Tarikh: 30.12.2014
Kehadiran:
2. En Jamal Adenan
3. En Burhan Md Yusof
4. En Zulkeflee Rahmat
5. Pn Azizah Bt Osman
6. Pn Maryati Salim
BIL
PERKARA
1.
PERUTUSAN PENGERUSI
Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru Bahasa Melayu kerana dapat meluangkan masa
menghadiri mesyuarat ini.
2.
Minit menyuarat yang lalu dicadangkan untuk disahkan oleh Pn Azizah Osman dan pengesahan disokong oleh
En Ahmad Salleh Bin Suraimi.
3.
PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1: Pn Hjh Fazidah telah mengemukakan pendapat tentang sama ada Kelas Malam perlu diteruskan atau tidak,
bahawa pada pendapat beliau seperti sekolah-sekoah lain ia boleh dijalankan pada waktu siang seperti selepas
sesi pembelajaran harian. Menurut pengerusi ,menjalankan kelas tambahan malam sememangnya bukanlah
sesuatu yang mudah. En Zulkeflee menyatakan akan berbincang kemudian dengan Guru Besar,Penolong Kanan
1 dan semua ketua panitia bagi menentukan jadual. Justeru keputusan perkara tersebut akan dibuat kemudian.
Tindakan: AJK Panitia
3.2. Pengerusi bertanyakan sama ada penyedia soalan bagi Ujian Dalaman ditentukan kemudian atau dalam
mesyuarat kali ini. PnHjh Fazidah mencadangkan ia ditentukan dalam mesyuarat ini. Cadangan tersebut
disokong oleh sebulat suara. Akhirnya telah disetujui penyedia soalan adalah seperti berikut:
Ujian 1 Ujian 2
4.
4.1.1Pengerusi menyatakan keputusan 4.1.- UPSR 2014 adalah antara keputusan yang terbaik pernah
dicatatkan,dimana Pemahaman mencapai kelulusan 98.33% dengan GPS 1.70 dan Penulisan pula 95% dengan
GPS 1.48. Ribuan terima kasih kepada guru-guru yang telah mengajar calon-calon tersebut sejak Tahun 1
hingga Tahun 6.
4.1.2- Bagi tahun 2015 TOV ialah Pemahaman ialah 94.9%, manakala Penulisan 84.8%. Encik Zakariah Bahari
mencadangkan sasaran UPSR 2015 bagi kedua-dua kertas peperiksaan adalah Pemahaman 100%, dan Penulisan
juga 100%. Cadangan ini disokong oleh En Zulkeflee dan sebulat suara.
a. Program 3P
4.2. SUKATAN PELAJARAN- Pengerusi menjelaskan bahawa guru-guru perlu menyediakan sukatan
pelajaran, Huraian sukatan atau DSKP, atau rancangan tahunan. Bagi tahun 1-5 hendaklah mengikut sukatan
pelajaran KSSR manakala bagi tahun enam masih menggunakan sistem lama. Contoh Rancangan Pelajaran
Harian diedarkan kepada guru khasnya bagi tahun 1-5.
4.3. KSSR-Pengerusi menjelaskan KSSR menitikberatkan kemahiran mendengar, bertutur, membaca, menulis,
aspek seni bahasa dan tatabahasa. Semua kemahiran ini akan dicatatkan dalam borang ofline mengikut band 1
hingga band 6. Juga,usah fokus kepada kemahiran menulis,tetapi merangkumi semua kemahiran yang ada dalam
sistem KSSR. Oleh itu setiap hari harus dibuat satu kemahiran dan boleh juga digabungjalinkan. Selain itu
dalam KSSR juga perlu diwujudkan kumpulan dalam kelas supaya aktiviti kumpulan semasa PdP akan
menyebabkan pembelajaran lebih menarik minat pelajar contohnya aktiviti didik hibur.
Tindakan: Semua Guru BM
4.4. ITHINK dan KBAT- Pengerusi berharap Ithink dan KBAT diutamakan dalam PdP yang dijalankan
sebagaimana yang telah dijelaskan dalam LDP dan kursus-kursus anjuran jabatan. Dalam program Ithink, peta
pemikiran dilukis oleh pelajar untuk mencambahkan minda, dan peta pemikiran ini tidak perlu ditanda,hanya
untuk dipantau,bahawa pelajar telah menggunakan carta tersebut untuk pembelajaran mereka.
4.5. BUKU AKTIVITI- Buku aktiviti bagi Tahap 1,adalah seperti yang diberi oleh pihak kementerian manakala
bagi Tahap 2, buku yang dipilih adalah Sasbadi memandangan ia benar-benar selaras dengan silibus KSSR dan
latihan-latihan yang diberi juga berkualiti.
4.6. SUDUT PANITIA- Pengerusi berharap guru-guru Bahasa Melayu dapat menampal dan menghias sudut
Bahasa Melayu di kelas yang diajar dengan bahan-bahan terbaru. Sementara bagi papan kenyataan bagi laluan
gajah menyusu adalah tanggungjawab ketua panitia.
Pn Maryati berharap jika ada terdapat pelajar yang menghadapi masalah membaca dan menulis, harap dihantar
ke kelas pemulihan.
Pn Azizah Osman menyatakan analisis untuk Tahun 1 2014 Literasi Bahasa Melayu Saringan 1 kelulusan
40.90%,dan Saringan 2 80%. Bagi Tahun 2, Saringan 1 85.40%, dan Saringan 2 93.90%. Bagi Literasi Bahasa
Melayu tahun 3, peratus menguasai Saringan 1 sebanyak 94%, dan untuk Saringan 2 telah mencapai sasaran
100%. Bagi tahun 2015 beliau berharap peratus menguasai juga mencapai sasaran 100%. Ini bermakna TOV
pelajar tahun3 2015 adalah sebanyak 93.90% .
5.
HAL-HAL LAIN
5.1. Pengerusi berharap guru-guru yang memerlukan alat-alat bantu mengajar dan buku-buku dapat
memberitahu beliau, agar dapat dibeli dengan kadar yang segera,namun peruntukan biasanya bermula bulan
Mac. Peruntukan untuk Bahasa Melayu adalah lebih kurang RM200 sahaja.
5.2 Pengerusi juga menyatakan Program MBM/MBI juga akan diteruskan sebagaimana yang diarahkan.
6.
PENUTUP
Ucapan penangguhan oleh En Zakariah Bahari. Beliau bagi pihak pentadbir mengucapkan jutaan terima kasih
dan tahniah kepada Panitia Bahasa Melayu atas kejayaan yang dicapai dalam UPSR 2014. Beliau berharap
kejayaan ini dapat dikekalkan dan dipertingkatkan lagi dalam UPSR 2015.
..................................... ...........................