warkan perkara berkenaan dan kutipan derma boleh dijalankan.

Tindakan : Makluman

4.7 Hari Kanak-Kanak


4.7.1 Program Hari Kanak-Kanak masih dalam perancangan.
4.7.2 Hari Kanak-Kanak dijangka akan dijalankan dalam bulan Oktober.

Tindakan : Makluman

5.0 Hal-hal lain : Tiada

6.0 Penangguhan Mesyuarat


Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang dengan ucapan terima kasih daripada
Pengerusi kepada semua yang hadir.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

................................................. ..........................................................
(ANIS SHAZREEN BT SHAMSIR) (ABDULLAH BIN A WAHAB)
Setiausaha HEM, Pengerusi,
Mesyuarat HEM, Bil 2 Tahun 2017 Mesyuarat HEM, Bil 2 Tahun 2017
SK Sg Penchala, Kuala Lumpur SK Sg Penchala, Kuala Lumpur

Bertarikh : 4 MEI 2017

Anda mungkin juga menyukai