Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Pinausuk Ranau
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang arif lagi bijaksana, barisan
hakim yang berpaksikan keadilan, semestinya, saudara penjaga masa Yang
setia dengan randiknya, seterusnya rakan seperjuangan yang saya segani
serta hormati sekalian. Salam sejahtera dan salam pertemuan. Berdirinya saya
di sini, bukanlah untuk membuang masa hadirin dan bukan juga
mengalunkan irama pop yeh yeh akan tetapi menyampaikan pidato saya
iaitu penjagaan alam sekitar tanggungjawab bersama.
Sebelum kaki mengorak langkah, lidah mengalun bicara, jika kita lihat
tajuk pidato ini, ianya merupakan satu tajuk yang meluas dan banyak aspek
boleh dibincangkan. Tetapi jika kita renung dan teliti dengan sedalam-
dalamnya maka kita dapati satu perkara yang perlu diambil kira adalah pada
perkataan tanggungjawab bersama. Saya akan pecahkan tajuk saya ini
kepada tiga komponen utama. Yang pertama akan saya kupaskan punca-
punca kemusnahan alam sekitar, keduanya kesan-kesan kemusnahan alam
sekitar dan seterusnya mencari jalan alternatif dalam melestarikan alam
sekitar. Semuanya tidak lain dan tidak bukan bertunjangkan tema penjagaan
alam sekitar tanggungjawab bersama.
Harus dikejut mana yang lena,harus ditegur mana yang alpa, sebelum
manusia ditimpa bencana, sebelum alam mulai bicara, Jika dikaji antara
flora dan fauna tidak boleh dipisahkan. Asimilasi ini bagai isi dengan kuku,
bagai irama dengan lagu, bak aur dengan tebing. Oleh itu, hutan ditebang,
hutan dimusnahkan, hutan diterokai untuk pembangunan sudah pastilah
haiwan-haiwan akan pupus. Tidak hairanlah hadirin sekalian, jika satu hari,
monyet-monyet, harimau-harimau mahupun gajah-gajah ingin berumah
bersama kita. Bahkan jangan terkejut sekiranya cucu cicit kita mengatakan
beruang panda itu, pokok yg tumbuh melilit di tepi pagar. Seterusnya,
ledakan bom jangka ketiga ini umpama ledakan bom jangka pada generasi
mendatang.
Oleh itu, hadirin, bukalah mata dan minda sama-sama kita memulakan
anjakan paradigma dan menanamkan sikap mencintai alam sekitar. Ingat,
alam gemilang, hidup pasti cemerlang. Jadi, anda bayangkan andainya
alam boleh berkata-kata mungkin inilah luahan rasa sebatang pokok meranti
ataupun rintihan seekor semut api merah. Konklusinya, manusia yang
mengancam. Manusia sendirilah turut terancam. Persoalannya, untuk
mengejar sesuatu kemajuan haruskah alam menjadi taruhan? Timbang-
timbangkan agar bom jangka ini tidak terus-terusan meledak seperti ledakan
tsunami di Acheh, gempa bumi di Jepun dan taufan Katrina dan Wilma di
Amerika. Tepuk dada tanyalah minda, tepuk dahi fikirlah sendiri. Penjagaan
Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama. Pemidato bestari, mohon permisi!