Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Secara amnya kajian tindakan merujuk kepada penyelidikan ke atas amalan oleh pengamal,
baik secara individu mahupun bersama pengamal lain bertujuan untuk mengubah dan
menambah baik amalan sedia ada. McNiff (1988) mentafsirkan kajian tindakan sebagai satu
pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan
dengan menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri.
seterusnya menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk mengubahnya.
Dalam bidang pendidikan, pengamal boleh terdiri daripada seorang guru, pentadbir atau
seseorang kaunselor sekolah, atau individu lain yang terlibat dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Walau bagaimanapun, lazimnya kajian tindakan merujuk kepada penyelidikan
yang dijalankan oleh guru untuk memperbaiki amalan dalam pengajaran dan pembelajaran,
Fauziah Bt Mat (2003). Misalnya, guru boleh menyelidik kaedah pengajaran dan bahan
pengajaran yang digunakannya untuk meningkatkan lagi keberkesanan pengajarannya.
Sejarah merupakan mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua murid dalam
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mulai tahun empat di tahap dua sekolah
rendah. Objektifnya adalah untuk menyemai kefahaman terhadap mata pelajaran Sejarah sejak
sekolah rendah. Hal ini kerana melalui pengetahuan dan kefahaman terhadap aspek sejarah
negaralah yang mampu melahirkan murid yang berjiwa patriotik.
Melalui kurikulum Sejarah, murid diberi pendedahan untuk mengkaji dan menilai fakta
sejarah secara matang. Jika sebelum ini, aspek Sejarah hanya diselitkan dalam mata pelajaran
Kajian Tempatan yang diajar pada tahap dua. Akan tetapi, murid sekolah rendah kini telah
diberi pengenalan yang berfokus terhadap subjek Sejarah yang pastinya mampu memupuk
minat terhadap nilai Sejarah itu sendiri.
Penggunaan akronim telah menjadi sinonim dengan dunia pendidikan dewasa ini.
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), akronim ialah kependekan yang terbentuk daripada
gabungan huruf-huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yang boleh diujarkan
sebagai satu perkataan. Akronim mula digunakan seawal abad pertama. Christy Rakoczy (n.d.)
telah memberikan contoh penggunaan AM dan PM yang mana setiap satunya mewakili waktu
sebelum tengahari dan selepas tengahari.
1
Guru-guru telah mula menggunakan akronim dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
samada secara formal atau tidak formal dalam usaha untuk meningkatkan keupayaan
mengingat murid. Azri Aziz (1994) telah menjelaskan bahawa kebiasaannya, kita mengingat
maklumat dengan membaca berulang-ulang kali supaya akiviti ini dapat meninggalkan kesan
ingatan yang kukuh.
1.2 Konteks
Penyelidik adalah pelatih guru di Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Pulau
Pinang. Selain itu, penyelidik adalah daripada tujuh Pismp Sejarah yang menuntut di Institut
Pendidikan Guru Tuanku Bainun. Pada praktikum kali ini iaitu fasa 3, penyelidik harus menjalani
praktikum selama tiga bulan di Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya 1. Pengalaman mengajar
penyelidik boleh dikatakan lama kerana telah didedahkan dengan dua fasa praktikum sebelum
ini. Penyelidik adalah daripada opsyen Sejarah dan minor ialah Pendidikan Jasmani serta
Pendidikan Moral. Penyelidik telah melihat pelbagai masalah yang timbul apabila mengajar
sejarah pada praktikum sebelum ini.
Sebagai makluman, Sekolah Seberang Jaya adalah terletak di kawasan taman Siakap
yang mana dikategorikan sebagai kawasan bandar. Kebanyakan murid di sekolah ini datangnya
dari keluarga yang berpengaruh dan berada . Di samping itu, kelas 5 Cekap terdiri daripada 16
orang murid di mana lapan orang daripada 16 murid kurang mahir dari segi membaca dan
menulis dengan baik. Kelas ini terdiri daripada 11 lelaki dan 5 perempuan. Murid kelas ini
semuanya sebaya iaitu berumur 11 tahun.
2
1.3 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
Penyelidik juga dapati bahawa murid- murid menunjukkan reaksi kurang berminat untuk
belajar Sejarah. Malah, murid- murid mengakui bahawa mereka merasakan subjek Sejarah
adalah susah apabila menuntut murid mengingat banyak fakta menggunakan memori otaknya.
Menurut Sharifah Alwiyah (1986), memori bermaksud suatu proses mental yang menekankan
pengalaman yang bermakna, menyimpan dan mengeluarkan kembali pengalaman tersebut
ketika diperlukan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Perkara ini sudah tentu menjadi
beban kepada responden kerana melibatkan banyak peringkat iaitu peringkat rakaman,
peringkat penyimpanan dan peringkat mengingat kembali. Keadaan ini amat merisaukan
penyelidik. Oleh itu, penyelidik harus mengenalpasti satu pendekatan yang sesuai dalam
tempoh segera. Di samping itu, penyelidik juga mengharapkan murid- murid gembira sepanjang
sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Apa yang menjadi fokus utama penyelidik
adalah, murid mengingat fakta-fakta yang penting.
Berdasarkan pemerhatian penyelidik, murid- murid Tahun 5 Cekap keliru dan tidak boleh
membezakan antara gelaran pemerintah di Asia. Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran yang
telah dirangka oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, di akhir pembelajaran murid-murid akan
dapat membezakan gelaran pemerintah dan menyatakan negara-negara di Asia yang
mempunyai raja. Contohnya, gelaran Raja di Thailand dianggap sama dengan gelaran
Maharaja di Jepun. Semasa penyelidik mengajar tajuk ini, penyelidik dapati bahawa murid-
murid gembira dan seronok sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung, ini
3
mungkin disebabkan oleh penggunaan ICT dalam pembelajaran. Menurut Ab. Rahim Selamat
(2000), murid-murid amat tertarik dengan gambar dan video dalam pembelajaran ICT ini.
Sebagai makluman, sepanjang mengajar topik ini, penyelidik banyak menggunakan video dan
pembentangan powerpoint bergambar bertujuan untuk menarik minat murid- murid.
Di setiap akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, penyelidik telah bertanya beberapa
soalan bagi mendapatkan tahap pemahaman murid dan menilai pencapaian objektif. Hasil dari
soalan yang penyelidik utarakan, murid- murid dapat menjawab dengan betul. Ini bermakna sesi
pengajaran dan pembelajaran pada hari itu telah berjaya dan telah mencapai objektif. Pada
keesokan harinya, penyelidik telah bertanya soalan yang sama kepada murid- murid. Namun
apa yang mendukacitakan penyelidik ialah, murid- murid tidak dapat menjawab soalan yang
diutarakan dengan tepat. Ada antara murid- murid menjawab tidak tahu, tak ingat, malah ada
antara murid yang menundukkan kepala, tidak kurang juga yang menggeleng kepala.
Selebihnya membisu. Perkara ini tidak menghairankan penyelidik kerana sebagai manusia
biasa, kita tidak dapat lari daripada mengalami masalah lupa. Lupaan boleh difaham sebagai
kegagalan kita untuk mengingat kembali apa yang telah kita alami atau pelajari, sama ada
untuk sementara waktu sahaja atau untuk selama-lamanya. (Ee Ah Meng, 1997). Perkara
seumpama ini mungkin akan kerap berlaku jika penyelidik tidak berupaya mencari kaedah yang
sesuai kepada murid dalam proses mengingat fakta.
Situasi ini sebenarnya amat menyedihkan penyelidik. Mengapa murid- murid tidak boleh
mengingat isi kandungan pelajaran lepas? Apakah punca murid-murid tidak dapat mengingat
fakta- fakta yang telah dipelajari? Apakah yang dapat penyelidik lakukan untuk membantu
murid- murid menangani masalah ini? Bagaimanakah caranya untuk penyelidik membantu
murid- murid menangani masalah lupa fakta ini? Apakah cara dan strategi yang sesuai yang
boleh diaplikasikan kepada murid- murid? Sejauh manakah tindakan yang diambil dapat
menangani masalah ini? Adakah tingkah laku murid- murid akan berubah setelah tindakan yang
dirancang dilaksanakan? Hal ini berlaku berulang kali sehinggakan penyelidik merasakan,
penyelidik sangat perlu mencari satu alternatif baru untuk membantu murid- murid dengan
segera. Berdasarkan masalah yang dihadapi, penyelidik merasakan kaedah akronim
merupakan kaedah yang sesuai setelah kaedah lain juga turut digunakan oleh penyelidik.
Tambahan pula, Ee Ah Meng (1997) di dalam bukunya telah mencadangkan cara yang boleh
digunakan untuk meningkatkan ingatan adalah kaedah akronim.
4
1.4 Pengumpulan Data Awal
Penyelidik telah mengajar topik Institusi Raja dalam Minggu kedua dan Minggu ketiga. Ekoran
daripada wujudnya masalah dalam pengajaran dan pembelajaran, maka penyelidik telah
menjalankan tinjauan awal. Perkara ini adalah untuk mengumpul data bagi mencari punca
kepada masalah ini khususnya yang disebabkan oleh kelemahan penyelidik dalam pengajaran
dan pembelajaran. Selepas mengajar tajuk 3 ini, apa yang dapat penyelidik simpulkan ialah
murid- murid tidak dapat menjawab soalan disebabkan tidak mengingati fakta- fakta atau isi
kandungan pelajaran yang lepas serta kurang berkeyakinan sewaktu menjawab soalan yang
penyelidik utarakan. Mengikut Erikson (2002), lupaan merupakan satu motif di mana maklumat
tertentu sengaja dilupai kerana dianggap tidak penting, kurang seronok atau tidak berguna
berdasarkan kesedaran mental seseorang.
Responden memberikan jawapan yang salah. Reaksi yang mereka tunjukkan ialah kurang
yakin dan teragak-agak untuk menjawab. Ada antara murid yang berkata tidak ingat sebagai
respon daripada soalan penyelidik. Oleh itu, penyelidik telah membuat satu rancangan yang
mendalam untuk memperincikan kebimbangan penyelidik. Penyelidik telah menggunakan
beberapa cara bagi meninjau masalah yang dihadapi:
Borang soal selidik disediakan dan diedarkan kepada murid-murid untuk mengetahui maklumat
yang berkaitan dengan mata pelajaran sejarah. Borang ini diisi oleh murid-murid secara jujur
dan tertutup bagi mendapatkan maklumat yang sebenar. Menurut Teakman (1978) dalam Siti
Noorshahliza (2002), instrumen berbentuk soal selidik dan temu bual merupakan dua cara yang
paling berkesan bagi mendapatkan maklumat daripada responden selain daripada membuat
pemerhatian terhadap tingkah laku mereka. Oleh sebab itu, penyelidik memilih soal selidik yang
mana dirasakan sesuai untuk mengumpul data awal berkaitan kajian. Dapatan soal selidik
adalah seperti yang dinyatakan di bawah:-
5
(Jadual 1: Hasil dapatan soal selidik tentang minat terhadap sejarah)
( Dipetik dan diubahsuai dari Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP SN amb. Januari
2009: IPG Kampus Batu Lintang)
Ya Tidak
Saya menyukai mata pelajaran sejarah sekolah rendah. 3 5
1
Berdasarkan hasil dapatan soal selidik di atas menunjukkan bahawa kebanyakan murid
tidak suka subjek sejarah kerana perlu mengingat fakta. Perkara ini membuatkan penyelidik
mula memikirkan kaedah yang sesuai bagi memudahkan murid mengingat fakta sejarah secara
mudah.
Penyelidik telah mendapatkan rekod markah ujian bulanan yang lepas bagi subjek Sejarah.
Tujuan rekod markah ujian ini adalah untuk melihat pencapaian murid sebelum ini iaitu dalam
ujian pertengahan tahun dan peperiksaan akhir tahun.
Menurut Kamarudin Yaakub (1997) terdapat tujuh tujuan penilaian bilik darjah
dilaksanakan iaitu untuk dorongan, diagnosis, menilai, memilih, melapor, membanding dan
meramal. Jika kita lihat di Malaysia, peperiksaan merupakan instrumen pentaksiran dan
pengukuran utama yang digunakan oleh setiap institusi pendidikan untuk menilai tahap
6
keupayaan intelektual pelajar. Oleh itu, rekod markah ujian ini diharap dapat menunujukkan
bahawa murid-murid kelas 5 Cekap mempunyai masalah dalam subjek Sejarah dengan markah
Sejarah yang rendah. Hasil dapatan seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah:-
0%-39% 10 14
40%-59% 3 2
60%-79% 3 0
80%-100% 0 0
Hasil daripada keputusan peperiksaan di atas jelas menunjukkan pencapaian yang rendah
dalam subjek sejarah ini. Kebanyakan murid dilihat sukar untuk mencapai keputusan cemerlang
dalam subjek ini. Perbezaan ketara dapat dilihat dalam dua peperiksaan sejarah sebelum ini.
Penyelidik melihat bahawa berlaku penurunan gred serta markah murid dalam peperiksan akhir
tahun. Hal ini adalah kerana subjek sejarah amat memerlukan murid mengingat fakta dan jika
perkara itu tidak dapat dikuasai maka gred ini mungkin akan lebih teruk pada masa akan
datang.
1.4.3 Pemerhatian
Menurut Sidek Mohd Noah (2002) pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan
yang digunakan untuk mengukur pemboleh ubah penyelididkan. Melalui pemerhatian
seseorang penyelidik dapat mengamati sesuatu tingkah laku subjek berpandukan pemboleh
ubah-pemboleh ubah yang telah dikenalpasti. Jenis pemerhatian yang digunakan di dalam
kajian ini adalah pemerhatian peserta. Pemerhatian jenis ini melibatkan pemerhatian atau
7
penyelidik menjadi salah seorang daripada ahli kumpulan yang hendak dikaji dan dalam masa
yang sama bertindak sebagai pemerhatian. Kebaikan kaedah pemerhatian ini ialah penyelidik
dapat mengalami sendiri aktiviti yang dirancang dan ini menjadikan dapat pemerhatian menjadi
leblih sah dan boleh dipercayai.
Pemerhatian yang dijalankan dalam proses pengumpulan data ini adalah pemerhatian
berstruktur. Menurut Alis b. Putih (2009) melalui pemerhatian berstruktur penyelidik mengumpul
data berdasarkan tingkahlaku yang diperhatikan, di mana tingkahlaku-tingkahlaku tersebut telah
disenaraikan dalam borang pemerhatian . Tingkahlaku ini juga disebut sebagai pembolehubah.
Bagi kaedah pemerhatian ini, penyelidik telah menyediakan borang bagi kumpulan
responden yang hendak dikaji. Pemerhatian dilakukan berdasarkan sikap murid dan dilihat
secara tidak langsung ketika aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
(Dipetik dan diubahsuai daripada kajian tindakan Nik Siti Amanah Zuhri, 2011)
8
Jadual 3 menunjukkan bahawa dapatan pemerhatian penyelidik. Penyelidik membuat
pemerhatian ini dengan bantuan rakan penyelidik yang juga pelatih guru di Institut. Berdasarkan
pemerhatian ini, penyelidik melihat bahawa tingkahlaku murid ketika sesi P&P sejarah
berlangsung amat mendukacitakan. Kebanyakan murid berlumba-lumba menjawab soalan yang
diajukan tetapi jawapan adalah tidak betul. Murid-murid dilihat merasa bosan apabila terlalu
banyak fakta yang perlu diingati oleh mereka dalam subjek ini. Selain itu, keyakinan murid
dalam menjawab soalan dilihat agak kurang memuaskan. Hal ini adalah kerana mereka tidak
yakin dan yang paling tepat tidak mengingati apa yang telah dipelajari.
Perkara yang sama juga berlaku apabila penyelidik membuat pemerhatian yang kedua.
Kebanyakan murid dilihat main-main ketika sesi P&P berjlangsung. Murid dilihat tidak fokus
untuk belajar sejarah dan tidak berminat untuk menghafal fakta. Soalan yang diajukan sering
kali mendukacitakan penyelidik kerana dijawab dengan jawapan di luar topik pembelajaran.
Perkara inilah yang membuatkan penyelidik mula memikirkan kaedah yang sesuai bagi murid
ini menghafal dan mengingat fakta yang mana amat penting dalam subjek sejarah ini.
Kajian ini berfokus kepada keupayaan mengingat murid- murid-murid Tahun 5 Cekap.
Penyelidik telah mengenalpasti terdapat masalah lupaan yang berlaku dalam kelas ini terutama
bagi tajuk yang memerlukan mereka mengingat. Contohnya dalam tajuk Institusi Raja di Asia.
Bagi tajuk ini terdapat dua perkara yang perlu dititikberatkan iaitu negara asia yang mempunyai
raja serta gelaran di setiap negara.
9
2.2 Tindakan
Penyelidikan tindakan ini dilakukan oleh penyelidik ke atas murid-murid Tahun 5 Cekap yang
kurang cemerlang dari segi akademik. Kebanyakan daripada mereka menghadapi masalah
sukar untuk mengingat sesuatu. Dalam erti kata yang lain masalah yang dihadapi oleh
responden ini ialah dapat mengingat fakta atau lupa. Ee Ah Meng (1997) telah mengelaskan
lupaan kepada tiga jenis iaitu lupaan keusangan, lupaan gangguan dan lupaan terdesak.
Lupaan keusangan merujuk kepada lupaan yang disebabkan maklumat yang tersimpan dalam
ingatan jangka panjang jarang digunakan atau diingat kembali. Lupaan gangguan merupakan
lupaan yang disebabkan oleh gangguan yang berlaku kepada maklumat yang tersimpan dalam
ingatan jangka panjang. Manakala lupaan terdesak ialah lupaan yang disebabkan oleh
gangguan emosi individu yang mendesaknya melupakan maklumat yang tersimpan dalam
ingatan jangka panjang.
Berdasarkan jenis-jenis lupaan yang dikelaskan oleh Ee Ah Meng (1997) itu, penyelidik
dapat mengkategorikan murid- murid sebagai lupaan gangguan di mana isi pembelajaran yang
lepas telah disimpan dalam ingatan jangka panjang dan tidak kerap digunakan. Oleh itu,
penyelidik merasakan kaedah akronim adalah cara yang sesuai bagi mengatasi masalah yang
dihadapi oleh responden. Menurut Tony Buzan (2010) yang mengatakan bahawa akronim
adalah kaedah yang sesuai bagi murid-murid untuk meningkatkan ingatan dalam pembelajaran
mereka.
Penyelidik merasakan bahawa perlunya kaedah yang mana menarik bagi murid untuk
menghafal dan pada masa yang sama seronok. Menurut Mohd. Yunus Noor (1990) akronim
adalah salah satu bentuk susunkan huruf- huruf tajuk sehingga dapat dijadikan perkataan atau
bunyi yang senang dikenal. Oleh itu, murid tidak hanya menghafal fakta secara langsung tetapi
melalui bunyi yang mudah dihafal.
Penggunaan singkatan atau akronim dapat membantu ingatan kita. (Ee Ah Meng, 1997)
Tajul Ariffin Nordin et al. (2007) telah mencadangkan beberapa teknik yang biasa digunakan
untuk diamalkan dalam pembelajaran mahupun kehidupan seharian. Satu daripadanya ialah
teknik gabungan huruf pertama. Setiap huruf awal digabungkan menjadi satu perkataan yang
bermakna. Gabungan huruf ini juga mempunyai susunan tertentu yang ada fungsinya. (Tajul
Ariffin Nordin et al., 2007). Teknik gabungan huruf pertama ini dinamakan akronim. Sebanyak
tiga strategi yang telah dirancang dalam kajian ini untuk membantu murid mengingati fakta-fakta
sejarah dalam Unit 1 itu. Antara aktiviti-aktivitnya ialah:
10
Aktiviti 1: Mengimbas masalah murid
Aktiviti ini dijalankan oleh saya bersama-sama guru Sejarah itu sendiri pada waktu
pengajaran dan pembelajaran. Semua murid akan memulakan sesi dengan soal selidik.
Pemerhatian juga dilakukan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran ini. Ujian
pra sebanyak 10 soalan mengenai tajuk yang akan diajar diadakan selepas proses
pengajaran dan pembelajaran sebenar untuk mengetahui tahap dan masalah murid
selama 15 minit. Amy Ng Wei Ting (2009) di dalam kajiannya menyatakan bahawa
perlunya penyelidik mengimbas masalah murid sebelum melakukan tindakan yang
sesuai bagi mengatasi masalah.
Dalam aktiviti ini, penyelidik menerangkan kepada murid murid tentang kaedah akronim.
Akronim ialah sesuatu teknik yang dapat membantu murid mengingat fakta sejarah yang
sukar. Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002) menyatakan bahawa akronim ialah
kependekan yang terbentuk daripada gabungan huruf- huruf pertama atau suku kata
beberapa perkataan yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan. Tegasnya, akronim
ialah sesuatu yang mudah disebut walaupun ianya tidak mempunyai maksud. Akronim
ialah teknik yang terbaru bagi membantu murid menghafal fakta sejarah dengan senang,
mudah dan lebih lama. Sebagai contoh:
M Malaysia
A Arab Saudi
T Thailand
KE Kemboja
J Jepun
B Brunei
11
Murid hanya perlu membuat kotak mengikut kreativiti mereka dan menghafal akronim
yang disediakan. Kajian telah menunjukkan bahawa teknik ini dapat murid menghafal isi
penting untuk tempoh yang lebih lama, mudah dan cepat. Menurut Imran Jaafar (2000),
dalam bukunya 12 Langkah Menuju Daya Ingatan Lebih Baik mendapati pemidato-
pemidato Yunani telah menggunakan kaedah akronim untuk mengingati teks ucapan
mereka. Jadi perkara initelah membuktikan bahawa penggunaan akronim dapat
meningkatkan kemahiran mengingat terutama murid lemah.
Tujuan Kajian Tindakan ini adalah untuk memudahkan murid mengingat fakta sejarah dalam
topik Institusi Raja di Asia.
1. Penggunaan teknik akronim dapat meningkatkan prestasi murid dalam bagi subjek
a) Adakah penggunaan teknik akronim dapat meningkatkan prestasi murid dalam subjek
b) Adakah penggunaan teknik akronim dapat membantu meningkatkan amalan pedagogi guru
12
4.0 PESERTA KAJIAN
Kajian ini telah dijalankan oleh penyelidik terhadap responden di SK Seberang Jaya, Pulau
Pinang. Sekolah ini terletak di kawasan bandar. Kelas yang dipilih mempunyai murid seramai
16 orang murid iaitu 11 lelaki dan 5 perempuan yang berumur 10 tahun.
Kumpulan sasaran terdiri daripada 8 orang murid Tahun 5 Cekap Sekolah Kebangsaan
Seberang Jaya. 4 orang murid lelaki dan 4 orang murid perempuan telah dipilih. Responden
yang dipilih memiliki kemahiran membaca dan menulis yang sedikit baik berbanding murid lain
dalam kelas tersebut. Penyelidik memilih responden ini kerana responden telah melepasi fasa
asas di mana tumpuan utama adalah kepada kemahiran menghafal dan mengingat.
Saya telah menggunakan model Kemmis & Mc. Taggart sebagai model kajian tindakan.
Menurut Kemmis & Mc. Taggart (1988), model tersebut menyatakan empat langkah kajian
tindakan iaitu mereflek, merancang, melaksana dan memerhati.
MEREFLEK
MEMERHATI MERANCANG
BERTINDAK
5.1.1 Mereflek
13
Proses mereflek bermula selepas ujian pra dijalankan. Hasil penandaan kertas ujian
murid telah menunjukkan bahawa murid responden dari tahun 5 Cekap masih gagal menjawab
soalan-soalan yang berkaitan topik Institusi Raja. Tahap pencapaian murid masih di tahap yang
kurang memberangsangkan. Hasil penelitian kertas jawapan, terdapat sesetengah murid yang
meninggalkan kosong pada ruang jawapan, menyalin semula soalan dan menulis jawapan yang
tiada kaitan.
5.1.2 Merancang
Saya merangka untuk membina satu akronim yang agak sesuai untuk topik dikaji iaitu
Institusi Raja di Asia.
Dalam aktiviti ini, penyelidik menerangkan kepada murid murid tentang kaedah akronim.
Akronim ialah sesuatu teknik yang dapat membantu murid mengingat fakta sejarah yang
sukar. Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002) menyatakan bahawa akronim ialah
kependekan yang terbentuk daripada gabungan huruf- huruf pertama atau suku kata
beberapa perkataan yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan. Tegasnya, akronim
ialah sesuatu yang mudah disebut walaupun ianya tidak mempunyai maksud. Akronim
ialah teknik yang terbaru bagi membantu murid menghafal fakta sejarah dengan senang,
mudah dan lebih lama. Sebagai contoh:
M Malaysia
A Arab Saudi
T Thailand
KE Kemboja
J Jepun
B Brunei
14
Murid hanya perlu membuat kotak mengikut kreativiti mereka dan menghafal akronim
yang disediakan. Kajian telah menunjukkan bahawa teknik ini dapat murid menghafal isi
penting untuk tempoh yang lebih lama, mudah dan cepat. Buktinya, Ab. Fatah Hasan
(2001) telah membuktikan bahawa penggunaan akronim dapat meningkatkan kemahiran
mengingat murid dalam pembelajaran.
5.1.3 Bertindak
Saya akan menggunakan kata kunci yang telah dibina ketika sesi intervensi bermula
dengan memperkenalkan kata kunci bagi mengenalpasti negara-negara yang harus dihafal oleh
murid. Murid hanya perlu menyebut dan menghafal kata kunci dahulu. Setelah beberapa kali
menyebut dengan betul maka guru mengarahkan mereka menghafal kata kunci. Murid
seterusnya diberikan masa bagi menghafal kata kunci dan fakta yang perlu dihafal. Langkah ini
dijalankan dengan penerangan guru terlebih dahulu.
Seterusnya, penyelidik membuat ujian pengesahan pengingatan fakta. Perkara ini bagi
membolehkan penyelidik menilai terus keberkesanan kaedah yang digunakan. Setelah murid
selesai menghafal fakta menggunakan kaedah akronim, ujian pos dijalankan untuk menguji
tahap daya ingatan murid. Set soalan yang sama seperti ujian pra diedarkan kepada murid.
Murid hanya diminta menjawab soalan selama 15 minit. Kemudian penyelidik menyemak
jawapan bersama murid.
5.1.4 Memerhati
Daripada intervensi yang dilaksanakan, saya akan membuat pemerhatian ke atas
responden yang terlibat untuk melihat keberkesanan kaedah akronim yang digunakan. Jika
penggunaan kaedah ini kurang berkesan, saya perlu mengulang semula gelung model di atas
untuk membuat perbandingan hasil dapatan kajian.
15
5.2 Perancangan Kaedah Mengumpul Data
Setelah melaksanakan tindakan, penyelidik telah menyediakan tiga instrumen penilaian bagi
menilai keberkesanan tindakan serta mengumpul maklumat bagi mencapai objektif. Instrumen
yang digunakan ialah borang soal selidik, ujian pra-pos, kajian dokumen dan pemerhatian.
Borang soal selidik mengenai minat murid terhadap subjek Sejarah telah disediakan kepada
murid. Borang soal selidik disediakan dan diedarkan kepada murid-murid untuk mengetahui
maklumat yang berkaitan dengan mata pelajaran sejarah. Borang ini diisi oleh murid-murid
secara jujur dan tertutup bagi mendapatkan maklumat yang sebenar. Menurut Teakman (1978)
dalam Siti Noorshahliza (2002), instrumen berbentuk soal selidik dan temu bual merupakan dua
cara yang paling berkesan bagi mendapatkan maklumat daripada responden selain daripada
membuat pemerhatian terhadap tingkah laku mereka. Oleh sebab itu, penyelidik memilih soal
selidik yang mana dirasakan sesuai untuk mengumpul data awal berkaitan kajian. Soalan yang
sama akan diberikan sebelum dan selepas kaedah diperkenalkan.
Daya ingatan responden diuji melalui ujian pra dan ujian pos.
Sebanyak dua belas soalan dari Unit 1 iaitu dalam tajuk Institusi Raja di Asia akan diuji ke atas
responden. Soalan ini akan digunakan sebagai ujian pra dan ujian pos. Tempoh masa yang
digunakan untuk menguji ujian pra tersebut ialah selepas selesai proses pengajaran tajuk ini
dijalankan. Ujian pra akan diberikan kepada responden terlebih dahulu bagi mengetahui tahap
ingatan mereka terhadap isi pelajaran yang baru disampaikan. Setelah itu murid-murid akan
diterangkan cara membuat kaedah Akronim. Sehari selepas responden didedahkan dengan
teknik akronim ini, murid-murid akan diuji kembali dengan ujian pos iaitu soalan yang sama
digunakan pada ujian pra sebelumnya. Hasil dapatan itu membolehkan kami menilai sejauh
mana keberkesanan sistem pembelajaran menggunakan kaedah Akronim ke atas murid
tersebut.
16
5.2.3 Pemerhatian
Pemerhatian merupakan proses meneliti situasi atau kejadian secara kritikal. Pemerhatian
sesuai digunakan bagi mengamati tingkah laku murid berdasarkan pembolehubah atau aspek
yang dikenalpasti. Oleh itu, penyelidik telah memilih pemerhatian sebagai satu cara untuk
mengumpul data. Senarai semak pemerhatian adalah satu cara yang berguna bagi menentukan
tingkah laku murid (Ridzuan Ismail, 2009).
Hasil kerja responden mengenai tajuk yang telah diaplikasikan dengan kaedah akronim akan
dilihat. Buku latihan responden yang terlibat akan dilihat seterusnya akan dikajian oleh
penyelidik.
Terdapat dua jenis pendekatan yang dipilih penyelidik dalam kajian ini iaitu analisis deskriptif
kuantitatif dan kualitatif.
Tambahan lagi, kaedah ini boleh menerangkan peristiwa secara holistik dalam keadaan
sebenar peristiwa berlaku tanpa sebarang manipulasi oleh penyelidik. Analisis ini menjawab
persoalan berkaitan dengan mengapa sesuatu fenomena berlaku sedemikian dan bagaimana ia
berlaku. Justeru, Analisis dijalankan untuk menjawab soalan mengapa dan bagaimana yang
dikemukakan oleh penyelidik. Penyelidik menjalankan analisis secara mendalam untuk
mendapatkan jawapan kepada persoalan kajian.
17
Semasa menganalisis data, penyelidik akan menggunakan beberapa borang pengumpulan
data seperti borang soal selidik, borang pemerhatian dan analisis dokumen. Melalui borang-
borang-borang tersebut, analisis akan dijalankan dengan mengenal pasti permasalahan yang
berlaku terhadap murid-murid di dalam pembelajaran. Seterusnya, tindakan susulan akan
diambil oleh penyelidik setelah pemerhatian dibuat.
Pelbagai punca data menggunakan alat kajian yang sama pada masa yang berbeza.
Triangulasi tempat adalah data yang dikutip lebih daripada satu tempat manakala triangulasi
responden adalah data yang diperoleh daripada perbagai responden iaitu daripada seseorang
atau kumpulan. Pelbagai keputusan responden bermaksud terdapat beberapa orang responden
memberi maklumat atau fakta bagi menjawab soalan kajian yang sama. Pelbagai cara
menganalisis data bermaksud pelbagai alat kajian digunakan untuk mandapatkan data yang
berbeza tetapi untuk menjawab soalan kajian yang sama. Kesemua kaedah yang digunakan
adalah untuk meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan data yang dikumpul. ( Alias b.
Putih, 2009).
18
Sumber: Diadaptasi dan diubahsuai dari kajian Ratna Malar A/P (2012). Keberkesanan Kaedah
Akronim dalam Meningkatkan Kemahiran Mengingat Minat Murid.
19
1 Kertas A4 Bahan-bahan dalam proses 10.00 x 1 rim 10.00
kertas kerja
2 Dakwat pencetak Mencetak borang-borang 80.00 x 1 katraj 80.00
3 Artline Penerangan di dalam kelas 3.00 x 3 9.00
4 Bahan fotostat Bahan-bahan ujian 0.50 x 16 helai 8.00
5 Thum drive Penyimpanan data-data 40.00 x 1 40.00
JUMLAH RM 147.00
6.0 Penutup
Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan akan membolehkan guru mencapai objektif yang
dikehendakinya. Kaedah akronim diharap dapat menjadi kaedah yang berkesan seterusnya
disukai oleh murid-murid berbanding pengajaran dan pembelajaran kuliah. Hal ini demikian
kerana menurut Buzan T. (2006) untuk membolehkan maklumat yang diterima semasa ingatan
jangka pendek menjadi ingatan jangka panjang , pengekalan memori perlulah berlaku di dalam
minda. Ekoran daripada itu, kaedah akronim yang menggunakan irama atau imej mampu
mengukuhkan penyimpanan balik maklumat yang berada dalam minda kita. Oleh itu, bagi murid
lemah seperti situasi kelas 5 Cekap ini, kaedah ini diharap dapat membantu mereka untuk
mengingat dengan lebih baik. Ini kerana mengikut Eric Jansen (2001) walaupun seseorang
murid itu bagus dalam survival memories iaitu memori untuk kemahiran kehidupan, kebanyakan
murid susah untuk mengingat academic memories iaitu keupayaan memori untuk mengingat
fakta-fakta berasaskan akademik.
20
7.0 Rujukan
Alias b. Putih. (2009). Kajian tindakan di sekolah satu pengenalan. Shah Alam. Purnama Honey
Enterprise.
Ang Jia Chee (2011) Kajian Tindakan Tentang Meningkatkan Kebolehan Mengenali
Akhiran.
Azri Aziz. Teknik Ingatan Untuk Pelajar. Kuala Lumpur. Quantum Learning. 1994.
Abdul Latib bin Abd Rahman, 2016. Panduan Penulisan Laporan Penyelidikan
Ab. Rahim Selamat, 2000. Kemahiran dalam Sekolah Bestari. Johor. Badan Cemerlang Sdn.
Bhd.
Ab. Fatah Hasan .2001. Penggunaan Minda yang Optimum dalam Pembelajaran. Kuala
Buzan T. (2006). Use your memory: Understand your mind to improve your memories and
Ee, Ah Meng ( 1997). Pendidikan di Malaysia 1: Shah Alam : Fajar Bakti, 1997.
Fauziah Bt Mat, 2003. Kajian Tindakan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
ICT dalam Pendidikan: Prospek dan Cabaran dalam Pembaharuan Pedagogi Robiah
Imran Jaafar. (2000). 12 Langkah Menuju Daya Ingatan Lebih Baik. Kuala Lumpur: Golden
Book Center.
Kamus Dewan Edisi Ketiga, 2002, Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamarudin Yaakub .1997. Soal jawab motivasi dan teknik belajar, Kuala Lumpur: Berita
21
Publishing Sdn. Bhd.
Mohd. Yunus Noor (1990). Psikologi dan teknik belajar berkesan. Petaling Jaya.
Maisarah Majid dalam Pembentukan Jati Diri Kanak-Kanak Melalui Bahan Bacaan Bahasa
Mc Niff, 1988. Action Research: Principles and Practice. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala
Lumpur.
Othman Lebar .2011. Kajian Tindakan dalam Pendidikan: Teori dan Amalan. Penerbitan
Syed Ismail bin Syed Mustapa & Ahmad Subki bin Miskon (2010).
Sharifah Alwiah Alsagoff (1984). Teknologi Pendidikan: Kuala Lumpur . Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Siti Noorshahliza (2002). Penekanan guru dalam menjalankan aktiviti motivasi di dalam kelas:
Sidek Mohd Noah. 2002. Perkembangan Kerjaya: teori dan praktis. Universiti Putra Malaysia:
Serdang. Selangor.
Tony Buzan, 2010. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. (UP&D) .Panduan
Tajul Ariffin Nordin et. al (2007). Membina Pelajar Cemerlang : Evolusi Pembelajaran
22
Hubungan Tingkah Laku Kesediaan Pensyarah Dengan Tahap Motivasi Pelajar Adibah Binti
Abdul Latif & Fatimah Harlina Mohd Taib Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
Perkembangan kerjaya : teori & praktis / Sidek Mohd Noah Sidek Mohd Noah : Serdang
: UPM, 2002.
23
24