Anda di halaman 1dari 21

xii

BAB 1

HURAIAN MENGENAI SEKOLAH


1.1 Sejarah Penubuhan Sekolah

Sekolah ini mula ditubuhkan pada tahun 1950 atas daya usaha
penduduk kampung dan Pejabat Daerah Petaling. Bangunan asal sekolah
terletak di Batu 11, Jalan Damansara. Sekolah asal Sekolah Kebangsaan Bukit
Lanjan (SKBL) diperbuat daripada kayu dan beratapkan rumbia. Uniknya
bangunan ini dibina secara gotong-royong oleh masyarakat setempat. Lokasi
asal SKBL ialah di Plaza Tol Bukit Lanjan (iaitu tol Plaza tol LDP sekarang).
Pada peringkat awal penubuhannya hanya terdapat 40 orang murid yang
terdiri daripada murid Orang Asli Temuan. Encik Jenang Tumpat dan Puan
Choh merupakan tenaga pengajar pertama di sini yang tidak menerima
sebarang tauliah daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pada tahun 1954, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli telah mengambil alih
pengurusan sekolah ini. Bangunan baru telah didirikan di kawasan baru Batu
10, Jalan Damansara, Kuala Lumpur. Seorang guru yang berkelayakan telah
dilantik oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli sebagai tenaga pengajar di sekolah
tersebut. Era baru pengurusan sekolah berubah pada tahun 1959 apabila
pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil alih pengurusan
sekolah ini sepenuhnya dan menempatkan 2 orang guru. Tapak sekolah yang
terkini terletak di kawasan perkampungan orang asli Temuan, Bukit Lanjan.
Bangunan baharu ini mempunyai 3 buah bilik kelas bercantum dan telah dibina
oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. Pada awal pembukaan sekolah, hanya
orang Asli yang dibenarkan mendaftar sebagai pelajar dii sekolah tersebut.
Tapak lama sekolah telah didirikan pangsapuri untuk belia Orang Asli.

1
Pada Tahun 2004 Kelas KAFA Integrasi Bukit Lanjan ditubuhkan di
bawah pentadbiran sekolah sepenuhnya atas arahan Menteri Besar Selangor.
Kelas Pra sekolah dan bangunan khasnya mula beroperasi pada tahun 2007.
Pada Januari 2010 pihak sekolah telah mendapat kelulusan untuk membuka 2
kelas Pendidikan Khas untuk murid bermasalah pembelajaran bagi murid
Orang Asli di Negeri Selangor. Kelas Pendidikan Khas ini merupakan kelas
pendidikan khas orang asli yang pertama di negeri Selangor

Gambar 1 : Bangunan SK Bukit Lanjan Yang Asal

Sumber : Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Bukit Lanjan

2
Gambar 2 : Sekolah Bukit Lanjan Hari Ini

Sumber : Gambar diambil pada 9 Mac 2015

1.1.1 Latar Belakang Sekolah


Sekolah Kebangsaan Bukit Lanjan merupakan sekolah bantuan
kerajaan yang dikategorikan sebagai sekolah Asli. Sekolah ini mempunyai 1
sesi persekolah iaitu di sebelah pagi. Sekolah ini merupakan salah sebuah
sekolah daripada 58 buah sekolah rendah di jajahan pentadbiran PPD
Petaling Utama. Sekolah ini juga di bawah pentadbiran Pejabat Daerah
Petaling dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya. SK Bukit Lanjan merupakan
satu-satunya sekolah Asli di kawasan Petaling Jaya daripada 11 buah sekolah
di negeri Selangor. Walaupun diketegorikan sebagai sekolah Asli, sekolah ini
terletak di kawasan pusat bandar Damansara Perdana. Kawasan ini sangat
terkenal di negara sebagai kawasan mewah dan menjadi tumpuan warga
Kuala Lumpur dan Selangor untuk berniaga dan membeli belah. Kawasan

3
hartanah di kawasan ini dikategorikan sebagai kawasan yang elit. SK Bukit
Lanjan dikelilingi dengan pasar raya mega seperti IKEA, IKANO, THE CUREV,
TESCO, 1 UTAMA dan Perkampungan Asli Desa Temuan. Kawasan sekolah
ini dahulunya merupakan kawasan hutan yang didiami oleh kaum orang asli
suku Temuan. Syarikat EMKAY Berhad telah memajukan kawasan ini dan
semua orang asli yang mendiami kawasan ini telah diberikan pampasan
berbentuk wang dan rumah.

Sejarah telah tercipta pada tahun 2010 apabila sekolah ini telah diberi
pengitirafan untuk mendapatkan Tawaran Baru (New Deal) daripada
Kementerian Pelajaran Malaysia. Tawaran baru ini diperolehi kerana peratus
pencapaian pelajar dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah
(UPSR) pada tahun 2010 meningkat daripada 43.75% pelajar lulus pada tau
2009 kepada 75% pada tahun 2010. Peningkatan sebanyak 31.25 %.
Pencapaian ini melonjakkan nama SK Bukit Lanjan sebagai sekolah yang
cemerlang dalam kalangan sekolah berstatus Asli di negeri Selangor.

Pengurusan pentadbiran sekolah ini silih berganti dengan kehadiran


guru dan pentadbir yang berusaha membawa pencapaian SK Bukit Lanjan
setaraf dengan sekolah lain di Daerah Petaling Utama. Beberapa orang guru
besar telah dilantik sebagai pentadbir sekolah sepanjang 64 tahun sekolah ini
beroperasi. Pada bulan Oktober 2013, Encik Khairul Anwar bin Abd Azid, telah
dilantik menerajui SK Bukit Lanjan. Beliau merupakan seoarang pentadbir
yang berpengalaman, berwawasan dan mempunyai harapan yang tinggi
menggunung dalam meneroka potensi diri murid sekolah dalam usaha untuk
memastikan kecemerlangan murid yang lebih seimbang dari segi jasmani,
emosi, rohani dan intelektual. Banyak budaya dan program baru yang sedang
dan telah diterapkan kepada barisan pentadbir, guru dan murid-murid SKBL.

4
Jadual 1 : Senarai Nama Guru Besar SK Bukit Lanjan sejak 2005

1.
Bil Imam
NamaMaskor b Seman
Guru Besar / Pengetua 2005
Tahun 2009
Berkhidmat
2. Hjh. Nur Ma bt. Baharom 2009 2013
3. En Khairul Anuar bin Mohamad Azid 2013 1015

Sumber : Maklumat temu bual

Gambar 3 : Guru Besar SK Bukit Lanjan Sekarang

Sumber : diambil pada 06 Mac 2015

1.1.2 Motto Sekolah

Usaha Tangga Kejayaan

5
xviii

1.1.3 Visi dan Misi Sekolah

VISI
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
MISI
Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti Untuk Membangunkan
Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

1.1.4 Matlamat Sekolah

1. Membentuk budaya penyayang dan kerja sepasukan dalam kalangan


warga sekolah agar dapat melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan
bersatu pada agama, bangsa dan negara.
2. Melahirkan insan yang berilmu dan bersahsiah terpuji untuk menuju
kecemerlangan kurikulum dan kokurikulum.
3. Mewujudkan persekitaran yang harmoni dan selesa bagi proses
pengajaran dan pembelajaran.
4. Menjalinkan hubungan silaturahim yang erat antara warga sekolah dan
komuniti tempatan.

1.1.5 Objektif Sekolah

Lima objektif yang digariskan oleh sekolah ialah :

1. Skor GPS di bawah 2.5 % dalam peperiksaan UPSR

2. Memastikan 90 % pelajar mendapat gred A dalam kegiatan kokurikulum

3. Tiada perlanggaran salah laku serius dalam kalangan warga sekolah

4. Sekolah kondusif, ceria dan selesa untuk semua warga sekolah

6
xix

1.1.6 Falsafah dan Nilai Sekolah

Berdisiplin, Berdedikasi Dan Sentiasa Bertindak Cemerlang Berteraskan Falsafah


Pendidikan Kebangsaan Bagi mencapai falsafah ini Budaya Kerja Sekolah
diamalkan dan diterapkan dalam ;

Memahami dan menghayati:

o Falsafah Pendidikan Kebangsaan

o Visi, Misi, Matlamat dan Objektif Sekolah

o Menjaga dan memelihara imej sekolah, jabatan dan Kementerian


Pelajaran setiap masa

o Mementingkan mutu dan kesan pendidikan khususnya kepada para pelajar

o Mementingkan objektif bagi setiap tugas

o Mengamalkan kerja secara berpasukan.

o Sentiasa bekerja dengan Bersih, Cekap dan Amanah

o Mengamalkan sikap jujur, ikhlas, amanah serta adil.

o Mengamalkan budaya penyayang

o Sentiasa memimpin dan menilai diri sendiri

o Berusaha mempertingkatkan ilmu dan kemahiran

7
1.1.7 Piagam Pelanggan Sekolah
Kami warga SKBL dengan penuh tekad dan iltizam berikrar setulus ikhlas
akan menumpukan segala usaha dan tenaga untuk ;

1. Melaksanakan dasar dan wawasan pendidikan negara bagi melahirkan


anak didik yang berilmu, berakhlak dan berketerampilan.
2. Berusaha untuk mencapai prestasi yang cemerlang dalam bidang kurikulum
dan ko-kurikulum.
3. Membimbing murid agar menjadi seorang insan yang aktif, kreatif, dan
inovatif agar mereka dapat menyesuaikan diri dengan suasana persekitaran
yang mencabar.
4. Menyediakan guru dan staf sokongan yang berwawasan, amanah dan
berintergriti agar kualiti kurikulum dan ko-kurikulum mencapai prestasi yang
cemerlang.
5. Sentiasa memberi kerjasama kepada rakan setugas dan ibu bapa dalam
usaha melahirkan murid yang terdidik dengan budaya ilmu yang
berlandaskan falsafah pendidikan negara.

1.1.8 Lencana dan Logo Sekolah

Gambar 4 : Logo Sekolah

Sumber: Buku Pengurusan Sekolah

8
Warna merah melambangkan semangat yang menyala dan berkobar-kobar
untuk menuntut ilmu pengetahuan.
Warna kuning melambangkan kesetiaan terhadap tanggungjawab dan tugas
ke arah menuntut ilmu untuk mencapai matlamat keharmonian dan
kesejahteraan hidup.
Warna biru melambangkan perhubungan yang erat dalam kalangan ibu bapa
dan guru untuk meningkatkan taraf pendidikan di sekolah.
Obor pula melambangkan ilmu sebagai penerang dan penyuluh hidup.
Jam melambangkan ketepatan waktu sangat penting dalam proses pengajaran
dan pembelajaran.

1.1.9 Lagu Sekolah

Kami pelajar SK Bukit Lanjan

Tetap berdiri Menimba ilmu di dada

Pada setiap masa

Disiplin diri kami amalkan

Jadi panduan kami penggerak wawasan

Yang dilaungkan

Kami berusaha setiap masa pelajaran dan sukan

Bersama-sama berganding bahu

Dengan semangat jitu

Kepada guru dan ibu bapa jasamu tak dilupa

Mendidik kami penuh setia jadi insan berguna

9
Kami pelajar SK Bukit Lanjan

Tetap sedia

Usaha tangga kejayaan

Itulah cogan kata

Itulah cogan kata

Sekolah Bukit Lanjan

1.1.10 Struktur Organisasi

Carta 1 : Carta Organisasi

Sumber : Fail Pengurusan Sekolah/ Jawatan Kuasa Pengurusan Sekolah

10
1.1.11 Pelan Lokasi

SK Bukit Lanjan terletak di atas tanah rezab orang asli dengan syarat khas
untuk pembinaan sekolah sahaja. Terdapat banyak kemudahan pengangkutan
awam yang boleh boleh digunakan untuk ke SKBL seperti pengangkutan Bas
Awam Rapid KL (No 23). Bas ini boleh memulakan perjalanan dari Pasar Seni,
Kuala Lumpur dan mengunakan laluan Damansara-Kuala Lumpur . Perkhidmatan
teksi juga merupakan pengangkutan yang menjadi pilihan. Selain daripada itu,
kemudahan LRT Rapid juga menjalankan operasi di kawasan ini. Stesyen LRT
Rapid yang terdekat adalah Stesen Taman Bahagia dan Stesen Kelana Jaya.
SKBL terletak di kordinat X: 101.604070 Y: 3.168530

Gambar 5 : Lokasi Kedudukan SK Bukit Lanjan

Sumber: Google Maps

11
1.1.12 Pelan Bangunan Sekolah

Rajah 1 : Pelan Sekolah

Sumber : Buku Pengurusan Sekolah

1.1.13 Kemudahan dan Prasarana Sekolah

Merujuk kepada data EMIS dan pemerhatian di kawasan sekolah, beberapa


kemudahan yang sedia ada di sekolah adalah seperti berikut.

Jadual 1: Prasarana sekolah

Bil Kemudahan Bilangan Status


1 Bilik Darjah 9 6 Boleh Digunakan
2 Bilik Guru 1 Boleh Digunakan
3 Pejabat 1 Boleh Digunakan
4 Pusat Sumber 1 Boleh Digunakan
5 Makmal Komputer 1 Tiada Komputer
6 Bangunan Pra Sekolah 1 Boleh Digunakan

12
xxiii

7 Bilik Pendidikan Khas 2 Boleh Digunakan


8 Padang Sekolah (Kampung) 1 (Kongsi)
9 Dataran Perhimpunan 1 Boleh Digunakan
10 Parking Kereta 15 Boleh Digunakan
11 Parking Basikal dan Moto 5 Boleh Digunakan
12 Tandas Guru 5 Boleh Digunakan
13 Tandas Murid 24 Boleh Digunakan
14 Bilik Pemulihan 1 Boleh Digunakan
15 Bengkel Kemahiran Hidup 1 Boleh Digunakan
16 Stor Sukan 1 Boleh Digunakan
17 Bilik Cetak 1 Boleh Digunakan
18 Bilik SPBT 1 Boleh Digunakan
19 Bilik Kaunseling 1 Boleh Digunakan
20 Bilik Solat 1 Boleh Digunakan
21 Bilik APD 1 Boleh Digunakan
22 Pondok Pengawal 1 Boleh Digunakan
23 Kantin 1 Boleh Digunakan

Sumber : Data Emis seperti 9 Mac 2015

13
Gambar 6 : Kemudahan Fizikal Sekolah

Sumber : Gambar Diambil pada 9 Mac

14
xxiv

1.1.14 PIBG

Gambar 7 : Mesyuarat Agong PIBG 2014

Sumber : skbukitlanjan@blogspot.com

Kepentingan peranan Persatuan Ibubapa Guru (PIBG) kepada pihak


sekolah untuk membantu meningkatkan kualiti pendidikan keseluruhannya
adalah jelas. Matlamat PIBG ditubuhkan adalah untuk membangunkan sekolah
dan menjalin kerjasama dengan masyarakat setempat di samping menjamin
murid-murid memperoleh faedah yang maksimum daripada kemudahan-
kemudahan pelajaran mereka.

Menurut Kamarudin Hj. Kachar (1989) pendidikan tidak dapat dan tidak
boleh dipisahkan daripada masyarakat. Pendidikan perlu dirancang dan
dilaksanakan prosesnya dalam konteks masyarakat. Tujuannya supaya
pendidikan ada kaitan rapat dengan masyarakat. Bagi memenuhi hasrat ini SKBL
membuka ruang kepada komuniti setempat untuk turut serta mengembeleng
tenaga bagi mencapai kecemerlangan sekolah. Persatuan Ibu Bapa dan Guru
(PIBG) SKBL mengisi keperluan ini dalam memacu usaha ke arah pemupukan
hubungan yang erat antara guru-guru dan ibu bapa.

15
PIBG sekolah ini diterajui oleh En Kamarulzaman selaku Yang
DiPertua. Beliau dibantu oleh En. Akram sebagai Naib Yang DiPertua, seorang
setiausaha dan penolong setiausaha, dan bendahari serta dua belas orang ahli
jawatankuasa. En Khairul Anuar, Guru Besar SKBL bertindak selaku penasihat,
manakala semua penolong- penolong kanan diberikan tanggungjawab sebagai
penolong penasihat. Seramai lima orang guru dilantik sebagai ahli jawatankuasa
PIBG. Kombinasi guru dan Ibu Bapa yang seimbang ini membentuk satu
rangkaian kerjasama yang padu dalam memastikan PIBG benar-benar berfungsi.

PIBG SKBL juga turut mengutip sumbangan daripada pihak penjaga


sebagai sumber dana menggerakkan persatuan. Mesyuarat Agung PIBG turut
diadakan setahun sekali . Mesyuarat Agung PIBG merupakan pentas untuk pihak
sekolah dan PIBG membentangkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan, laporan
kewangan, memilih jawatankuasa yang baru, membentangan usul dan dijadikan
medan oleh guru besar untuk menyampaikan hala tuju sekolah.

Sambutan Ibu bapa terhadap Mesyuarat Agung PIBG amat


menggalakkan. Ini membuktikan kepimpinan sekolah mendapat sokongan yang
padu daripada ibu bapa dan masyarakat setempat. Secara keseluruhan PIBG
SKBL menjadi tunjang kepada kemajuan sesebuah sekolah. PIBG sekolah ini
adalah salah satu faktor yang turut menyumbang kepada kecemerlangan
sekolah. Kerjasama PIBG dan guru-guru dalam mewujudkan suasana
pembelajaran dan pengajaran yang lebih kondusif merupakan pemangkin
kepada kejayaan dan kemajuan sekolah. Apa yang menarik tentang AJK PIBG di
sekolah ini ialah mereka ringan tulang dan sentiasa mempunyai hubungan yang
rapat dengan pihak sekolah. Banyak program bersama yang telah dianjurkan
oleh PIBG bersama guru untuk memupuk semangat perpaduan dan sayang akan
sekolah.

16
1.2.1 Data dan Statistik
1.2.1.2 Enrolmen Murid

SK Bukit Lanjan mempunyai enrolmen murid seramai 148 orang mengikut data
seperti 9 Mac 2015. Seramai 17 orang murid mengikuti Kelas Pendidikan Khas
masalah pembelajaran dan selebihnya merupakan murid aliran perdana.
Bilangan kelas pada sesi pagi berjumlah 9 kelas sahaja. Pecahan murid
mengikut kelas, jantina dan kaum adalah seperti berikut:

Jadual 3 : Enrolmen Murid SK Bukit Lanjan Mengikut Tahun dan Jantina

Jumlah Jumlah
Bil Butir Murid Lelaki Perempuan
Kelas Murid

KELAS KHAS MASALAH


1 2 9 8 17
PEMBELAJARAN

2 PRASEKOLAH 1 8 17 25

3 TAHAP 1 TAHUN 1 1 13 7 20

4 TAHAP 1 TAHUN 2 1 15 5 20

5 TAHAP 1 TAHUN 3 1 1 11 12

6 TAHAP 2 TAHUN 4 1 6 12 18

7 TAHAP 2 TAHUN 5 1 7 12 19

8 TAHAP 2 TAHUN 6 1 9 8 17

JUMLAH 9 68 80 148

Sumber : Data EMIS SK Bukit Lanjan sehingga 9 Mac 2015

17
1.2.13 Enrolmen Guru dan Kakitangan

SKBL mempunyai tenaga sumber manusia yang mencukupi untuk mengerakkan


sekolah ke arah menjadi sekolah yang terbaik dalam kalangan sekolah Asli di
negeri Selangor. Pihak Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan
Selangor telah membekalkan guru yang mencukupi untuk mengurus sekolah
dan mendidik murid SKBL. Analisis guru yang sedang berkhidmat di SK Bukit
Lanjan adalah seperti berikut:

Jadual 4 : Statistik Guru Mengikut Kaum, Gred dan Jantina

Siswazah Bukan Siswazah


Kaum L P Jum L P Jum Jumlah
Melayu 6 10 16 5 3 8 24
Cina 0 0 0 0 0 0 0
India 0 0 0 0 0 0 0
Lian-Lain 0 0 0 0 0 0 0
Jumlah 6 10 16 5 3 8 24
Sumber : Data E-operasi seperti 7 Mac 2015

1.2.3 Pencapaian Akademik / Kokurikulum

Pencapaian akademik SK Bukit Lanjan sentiasa menunjukkan


peningkatan setiap tahun. Berdasarkan Jadual 5 di bawah dapat diperhatikan
berlaku peningkatan pencapaian dalam peperiksaan UPSR dari tahun 2012
hingga 2014. Sekolah ini juga mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang
kokurikulum sama ada diperingkat daerah mahupun negeri.

18
Jadual 5 : Rumusan Pencapaian Akademik 2012 2014

19
Jadual 6 : Pencapaian Ko-Kurikulum Dari tahun 2012-2015

Tahun 2013

KEMENJADIAN MURID DALAM KOKURIKULUM


Tahun Aktiviti Peringkat
Sek Dae Neg Keb Tempat
2012 Lompat Tinggi Sukan KSSMOA (L) Ke 3
2012 Lompat Tinggi Sukan KSSMOA (P) Ke 3
2012 Bola Baling Sukan KSSMOA (P) Ke 2
2012 Bola Baling Sukan KSSMOA (L) Ke 3
2012 Bola Baling Sukan MSSD (P) Ke 3
2012 Futsal Pendidikan Khas Ke 1
2012 Bola Jaring Pendidikan Khas 1-3
2012 MTQ Pendidikan Khas Acara 1-3
mewarna khat

2013 Lontar Peluru Sukan KSSMOA (P) Ke 1


2013 Lompat Tinggi Sukan KSSMOA (P) Ke 3
2013 Bola Baling Sukan KSSMOA (P) Ke 3
2013 Bola Baling Sukan KSSMOA (L) Ke 2
2014 Perkhemahan Badan Beruniform wakil
2014 Lompat Tinggi Sukan KSSMOA (P) Ke 3
2014 Nyanyian Lagu Patriotik wakil
2014 Oalhraga Sukan KSSMOA (P) wakil
2014 Tulisan Khat MTQ Pendidikan Khas Ke 1
2014 Perkhemahan Pendidikan Khas Ke 1
2015 Perkhemahan Pengakap Ke 1
Pertandingan ilmu Ikhtiar Hidup

20
1.2.4 Kejayaan-Kejayaan Sekolah Sehingga Kini

Pelbagai kejayaan telah dicapai oleh sekolah ini dalam bidang


kurikulum, kokurikulum dan pengurusan kebajikan murid. Sejak sekolah
ini ditubuhkan tidak pernah calon mendapat 5 A dalam UPSR tetapi pada
tahun 2014 seorang calon telah mendapat 5A. Manakala ketokohan
pemimpinnya pula jelas terserlah apabila diberi kepercayaan oleh
Pegawai Pendidikan Daerah Petaling untuk menjadi Pengurus Projek
Karnival Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Petaling Utama yang akan
dihadiri oleh 5000 orang guru dan kaki tangan pendidikan pada bulan Mei
2015.
.
Kejayaan pihak sekolah menganjurkan Karnival Sekolah secara
besar-besaran telah menyebabkan pihak pengurusan tertinggi di Pejabat
Pendidikan Daerah Petaling Utama tertarik untuk menawarkan jawatan
sebagai pengurus projek kepada En Khairul Anuar bin Abd Azid.
Kejayaan ini merupakan hasil kerjasama antara barisan kepimpinan
sekolah dengan guru-guru dan staf sokongan yang bersama- sama
memikul tanggungjawab bagi memastikan visi dan misi sekolah dapat
dicapai.

21

Anda mungkin juga menyukai