Anda di halaman 1dari 7

Pengenalan

Rukun Tetangga (RT) merupakan sebuah organisasi sosial yang sangat penting dalam usaha
membantu kerajaan untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Kewujudannya semakin dikenali oleh masyarakat setempat khususnya di kawasan perumahan.

Kini, Rukun Tetangga tetap dipandang sebagai organisasi penting dan utama yang
banyak membantu kerajaaan untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Sekarang, Rukun Tetangga masih dilihat sebagai peserta utama dalam utama dan dibantu
kerajaan untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Istilah etnik sesuai digunakan dalam kajian mengenai masalah perkauman dan
perpaduan. Menurut Schermerhan (1970:12) yang membezakan di antara satu kelompok etnik
dengan kelompok etnik yang lain ialah adat resam, pola-pola kekeluargaan dan kekerabatan,
agama, bahasa dan nilai kelompok etnik berkenaan.

Ting Chew Poh (1979:38) berpendapat interaksi sosial merupakan satu proses yang
melibatkan dua atau lebih individu atau kelompok dan melibatkan tindakan saling balas
membalas, dalam erti kata tingkah laku seseorang itu akan mengambil kira dan diorientasikan
ke arah tingkah laku individu lain. Perkara ini melibatkan saling jangkaan antara individu-
individu yang terlibat dalam interaksi itu.

Integrasi merupakan usaha menyatukan unit-unit kecil atau golongan minoriti ke dalam
satu masyarakat yang dominan dari segi sosial budaya dan falsahfahnya. Dalam menangani
masalah integrasi sosial, Malaysia menggunakan pendekatan asimilasi bertujuan untuk
memupuk dan mewujudkan nilai bersama seperti melalui penggubahan Rukun Negara dan
pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Di samping mempunyai nilai bersama, melalui
pendekatan akomodasi tiap-tiap etnik bebas mengamalkan cara hidup mereka secara aman.

Alias (2005) dalam tulisannya menggariskan lima cabaran semasa yang dihadapi oleh RT
untuk mencapai matlamatnya:
Adalah melibatkan isu kepimpinan iaitu didapati sesetengah ahli yang memegang jawatan
sebagai pengerusi ataupun ahli jawatankuasa (AJK) mempunyai agenda dan motif yang
tersendiri.
Bilangan kaum wanita yang dilantik menjadi AJK terlalu sedikit jumlahnya berbanding kaum
lelaki iaitu dengan ratio 5:20.
Sesetengah AJK yang dilantik tidak diberi penghargaan secara individu oleh pihak Jabatan.
Kelompok Rukun Tetanggan tidak kesemuanya mengamallan sikap demokrasi dalam
pemilihan AJK tetapi lebih bersikap berpihak atau memilih sendiri sesiapa yang dikehendaki
atau yang mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin
Terdapat sesetengah kelompok Rukun Tetangga dipengaruhi elemen politik yang boleh
menjejaskan fungsi dan peranan RT itu sendiri.

A1 Menurut sesetengah aktiviti yang dilaksanakan oleh KRT disifatkan sebagai syok
sendiri dan lebih kepada aktiviti keluarga. Ini disebabkan penglibatan masyarakat setempat
tidak menyeluruh dan hanya dihadiri oleh sanak saudara serta rakan-rakan terdekat sahaja.
Penduduk tidak mengetahui kewujudan RT di kawasan mereka bahkan tidak mengenali
langsung mengenai pengerusi serta AJK yang dilantik. Ini menunjukkan kelemahan
kepimpinan yang tidak memainkan peranannya untuk menghebahkan kewujudan RT kepada
penduduk. Sebaliknya pengerusi memberi alasan bahawa penduduk-penduduk di kawasan
mereka tidak berminat untuk turut serta. Perspektif ini membawa kepada dua kemungkinan
iaitu sama ada pengerusi kurang disenangi oleh penduduk kerana sikapnya yang kurang mesra
dan tidak dekat di hati mereka atau aktiviti-aktiviti yang dijalankan tidak mempunyai daya
tarikan kepada penduduk.

A2 Kemajuan yang dicapai atau kemunduran yang dialami oleh sesuatu organisasi adalah
ditentukan oleh peranan pemimpin yang dapat dilihat daripada gaya kepimpinannya. Hal ini
menunjukkan bahawa gaya kepimpinan mempunyai peranan yang sangat penting dalam
mencapai aktiviti kerja. Jika seorang pemimpin menerapkan gaya kepimpinan yang tepat dan
sesuai dengan situasi yang ada, maka para pekerja pun akan dapat bekerja dengan selesa.

A3 Sesetengah pengerusi tidak menjalankan tugas mereka tetapi sebaliknya AJK yang
menjalankan tugas-tugas pemimpin. Pengerusi tidak memberikan kerjasama dan melibatkan
diri dalam tugas-tugas utama, sebaliknya ia dilakukan oleh timbalan pengerusi atau setiausaha.
Penyertaan dalam kursus-kursus latihan serta mesyuarat di peringkat daerah juga diwakilkan
kepada AJK utama yang lain. Penglibatan mereka dalam pengendalian aktiviti-aktiviti sangat
terhad.
B1 Terdapat KRT yang hanya aktif pada peringkat awal penubuhannya sahaja kemudian
prestasinya menurun dan menjadi statik. Isu dan cabaran ini telah diutarakan di dalam Pelan
Tindakan Lima Tahun Rukun Tetangga (2006-2010) iaitu kepimpinan berkesan di peringkat
komuniti adalah menjadi tumpuan utama. Melalui pemantauan JPNIN, salah satu faktor yang
menyebabkan KRT tidak aktif adalah kerana kepimpinan yang kurang berkesan. Justeru,
pemimpin RT perlu dipilih dalam kalangan individu yang mempunyai kepimpinan yang
berkualiti dan berkredibiliti.

B2 Kejayaan atau kegagalan Jawatankuasa Rukun Tetangga (JKRT) banyak bergantung


kepada kewibawaan seseorang pemimpin dan bagaimana sesebuah organisasi tersebut diarah,
ditadbir, diurus dan dikawal selia. Sifat, nilai dan tingkah laku yang beretika menentukan
keberkesanan kepimpinan seterusnya mempengaruhi prestasi organisasi.

B3 Sesebuah organisasi tidak berfungsi dengan baik dalam mencapai kecemerlangan


adalah disebabkan pemimpin tidak dapat memainkan peranan kepimpinannya secara aktif di
mana mereka tidak memahami peranan dan tangunggjawab sebagai seorang pemimpin.
Sebagai contoh, mereka barangkali tidak sedar atau tidak mahu mengakui bahawa terdapat
beberapa kelemahan dalam pendekatan kerja atau kegiatan mereka, sikap, cara berhubung
dengan ahli dan orang ramai, kaedah membuat keputusan tentang sesuatu kegiatan yang ingin
dikendalikan dan cara memimpin. Kelemahan-kelemahan ini mungkin menyebabkan ahli dan
orang ramai kurang atau hilang minat terhadap kegiatan yang dijalankan dan seterusnya gagal
mendapat maklum balas yang diharapkan daripada mereka.

B4 Keberkesanan RT juga dapat dilihat daripada keaktifannya menjalankan aktiviti dan


keupayaannya memberi laporan kepada JPNIN seperti yang disyaratkan. Namun begitu,
prestasi yang dilihat belum menunjukkan tahap yang memberansangkan di mana JPNIN masih
lagi menghadapi kesukaran untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan jelas berkaitan
dengan sesuatu isu apabila diperlukan oleh pihak pengurusan tertinggi. Ia dilihat sebagai satu
kelemahan dari segi kepimpinan KRT itu sendiri yang kurang merasai akan kepentingan
kewujudan KRT sebagai jentera utama yang dapat membantu menyalurkan maklumat daripada
peringkat bawahan kepada peringkat atasan.
Skim Rukun Tetangga telah diperkenalkan pada tahun 1975 berikutan dengan kuat kuasanya
Peraturan-Peraturan Perlu (Rukun Tetangga 1975). Pada peringkat awal, Rukun Tetanggga
membolehkan rakyat mengawal keselamatan di kawasan kediaman masing-masing. Dengan
tumpuan diberi kepada tugas rondaan yang diwajibkan kepada masyarakat setempat yang
berumur antara 18 hingga 55 tahun. Mulai 1 Januari 1983 kerajaan telah memperkenalkan satu
pembaharuan dengan memberi penekanan pada konsep kejiranan yang bertujuan untuk
memupuk serta mengukuhkan lagi semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat setempat.
Berikutan dengan ini, Peraturan Perlu (Rukun Tetangga) 1975 telah dipinda bagi tujuan
tersebut. Dalam tahun 2000, pendekatan Rukun Tetangga telah dipinda sekali lagi dengan
memberi mandat yang lebih luas iaitu pembangunan masyarakat secara menyeluruh ke arah
mewujudkan perpaduan nasional.
Visi Rukun Tetangga ialah membantu dalam pembentukan satu bangsa Malaysia yang bersatu
padu dalam konteks pencapaian Wawasan 2020. Manakala misinya ialah memupuk
kesefahaman dan bertolak ansur ke arah pembangunan bangsa Malaysia yang bersatu padu
serta beridentiti sendiri dan motonya pula ialah Bersatu Terus Maju.
Objektif Rukun Tetangga, iaitu memelihara, meningkat dan mengukuhkan perpaduan rakyat
dan integrasi nasional selaras dengan dasar-dasar pembangunan negara berlandaskan
Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.
Bagi memastikan matlamat Rukun Tetangga tercapai, beberapa aktiviti dilakukan oleh
komuniti Rukun Tetangga yang boleh dikategorikan kepada beberapa bentuk aktiviti seperti
berikut:

Ketua Rukun
Tetangga

Wakil Ketua Rukun Sekretaris Rukun Bendahara Rukun


Tetangga Tetangga Tetangga
- sosial: amalan kunjung-mengunjung semasa musim perayaan seperti Hari Raya, Tahun Baru
Cina, Deepavali, Krismas, Hari Gawai, Pesta Keamatan, dan Hari Keluarga.
- Pendidikan- pendidikan tidak formal, kolokium jiran wanita, kursus motivasi, kursus
kepimpinan, tuisyen, ceramah-ceramah dalam pelbagai bidang.
- Sukan- sukan neka, larian, permainan bola sepak, bola baling, bola jaring, sukan air, sukan
tradisional, sukan rakyat dan lain-lain.
- Rekreasi- tai chi, ekspedisi mendaki bukit, kembara dan mountaineering, khemah kerja dan
lain-lain.
- Kesihatan dan alam sekitar-ceramah kesihatan berkaitan antidadah, AIDS, kanser, kempen
kebersihan, anti nyamuk dan menjaga harta awam.
- Kesenian dan kebudayaan- kelas-kelas seni tari, kraf tangan, permainan tradisional, kelas
gamelan, kompang, tarian tradisional, tarian singa, pertunjukan pentas dan lain-lain.
- Ekonomi- aktiviti tanaman secara hidroponik, ternak ikan air tawar dan membuat air lada
Skim Rukun Tetangga diperkenalkan pada tahun 1975 sebagai satu langkah membolehkan
rakyat sendiri mengawal dan menjaga keselamatan kawasan kediaman mereka. Skim ini
kemudiannya diperbaharui dengan menekankan konsep kejiranan dengan falsafah bahawa
kesejahteraan kawasan sejiran akan menjamin kesejahteraan negara. Pada masa kini peranan
Skim Rukun Tetangga diperluas lagi dengan pendekatan pembangunan komuniti bagi
memastikan perpaduan dan keharmonian hubungan dalam masyarakat akan terus berkekalan
dan berterusan.
Sehingga Mei 2006 sebanyak 3228 kawasan Rukun Tetangga telah ditubuhkan di seluruh
negara. Jawatankuasa Rukun Tetangga ini telah menganjurkan pelbagai aktiviti dalam
komuniti mereka. Dari bulan Januari hingga Mei 2006, Jawatankuasa Rukun Tetangga di
seluruh negara telah melaksanakan sebanyak 36029 aktiviti. Aktiviti ini bertujuan untuk
membolehkan penduduk setempat berkenalan, bantu-membantu dalam menghadapi masalah
bersama, berinteraksi dan merapatkan hubungan pada peringkat akar umbi antara pemimpin
dengan rakyat dan antara rakyat pelbagai keturunan, adat dan budaya (Jabatan Perpaduan
Negara dan Integrasi Nasional).
4.2 Rumah Terbuka
Rumah terbuka akan diadakan oleh setiap rakyat Malaysia apabila tiba musim perayaan. Setiap
golongan etnik di Malaysia akan sering kunjung-mengunjungi ke rumah jiran tetangga
walaupun berlainan etnik. Sebagai contoh, semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri, etnik Cina,
India, Kadazan, Iban dan pelbagai lagi akan mengunjungi ke rumah orang Melayu dan
begitulah sebaliknya bagi etnik lain. Etnik Cina misalnya akan berusaha menyediakan makanan
yang halal kepada etnik Melayu apabila menjemput etnik Melayu datang ke rumah sewaktu
Tahun Baru Cina. Hal ini menunjukan etnik Cina begitu mengambil berat dan memahami
budaya etnik Melayu. Begitu juga dengan etnik Melayu tidak akan menyajikan daging lembu
kepada etnik India apabila mereka datang ke rumah semasa Hari Raya Aidilfitri. Pertimbangan
ini memperlihatkan keharmonian hubungan etnik sentiasa terjalin kukuh dalam kalangan
rakyat dan memahami dan menghormati budaya masing-masing. Amalan ini membuktikan
integrasi sosial dalam kalangan masyarakat begitu tinggi walaupun berlainan agama, bangsa
dan kebudayaan.
4.3 Penerimaan Budaya
Dewasa ini, masyarakat bukan Melayu di Malaysia mula menerima budaya orang Melayu dari
segi pakaian dan makanan. Misalnya, orang bukan Melayu segak menggayakan baju kurung
dan baju Melayu terutamanya pada hari Jumaat dan fenomena ini sesuatu yang biasa bagi
pelajar bukan Melayu. Bagi orang Melayu pula, mereka mula menerima masakan orang Cina
dan India serta pemberian duit raya telah menggunakan sampul atau angpau yang terkenal
dalam kalangan orang Cina. Dewasa ini juga telah kelihatan di taman-taman perumahan,
terdapatnya penempatan yang sama untuk semua etnik yang pastinya keadaan ini akan
menggalakkan lagi hubungan etnik dalam kalangan rakyat melalui aktiviti setempat.
4.4 Program di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
Kandungan kursus di semua institusi pendidikan harus menitikberatkan aspek-aspek
pendidikan yang harmonis dalam sesebuah masyarakat pelbagai kaum. Nilai-nilai rohani dan
budaya bersama perlu diberikan keutamaan dalam subjek Kenegaraan, Tamadun Islam dan
Asia serta Hubungan Etnik. Maka, adalah penting kurikulum yang ada menguatkan peribadi
moral dan sahsiah para pelajar. Hal ini kerana keperibadian yang tinggi menjadi asas kepada
segala nilai rohani dan budaya yang akan menyatupadukan generasi muda.
Aktiviti kokurikulum merupakan bidang pembelajaran yang menekankan pemupukan dan
perkembangan diri individu melalui psikomotor, kognitif dan efektif. Justeru, aktiviti
kokurikulum yang dilaksanakan seperti program sukan, kelab, persatuan, pameran, ceramah
dan pelbagai lagi haruslah dipergiat dan dipertingkat lagi dalam kalangan mahasiswa pelbagai
kaum. Di luar sistem akademik, para pelajar harus dilibatkan dalam aktiviti pelbagai kaum
seperti keluarga angkat, persatuan dan badan beruniform. Hal ini akan memberi pengalaman
yang sangat berharga dalam memahami bagaimana kehidupan rakyat Malaysia.
Manakala aktiviti perpaduan dan khidmat masyarakat mempunyai peranan yang penting dalam
menggalakan penyertaan dan pengalaman bersama antara kaum. Oleh itu, galakan kepada
aktiviti seperti ini perlu diberikan dengan kerjasama rapat pihak kerajaan dan sektor swasta.
Para pelajar juga perlu ditugaskan dalam projek-projek perkhidmatan masyarakat seperti
operasi khidmat masyarakat, mahasiswa balik kampung dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai