Anda di halaman 1dari 42

SPM 2017 BAHASA MELAYU

KERTAS 2 TATABAHASA

Latihan Tatabahasa 1 (Johor Set 1)

(a) Tuliss atu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham
akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) pulang
(ii) pulangan
(iii) memulangkan
(iv) mansuh
(v) pemansuhan
(vi) memansuhkan
[6 markah]

(b) Tulis semula perbualan di bawah dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan cakap
pindah.

Kumar: Daniel,kau nak ke mana?


Daniel : Tak ke mana-mana. Aku nak ambil angin sekejap
Kumar: Wah, Daniel hebat kau sekarang! Semua soalan fizik tadi kau boleh jawab.
Daniel: Mana ada? Biasa aje.
Kumar: Apa rahsia kau semakin bijak ni? Kongsilah dengan aku.
Daniel : Tak adalah. Aku Cuma buat ulangkaji dan belajar dengan abang aku aje.
[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi
imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan. Anda
tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Pasar raya besar itu meletak papan tanda khas bagi memudahkan pelangan mereka
membeli produk keluaran Industri Kecil dan Sederhana (IKS).
(ii) Pengalaman luas dalam bidang akaun menjadi batu loncatan kepada wanita tersebut
untuk menerajui syarikat konglomerat yang tersuhur itu.
(iii) Kumpulan jurutera tersebut berlepas ke Jerman pada minggu lalu untuk mendalamkan
kemahiran menggunakan jentera berteknoloji tinggi dalam industri cari gali minyak.

[6 markah]

Halaman 1
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 TATABAHASA

(d) Dalam ayat-ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda
tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan kata atau istilah dan satu kesalahan
tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Kegiatan luar anak-anak perlulah ibu bapa awasi secara meluas agar mereka tidak
terpengaruh dalam masalah sosial.

(ii) Ilmu tentang kehidupan merupakan pengalaman yang berguna kepada para remaja
untuk merempuh kehidupan di masa akan datang.

(iii) Pihak Kementerian Kesihatan sentiasa mengalu-alukan pemberian darah daripada


orang ramai supaya membantu menyelamatkan nyawa pesakit.
[6 markah]

(e) Isi tempat kosong di bawah dengan menggunakan peribahasa yang sesuai dengan maksud
ayat tersebut.

Sekolah merupakan institusi formal yang mampu melahirkan modal insan yang akan
memajukan negara. Bagi mencapai matlamat ini, guru-guru hendaklah menjalin hubungan
yang erat dengan murid-murid di samping bekerjasama bagai .(i)
Selain itu, mereka perlulah berusaha dengan gigih dan rajin untuk menempa kecemerlangan
kerana ..(ii). Sebagaimana yang diketahui, resepi kejayaan
seseorang murid ialah permuafakatan antara guru dengan ibu bapa dalam melaksanakan
pelbagai program untuk meningkatkan prestasi murid-murid dalam akademik. Apabila
bermuafakat, sesuatu kejayaan mudah diperoleh kerana .(iii).
[6 markah]

Latihan Tatabahasa 2 (Johor Set 2)

Halaman 2
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 TATABAHASA

(a) Tuliss atu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham
akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) faham
(ii) memahami
(iii) pemahaman
(iv) keras
(v) pengeras
(vi) mengeraskan
[6 markah]

(b) Tukarkan ayat cakap ajuk di bawah kepada ayat cakap pindah

(i) Semalam saya bermimpi bahawa saya menjadi seorang puteri raja, kata Fatihah
kepada rakannya.
(ii) Tolong, tolong! Anak saya terkunci di dalam kereta. Anak saya masih kecil dan tidak
tahu membuka sendiri pintu kereta. Cepat, cepat tolongnya, jerit Latifah.
(iii) Cis! Aku pantang orang menuduh aku mencuri. Jangan sampai aku tahu siapa yang
buat semua fitnah ini, habis aku kerjakan, kata Pak Man kepada orang kampung.

[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi
imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan. Anda
tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Kami bersepakat untuk mengisi perut yang kosong di restoran nasi kandar kapitan
yang sangat popular itu sebelum memulai lawatan ke Pulau Pinang.
(ii) Rakyat Malaysia ternyata kurang senam dan beriadah, sayogia hanya 25 peratus
sahaja yang terbabit dalam aktiviti tersebut.
(iii) Pihak kerajaan sedang bergiat memperlebar lebuhraya di Johor kepada tiga lorong
untuk mengurangkan kesesakan lalulintas
[6 markah]

(d) Dalam ayat-ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda

Halaman 3
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 TATABAHASA

tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan kata atau istilah dan satu kesalahan
tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Kebanyakan pemilik akuan rangkaian sosial menggunakan aplikasi tersebut untuk
berkongsi maklumat dan mempromosikan barangan serta perkhidmatan di atas talian.

(ii) Faktor kewujudan kepelbagaian kaum-kaum di negara kita ialah kemasukan imigrasi
asing dari China dan India semasa zaman pemerintahan British.

(iii) Seni khat merupakan satu dari cabang kareografi yang berasaskan pertukangan dan
semakin mendapat tempat dalam industri kraf tangan.
[6 markah]

(e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti. Kemudian lengkapkan ayat-ayat itu dengan peribahasa
yang sesuai.

(i) Mangsa-mangsa banjir yang telah kehilangan tempat tinggal itu berasa amat bersyukur
dan berterima kasih kepada pihak kerajaan yang mengumumkan pembinaan rumah
baharu untuk mereka. Mereka sangat berbesar hati dengan pengumuman tersebut
bersesuaian dengan peribahasa ___________________.

(ii) Ketua kampung sering menasihati penduduk kampung supaya tidak mementingkan diri
sendiri dalam kehidupan bermasyarakat di kampung itu. Mereka janganlah menjadi
seperti __________________________.

(iii) Dalam mengejar cita-cita pelbagai kesukaran akan ditempuh, namun ibu sering kali
berpesan kepada anak-anaknya supaya sentiasa berusaha dan jangan mudah
berputus asa kerana ____________________________ .
[6 markah]

Latihan Tatabahasa 3 (Johor Set 3)

Halaman 4
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 TATABAHASA

(a) Tuliss atu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham
akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) cakar
(ii) mencakar
(iii) bercakaran
(iv) bunyi
(v) berbunyi
(vi) sebunyi
[6 markah]

(b) Tulis semula perbualan di bawah dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan cakap
pindah.

Siti bertanya kepada Faiz, Mengapakah awak tidak menghadiri latihan zapin
semalam?Kaki saya sakit kerana saya terjatuh di tangga semalam, kata Faiz kepada Siti.
Lantas Siti bertanya kepada Faiz, Bagaimana awak boleh jatuh tangga?Saya tidak perasan
ada satu anak tangga lagi sewaktu menuruni tangga rumah datuk saya, Faiz menjawab
pertanyaan Siti. Lalu Siti berkata lagi kepada Faiz, Faiz, saya fikir lebih baik awak pergi
berurut untuk membetulkan urat saraf awak. Baiklah, saya akan pergi berurut di kampong
sebelah pada petang nanti, Faiz berkata kepada Siti.
[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi
imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan. Anda
tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Kemahiran berfikir secara kriatif dapat mentakrifkan sebagai keupayaan minda dan
pemikiran seseorang untuk meneroka pelbagai ilmu.
(ii) Usia remaja merupakan Antara waktu terbaik untuk pembentukan kemahiran
berkomunikasi secara interpersonel.
(iii) Syarikat tersebut telah menghasil sos cili yang amat sedap dimakan bersama dengan
udang goring dan keropok lekor.
[6 markah]
(d) Dalam ayat-ayat di bawah terdapat tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga
kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda

Halaman 5
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 TATABAHASA

tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan kata atau istilah dan satu kesalahan
tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

Penyediaan makanan yang mematuhi standard pemakanan sangat penting sekali bagi
mengatasi isu pengguna mengalami kekotoran makanan. Peralatan-peralatan memasak seperti
periuk, kuali, pisau dan sudip mestilah berada dalam keadaan bersih. Selain itu, bahan masakan
juga haruslah berada dalam keadaan segar, berkuantiti dan bukan melepasi tarikh habis ataupun
dalam keadaan yang terdedah dengan kekotoran.

[6 markah]

(e) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan tiga peribahasa yang bersesuaian
dalam petikan tersebut.

Kes salah laku pelajar di sekolah hendaklah disiasat dengan teliti supaya mereka tidak
menjatuhkan hukuman kepada pelajar yang tidak bersalah. Walaupun pelajar yang melakukan
kesalahan-kesalahan itu bijak mengelakkan diri, namun guru pasti dapat membongkar kegiatan
mereka suatu hari nanti. Pelajar yang menimbulkan masalah ini sepatutnya memikirkan baik dan
buruknya perbuatan mereka agar tidak menyesal pada hari kemudian.

[6 markah]

Latihan Tatabahasa 4 (Pulau Pinang Set 1)

Halaman 6
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 TATABAHASA

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham
akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) corat-coret
(ii) kusut-masai
(iii) remeh-temeh
(iv) remuk-redam
(v) mundar-mandir
(vi) lentang-lentung
[6 markah]

(b) Tukarkan ayat aktif kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

(i) Polis telah berjaya memberkas pengedar dadah itu dengan bantuan orang ramai.
(ii) Kerajaan telah melancarkan Mahkamah Khas Jenayah Seksual Kanak-Kanak untuk
membanteras penganiayaan seksual terhadap kanak-kanak.
(iii) Saya telah menduduki ujian untuk memasuki kelas memandu motosikal itu pada awal
bulan lalu.

[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan
imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyeneraikan
lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu
menyalin ayat itu semula.

Amalan rumah terbuka merupakan keunikkan yang hanya ada di Malaysia dan tidak ada di
negara lain. Tradition ini perlu diteruskan dan perlu menjadikan contoh kepada generasi
baharu. Semasa rumah terbuka, pelbagai juadah dihidangkan seperti sate, nasi impit, tosai,
kuih sepit dan sebagainya. Melalui rumah terbuka, masyarakat berbilang bangsa di negara
kita dapat merasakan juadah yang disediakan.
[6 markah]

(d) Dalam setiap ayat terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan
tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat anda tidak

Halaman 7
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 TATABAHASA

boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata dan istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Masalah obesiti di kalangan masyarakat Malaysia semakin memeningkan akhir-akhir


ini.

(ii) Walaupun kerja yang saya lakukan agak rumit bahkan saya melaksanakan kerja
tersebut dengan penuh tanggungjawab.

(iii) Pelajar yang ponteng sekolah itu lari lintang pukang apabila disapa oleh guru
disiplin.

[6 markah]

(e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan satu peribahasa lain yang sama
atau hampir sama maksudnya dengan peribahasa yang bercetak tebal.

(i) Penduduk kampung Seronok sentiasa menghadapi susah dan senang bersama-
sama ibarat kata peribahasa hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.

(ii) Walaupun Tan Sri Aliff kaya dan berpengaruh dalam masyarakat, namun beliau tetap
merendah diri dan sering bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat bak kata
peribahasa ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk.

(iii) Sikap Marissa yang melupakan jasa ibu angkatnya tidak ubah seperti ulat lupa akan
daun kerana dia sanggup melupakan ibu angkatnya apabila bertemu semula dengan
ibu kandungnya.

[6 markah]

Latihan Tatabahasa 5 (Pulau Pinang Set 2)

Halaman 8
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 TATABAHASA

(a) Tulis satu ayat bagi setiap kata ganda berentak di bawah untuk menunjukkan bahawa anda
faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) olang-aling
(ii) awan-gemawan
(iii) batu-batan
(iv) beli-belah
(v) calar-balar
(vi) hingar-bingar
[6 markah]
(b) Tukarkan ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.

(i) Satu gol dijaringkan oleh Faiz Subri untuk membantu Kedah menewaskan Pahang 2-
0 kelmarin.
(ii) Sepanjang 30 tahun menjadi warga pendidik, pelbagai anugerah telah diterima oleh
beliau.
(iii) Siasatan terhadap suspek kes buli telah selesai dijalankan oleh polis.

[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan
imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.
Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Kegunaan emel akhir-akhir ini banyak memberikan kemudahan untuk dikomunikasi
dengan cepat.
(ii) Puan Habsoh sedang menyiapkan deraf ucapan pengetua yang akan merasmi majlis
anugerah tersebut.
(iii) Bapa menunggang motosikalnya dengan memakai jeket yang bertempah khas di
Korea.

[6 markah]

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat,
Halaman 9
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 TATABAHASA

anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau stilah dan
satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Lain-lain faktor yang menyebabkan dia gagal dalam pertandingan itu adalah
perangainya yang suka berlatih pada saat-saat akhir.

(ii) Tolong jangan pijak rumput, marah guru itu kepada para pelajarnya.

(iii) Sejak akhir-akhir ini, kejadian pecah rumah kerap berlaku di kawasan keliling Bertam
Indah.

[6 markah]

(e) Berikan peribahasa yang sama maksud di bawah.

(i) Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam.

(ii) Dengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan.

(iii) Seperti api dalam sekam.

[6 markah]

Latihan Tatabahasa 6 (Pulau Pinang Set 3)

Halaman 10
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 TATABAHASA

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan
maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan
perkataan-perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) jerih-perih
(ii) karut-marut
(iii) degap-degup
(iv) colorong-celoreng
(v) kembang-kuncup
(vi) licin-licau [6 markah]

(b) Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

(i) Murid tersebut tidak dapat menjelaskan yuran lawatan ke Kuala Lumpur kerana tidak
berkemampuan.
(ii) Sebanyak 40 orang pelajar telah menerima surat pelantikan sebagai pegawas
Sekolah Kebangsaan Batu Merah.
(iii) Setelah beberapa bulan membuat segala persiapan majlis perkahwinan abang, kami
sekeluarga pun menerima para tetamu dengan tangan terbuka.
[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan
imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.
Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Antara intipati ucapan pengurus syarikat tersebut ialah pemasalahan disiplin yang
berlaku kerana para pekerja tidak menghayati peraturan-peraturan syarikat.
(ii) Para pelajar diminta untuk menguasai sub-tajuk dalam mata pelajaran Sains agar
tercapai keputusan cemerlang.
(iii) Tiba-tiba syiling dewan orang ramai yang terbakar itu jatuh sebelum tetamu dewan itu
selamatkan diri.
[6 markah]

Halaman 11
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 TATABAHASA

(d) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.

(i) Barang- barang dari Syarikat Azim begitu laris sekali jualannya kerana syarikat ini
amat mementingkan kuantiti produknya.
(ii) Banyak pepohon rhu di tepi pantai yang sudah tua itu ditebang untuk menghalang
sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
(iii) Sejak awal tahun lagi, Pak Manan telah bersiap siaga untuk
menguruskan bendangnya yang terletak tidak jauh daripada rumahnya.
[6 markah]

(e) Berikan peribahasa yang bersesuaian dengan peribahasa di bawah:

(i) Membuka pekung di dada

(ii) Bagai pinang dibelah dua

(iii) Bagai mencurah air ke daun keladi


[6 markah]

Halaman 12
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 TATABAHASA

Latihan Tatabahasa 7 (Perak)

(a) Tulis satu ayat bagi setiap pasangan kata di bawah supaya jelas menunjukkan anda faham
maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan
atau menggunakan perkataanitu sebagai peribahasa atau nama khas.
(i) tunjuk - telunjuk
(ii) guruh - gemuruh
(iii) sabut - serabut
[6 markah]
(b) Kenal pasti jenis-jenis ayat perintah di bawah dan nyatakan sama ada ayat tersebut ayat
suruhan, ayat permintaan, ayat silaan atau ayat larangan.

(i) Tolong padamkan lampu sebelum meninggalkan bilik ini.


(ii) Jangan minum air yang terdedah itu.
(iii) Sila serahkan borang permohonan yang telah lengkap ke pejabat.
(iv) Fikirkanlah sebelum kamu bertindak.
(v) Jemputlah datang ke rumah saya pada hujung minggu ini.
(vi) Hantarlah buku itu sebelum pulang.

[6 markah]
(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat,
anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Doktor Azira teringatkan pesakitnya supaya menghabiskan antiboitik itu dalam masa
seminggu.
(ii) Kami akan pembantu nenek menyiapkan tempahan tempeyek terutamanya pada
musim-musim perayaan secara sukarela.
(iii) Encik Azman meminta pekerjanya memfotostet perjanjian jual beli itu sebanyak lima
persalinan untuk diberikan kepada pelanggannya.

[6 markah]

Halaman 13
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 TATABAHASA

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat,
anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah
dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Sikap boros perlu dielakkan kerana mendorong kita menghilangkan wang demi untuk
membeli barang yang tidak mustahak.

(ii) Semua murid-murid tidak sabar untuk menyaksikan tayangan teater muzikal yang akan
diadakan bersempena dengan Minggu Kesenian nanti.

(iii) Gadis itu menjerit dengan sekuat-kuat hati bila beg tangannya dirampas oleh dua
orang lelaki bermotosikal.
[6 markah]
(e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan
ayat-ayat tersebut.

(i) Sepanjang lima tahun beliau menguruskan syarikat itu, pelbagai rintangan telah
berjaya dihadapi bersama-sama dengan kakitangannya.

(ii) Kita hendaklah berasa insaf dan berusaha untuk membetulkan sesuatu kesalahan
apabila kita menyedari kesalahan yang telah dilakukan.

(iii) Majlis sambutan rumah terbuka itu telah selesai, namun masih kedengaran rungutan
daripada sesetengah pihak kerana atur caranya tidak lancar.

[6 markah]

Halaman 14
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 TATABAHASA

Latihan Tatabahasa 8 (Kedah)

(a) Tulis dua ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham
akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
(i) memotong
(ii) menahan
(iii) menarik
[6 markah]
(b) Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

(i) Golongan petani membersihkan kawasan tanah kebun dengan kaedah pembakaran
terbuka.
(ii) Kami telah membawa mangsa kemalangan jalan raya itu ke hospital sebelum
ambulans tiba di tempat kejadian.
(iii) Anda dapat menyaksikan perlawanan bola sepak secara langsung sekiranya anda
menjadi pelanggan stesen televisyen kami.

[6 markah]
(c) Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan
imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan
lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu
menyalin petikant itu semula.
Orang ramai yang memanfaat kemudahan taman awam mampu meningkatkan tahap
kesihatan melalui pelbagai aktiviti fizikal seperti senaman dan bersukan secara berkumpulau
atau individu. Di samping itu, keindahan persekitaran alam seperti pokok teduhan dan bunga-
bungaan dikawasan itu dapat memberikan ketenangan kepada orang ramai dan kelegaan
daripada stress seharian bekerja. Sesetengah taman awam telah berjaya menarik ribuan
pelancong kerana mempunyai identiti dan keunikkan tersendiri. Hal ini akan membawa
peningkatan ekonomi setempat dalam aspek penginapan, perniagaan makanan dan
kraftangan.

[6 markah]

Halaman 15
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 TATABAHASA

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat,
anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah
dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Kapal terbang itu telah berhenti di Lapangan Terbang Sultan Abdul Hamil selama dua
jam setengah sebab kerosakan enjin.
(ii) Sebagai pengguna, kita haruslah melaporkan kegiatan pencatuan harga kepada phak
berkuasa jika sekiranya peniaga menaikkan harga barang sewenang-wenangnya.
(iii) Pembonceng motosikal perlu mempunyai lesen memandu agar mereka tidak pihak
polis saman.
[6 markah]
(e) Isi tempat kosong dalam petikan di bawah dengan peribahasa yang sesuai.

(i) Hubungan mesra Dato Amir dengan pelbagai lapisan masyarakat di kampungnya
tidak menjejaskan kedudukannya sebagai ketua pengarah sebuah syarikat kerana
__________________________________________.
(ii) Murid-murid membuat kajian sejarah di Melaka sambil melawat tempat-tempat
bersejarah __________________________________.
(iii) Walaupun keuntungan yang diperoleh syarikat Zahir and Malim pada tahun ini agak
merosot, mereka telah berjanji untuk mengharungi susah dan senang bersama-sama,
bak kata peribahasa Melayu ______________________________________.

[6 markah]

Latihan Tatabahasa 9 (Kelantan)

Halaman 16
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 TATABAHASA

(a) Tulis satu ayat bagi setiap rangkai kata di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham
akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
(i) menyebar luas
(ii) membaik pulih
(iii) melipat ganda
(iv) sahabat pena
(v) budi bicara
(vi) budi pekerti
[6 markah]
(b) Kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yagn lengkap bagi setiap ayat seperti yang berikut:
Subjek :___________________________________________________________________
Predikat : __________________________________________________________________

(i) Pekerja-pekerja di kilang itu didedahkan dengan peralatan moden untuk membuat
kerja-kerja di kilang.
(ii) Kelajuan kenderaan yang dibernarkan di lebuh raya 110 kilometer sejar.
(iii) Pada bulan yang lalu, kami sekeluarga bercuti di Pulau Sentosa.
[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan
imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan
lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu
menyalin petikant itu semula.

(i) Usaha kerajaan negeri Johor menggalakkan penanam nanas disambut baik oleh para
petani, terutamanya di daerah Pontian.
(ii) Langkah kerajaan menghadkankadar kelajuan kenderaan di jalanraya di seluruh
negara berjaya mengurangkan kejadian kemalangan.
(iii) Duli Yang Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agung telah perkenan untuk
mencemar duli merasmikan Festival Makanan Kampung yang akan diadakan di
Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

[6 markah]
(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat,
Halaman 17
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 TATABAHASA

anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah
dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Perbuatan keracunan makanan di dalam kalangan murid yang berlaku di beberapa
sekolah di negara ini perlu ditangani oleh pihak yang bertanggungjawab dengan
segera agar tahap kesihatan dan keselamatan murid sentiasa terjamin.
(ii) Pemergian kedua orang abangnya ke luar negeri untuk melanjutkan pelajaran telah
menaikkan emosi pelajar yang cacar anggota itu untuk belajar bersungguh-sungguh
dan mengikut jejak mereka.
(iii) Kementerian Pendidikan Malaysia akan memberi inisiatif berupa elaun tambahan di
setiap bulan kepada guru-guru yang bertugas di kawasan pedalaman negara ini.
[6 markah]
(e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan
situasi balam ayat-ayat tersebut.

(i) Ibu menasihati anak-anaknya supaya rajin menuntut ilmu dalam pelbagai bidang agar
mereka dapat menangani cabaran dalam kehidupan seharian dengan lebih bijak di
samping memperkaya ilmu pengetahuan mereka.
(ii) Setiap murid haruslah berbelanja secara berhemat dan rajin menabung sejak kecil
untuk masa depan mereka, pesan guru kepada anak didiknya.
(iii) Tindakan abang yang cuba membantu sahabatnya daripada diganggu ceti haram
akhirnya mengakibatkan dia turut diancam oleh kumpulan tersebut.

[6 markah]

Latihan Tatabahasa 10 (Sarawak)

Halaman 18
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 TATABAHASA

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan
maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan
perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) dilema
(ii) delima
(iii) bendang
(iv) gendang
(v) sarat
(vi) surat [6 markah]

(b) Tukarkan ayat aktif di bawah ini kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

(i) Malaysia mempamerkan aksi yang membanggakan apabila berjaya mengutip 17 emas
dalam kejohanan sukan itu.

(ii) Kita tidak dapat menafikan hakikat bahawa cuaca memainkan peranan penting dalam
hidup.

(iii) Pihak berkuasa hendaklah menjalankan kempen keselamatan di jalan raya untuk
memastikan jumlah kemalangan berkurangan.

[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan
imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan.
Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

Dalam usaha hendak melahirkan atlit setaraf dunia serta jenerasi yang berdaya saing,
Kementerian Pendidikan Malaysia akan mewajibkan setiap pelajar sekolah menyertai satu
bidang sukan sebagai landasan untuk menyungkil bakat sukan pada peringkat akar umbi
yang berlaku secara kolektif, bersepadu dan konsistan.
[6 markah]

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan
satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap
Halaman 19
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 TATABAHASA

ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata dan
istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Ayah memberitahu saya dan emak bahawa kami akan pulang di kampung pada hujung
minggu itu untuk melihat nenek.

(ii) Setiap pekerjaan haruslah dilakukan mengikut produser supaya hasil yang diperoleh
memuaskan hati kepada semua pihak.

(iii) Kereta sampel terbaharu keluaran syarikat pengeluar kereta nasional itu mendapat
sambutan yang menggalakkan dari ramai orang.
[6 markah ]

(e) Nyatakan peribahasa yang sama maksud dengan peribahasa yang dikemukakan.

(i) menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri


(ii) air dicencang tiada akan putus
(iii) bagaimana acuan begitulah kuihnya
[6 markah]

Latihan Tatabahasa 11 (Pahang)

Halaman 20
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 TATABAHASA

(a) Tulis satu ayat bagi setiap kata majmuk di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham
akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) akar tunjang


(ii) gerak balas
(iii) garam mineral
(iv) isi padu
(v) pusat graviti
(vi) bahan api [6 markah]

(b) Tukarkan ayat aktif di bawah ini kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

(i) Kami telah mengesyorkan usul itu kepada pihak berkuasa agar mengambil tindakan
dengan segera.
(ii) Kementerian Pendidikan Malaysia akan menganugerahkan sijil penghargaan kepada
semua pelajar cemerlang
(iii) Beberapa orang anggota keselamatan sedang mengawasi tempat kebakaran itu
secara bergilir-gilir

[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan
imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.
Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Pertubuhan Klinik 1 Malaysia mampu mengurangkan beban pesakit di klinik kesihatan
di kawasan bandar.
(ii) Pelbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan untuk menarik pelancong asing kunjungi
ke negara ini.
(iii) Dalam usaha menempa kejayaan, ibu-bapa sewajarnya bertanggungjawab
pembentukan anak-anak menjadi modal insan berminda kelas pertama.

[6 markah]

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat,

Halaman 21
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 TATABAHASA

anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata dan istilah dan
satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Cikgu Nadia meminta semua murid memuat naik nota Sejarah daripada laman
sesawang itu untuk digunakan oleh kami dalam sesi pembelajaran nanti.
(ii) Penceramah itu menerangkan tentang kebaikan aktiviti kitar semula yang dapat
mengatasi masalah kekurangan tapak penghapusan sampah di negara ini.
(iii) Pelbagai resipi yang menaikkan selera pelanggan dipamerkan di hadapan pintu masuk
Kamariah Restoran.
[6 markah ]

(e) Nyatakan peribahasa yang sesuai dengan situasi yang diberi.

(i) Hadiah kemenangan dalam acara tarik tali itu dibahagi secara adil kepada semua ahli
kumpulan.
(ii) Sekiranya kita ingin mencapai kejayaan dalam hidup, kita perlulah berusaha dengan
gigih tanpa rasa jemu.
(iii) Pasukan penyelamat mengambil langkah berjaga-jaga menyiapkan bantuan kepada
mangsa banjir sebelum musim tengkujuh tiba.
[6 markah]

Latihan Tatabahasa 12 (Terengganu)

Halaman 22
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 TATABAHASA

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan
maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan
perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) gemerlap
(ii) gemilang
(iii) gemuruh
(iv) gelisah
(v) gelojoh
(vi) gersang
[6 markah]

(b) Cerakinkan ayat-ayat majumuk di bawah kepada dua ayat tunggal.

(i) Semangat kejiranan amat penting kerana dapat memupuk perpaduan.


(ii) Walaupun Amar hidup dalam kemiskinan tetapi dia sentiasa berpakaian kemas ke
sekolah.
(iii) Sewaktu hari perayaan, rumah terbuka boleh diadakan dan semua kaum boleh
mengujungi jiran mereka.

[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan
imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.
Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Menurut pakar-pakar perubatan, amalan menderma darah secara tekal dapat
menangani ancaman canser dan dikurangkan risiko serangan sakit jantung.
(ii) Tiga orang guru SMK Pulau Damai dipilih menjadi urusetia untuk Pertandingan
Perbahasan Peringkat Negeri Terengganu yang akan melangsungkan pada bulan
depan.
(iii) Jawatankuasa mesjid tersebut telah menghadkan pemberian bubur lambuk sebanyak
dua bungkus bagi setiap satu keluarga pada bulan Ramadan yang lepas.
[6 markah]

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat,

Halaman 23
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 TATABAHASA

anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata dan istilah dan
satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Telah termaklum dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa bahasa Melayu


merupakan bahasa kebangsaan dan menjadi bahasa pertuturan dalam semua urusan-
urusan rasmi.
(ii) Sejak awal tahun, pekerja-pekerja syarikat itu tidak dibayar gaji kerja lebih masa
walaupun syariakt mengalami masalah kewangan.
(iii) Dalam temasya sukan di peringkat antarabangsa, bila atlet negara berjaya
menggondol pingat emas, lagu Negaraku akan berdendang.
[6 markah ]

(e) Bina satu ayat berdasarkan peribahasa di bawah.

(i) jinak-jinak merpati


(ii) melepaskan anjing tersepit
(iii) hati kuman saman dicecah, hati gajah sama dilapah
[6 markah]

Latihan Tatabahasa 13 (Melaka)

Halaman 24
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 TATABAHASA

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan
maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan
atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) duduk
(ii) penduduk
(iii) terduduk
(iv) kedudukan
(v) pendudukan
(vi) menduduki
[6 markah]

(b) Tukarkan ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.

(i) Poster yang telah saya hasilkan dalam pertandingan Hari Kemerdekaan mendapat hadiah
pertama peringkat kebangsaan.
(ii) Pelbagai bantuan makanan dan pakaian telah diterima oleh mangsa-mangsa banjir di
Kuantan, Pahang apabila rumah mereka dilanda banjir.
(iii) Sikap suka menangguh pekerjaan harus diketepikan oleh setiap pelajar ketika membuat
ulang kaji untuk peperiksaannya.
[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan dari segi
imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan
lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan dari segi imbuhan. Anda tidak perlu
menyalin ayat itu semula.
Gambir sejenis tumbuhan panjat yang tumboh meliar di hutan. Di Malaysia, tumbuhan renik ini
banyak terdapat di hutan tebal Sarawak. Gambir Sarawak dikenali dalam rawatan tradisional
sebagai alternatif kepada rawatan moden yang mahal. Sebagai contoh, masyarakat Melayu
gunakan gambir sebagai losyen untuk merawat kesan melecur.
[6 markah]

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat,

Halaman 25
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 TATABAHASA

anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Penonton terpegun dengan kepantasan Maria mengemukakan semua hujah-hujahnya


dalam pertandingan bahas itu.
(ii) Strategi baru yang lebih menyeluruh akan kerajaan lancarkan bagi meningkatkan industri
padi dan beras negara.
(iii) Semasa ekspedisi mendaki Gunung Jerai, terdapat peserta-peserta yang cedera dan
mereka tidak dapat meneruskan perjalanan ke puncak gunung.
[6 markah]

(e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat-
ayat tersebut.

(i) Tiap-tiap petang, Kamalia dan rakan-rakannya bersiar-siar di taman bunga itu untuk
menghilangkan penat.
(ii) Janganlah kita boros berbelanja, sebaliknya berbelanjalah mengikut kemampuan atau
bersesuaian dengan pendapatan yang kita peroleh setiap bulan.
(iii) Apabila kita berada di rantau orang, janganlah kita meninggi diri dan patuhilah adat resam
tempat tersebut.
[6 markah]

Latihan Tatabahasa 14 (SBP)

Halaman 26
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 TATABAHASA

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham
akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan
imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
(i) Pekat
(ii) pikat
(iii) siram
(iv) suram
(v) indah
(vi) endah
[6 markah]

(b) Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

(i) Saya menziarahi nenek pada hujung minggu.


(ii) Menteri Pendidikan telah merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang yang bertempat di
Dewan Jubli Intan.
(iii) Kamu harus memandu kereta itu dengan berhati-hati kerana hujan yang sangat lebat
di lebuh raya.
[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan
imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan. Anda tidak
perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Sebahagian daripada tanah pesaka kepunyaan Haji Sulaiman di kampung akan
diambil oleh pihak kerajaan negeri untuk menjadikan rizab jalan.
(ii) Projek carigali yang baharu akan dilaksanakan di pengairan Terengganu oleh Kerajaan
Negeri Terengganu pada tahun hadapan.
(iii) Rambut bayi itu kerinting dan berwarna perang kerana mengikut genetik daripada
penurunan sebelah datuknya yang berasal dari Pakistan.
[6 markah]
(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat,

Halaman 27
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 TATABAHASA

anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah
dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Remaja hari ini merupakan tonggak utama bagi merealisasikan apresiasi negara
dalam masa 30 tahun daripada sekarang.
(ii) Ayam jantan itu berbunyi dengan nyaring pada tiap pagi menandakan hari menjelang
siang.
(iii) Pasukan Bendahara bertempik keriangan apabila diumumkan sebagai juara di dalam
pertandingan hiasan rumah sukan.
[6 markah]

(e) Baca ayatayat di bawah dengan teliti dan nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat-ayat
tersebut.

(i) Mak Mah mendidik dan menjaga anak-anak tirinya dengan penuh kasih sayang.
(ii) Peniaga itu mengambil kesempatan menjual barang-barang runcit di kedainya dengan
harga yang tinggi kepada mangsa banjir.
(iii) Lagu-lagu lama yang bertemakan hari raya masih segar dan diminati sehingga hari ini.
[6 markah]

Latihan Tatabahasa 15 (MSRM)

Halaman 28
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 TATABAHASA

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham
akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan
imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
(i) merebus
(ii) mereneh
(iii) menanak
(iv) mencelur
(v) mengukus
(vi) menjerang
[6 markah]

(b) Gabungkan ayat-ayat di bawah supaya menjadi tiga ayat sahaja dengan menggunakan kata
hubung yang sesuai tanpa mengubah maksud dan struktur asalnya.
Melaka merupakan destinasi pelancongan. Melaka mempunyai bangunan-bangunan
bersejarah. Melaka mempunyai tempat-tempat menarik. Kerajaan negeri mengadakan
pelbagai usaha mempromosikan Melaka. Kerajaan negeri mengadakan kempen Melawat
Melaka Bererti Melawat Malaysia. Melaka lebih dikenali oleh pelancong-pelancong. Peluang
pekerjaan terbuka luas. Banyak pelancong mengunjungi Melaka. Ekonomi Melaka
meningkat.
[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan
imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan. Anda tidak
perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Pegawai itu mensifatkan tragedi banjir lumpur yang berlaku merupakan kejadian
terburuk dalam tempuh 20 tahun.
(ii) Penceramah itu memberikan definasi yang tepat tentang judul ceramah yang
disampaikan dengan rujukan Kamus Dewan.
(iii) Alat mengimbas suhu atau termografik akan dipasang disetiap pintu masuk utama
negara bagi mengesan tahap kesihatan pelawat atau pelancong.
[6 markah]

Halaman 29
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 TATABAHASA

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat,
anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah
dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Majlis pemberian anugerah kepada semua pelajar cemerlang di sekolah itu baru
sahaja selesai.
(ii) Pertandingan membacakan sajak yang sepatutnya berlangsung di luar dewan pada
pukul 10 pagi telah ditunda oleh sebab hari hujan.
(iii) Aziz tidak pernah berputus asa walaupun telah berapa kali gagal sampai ke puncak
Gunung Kinabalu kerana dia tetap bercita-cita untuk menaik gunung tersebut.
[6 markah]

(e) Lengkapkan peribahasa di bawah dan salin semula keseluruhan peribahasa tersebut.

(i) Di mana bumi dipijak, _____________________________________________.


(ii) Masuk kandang kambing mengembek, _______________________________.
(iii) Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, _______________________.
(iv) _____________________________, tak lekang dek panas.
(v) _____________________________, malu bertanya sesat jalan.
(vi) _____________________________, melepaskan pucuk masing-masing.

[6 markah]

Halaman 30
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 TATABAHASA

Latihan Tatabahasa 16 (YIK)

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan dalam pasangan kata di bawah supaya jelas
menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.
(i) interaksi - integriti
(ii) liar - liat
(iii) rasmi - resmi
[6 markah]

(b) Kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi setiap ayat seperti yang berikut.
Subjek: ___________________________________________________________________.
Predikat:__________________________________________________________________
(i) Bapa budak itu telah memukul seorang guru sekolah di Pekan.
(ii) Seramik antik dari China itu untuk dipamerkan di Muzium Negara.
(iii) Sangat besar rumah Datuk Fadilah.
(iv) Telah tumbang semalam pokok yang besar itu.
(v) Merah ialah warna kegemaran Cikgu Halimah.
(vi) Ini gambar Rohayah pada masa kecil.
[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan
imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan. Anda tidak
perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Pihak penganjuran tidak menyediakan alatulis yang mencukupi kepada peserta yang
hendak memasuki pertandingan itu.
(ii) Anggota polis dikehendaki memperketatkan kawalan di pusat pengundian dalam
pilihan raya nanti supaya tidak menimbulkan kekecohan.
(iii) Pencapaian kontijen negara dalam acara sukan kali ini agak buruk kerana tidak
memenuhkan sasaran kutipan emas.
[6 markah]
Halaman 31
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 TATABAHASA

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat,
anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah
dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Negara China tidak akan menyebelahi kedua belah pihak yang bermusuhan itu demi
menjaga kedaulatan ekonominya di rantau ini.
(ii) Cikgu Suhailah bercerita tentang pengalamannya semasa mengajar di kawasan
mundur Sabah selama tiga puluh tahun agar menjadi teladan kepada murid-
muridnya.
(iii) Oleh sebab demam, Kamil tidak datang ke sekolah sepanjang tiga hari.
[6 markah]

(e) Baca ayat-ayat di bawah ini dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan
maksud ayat tersebut..
(i) Sesuatu benda tidak akan datang atau diperoleh jika kita tidak berusaha.
(ii) Adat persandingan dalam majlis perkahwinan orang Melayu merupakan adat yang
masih utuh dan diamalkan secara besar-besaran pada hari ini.
(iii) Kita hendaklah menurut adat atau peraturan yang telah ditetapkan di tempat kita
diami atau tinggal agar tidak mendatangkan kesusahan nanti.
[6 markah]

Halaman 32
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 TATABAHASA

Latihan Tatabahasa 17 (Sabah)

(a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda faham
aka perbezaan dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan
imbuhan, serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas.

(i) melipatgandakan
(ii) mengucar-ngacirkan
(iii) menguatkuasakan
(iv) mengemaskinikan
(v) mencampur-adukkan
(vi) menguar-uarkan

[6 markah]

(b) Tukar ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

(i) Saya akan mengalihkan pasu-pasu bunga itu ke halaman rumah esok.
(ii) Pelancong dari luar negara mengagumi keunikan budaya rakyat Sabah.
(iii) Landoi menyertai aktiviti gotong-royong membersihkan surau secara sukarela

[ 6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi
imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan.
Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Pertandingan diklamasi puisi sempena hari kebangsaan anjuran Dewan Bahasa dan
Pustaka telah mendapat disertai daripada pelbagai kaum.

(ii) Perasaan curiga atau was-was merupakan masalah yang dialami oleh sesetengah orang
sehingga menyukari seseorang itu menilai dan membuat keputusan terhadap sesuatu
perkara.

(iii) Jabatan Imigresen memaklumkan bahawa terdapat pelbagai faktor yang dapat dikaitkan
dengan sinareo peningkatan ketara dari segi kemasukkan pekerja asing ke negara kita.

[ 6 markah]

Halaman 33
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 TATABAHASA

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat,
anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari
segi imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Pelancong daripada Jepun itu terpegun semasa melihat kemahiran orang buta itu menyulam
bakul rotan dengan pantas.

(ii) Kerajaan seharusnya memberikan pembebasan cukai atas pembelian rumah mampu milik
demi untuk meringankan bebanan rakyat yang berpendapatan rendah.

(iii) Kementerian Pendidikan mengingatkan pentadbiran sekolah yang mereka boleh dikenakan
tindakan tatatertib sekiranya menyimpan kes disiplin yang berlaku di sekolah masing-masing.
[6 markah]

(e) Baca dialog di bawah ini dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai bagi mengisi
tempat kosong dalam dialog tersebut.

Pak Ali: Perasaan ingin mencuba sesuatu yang baharu memang sentiasa wujud dalam diri
seseorang remaja. Walau bagaimanapun, akal dan fikiran yang rasional perlu
diutamakan kerana . (i)..

Puan Salma: Betul kata ayah kamu. Golongan remaja tidak harus melakukan sesuatu perkara
dengan terburu-buru. Mereka perlu ..(ii) apatah lagi jika
sesuatu itu melibatkan masa hadapan mereka

Nurul Erna: Baiklah,ibu. Baiklah,ayah. Saya akan sentiasa ingat akan pepatah masyarakat kita,
iaitu, (iii).. . Saya berjanji akan melengkapkan diri saya
dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk menjadi
seorang usahawan yang berjaya.

[ 6 markah]

Latihan Tatabahasa 18 (SELANGOR SET 2)


Halaman 34
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 TATABAHASA

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan dalam pasangan kata di bawah supaya jelas
menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.
(i) golongan - gulungan
(ii) seloroh - seluruh
(iii) telor - telur
[6 markah]

(b) Tukar ayat aktif yang berikut supaya menjadi ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya..
(i) Sasterawan itu bakal melancarkan novel terbaharunya.

(ii) Kamu sudah menghubungi pegawai yang bertugas untuk bertanyakan soalan?

(iii) Kita perlu mengamalkan pemakanan seimbang demi menjamin kesihatan tubuh.

[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan
imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan. Anda tidak
perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Kesesakan lalu-lintas yang berlaku di bandar-bandar besar di negara kita disebabkan
oleh penambahan bilangan kenderaan.

(ii) Sikap ibu bapa yang perihatin terhadap masalah anak-anak dapat kurangkan risiko
anak-anak terjerumus dalam gejala sosial.

(iii) Syarikat minyak utama akan melakukan penurunan kos memandangkan kontraktor
bersetuju untuk penerusan pengurangan harga.
[6 markah]
(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat,
Halaman 35
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 TATABAHASA

anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah
dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Semasa serangan dilakukan oleh pihak polis, terdapat beberapa orang remaja di pusat
siber kafe itu sedang leka melayari laman pornografi.
(ii) Walaupun adanya media sosial, akhbar adalah media yang masih memainkan peranan
penting dalam pengembangan berita dan maklumat kepada rakyat.
(iii) Sultan Selangor bersetuju untuk merasmikan pembukaan Persidangan Perniagaan
Antarabangsa yang melibatkan 100 orang perwakilan daripada 23 buah negara Islam.
[6 markah]

(e) Isikan setiap tempat kosong dengan satu peribahasa yang sesuai.

Penghulu Masalah kecurian di kampung kita semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini.
Salleh: Oleh itu, kita perlu bersama-sama mengawasi kampung kita kerana
. (i)..

Rustam: Saya yakin, suatu hari nanti pasti pencuri itu dapat ditangkap kerana
..(ii)

Penghulu Masalah jenayah begini harus diperangi habis-habisan. Sebagai anggota


Salleh: masyarakat, kita janganlah terlalu bergantung harap kepada rukun tetangga
sebaliknya setiap keluarga perlu mengambil langkah berjaga-jaga seperti
mengunci pintu. Sikap ini dapatlah disamakan dengan peribahasa yang
berbunyi
(iii)...... .
[6 markah]

Latihan Tatabahasa 19 (WILAYAH PERSEKUTUAN)

Halaman 36
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 TATABAHASA

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan dalam pasangan perkataan di bawah untuk
menunjukkan bahawa anda faham akan maksud penggunaannya. Anda tidak boleh
menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
(i) hemah - hemat
(ii) rasmi - resmi
(iii) inspirasi - aspirasi
[6 markah]

(b) Tukar ayat bersusunan songsang di bawah ini kepada ayat bersusunan biasa tanpa
mengubah maksud asalnya.
(i) Sudah ditetapkan pada usia 60 tahun persaraan kakitangan kerajaan.

(ii) Terletak di Bukit Perdana banglo mewah berharga RM3 juta itu.

(iii) Sungguh menakjubkan pertunjukan udara yang diadakan bersempena dengan


sambutan ulang tahun hari kemerdekaan negara.
[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat,
anda tidak boleh menyenaraikan lebih satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan
imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Walaupun Mariah seorang wanita seorang wanita yang berkerja, namun dia sempat
memasak bihun goreng untuk anak-anaknya bersarapan sebelum pergi ke sekolah.

(ii) Banjir besar itu telah menenggelami semua perabut di rumahnya dan menyebabkan
Amir mengalami kerugian yang besar.

(iii) Sambutan ulang tahun perkahwinannya yang ke 3 telah diada di sebuah hotel
terkemuka di Kuala Lumpur.
[6 markah]
(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh

Halaman 37
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 TATABAHASA

menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan
tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Seiras dengan pelaksanaan GST, pendapatan Negara telah meningkat dalam kadar
yang paling tinggi sekali sejak 10 tahun yang lalu.
(ii) Yang di-Pertuan Agong menitahkan bahawa beliau amat berbangga dengan
pencapaian negara ini di dalam bidang penerokaan angkasa lepas.
(iii) Kapal terbang itu akan berhenti di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas
dalam masa satu setengah jam lagi.
[6 markah]

(e) Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang
menggambarkan tiga situasi berbeza yang terdapat dalam petikan tersebut.

Aku dengan Amirah bersahabat baik sejak kecil. Aku mempercayai dirinya dan yakin bahawa
dia dapat menyimpan rahsiaku, namun telahanku silap. Amirah telah menceritakan rahsia
peribadiku kepada orang lain sedangkan sebelum ini dia pernah berjanji untuk menyimpan
rahsia tersebut walau berlaku apa-apa sekalipun. Betullah kata orang tua-tua bahawa kita
tidak boleh menyamakan orang lain seperti diri kita. Mungkin sekarang Amirah sudah
berubah. Sungguhpun begitu, tiada apa-apa yang boleh dibuat lagi. Semuanya sudah
terlambat. Aku tidak mempercayainya lagi.

[6 markah]

Latihan Tatabahasa 20 (SELANGOR SET 1)

Halaman 38
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 TATABAHASA

(a) Tulis satu ayat bagi setiap penjodoh bilangan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda
faham akan maksud penggunaannya. Anda tidak boleh menukarkan imbuhan atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
(i) Kaki
(ii) Gugus
(iii) Berkas
(iv) Lembar
(v) Pasang
(vi) kuntum
[6 markah]

(b) Nyatakan jenis-jenis ayat perintah di bawah ini sama ada ayat suruhan, ayat larangan, ayat
silaan atau ayat permintaan.
(i) Jemput ke majlis perkahwinan saya.
(ii) Jangan lalu di kawasan peperiksaan.
(iii) Buang sampah ke dalam tong sampah.
(iv) Jika aku pulang lewat, usah tunggu aku.
(v) Baca soalan dengan teliti sebelum menjawabnya.
(vi) Harap bersabar sementara menunggu giliran anda.
[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat,
anda tidak boleh menyenaraikan lebih satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan
imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Tasik Putrajaya yang berukuran tujuh kilo meter panjang dikelilingi oleh pohon-pohon
yang beraneka warna dapat memperindahkan landskap.

(ii) Kempen Antilsrael telah dilancarkan dengan mensarankan pengguna agar memboikot
barangan keluarannya seperti Coca-cola dan Mc Donalds.

(iii) Negara kita akan menghadapi krisis makanan jika terlalu bertumpukan perhatian
kepada bidang perindastrian demi mengejar status negara maju.
[6 markah]

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh

Halaman 39
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 TATABAHASA

menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan
tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

Negara kita kaya dengan hasil bumi dan kekayaan ini menjadi daya tarikan yang
menolak kuasa asing agar menguasainya. Apabila Revolusi Perindustrian berlaku di England,
British memerlukan bijih timah untuk memenuhi keperluan banyak kilang-kilangnya. Keadaan
politik yang goyang di Negeri-negeri Melayu memberikan peluang pada British untuk ikut serta
dan memaksa sultan-sultan Melayu meneriam naungan British.

[6 markah]

(e) Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai bagi
petikan tersebut.
Sebelum zaman penjajahan British, orang Melayu telah menjalankan kegiatan
pertanian secara kecil-kecilan hanya untuk menyara diri dan keluarga. Kedatangan penjajah
yang telah mengembangkan perlombongan bijih timah dan pertanian getah menjadikan
imigran Cina dan India dibawa masuk ke Tanah Melayu kerana telah menjadi lubuk rezeki.
Kerana menyedari kepentingan perpaduan, mereka telah menubuhkan Parti Perikatan lalu
membentuk kerajaan yang merdeka.

[6 markah]

Latihan Tatabahasa 21 (PERLIS)

Halaman 40
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 TATABAHASA

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan dalam pasangan perkataan di bawah untuk
menunjukkan bahawa anda faham akan maksud penggunaannya. Anda tidak boleh
menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
(i) jemput - jemput-jemput
(ii) jarang - jarang-jarang
(iii) halus - halus-halus
[6 markah]

(b) Tukar ayat aktif di bawah ini kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

(i) Masyarakat Malaysia telah lama mengadakan majlis rumah terbuka apabila
menyambut sesuata perayaan.
(ii) Kamu perlu mengongsikan pengalaman berkhemah dengan rakan yang lain.
(iii) Persatuan Sejarah Negeri Perlis mengunjungi Muzium Negara sebagai aktiviti tahunan
mereka.
[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat,
anda tidak boleh menyenaraikan lebih satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan
imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Pertandingan forum berlangsung dengan lancar mengikut aturcara seperti yang
terancang oleh pihak jawatankuasa.
(ii) Majlis perkahwinan artis disayangi peminat itu diadakan secara buffet di Dataran Dato
Sheikh Ahmad.
(iii) Kerajaan mengetatkan pra-syarat kemasukan warga asing demi menyelamatkan
negara.
[6 markah]
(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh

Halaman 41
SPM 2017 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 TATABAHASA

menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan
tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Pelabuhan Klang terkenal kerana banyak kapal-kapal dari serata dunia yang berhenti
di situ.
(ii) Golongan budayawan wajar memartarbatkan Bahasa Melayu sehingga disanjung
tinggi di peringkat dunia.
(iii) Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis telah menganugerahkan pingat di dalam
majlis yang diadakan di Istana Arau.
[6 markah]

(e) Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

(i) Perpaduan akan menjadi realiti jika setiap warga sedar akan tanggungjawab dan
peranan masing-masing serta sedia menyahut cabaran dalam era globalisasi. Andai
kata perpaduan di negara ini tergugat, akan terjadilah perpecahan ibarat
_______________________________________________________.
(ii) Masyarakat harus sedar untuk mengubati penyakit lebih sukar daripada mencegahnya.
Oleh sebab itu, masyarakat harus mengamalkan kehidupan yang sihat dengan
melakukan aktiviti bersenam, berjoging dan berekreasi seperti kata orang tua-tua
________________________________________________________.
(iii) Sambutan masyarakat terhadap makanan segera semakin meningkat. Sehubungan
dengan itu, Ramly memperbanyak gerai burgernya di sekitar Kuala Lumpur. Keadaak
ini seperti __________________________________________________.
[6 markah]

Halaman 42