Anda di halaman 1dari 12

1.

PERPADUAN
a. Kempen Bulan Bahasa Kebangsaan dapat memupuk perpaduan
dalam kalangan murid di sekolah. Huraikan.

Bulan Bahasa Kebangsaan merupakan suatu program yang memfokuskan


kempen cintai bahasa Melayu yang dipelopori penganjurannya oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka. Tujuan utama pelaksanaan program ini adalah untuk mendidik masyarakat
berbilang bangsa khususnya di Malaysia agar dapat menyemarakkan dan seterusnya
memartabatkan bahasa kebangsaan negara tersebut dalam pelbagai aspek dan bidang
yang boleh memaju ke arah kelestarian bahasa Melayu sebagai bahasa kelas dunia
yang praktikal dan realistik. Adakah kempen ini dapat memupuk perpadauan dalam
kalangan murid di sekolah? Ya, kempen ini dapat memupuk perpaduan dalam kalangan
murid di sekolah.

Merujuk kepada Penyata Razak dan Laporan Rahman Talib, penekanan telah
diberikan kepada sistem persekolahan yang sama; bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar dan kurikulum sekolah yang sama dan bercorak kebangsaan. Jelaslah
bahawa sistem pendidikan negara merupakan satu kaedah untuk mengekalkan
perpaduan dalam kalangan kaum. Selain itu, penekanan kepada sikap berbangga
menjadi warganegara Malaysia perlu diterapkan dalam jiwa pelajar. Hal ini boleh
dilakukan melalui pelbagai pertandingan, sambutan bulan kemerdekaan, dan hari
patriotik.

b. Peribahasa Serumpun bak serai, sesusun bak sirih bertujuan


untuk memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Bincangkan.

Serumpun bak serai, sesusun bak sirih merupakan peribahasa yang


menceritakan suasana hidup bermasyarakat. Peribahasa ini melambanngkan
masyarakat yang sentiasa bekerjasama dalam segala amalan mereka.
Amalan ini membolehkan tugasan yang berat akan menjadi ringan.
Contohnya, sekiranya kita bergotong-royong semasa mengadakan majlis
perkahwinan atau membersihkan kawasan kejiranan, kerja tersebut akan
diselesaikan dengan cepat dan mudah.

Amalan ini juga dapat menghapuskan sikap individualistik dalam diri


individu. Sikap ini akan hilang kerana segala kerja tidak dilakukan secara
bersendirian, sebaliknya secara kerjasama.

Pegangan ini secara tidak langsung dapat mendidik masyarakat agar saling
menghormati antara satu sama lain. Setiap orang tidak hanya memikirkan
kepentingan diri, tetapi kemaslahatan semua.

Penghayatan peribahasa ini melahirkan sikap saling bermuafakat. Hal ini


akan mewujudkan suasana masyarakat yang aman dan damai kerana masing-
masing akan memberikan bantuan kepada individu yang memerlukan.

Oleh itu, untuk hidup bermasyarakat, peribahasa ini patut dijadikan


sebagai pegangan oleh setiap individu. Dengan cara ini, barulah kita dapat hidup
dengan penuh sejahtera.

c. Dalam usaha memupuk perpaduan kaum pelbagai kempen telah


dilaksanakan oleh pihak kerajaan namun kurang berkesan. Beri pendapat
anda.

2. KESIHATAN DAN KEBERSIHAN


a. Cuaca yang panas telah menyebabkan gejala strok haba. Huraikan
langkah-langkah pencegahan wabak ini.

b. Salah satu faktor penyakit demam denggi berleluasa adalah disebabkan


sikap individu sendiri. Bincangkan.
Penularan wabak penyakit dikaitkan sebagai merebaknya sesuatu
penyakit dalam kalangan masyarakat sehingga menimbulkan
kegawatan yang melampau pula. Wabak penyakit yang sering
melanda negara ini meliputi penyakit taun, malaria, denggi dan
selesema babi yang mengorbankan nyawa penduduk Malaysia.
Masalah wabak ini sering mendapat liputan pihak media massa dan
pelbagai pihak mula menuding jari dalam usaha menyalahkan satu
sama lain. Sebenarnya, wabak penyakit ini merebak disebabkan oleh
sikap masyarakat yang tidak mengutamakan aspek kesihatan dalam
kehidupan harian mereka.

Amalan negatif masyarakat kita yang menyebabkan penyebaran


wabak penyakit dikaitkan dengan sikap masyarakat yang tidak
membersihkan kawasan persekitaran kediaman mereka. Ada pihak
yang membiarkan sahaja kawasan longkang mereka bertakung untuk
beberapa bulan sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes
yang berbahaya itu. Pembiakan nyamuk ini telah membawa
penyebaran demam denggi yang boleh meragut nyawa manusia
apabila tidak menerima rawatan segera itu. Akibatnya, wabak
penyakit seperti demam denggi akan terus merebak kerana
masyarakat kita tidak membersihkan kawasan persekitaran
kediaman mereka tersebut.

Selain itu, sikap sebahagian kecil ahli masyarakat yang hanya


membersihkan kawasan rumah mereka sedangkan kawasan
berhampiran kotor turut menyumbang merebaknya penyakit di
Malaysia. Mereka begitu serius membersihkan halaman rumah dan
memastikan tidak ada sebarang tempat yang boleh menjadi
pembiakan vektor penyakit tanpa menyedari kawasan taman
permainan dan kawasan balai serba guna begitu kotor. Peribahasa
kerana seekor kerbau membawa lumpur habis terpalit semuanya
telah menyebabkan kesilapan seorang di kawasan kejiranan telah
membawa musibah kepada semua penduduk pula. Sesungguhnya,
wabak penyakit tidak akan berlaku apabila semua pihak memahami
tugas mereka dalam memastikan kebersihan kawasan satu
keutamaan penting.

Bukan sahaja keengganan menjaga kawasan persekitaran dan


kediaman menjadi bersih yang mendorong penularan penyakit tetapi
amalan membuang sampah merata-rata atau bukan ke dalam tong
sampah telah menjadi kemelut ini meruncing. Sikap buruk ini
menyukarkan pihak majlis perbandaran untuk mengutip sampah lalu
menjadikan kawasan persekitaran lebih bersih begitu sukar. Apabila
perkara ini berlanjutan sudah pasti terdapat longgokan sampah di
kawasan perumahan yang menjadi tempat pembiakan tikus dan lalat
yang menyebarkan wabak penyakit itu. Jelaslah, sikap membuang
sampah tanpa kawalan ini menyebabkan negara kita terus
mengalami pelbagai jenis wabak penyakit yang berbahaya.

Kekurangan ilmu kesihatan atau maklumat tentang penyakit turut


menjadikan risiko penyebaran penyakit di negara ini terus meningkat
saban tahun. Penduduk negara ini seolah-olah tidak mahu
memahami amaran yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tentang
sesuatu penyakit yang melanda negara. Golongan sebegini
berpendapat mereka tidak akan menerima penyakit berbahaya itu
kerana tidak memahami kesan atau cara penyakit tertentu berjangkit
kepada orang lain. Sikap tidak peduli masyarakat ini bolehlah
disamakan dengan peribahasa sudah terhantuk baru tengadah
kerana hanya mengambil langkah pencegahan setelah penyakit itu
merebak atau berlaku dalam kalangan keluarga sendiri.
Penyebaran wabak penyakit di Malaysia boleh disebabkan oleh sikap
pengusaha premis makanan yang mengabaikan aspek kebersihan
terutamanya dalam penyediaan makanan. Mereka tidak memastikan
pekerja sihat dan bersih serta kawasan premis makanan mereka
dibiarkan begitu sahaja sehingga menjadi tempat pembiakan
pelbagai jenis virus penyakit berbahaya. Kejadian keracunan
makanan kerap berlaku di kawasan premis makanan bersama-sama
wabak taun kerana semua ini dikaitkan dengan tahap kebersihan
yang rendah. Ringkasnya, penyakit berjangkit akan berlaku selagi
pihak pengusaha makanan tidak mahu berubah sikap dan
mengambil tindakan yang sewajarnya dalam penyediaan makanan
mereka.

Kesimpulannya, wabak penyakit berlaku akibat kesilapan manusia


sendiri dalam menjalani kehidupan harian mereka. Jika kita masih
enggan mengakui perkara ini semakin mudahlah masyarakat kita
dilanda pelbagai wabak penyakit pada masa depan. Pihak kerajaan
hendaklah mengambil langkah tegas dalam mengekang penularan
wabak penyakit tanpa kompromi itu. Bak kata pepatah hendak seribu
daya tak hendak seribu dalih yang menekankan pentingnya usaha
gigih kerajaan dalam menyelesaikan kemelut ini.

c. Dadah Musuh Nombor 1 Negara. Namun masih ramai individu yang


terperangkap dengan gejala dadah. Beri pendapat anda.
Penyalahgunaan dadah sememangnya suatu perkara yang
membimbangkan kerana pada masa ini banyak remaja dan belia
terjerumus dengan najis dadah. Sekali mereka sudah terjerumus amat
sukar untuk berhenti daripadanya. Ini adalah kerana dadah menyebabkan
seseorang berasa tertagih.

Antara faktor perdana yang menyumbang fenomena ini berlaku


ialah institusi kekeluargaan yang goyah dan rapuh. Sebenarnya keluarga
merupakan satu unit penting dalam masyarakat yang memainkan peranan
dalam bertindak dan menjaga kebajikan anggotanya. Kendatipun,
masyarakat kini lebih bersikap meterialistik dan individualistik bagai enau
dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Akibat terlalu
taksubakan kebendaan, maka silaturrahim antara keluarga menjadi
semakin longgar dan renggang, Bagi ibu bapa yang bekerjaya pula,
mereka lebih mementingkandan mencintai harta kekayaan berbanding
darah daging mereka sendiri. Memang tidak dapat dinafikan bahawa
wang kini menjadi rebutan utama manusia, namun tanggungjawab
terhadap anak-anak tidak boleh diabaikan begitu sahaja. Ingatlah anak-
anak merupakan anugerah Allah. Mereka ibarat kain putih, dan ibu
bapalah yang mencorakkanya.

Selain itu, kurangnya didikan agama serta kurangnya penerapan


moral dalam diri remaja boleh dikaitkan dengan realiti keadaan kini. Asas
keagamaan amatlah penting kerana ianya merupakan pedoman dan
benteng kukuh dalam mengharungi dunia yang penuh dengan pancaroba.
Namun, penerapan ini perlulah dipupuk sejak remaja di bangku sekolah
lagi. Bak kata pepatah 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'.
Seandainya hal ini tidak diambil inisiatif, maka remaja akan hidup
terumbang-ambing disebabkan tiada pegangan hidup. Terpulanglah
kepada nasib mereka sama ada menjadi insan yang bertauliah dan
berbakti kepada negara atau karam ditengah lautan api yang meranapkan
negara.

Kerajaan telah membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk


mengatasi gejala dadah. Kita telah membina infrastruktur yang serba
lengkap, termasuk kemudahan hospital dan 28 pusat serenti di seluruh
negara. Kita telah menggubal antara undang-undang anti-dadah yang
paling berat di dunia. Kita juga telah mendirikan agensi- agensi kerajaan
yang diberi tanggungjawab dan kuasa penuh untuk menangani masalah
dadah.

Walaupun begitu, usaha-usaha kita belum membuahkan hasil yang


memuaskan. Bilangan penagih dadah semakin ramai. Kini kita
berhadapan dengan dadah-dadah sintetik baru yang lebih merbahaya,
dan kejadian-kejadian lain seperti penyalahgunaan ubat batuk dan aktiviti
menghidu glu. Dalam pada itu, usaha-usaha rawatan dan pemulihan
penagih dadah tidak berjaya seperti yang diharapkan. Kadar penagih
yang telah mula menagih dadah semula selepas melalui rawatan dan
pemulihan begitu tinggi (dianggarkan sekitar 70 peratus oleh badan-
badan N.G.O.), walaupun kita sudah mempunyai pengalaman kira-kira 30
tahun dalam usaha rawatan seperti ini.

Masyarakat juga perlu merubah pemikiran mereka tentang dadah.


Masalah penyalahgunaan dadah adalah masalah bersama, dan bukan
masalah pihak berkuasa semata- mata. Sesungguhnya, masalah dadah
tidak mengenal batasan politik, agama, bangsa, sosial dan kebudayaan.
Ini bermakna perjuangan memerangi dadah memerlukan penglibatan
secara total. Oleh itu, semua pihak perlu berkongsi tanggungjawab dan
kumpulan yang akan berusaha membasmi dadah perlu diperbesarkan.
Antara lain, kita harus lebih melibatkan badan-badan bukan kerajaan
dalam usaha ini, dan mempertingkatkan lagi hubungan kerjasama antara
pihak berkuasa dan pelbagai badan bukan kerajaan yang terbabit.

Pemimpin-pemimpin masyarakat yang lain, termasuk ketua-ketua


kampung dan para guru, akan turut bersama di dalam usaha ini.
Sebenarnya, pendidikan adalah salah satu mekanisme terbaik dalam
menangani masalah ini. Kalau dilihat daripada profil penagih yang
dikesan, 72 peratus daripada mereka hanya mendapat pendidikan
sehingga tingkatan tiga. Sekiranya kita mempertingkatkan pendidikan di
kalangan anak-anak muda, baik dari segi pendidikan khusus mengenai
dadah mahupun pendidikan am, kita akan dapat mengawal gejala ini
dengan lebih baik.

Semua pihak perlu melibatkan diri dalam usaha menangani gejala


dadah. Apa yang diperlukan ialah penjagaan yang berterusan dalam hal
ini. Sekiranya terdapat kelemahan dalam mana-mana aspek pencegahan
atau rawatan, maka akan lemahlah seluruh usaha kita untuk
membendung dadah.

Konklusinya pendekatan yang strategik, menyeluruh dan


bersepadu perlu diambil dalam memerangi dadah. Semua agensi, badan
bukan kerajaan dan pihak-pihak yang lain haruslah bekerjasama dan
menyelaras usaha-usaha mereka. Idea-idea baru perlu difikirkan untuk
memberi nafas segar kepada usaha-usaha kita. Pihak kementerian dalam
negeri sendiri sedang berusaha untuk melaksanakan beberapa program
baru, termasuk menjadikan pusat serenti sebagai anak angkat kepada
institusi pengajian tinggi (I.P.T.); menempatkan penagih (yang berada di
fasa pra-pembebasan) di sektor swasta, seperti di kilang-kilang;
mengadakan program khidmat masyarakat oleh penghuni pusat serenti;
menerokai modul rawatan yang baru, dan lain-lain lagi.

3. KEKELUARGAAN
a. Amalan menziarahi dapat mengeratkan hubungan silaturahim. Huraikan.
Amalan ziarah-menziarahi atau kunjung mengunjungi memberi manfaat
yang amat besar. Amalan ziarah membolehkan yang jauh menjadi dekat,
yang renggang menjadi rapat, yang bersengketa menjadi damai dan
sebagainya. Maka dengan amalan ziarah akan terbentuklah satu ikatan
kasih sayang yang dapat mengeratkan sesama insan serta mengeratkan
hubungan silaturahim. Dengan hubungan silaturahim ini kita akan dapat
saling kenal-mengenali antara satu sama lain, hormat-menghormati,
saling kerjasama dan faham-memahami sesama kita.

b. Kesibukan ibu bapa dewasa ini mengakibatkan gejala sosial makin


meningkat. Bincangkan.
Pengenalan

gejala sosial semakin serius dalam kalangan remaja - berpunca dari beberapa
faktor tetapi ibu bapa dikatakan sebagai penyebab utama berlakunya masalah ini

Isi - isi

ibu bapa tidak menghiraukan anak-anak remaja - menganggap mereka sudah


besar - mampu berdikari - tidak mempedulikan ke mana anak pergi/berada,
dengan siapa anak berkawan dan apa yang anak lakukan di luar rumah
ibu bapa terlalu sibuk dengan pelbagai urusan - mementingkan kebendaan -
sibuk kejar harta dan wang ringgit hingga anak-anak terabai - mereka akan rasa
disisihkan
ibu bapa tidak memberikan kasih sayang yang sempurna kepada anak-anak -
kurang belaian mesra - hubungan antara anak dan ibu bapa renggang
ibu bapa tidak memberi didikan agama dan moral yang cukup kepada anak-anak
- anak-anak tidak diasuh untuk hidup mengikut batas agama dan norma moral
rumah tangga yang porak-peranda menyebabkan anak-anak tidak selesa di
rumah - lebih suka bergaul dengan rakan-rakan - terpengaruh dengan aktiviti-
aktiviti yang tidak sihat

Penutup

semuanya berakar umbi dari rumah - ibu bapa mesti mengambil berat terhadap
anak-anak terutamanya remaja - bukan setakat menyiapkan pakaian, tempat
tinggal dan makan minum - perlu fikirkan perasaan mereka
c. Aplikasi sosial abad ini telah menyumbang kepada keretakan institusi
keluarga. Beri pendapat anda.

KINI,PELBAGAI LAMAN WEB RANGKAIAN SOSIAL TELAH WUJUD


HASIL PERKEMBANGAN PESAT DUNIA INTERNET.HURAIKAN KESAN-
KESAN NEGATIF YANG TIMBUL DAN LANGKAH-LANGKAH
MENANGANINYA.
Penggunaan internet dalam kalangan masyarakat dunia semakin
meningkat dengan pesat dan seterusnya mula mengubah cara hidup
mereka.Kini,terdapat pelbagai kemudahan perkhidmatan rangkaian
jalur lebar bagi memudahkan akses kepada internet seperti yang
rancak dipromosikan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi dan
Peyelia Perkhidmatan Internet (ISP).Menurut penyelidikan yang
dibuat oleh IDC Research,pengguna internet di Malaysia telah
menjangkau 16 juta orang dan angka tersebut dijangka akan
melonjak ke 20.4 juta orang pada tahun 2012.Penyertaan dalam
pelbagai rangkaian sosial di internet telah menular sehingga
menjadi satu budaya dan santapan harian bagi sebahagian besar
pengguna internet di seluruh dunia.Laman web aplikasi sosial
bercambah sehingga mula mendominasi carta dari segi jumlah
pelawat yang melayari alam siber dan dunia komunikasi
maya.Sehingga kini,terdapat 170 rangkaian sosial interaktif dan
aktif digunakan di seluruh dunia seperti
Facebook,Twitter,Friendster,Myspace,Tagged,dan
sebagainya.Kewujudan pelbagai laman web rangkaian sosial ini
membawa banyak kebaikan terutamanya dari segi interaksi sosial
kita dengan orang lain.
Namun begitu,kemunculan pelbagai laman web rangkaian sosial
ini juga ada keburukannya. Laman web rangkaian sosial ini dapat
melalaikan pelawatnya sehingga melupakan tanggungjawab mereka
yang lain.Hal ini dapat menyebabkan keruntuhan institusi
keluarga.Kita sering terbaca kisah suri rumahtangga yang terlalu
asyik melayari laman web seperti facebook sehingga
menggabaikan tugas mereka di rumah.Ada juga kes apabila si ibu
tidak menyedari bahawa anaknya mendapat kemalangan kerana asyik
melayari laman web rangkaian sosial.Ibu bapa yang sibuk bekerja
pula sering meninggalkan anak-anak di rumah.Anak-anak ini pula
selalunya akan melayari laman web rangkaian sosial untuk mengisi
kesunyian mereka.Lama-kelamaan ,anak-anak akan lebih banyak
meluangkan masa bersosial di internet berbanding bersama
keluarga.Hal ini akan menyebabkan hubungan kekeluargaan menjadi
renggang akibat kurangnya interaksi antara ibu bapa dan anak-
anak.

4. SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI


a. Jerebu merupakan fenomena alam yang sukar diatasi akibat sikap
manusia yang tidak bertanggungjawab. Huraikan.

b. Bahan digital dalam pengajaran dan pembelajaran dapat mewujudkan


suasana pembelajaran yang kondusif. Bincangkan.
c. Inovasi teknologi komunikasi memberikan implikasi positif, namun jika
disalahgunakan akan mendatangkan implikasi negatif kepada individu.
Bersetujukah anda dengan pernyataan ini.
5. PATRIOTISME, KEWARGANEGARAAN DAN JATI DIRI
a. Bagaimankah slogan Sehati Sejiwa yang diuar-uarkan oleh pihak
kerajaan dapat memupuk nilai patriotisme masyarakat Malaysia.
b. Untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang harmonis, semangat
kekitaan wajar menjadi amalan seharian. Bincangkan.
c. Semangat daya saing yang sihat menjadi asas kejayaan kepada murid.
Beri pendapat anda.
6. PENDIDIKAN
a. Prasarana pendidikan yang disediakan di Negara ini membantu
meningkatkan kecemerlangan dalam kalangan murid.
b. Kecemerlangan bukan sahaja berlandaskan akademik tetapi pemantapan
dari sudut kerohanian. Bincangkan.
c. Institusi kekeluargaan yang kukuh menyokong kecemerlangan akademik.
Huriakan.