Anda di halaman 1dari 7

TUGASAN 2

1.0 PENGENALAN

Kursus yang bertajuk Kursus Pemantapan Pedagogi Sains Bagi Guru-guru


IPG. Kursus ini merangkumi topik-topik berkaitan Kemahiran Proses Sains
(KPS), Kemahiran Manipulatif Sains (KMS), Pendidikan Sains Berasaskan
Inkuiri (Inquiry Base Science Education, IBSE), Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT), penyediaan RPH abad ke-21, dan pengenalan kepada amalan
program Professional Learning Communities (PLC) di sekolah.

2.0 PESERTA KURSUS

Terdiri daripada 60 orang guru sains dari tiga buah IPG di Sabah yang bakal
keluar sebagai guru sains di sekolah rendah.

3.0 OBJEKTIF

Penganjuran kursus ini bertujuan memperkukuhkan lagi pemahaman bakal


guru Sains tentang Kemahiran Proses Sains (KPS), Kemahiran Manipulatif
Sains (KMS) dan Pendidikan Sains Berasaskan Inkuiri (Inquiry Base Science
Education, IBSE), Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), bagaimana
merancang sesi P&P melalui penyediaan RPH yang sesuai, dan sebagai nilai
tambah, peserta-peserta kursus akan diperkenalkan dengan konsep Komuniti
Pembelajaran Professional (Professional Learning Community, PLC).

4.0 HASIL PEMBELAJARAN

1. Peserta dapat merancang aktiviti yang bersesuaian dengan topik yang


diajar
2. Peserta dapat menghasilkan satu RPH yang baik dengan memasukkan
aktiviti-aktiviti yang dapat merangsang minda pelajar
3. Peserta dapat membina beberapa soalan KBAT semasa P&P dilaksanakan
di dalam kelas
4. Peserta dalam kumpulan kecil dapat melaksanakan PLC di IPG masing-
masing
5.0 KANDUNGAN

Terdapat lima topik utama yang dimasukkan dalam kursus ini iaitu:

1. Professional Learning Communities (PLC)


PLC ialah singkatan kepada program professional learning
communities. PLC merupakan koleksi aktiviti akademik secara
bersepadu berteraskan lima strategi utama sebagai usaha
menyokong dan memperbaiki pencapaian murid dan
sekolah. PLC akan menjadi simbol usaha secara komprehensif
dan cita-cita besar KPM bagi mencabar, memotivasi serta
membantu sekolah meningkatkan pencapaian. Topik ini
penting untuk didedahkan kepada guru kerana Satu trend
menarik dalam perkembangan pendidikan di negara-negara
maju ialah pemantapan komuniti pembelajaran profesional
dalam kalangan pendidik sebagai usaha meningkatkan
profesionalisme guru.

Konsep komuniti pembelajaran profesional boleh


didefinisikan sebagai aktiviti-aktiviti kolaboratif antara
pihak sekolah dengan pihak di luar komuniti
sekolah. Sekolah boleh membawa masuk pihak
berkepentingan dari luar sekolah ke dalam bilik darjah untuk
menterjemahkan kurikulum dan penyampaian kurikulum, dan
aktiviti kolaboratif antara pihak berkepentingan dengan pihak
sekolah untuk memantapkan penyampaian pendidikan bagi
meningkatkan pencapaian pelajar.

2. KBAT
Kemahiran berfikir aras tinggi ialah keupayaan untuk
mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam
membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan
masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya
mencipta sesuatu. (KPM,2013) program ini bertujuan
melahirkan modal insan masa hadapan yang mempunyai
pemikiran kreatif, kritis dan inovatif dan Memupuk kemahiran
pemikiran aras tinggi dan mampu berdaya saing. Penguasaan
dalam topik ini akan dapat membantu guru-guru sains yang
terlibat untuk meperkasakan konsep KBAT di kalangan murid
di sekolah. Pembinaan soalan berbentuk KBAT ini dapat
mencungkil idea dan mengembangkan fikiran murid kea rah
yang lebih kreatif dan kritis.

3. KPS & KMS

Pengetahuan mendalam KPS dan KMS ini pula dapat


membantu guru merancang aktiviti P&P di dalam kelas.
Penguasaan guru dalam memahami dan mengenalpasti KPS
dan KMS ini akan memudahkan pelajar menjalankan aktiviti
yang diberikan. Guru juga dalam menilai pelajar dengan cara
yang betul. Semasa kursus ini, guru-guru diminta menjalankan
ujikaji-ujikaji yang melibatkan KPS&KMS dalam kumpulan
kecil. Guru-guru adalah diharapkan dapat mengenalpasti apa
kemahiran yang mereka lakukan dan bagaimana kemahiran itu
dilakukan.

4. IBSE

Pendidikan Sains Berasaskan Inkuiri (Inquiry Base Science


Education, IBSE), merupakan satu elemen penting dalam PnP
sains di dalam dan luar bilik darjah. IBSE menggalakkan murid
untuk meneroka ilmu sendiri berdasarkan pengetahuan sedia
mereka. Guru-guru sains perlu mendalami topik ini supaya
mereka dapat membantu pelajar dalam menyelesaikan satu-
satu hipotesis yang mereka bina. Dalam hal ini guru akan
bertindak sebagai pemudahcara. Murid akan dirangsang untuk
mencari dan meneroka sendiri pengetahuan mereka,
merancang aktiviti dan membuat kesimpulan. Ini sangat
bersesuaian dengan konsep pembelajaran abad ke-21.
5. Penyediaan RPH alaf ke-21

Topik seterusnya adalah penyediaan Rancangan Pelajaran


Harian berdasarkan kurikulum alaf ke-21. Cara penulisan RPH
mengikut kaedah konstraktivisme dipilih. Dalam topik ini
peserta diminta menghasilkan 1 set RPH bercirikan
pemebelajaran abad ke-21 berserta langkah-langkah,
bahan/radas, dan aktiviti-aktiviti berkaitan KPS dan KMS,
serta memasukkan unsur-unsur KBAT secara berkumpulan.
Pada slot akhir kursus akan diadakan pengajaran berkonsep
PLC yang dikendalikan oleh setiap kumpulan dan dinilai oleh
kumpulan lain.

6.0 KAEDAH

Kaedah yang digunakan dalam kursus ini adalah :

Aktiviti
Topik Rasioanal
Pembelajaran
Dapat menggalakkan percambahan idea
Kuliah &
PLC yang dapat menghasilkan dapatan-dapat
Perbincangan
yang bernas dan lebih jitu.
Peserta dapat mengalami sendiri
KPS&KMS Kuliah & Ujikaji suasana P&P seperti yang akan
dijalankan di sekolah
Kuliah & Penerangan perlu diberikan kemudian
IBSE
perbincangan peserta berbincang tentang tajuk
Peserta perlu didedahkan tentang
Kuliah & konsep kemudian mereka akan
KBAT
Perbincangan berbincang dan membentuk soalan-
soalan KBAT
Perbincangan & Peserta berbincang kemudian
RPH
Pembentangan membentangkan hasil kerja
7.0 AKTIVITI

Topik Aktiviti Alasan


Pembelajaran
PLC Kuliah & Kaedah kuliah adalah sangat penting
Perbincangan kerana melaluinya peserta dapat
input-input tentang konsep dan
definasi PLC.
Perbicangan yang dijalankan pula
diharapkan akan dapat memberi idea-
idea baru kepada peserta agar lebih
faham tentang tajuk yang
dibentangkan.
KPS&KMS Kuliah & Ujikaji Untuk topik ini kaedah kuliah jugak
dilakukan pada awalnya untuk
memberi gambaran khusus tentang
topic. Seterusnya peserta menjalan
akativiti ujikaji bagi menguji
kefahaman mereka tentang KPS &
KMS.
IBSE Kuliah & Pada slot ini kaedah kuliah digunakan
perbincangan untuk memberi kefahamana tentang
konsep dan diteruskan kaedah
perbincangan agar peserta lebih faham
aka nisi kandungan slot ini.
KBAT Kuliah & Kaedah kuliah dan perbincangan juga
Perbincangan digunakan pada slot ini. Perbincangan
untuk menhsilkan contoh-contoh
soalan KBAT bagi merangsang
perserta mengeluarkan idea-idea
mereka.
RPH Perbincangan & Dalam slot ini, perbincang dilakukan
Pembentangan terlebih dahulu kemudian diikuti
dengan pembentangan kumpulan.
Pembentangan kumpulan ini
membolehkan peserta menunjukkan
tahap kefahamn peserta untuk semua
topik yang telah dibincangkan.

8.0 BAHAN / SUMBER

Dalam kursus ini peserta dikehendaki membawa computer riba dan broadband
untuk capaian internet yang baik. Sementara bahan dan radas eksperimen
disediakan oleh penganjur.
9.0 KAEDAH PENILAIAN

Terdapat tiga kaedah penilaian yang digunakan untuk melihat keberkesanan


kursus terhadap peserta iaitu:

1. Kerja kumpulan
Peserta akan dinilai secara berkumpulan melalui hasil kerja kumpulan
yang mereka jalankan. Penilaian kumpulan juga dilihat semasa peserta
menjalankan eksperimen-eksperimen yang ditugaskan kepada mereka.

2. Hasil kerja individu


Peserta juga dinilai secara individu melalui kaedah pemerhatian.
Setiap peserta akan diperhatikan sepanjang menjalan aktiviti dalam
kursus ini. Peserta akan dinilai juga melalui perbincangan-
perbincangan terbuka pada setiap slot.

3. Hasil Kerja (RPH)


Selain dari pada secara individu dan kumpulan, penilaian terhadap
peserta juga dinilai melalui hasil kerja mereka yang paling utama iaitu
penyediaan RPH yang mengadungi semua aspek yang telah
dibincangkan sepanjang kursus.

10.0 LATIHAN

Latihan seringkali dikaitkan dengan proses pembangunan sumber tenaga


manusia dalam sesebuah organisasi. Latihan sangat berguna untuk
meningkatkan prestasi pekerja sekarang dan di masa depan. Ia juga merupakan
satu proses membentuk dan meningkatkan kemah iran seseorang pekerja
berkaitan prestasi kerjanya (Blum dan Naylor 1968; Nadler 1970; Patrick
1992; Wills 1993; Stoner dan Wankel 1994; Mondy dan Noe 1996).
11.0 PENILAIAN KURSUS
Kejayaan kursus ini dapat dinilai melalui kaedah iaitu:
1. Senarai semak dan borang maklum balas peserta
2. Hasil Kerja Peserta
3. Maklum balas peserta setelah kembali ke IPG masing-masing

12.0 PENUTUP
Perancangan adalah merupakan aspek yang sangat peting dalam merangka
sesuatu kursus untuk pelajar. Isi kandungan perlulah bersesuaian dengan
peserta sasaran. Aktiviti yang dijalankan juga perlu selaras dengan
kehendak dan objektif yang diharapkan.

Anda mungkin juga menyukai