Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Secara amnya kajian tindakan merujuk kepada kajian ke atas amalan oleh pengamal,
baik secara individu mahupun bersama pengamal lain bertujuan untuk mengubah dan
menambah baik amalan sedia ada. McNiff (1988) mentafsirkan kajian tindakan
dan bersedia untuk mengubahnya. Dalam bidang pendidikan, pengamal boleh terdiri
daripada seorang guru, pentadbir atau seseorang kaunselor sekolah, atau individu
lain yang terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun,
lazimnya kajian tindakan merujuk kepada sayaan yang dijalankan oleh guru untuk
Misalnya, guru boleh menyelidik kaedah pengajaran dan bahan pengajaran yang
Sejarah merupakan mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua murid
dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mulai tahun empat di tahap dua
pelajaran Sejarah sejak sekolah rendah. Hal ini kerana melalui pengetahuan dan
kefahaman terhadap aspek sejarah negaralah yang mampu melahirkan murid yang
berjiwa patriotik.
1
Melalui kurikulum Sejarah, murid diberi pendedahan untuk mengkaji dan menilai fakta
sejarah secara matang. Jika sebelum ini, aspek Sejarah hanya diselitkan dalam mata
pelajaran Kajian Tempatan yang diajar pada tahap dua. Akan tetapi, murid sekolah
rendah kini telah diberi pengenalan yang berfokus terhadap subjek Sejarah yang
Penggunaan akronim telah menjadi sinonim dengan dunia pendidikan dewasa ini.
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), akronim ialah kependekan yang
perkataan yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan. Akronim mula digunakan
seawal abad pertama. Christy Rakoczy (n.d.) telah memberikan contoh penggunaan
AM dan PM yang mana setiap satunya mewakili waktu sebelum tengahari dan
selepas tengahari.
pembelajaran samada secara formal atau tidak formal dalam usaha untuk
kali supaya akiviti ini dapat meninggalkan kesan ingatan yang kukuh.
1.2 Konteks
Saya adalah pelatih guru di Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Pulau
Pinang. Selain itu, saya adalah daripada tujuh Pismp Sejarah yang menuntut di
Institut Pendidikan Guru Tuanku Bainun. Pada praktikum kali ini iaitu fasa 3, saya
harus menjalani praktikum selama tiga bulan di Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya
dengan dua fasa praktikum sebelum ini. Saya adalah daripada opsyen Sejarah dan
2
minor ialah Pendidikan Jasmani serta Pendidikan Moral. Saya telah melihat pelbagai
masalah yang timbul apabila mengajar sejarah pada praktikum sebelum ini.
Seberang Jaya, Pulau Pinang. Saya telah dipertanggungjawab untuk mengajar mata
pelajaran Sejarah Tahun 4 dan 5. Terdapat empat buah kelas tahun 5 di sekolah
tersebut iaitu 5 Cekap, Cantik, Ceria, Cedas. Saya telah ditugaskan untuk mengajar
Tahun 5 Cekap iaitu kelas yang dikategorikan sebagai murid berpencapaian rendah.
Ekoran daripada tarikh bermulanya praktikum pada awal tahun maka guru yang
mengajar kelas 5 Cekap sebelum ini bagi subjek sejarah meminta saya mengajar unit
awal kembali. Unit awal di sini bermaksud unit 1 di dalam rancangan pengajaran
tahunan. Perkara ini mungkin disebabkan murid-murid kelas ini masih kurang mahir
sekolah ini datangnya dari keluarga yang berpengaruh dan berada . Di samping itu,
kelas 5 Cekap terdiri daripada 16 orang murid di mana lapan orang daripada 16 murid
kurang mahir dari segi membaca dan menulis dengan baik. Kelas ini terdiri daripada
11 lelaki dan 5 perempuan. Murid kelas ini semuanya sebaya iaitu berumur 11 tahun.
Sepanjang masa tiga bulan berpraktikum, saya telah mengenalpasti bahawa majoriti
murid kelas 5 Cekap menghadapi masalah untuk mengingat fakta-fakta penting dan
juga isi kandungan pembelajaran yang lepas serta tidak berminat untuk belajar
ianya baru sahaja diajar sehari sebelum itu. Murid- murid sangat lemah dalam proses
mengingat semula fakta-fakta dan isi pelajaran. Contohnya bagi tajuk Tergugatnya
3
Kedaulatan Negara. Perkara ini telah membawa kepada masalah kurangnya minat
murid untuk mempelajari subjek ini. Perkara ini menimbulkan kebimbangan kepada
sempurna dan teknik yang menarik kepada murid dalam proses Pengajaran dan
Pembelajaran (PdP). Hal ini demikian kerana hanya bilik darjah yang dapat diuruskan
dengan baik akan mampu menjadikan suasana pembelajaran yang menarik. Syed
Ismail dan Ahmad Subki (2010). Perkara ini jelas menunjukkan bahawa saya perlu
pembelajaran.
Saya juga dapati bahawa murid- murid menunjukkan reaksi kurang berminat untuk
belajar Sejarah. Malah, murid- murid mengakui bahawa mereka merasakan subjek
Sejarah adalah susah apabila menuntut murid mengingat banyak fakta menggunakan
memori otaknya. Menurut Sharifah Alwiyah (1986), memori bermaksud suatu proses
sesuatu masalah. Perkara ini sudah tentu menjadi beban kepada murid kerana
peringkat mengingat kembali. Keadaan ini amat merisaukan saya. Oleh itu, saya
samping itu, saya juga mengharapkan murid- murid gembira sepanjang sesi
pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Apa yang menjadi fokus utama saya
Berdasarkan pemerhatian saya, murid- murid Tahun 5 Cekap keliru dengan banyak
nama negeri serta negara yang perlu dikelaskan mengikut jenis pentadbiran British.
menyatakan dengan tepat negeri serta negara dalam topik Tergugatnya Kedaulatan
4
Negara. Contohnya, Negeri Selat dinyatakan oleh murid dengan lima buah negeri
yang mana jawapan tersebut termasuk negeri di bawah Negeri-negeri Melayu Tidak
Bersekutu. Semasa saya mengajar tajuk ini, saya dapati bahawa murid- murid
gembira dan seronok sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung, ini
mungkin disebabkan oleh penggunaan ICT dalam pembelajaran. Menurut Ab. Rahim
Selamat (2000), murid-murid amat tertarik dengan gambar dan video dalam
pembelajaran ICT ini. Sebagai makluman, sepanjang mengajar topik ini, saya banyak
Di setiap akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, saya telah bertanya beberapa
soalan bagi mendapatkan tahap pemahaman murid dan menilai pencapaian objektif.
Hasil dari soalan yang saya utarakan, murid- murid dapat menjawab dengan betul.
Perkara ini bermakna sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari itu telah berjaya
dan telah mencapai objektif. Pada keesokan harinya, saya telah bertanya soalan
yang sama kepada murid- murid. Namun apa yang mendukacitakan saya ialah,
murid- murid tidak dapat menjawab soalan yang diutarakan dengan tepat. Ada antara
murid- murid menjawab tidak tahu, tak ingat, malah ada antara murid yang
menundukkan kepala, tidak kurang juga yang menggeleng kepala dan selebihnya
membisu. Perkara ini tidak menghairankan saya kerana sebagai manusia biasa, kita
tidak dapat lari daripada mengalami masalah lupa. Lupaan boleh difaham sebagai
kegagalan kita untuk mengingat kembali apa yang telah kita alami atau pelajari, sama
ada untuk sementara waktu sahaja atau untuk selama-lamanya. (Ee Ah Meng,
1997). Perkara seumpama ini mungkin akan kerap berlaku jika saya tidak berupaya
mencari kaedah yang sesuai kepada murid dalam proses mengingat fakta.
Situasi ini sebenarnya amat menyedihkan saya. Mengapa murid- murid tidak boleh
mengingat isi kandungan pelajaran lepas? Apakah punca murid-murid tidak dapat
mengingat fakta- fakta yang telah dipelajari? Apakah yang dapat saya lakukan untuk
5
membantu murid- murid menangani masalah ini? Bagaimanakah caranya untuk saya
membantu murid- murid menangani masalah lupa fakta ini? Apakah cara dan strategi
yang sesuai yang boleh diaplikasikan kepada murid- murid? Sejauh manakah
tindakan yang diambil dapat menangani masalah ini? Adakah tingkah laku murid-
murid akan berubah setelah tindakan yang dirancang dilaksanakan? Hal ini berlaku
berulang kali sehinggakan saya merasakan, saya sangat perlu mencari satu alternatif
baru untuk membantu murid- murid dengan segera. Berdasarkan masalah yang
dihadapi, saya merasakan kaedah akronim merupakan kaedah yang sesuai setelah
kaedah lain juga turut digunakan oleh saya. Tambahan pula, Ee Ah Meng (1997) di
dalam bukunya telah mencadangkan cara yang boleh digunakan untuk meningkatkan
Saya telah mengajar topik Tergugatnya Kedaulatan Negara dalam minggu kedua dan
pembelajaran, maka saya telah menjalankan tinjauan awal. Perkara ini adalah untuk
mengumpul data bagi mencari punca kepada masalah ini khususnya yang
mengajar tajuk 3 ini, apa yang dapat saya simpulkan ialah murid- murid tidak dapat
menjawab soalan disebabkan tidak mengingati fakta- fakta atau isi kandungan
pelajaran yang lepas serta kurang berkeyakinan sewaktu menjawab soalan yang
saya utarakan. Mengikut Erikson (2002), lupaan merupakan satu motif di mana
maklumat tertentu sengaja dilupai kerana dianggap tidak penting, kurang seronok
6
Murid memberikan jawapan yang salah. Reaksi yang mereka tunjukkan ialah kurang
yakin dan teragak-agak untuk menjawab. Ada antara murid yang berkata tidak ingat
sebagai respon daripada soalan saya. Oleh itu, saya telah membuat satu rancangan
Borang soal selidik disediakan dan diedarkan kepada murid-murid untuk mengetahui
maklumat yang berkaitan dengan mata pelajaran sejarah. Borang ini diisi oleh murid-
murid secara jujur dan tertutup bagi mendapatkan maklumat yang sebenar. Menurut
Teakman (1978) dalam Siti Noorshahliza (2002), instrumen berbentuk soal selidik
dan temu bual merupakan dua cara yang paling berkesan bagi mendapatkan
tingkah laku mereka. Oleh sebab itu, saya memilih soal selidik yang mana dirasakan
sesuai untuk mengumpul data awal berkaitan kajian. Dapatan soal selidik adalah
7
(Jadual 1.1 : Hasil dapatan soal selidik tentang minat terhadap sejarah)
Frekuensi Frekuensi
1 Adakah anda meminati mata 5 11
pelajaran Sejarah?
2 Adakah anda terlibat dan 6 10
mengambil bahagian dalam
semua aktiviti yang telah
dijalankan?
murid tidak suka subjek sejarah kerana perlu mengingat fakta ( Lampiran A). Perkara
ini membuatkan saya telah memilih kaedah akronim bagi memudahkan murid
8
1.4.2 Rekod markah ujian bulanan
Saya telah mendapatkan rekod markah ujian bulanan yang lepas bagi subjek
Sejarah. Tujuan rekod markah ujian ini adalah untuk melihat pencapaian murid
sebelum ini iaitu dalam ujian pertengahan tahun dan peperiksaan akhir tahun.
Menurut Kamarudin Yaakub (1997) terdapat tujuh tujuan penilaian bilik darjah
instrumen pentaksiran dan pengukuran utama yang digunakan oleh setiap institusi
pendidikan untuk menilai tahap keupayaan intelektual pelajar. Oleh itu, rekod markah
ujian ini diharap dapat menunujukkan bahawa murid-murid kelas 5 Cekap mempunyai
masalah dalam subjek Sejarah dengan markah Sejarah yang rendah. Hasil dapatan
0%-39% 10 14
40%-59% 3 2
60%-79% 3 0
80%-100% 0 0
rendah dalam subjek sejarah ini ( Lampiran E) . Jika dilihat kebanyakan soalan dalam
murid dilihat sukar untuk mencapai keputusan cemerlang dalam subjek ini.
Perbezaan ketara dapat dilihat dalam dua peperiksaan sejarah sebelum ini. Saya
melihat bahawa berlaku penurunan gred serta markah murid dalam peperiksan akhir
9
tahun. Hal ini adalah kerana subjek sejarah amat memerlukan murid mengingat fakta
dan jika perkara itu tidak dapat dikuasai maka gred ini mungkin akan lebih teruk pada
1.4.3 Pemerhatian
Menurut Sidek Mohd Noah (2002) pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan
digunakan di dalam kajian ini adalah pemerhatian peserta. Pemerhatian jenis ini
melibatkan pemerhatian atau saya menjadi salah seorang daripada ahli kumpulan
yang hendak dikaji dan dalam masa yang sama bertindak sebagai pemerhati.
Kebaikan kaedah pemerhatian ini ialah saya dapat mengalami sendiri aktiviti yang
dirancang dan ini menjadikan dapat pemerhatian menjadi leblih sah dan boleh
dipercayai.
Bagi kaedah pemerhatian ini, saya telah menyediakan borang bagi kumpulan murid
yang hendak dikaji. Pemerhatian dilakukan berdasarkan sikap murid dan dilihat
10
(Jadual 1.3: Pemerhatian guru ketika sesi P&P berlangsung)
(Dipetik dan diubahsuai daripada kajian tindakan Nik Siti Amanah Zuhri, 2011)
Tingkah Laku Murid Sesi Sesi
Pertama Kedua(Bil.
(Bil. Murid)
Murid)
Murid memberikan respon yang baik sepanjang kelas 8 9
berlangsung.
Murid menunjukkan kerjasama yang padu semasa 7 6
kelas berlangsung.
Murid menumpukan sepenuh perhatian terhadap 5 5
Pengajaran dan Pembelajaran (P&P).
Murid berlumba-lumba untuk menjawab soalan yang 14 12
dikemukakan oleh guru.
Murid menunjukkan keyakinan ketika menjawab 2 6
soalan.
Murid gembira sepanjang P&P berlangsung. 10 8
Murid berjaya menjawab soalan lisan yang diberikan 2 4
oleh guru di akhir sesi P&P.
pemerhatian ini dengan bantuan rakan saya yang juga pelatih guru di Institut.
Berdasarkan pemerhatian ini, saya melihat bahawa tingkahlaku murid ketika sesi
berlumba-lumba menjawab soalan yang diajukan tetapi jawapan adalah tidak betul.
Murid-murid dilihat merasa bosan apabila terlalu banyak fakta yang perlu diingati oleh
mereka dalam subjek ini. Selain itu, keyakinan murid dalam menjawab soalan dilihat
agak kurang memuaskan. Hal ini adalah kerana mereka tidak yakin dan yang paling
Perkara yang sama juga berlaku apabila saya membuat pemerhatian yang kedua.
Kebanyakan murid dilihat main-main ketika sesi P&P berlangsung. Murid dilihat tidak
fokus untuk belajar sejarah dan tidak berminat untuk menghafal fakta. Soalan yang
diajukan sering kali mendukacitakan saya kerana dijawab dengan jawapan di luar
topik pembelajaran. Perkara inilah yang membuatkan saya telah memilih kaedah
akronim bagi memudahkan murid ini menghafal dan mengingat fakta yang mana
11
2.0 FOKUS KAJIAN
Kajian ini berfokus kepada keupayaan mengingat dan minat terhadap subjek Sejarah
murid - murid Tahun 5 Cekap. Saya telah mengenalpasti terdapat masalah lupaan
yang berlaku dalam kelas ini terutama bagi tajuk yang memerlukan mereka
Kedaulatan Negara. Bagi tajuk ini terdapat dua perkara yang perlu dititikberatkan iaitu
negara yang pernah menjajah serta campur tangan di Tanah Melayu dan
Berdasarkan pemerhatian saya, murid- murid selalunya sukar dan keliru menghafal
kedua-dua perkara ini. Saya ingin membaiki situasi di mana murid tidak yakin untuk
menjawab soalan berasaskan fakta. Keupayaan mengingat ini adalah amat penting
bagi semua lapisan usia, Oleh itu, saya telah memperkenalkan satu cara untuk
membantu murid menangani masalah ini iaitu kaedah akronim. Kajian ini penting
dengan masalah untuk belajar dan mengingat apa yang dipelajari mereka.
2.2 Tindakan
Kajian tindakan ini dilakukan oleh saya ke atas murid-murid Tahun 5 Cekap yang
masalah sukar untuk mengingat sesuatu. Dalam erti kata yang lain masalah yang
dihadapi oleh responden ini ialah dapat mengingat fakta atau lupa. Ee Ah Meng
(1997) telah mengelaskan lupaan kepada tiga jenis iaitu lupaan keusangan, lupaan
gangguan dan lupaan terdesak. Lupaan keusangan merujuk kepada lupaan yang
12
disebabkan maklumat yang tersimpan dalam ingatan jangka panjang jarang
disebabkan oleh gangguan yang berlaku kepada maklumat yang tersimpan dalam
ingatan jangka panjang. Manakala lupaan terdesak ialah lupaan yang disebabkan
Berdasarkan jenis-jenis lupaan yang dikelaskan oleh Ee Ah Meng (1997) itu, saya
pembelajaran yang lepas telah disimpan dalam ingatan jangka panjang dan tidak
kerap digunakan. Oleh itu, saya merasakan kaedah akronim adalah cara yang sesuai
bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh responden. Menurut Tony Buzan (2010)
yang mengatakan bahawa akronim adalah kaedah yang sesuai bagi murid-murid
Saya merasakan bahawa perlunya kaedah yang mana menarik bagi murid untuk
menghafal dan pada masa yang sama seronok. Menurut Mohd. Yunus Noor (1990)
akronim adalah salah satu bentuk susunkan huruf- huruf tajuk sehingga dapat
dijadikan perkataan atau bunyi yang senang dikenal. Oleh itu, murid tidak hanya
menghafal fakta secara langsung tetapi melalui bunyi yang mudah dihafal.
Penggunaan singkatan atau akronim dapat membantu ingatan kita. (Ee Ah Meng,
1997) Tajul Ariffin Nordin et al. (2007) telah mencadangkan beberapa teknik yang
Satu daripadanya ialah teknik gabungan huruf pertama. Setiap huruf awal
digabungkan menjadi satu perkataan yang bermakna. Gabungan huruf ini juga
mempunyai susunan tertentu yang ada fungsinya. (Tajul Ariffin Nordin et al., 2007).
Teknik gabungan huruf pertama ini dinamakan akronim. Sebanyak tiga strategi yang
telah dirancang dalam kajian ini untuk membantu murid mengingati fakta-fakta
13
Aktiviti 1: Mengimbas masalah murid
pengajaran dan pembelajaran ini. Ujian pra sebanyak 10 soalan objektif dan
Dalam aktiviti ini, saya menerangkan kepada murid murid tentang kaedah
mengingat fakta sejarah yang sukar. Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002)
gabungan huruf- huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yang
yang mudah disebut walaupun ianya tidak mempunyai maksud. Akronim ialah
teknik yang terbaru bagi membantu murid menghafal fakta sejarah dengan
14
Jadual 2: Akronim Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu
T Terengganu
P Perlis
K Kedah
K Kelantan
P Johor
Murid hanya perlu membuat kotak mengikut kreativiti mereka dan menghafal
akronim yang disediakan. Kajian telah menunjukkan bahawa teknik ini dapat
murid menghafal isi penting untuk tempoh yang lebih lama, mudah dan cepat.
kaedah akronim untuk mengingati teks ucapan mereka. Jadi perkara ini telah
15
3.0 OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN
3.1 Objektif
2. Penggunaan kaedah akronim dapat menarik minat murid dalam mata pelajaran
Sejarah Tahun 5.
b) Adakah penggunaan kaedah akronim dapat menarik minat murid dalam mata
16
4.0 PESERTA KAJIAN
Kajian ini telah dijalankan oleh saya terhadap responden di SK Seberang Jaya, Pulau
Pinang. Sekolah ini terletak di kawasan bandar. Kelas yang dipilih mempunyai murid
seramai 16 orang murid iaitu 11 lelaki dan 5 perempuan yang berumur 10 tahun.
ini, kesemua murid mempunyai tahap pencapaian yang pelbagai gred A hingga ke
untuk melihat peningkatan dan penurunan yang berlaku selepas kajian ini dilakukan.
tidak mempunyai tabiat belajar yang baik dan hanya bergantung kepada guru sahaja.
Mereka berada dalam lingkungan tahap yang membimbangkan bagi mata pelajaran
Sejarah. Oleh itu, penggunaan teknik akronim diharap dapat mengurangkan kadar
Kebangsaan Seberang Jaya. 11 orang murid lelaki dan 5 orang murid perempuan
telah dipilih. Murid yang dipilih adalah dari pelbagai aras iaitu baik, sederhana dan
kurang baik dari segi pencapaian Sejarah mereka. Saya memilih murid ini kerana
murid telah melepasi fasa asas di mana tumpuan utama adalah kepada kemahiran
17
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
Saya telah menggunakan model Kemmis & Mc. Taggart sebagai model kajian
tindakan. Menurut Kemmis & Mc. Taggart (1988), model tersebut menyatakan empat
langkah kajian tindakan iaitu tinjuan awal, merancang, melaksana dan mereflek.
masalah dan membuat analisis masalah. Proses ini dijalankan untuk meamstikan
masalah yang dihadapi murid-murid dapat diteliti secara terperinci untuk menentukan
18
Selepas fokus kajian dikenal pasti, saya mula membuat sorotan bacaan berkaitan
yang relevan. Saya juga menentukan responden iaitu semua murid kelas 5 Cekap
untuk proses tinjauan awal masalah. Seterusnya, saya mula merancang intervensi
yang akan dijalankan iaitu melalui akronim membentuk ayat. Saya menentukan
Selanjutnya, saya mengenal pasti beberapa kaedah pengumpulan data iaitu ujian pra
dan pos, ujian lisan, temu bual, soal selidik dan analisis dokumen. Saya menetapkan
19
5.1.2 Bertindak
Saya telah menggunakan kata kunci yang telah dibina ketika sesi intervensi bermula
dengan memperkenalkan kata kunci bagi mengenalpasti negara dan negeri yang
harus dihafal oleh murid. Murid hanya perlu menyebut dan menghafal kata kunci
dahulu. Setelah beberapa kali menyebut dengan betul maka guru mengarahkan
mereka menghafal kata kunci. Murid seterusnya diberikan masa bagi menghafal kata
kunci dan fakta yang perlu dihafal. Langkah ini dijalankan dengan penerangan guru
Perkara ini bagi membolehkan saya menilai terus keberkesanan kaedah yang
digunakan.
Pada intervensi kedua, saya menetapkan pembinaan perkataan bagi setiap huruf
awalan yang harus dihafal. Perkataan yang dibina haruslah dijadikan ayat yang
senang untuk diingat oleh murid. Murid perlu menyebut beberapa kali ayat yang
Pada intervensi ketiga, saya menetapkan akronim disusun mengikut turutan huruf
yang mudah disebut. Perkara ini bagi membolehkan murid tidak keliru dengan setiap
fakta yang diwakili oleh akronim tersebut. Murid membina turutan huruf mengikut
Setelah saya mengajar sebanyak 3 kali menggunakan teknik akronim ini dalam tajuk
berlainan dan saya mendapati murid sudah mahir membina akronim dengan kreatif.
20
5.1.3 Memerhati
Pada fasa ini, saya telah membuat pemerhatian dengan menggunakan instrumen
yang telah dirancang dan dibuat untuk mendapatkan data bagi dianalisis seterunsya
daripada ujian pra dan pos yang dijalankan. Saya menganalisis data yang didapati
dengan membuat perbandingan pencapaian ujian pra dan ujian pos serta ujian lisan
5.1.4 Mereflek
Pada fasa ini, saya telah membuat pemerhatian dengan menggunakan instrumen
yang telah dirancang dan dibuat untuk mendapatkan data bagi dianalisis untuk
dalam topik Tergugatnya Kedaulatan Negara didapati daripada ujian pra dan pos.
ujian pra dan ujian pos serta ujian lisan untuk menentukan keberkesanan kaedah
akronim. Manakala, bagi mengetahui minat murid, temu bual dan soal selidik telah
objektif. Instrumen yang digunakan ialah borang soal selidik, ujian pra-pos dan temu
bual.
21
5.2.1 Soal Selidik
Borang soal selidik mengenai minat murid terhadap subjek Sejarah telah disediakan
kepada murid. Borang soal selidik disediakan dan diedarkan kepada murid-murid
untuk mengetahui maklumat yang berkaitan dengan mata pelajaran sejarah. Borang
ini diisi oleh murid-murid secara jujur dan tertutup bagi mendapatkan maklumat yang
berbentuk soal selidik dan temu bual merupakan dua cara yang paling berkesan bagi
dan selepas ( Lampiran B ) pelaksanaan kaedah akronim dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran. Item-item soalan yang terdapat dalam borang soal selidik adalah
berkisar tentang minat murid terhadap mata pelajaran Sejarah serta pendekatan atau
kaedah yang sesuai bagi menilai tahap kompentasi murid. Oleh sebab itu, saya
memilih soal selidik yang mana dirasakan sesuai untuk mengumpul data awal
berkaitan kajian. Soalan yang sama akan diberikan sebelum dan selepas kaedah
diperkenalkan.
Ujian Pra ( Lampiran C ) dilaksanakan ketika sesi PdP di dalam kelas. Tujuan ujian
pra dijalankan adalah untuk mendapatkan maklumat awal tentang tahap penguasaan
digunakan untuk mengukur tahap pencapaian murid kerana mengikut kajian tindakan
yang oleh Nurul Ain ( 2009 ) yang juga menggunakan teknik akronim sebagai
22
Sebanyak dua belas soalan dari Unit 1 iaitu dalam tajuk Tergugatnya Kedaulatan
Negara akan diuji ke atas responden. Soalan ini akan digunakan sebagai ujian pra
dan ujian pos. Tempoh masa yang digunakan untuk menguji ujian pra tersebut ialah
selepas selesai proses pengajaran tajuk ini dijalankan. Ujian pra akan diberikan
kepada responden terlebih dahulu bagi mengetahui tahap ingatan mereka terhadap
isi pelajaran yang baru disampaikan. Setelah itu murid-murid akan diterangkan cara
teknik akronim ini, murid-murid akan diuji kembali dengan ujian pos ( Lampiran D)
iaitu soalan yang sama digunakan pada ujian pra sebelumnya tetapi diubah struktur
soalannya sedikit. Hasil dapatan itu membolehkan saya menilai sejauh mana
tersebut.
Temu bual saya dan murid terlibat telah dilaksanakan. Seramai 5 Orang murid dipilih
secara rawak bagi tujuan temu bual ini. Saya telah menjalankan temu bual berstruktur
murid terhadap mata pelajaran Sejarah khususnya. Tambahan pula, proses temu
bual ini juga memberikan peluang kepada guru dan murid-murid untuk berinteraksi
secara bersemuka. Data temu bual telah dianalisis secara kualitatif dengan kaedah
analisis kandungan. Data-data yang telah dicatat telah dikelaskan kepada tema-tema
23
5.3 Analisis Data
Terdapat dua jenis pendekatan yang telah dipilih oleh saya dalam kajian ini iaitu
terhadap sesuatu perkara yang ingin dikaji (Marohaini 2001). Selain itu, analisis
perkara yang dikaji (Yin, 1984). Perkara ini bermakna untuk mendapatkan maklumat
Tambahan lagi, kaedah ini boleh menerangkan peristiwa secara holistik dalam
keadaan sebenar peristiwa berlaku tanpa sebarang manipulasi oleh saya. Analisis ini
soalan mengapa dan bagaimana yang dikemukakan oleh saya. Saya menjalankan
pengumpulan data seperti borang soal selidik, ujian pra dan pos, transkrip temu bual
dalam sesi PdP. Ujian ini bertujuan untuk mengenal pasti sejauh mana pencapaian
Berikut merupakan analisisis yang telah dibuat berdasarkan markah ujian ini.
24
Jadual 5.2: Jadual Pencapaian Murid dalam Ujian Pra
A Cemerlang - -
B Baik - -
C Memuaskan - -
Minimum
Tahap Minimum
Sebelum saya memberi ujian pra kepada murid, saya telah mengajar topik
Tergugatnya Kedaulatan Negara terlebih dahulu. Saya telah mencuba teknik ini 3 kali
sebelum murid diuji menggunakan ujian pos. Pada minggu berikutnya, saya telah
memberikan murid ujian pra untuk dijawab. Ujian pra ini digunakan oleh saya sebagai
pengesahan keupayaan murid mengingat fakta dalam tajuk yang dikaji melalui
pembelajaran kaedah tradisional. Markah murid adalah seperti di dalam jadual 5.3.
25
Jadual 5.3 : Markah Ujian Pra Murid
BIL. MURID MARKAH UJIAN PRA
1 Murid 1 8E
2 Murid 2 22 D
3 Murid 3 9E
4 Murid 4 12 E
5 Murid 5 20 D
6 Murid 6 37 D
7 Murid 7 28 D
8 Murid 8 31 D
9 Murid 9 21 D
10 Murid 10 25 D
11 Murid 11 35 D
12 Murid 12 39 D
13 Murid 13 28 D
14 Murid 14 39 D
15 Murid 15 37 D
16 Murid 16 35 D
Berdasarkan analisis dalam jadual 5.4 di atas dapat dilihat bahawa, melalui Ujian Pra
yang dijalankan, prestasi murid adalah berada pada tahap membimbangkan kerana
tiada murid yang mendapat keputusan A,B dan juga C. Prestasi murid pada tahap D
ialah seramai 13 orang (81.25%) dan seramai 3 orang yang mendapat keputusan E
(18.75%). Markah tertinggi yang diperoleh ialah 39 dan markah terendah ialah 8
26
markah sahaja. Secara kasarnya keputusan responden adalah agak teruk. Namun
begitu terdapat 2 orang responden yang mendapat markah agak baik iaitu 39 dan 37.
Berdasarkan jadual di atas seramai 3 atau 18.75 % orang murid berada pada tahap
membimbangkan. Paling ramai murid berada pada tahap lemah yang boleh
ditingkatkan lagi. Keseluruhan mendapat markah di bawah zon selamat. Hal ini
Setelah saya menilai markah ujian pra murid, saya telah memperkenalkan teknik
akronim kepada responden dan mengajar tentang penggunaan teknik ini. Saya telah
akronim sebagai pemudah cara responden untuk belajar. Selepas PdP teknik
akronim dijalankan, saya telah bertindak mengedarkan ujian pos kepada responden.
27
Jadual 5.6: Analisis pencapaian ujian pra
Markah (%) Tahap Pencapaian Jumlah Murid Peratus (%)
80-100 Cemerlang 4 25
60-79 Baik 11 68.75
40-59 Memuaskan 1 6.25
20-39 Lemah - 0
0-19 Sangat Lemah - 0
Berdasarkan analisis dalam jadual 5.6 di atas dapat dilihat bahawa melalui Ujian Pos
yang telah dijalankan, prestasi murid adalah berada pada tahap Cemerlang dengan
seramai 4 orang ( 25 %), markah yang sederhana atau baik iaitu gred B seramai 11
orang (68.75%), markah C seramai 1 orang (6.25%) dan tiada murid mendapat
markah D dan juga E. Markah yang tertinggi yang diperoleh ialah 96 dan markah
meningkat dengan baik. Namun begitu, terdapat 1 orang murid yang mendapat
markah C iaitu 59 sahaja. Berdasarkan jadual di atas seramai 4 orang berada pada
tahap cemerlang dan paling ramai murid berada pada tahap baik.
dijalankan. Perkara ini terbukti apabila semua murid menunjukkan peningkatan pada
tahap pencapaian yang lebih tinggi pada ujian pos berbanding ujian pra.
Analisis dibuat satu persatu mengikut peratus bagi setiap soalan yang dijawab oleh
murid. Seterusnya, peratus, purata dan min keseluruhan dibuat berdasarkan skala
jawapan yang telah dijawab oleh murid. Julat markah yang diperolehi oleh murid ialah
28
Jadual 5.7: Perbezaan markah Ujian Pra dan Ujian Pos
Murid
Ujian Pra Ujian Pos Peratus
%
Markah Gred Markah Gred
M1 8 59 C 51
E
M2 22 69 B 47
D
M3 9 66 B 57
E
M4 12 70 B 58
E
M5 20 72 B 52
D
M6 37 96 A 59
D
M7 28 66 B 38
D
M8 31 73 B 42
D
21 D 68 B 47
M9
25 D 90 A 65
M10
M11 35 D 74 B 39
M12 39 D 84 A 45
M13 28 D 68 B 40
M14 39 D 88 A 49
M15 37 D 68 B 31
M16 35 D 70 B 35
29
Jadual 5.8 : Analisis Perbezaan Paratusan Ujian Pra dan Pos
Gred Ujian Pra Ujian Pos Peningkatan /
Penurunan
Kekerapan Peratus Kekerapan Peratus Peratusan (%)
% %
A (80-100) - - 4 25 +25
B (60-79) - - 11 68.75 +68.75
C (40-59) - - 1 6.25 +6.25
D (20-39) 13 81.25 - -
E (0-19) 3 18.75 - -
Rajah 5.2: Perbezaan Pencapaian Mengikut Bilangan Murid melalui Ujian Pra dan
Ujian Pos
120
100
80
60
40
20
0
Murid Murid Murid Murid Murid Murid Murid Murid Murid Murid Murid Murid Murid Murid Murid Murid
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16
30
Berdasarkan rajah 5.2 di atas, selepas tindakan dilaksanakan, terdapat peningkatan
pencapaian markah murid. 4 orang murid berjaya mendapat gred A berbanding tidak
ada seorang murid yang mendapat gred A semasa ujuan pra dan berlaku peningkatan
seorang murid yang mendapat gred B semasa ujuan pra dan berlaku peningkatan
sebanyak 68.75 %. Manakala seorang murid mendapat gred C berbanding tidak ada
seorang murid yang mendapat gred C semasa ujian pra dan berlaku peningkatan
sebanyak 6.25%.
Rajah 5.3: Perbezaan Peratusan Markah Murid Bagi Ujian Pra dan Ujian Pos
120
100
80
60
40
20
0
Murid Murid Murid Murid Murid Murid Murid Murid Murid Murid Murid Murid Murid Murid Murid
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15
Rajah 5.3 menunjukkan perbezaan markah untuk ujian pra dan ujian pos.
peningkatan markah dalam ujian pos berbanding ujian pra. Jumlah markah untuk
ujian pra ialah 426 iaitu markah purata bagi setiap murid ialah 26.7 markah. Jumlah
markah bagi ujian pos pula ialah 1181 iaitu purata markah ialah 73.9 markah. Jumlah
31
markah menunjukkan peningkatan yang besar iaitu sebanyak 755 markah manakala
dijalankan. Perkara ini terbukti apabila semua murid menunjukkan peningkatan pada
tahap pencapaian yang lebih tinggi pada ujian pos berbanding ujian pra.
2. Soal Selidik
Analisis soal selidik tentang minat murid terhadap mata pelajaran Sejarah mengikut
peratus bagi semua 8 item soal selidik selepas yang ditanya selepas intervensi
menunjukkan peningkatan berbanding dalam item soal selidik sebelum. Soal selidik
kaedah tradisional manakala soal selidik selepas merujuk kepada pengajaran dan
32
Jadual 5.9 : Analisis Peratus Perbezaan Soal Selidik Minat
Bil Perkara
Sebelum Selepas
Jumlah Peratus
Berdasarkan soal selidik ( Lampiran A) , dapat dilihat dengan jelas peratus yang
tertinggi bagi soal selidik sebelum ialah 75 % iaitu yang berkaitan dengan Sejarah ini
sukar anda faham dan ingat. Peratus dalam aspek yang sama ini telah menurun
kepada 12.5 % dalam soal selidik selepas. Sementara peratus yang tertinggi dalam
soal selidik selepas pula ialah 75% iaitu pada item seronok dan minat Sejarah.
Namun, jika dilihat dalam soal selidik sebelum, peratus kedua-dua item ini adalah
rendah iaitu 31.25 % dan 12.5 %. Peratus terendah bagi soal selidik selepas ialah
daripada 28.1 % kepada 66.4 % jelas menunjukkan bahawa murid memang berminat
Rajah 5.4 : Perbandingan Soal Selidik bagi jawapan YA soal selidik sebelum dan
80
70
60
50
40
30
20
10
0
Minat belajar Mengambil Menjawab Kesukaran Seronok Cara Ulangkaji
Sejarah bahagian soalan guru Sejarah belajar pengajaran Sejarah
dalam PdP Sejarah guru
membantu
SEBELUM SELEPAS
adalah berbentuk negatif. Kesemua item soalan lain adalah meningkat secara
analisis data dalam Jadual dan Rajah didapati kaedah akronim telah dapat
34
3. Temu Bual
Temubual telah dilakukan sebelum dan selepas kaedah akronim ini digunakan dalam
fakta dalam mata pelajaran Sejarah. Selain itu, temu bual tersebut turut membuktikan
bahawa murid-murid tidak mempunyai strategi atau teknik tersendiri untuk mengingat
fakta yang telah dipelajari. Hal ini berpunca dari pemikiran segelintir murid yang
berpendapat bahawa mata pelajaran Sejarah tidak penting dan tidak perlu diberi
Murid-murid ini juga menghadapi kesukaran untuk menjawab soalan ujian ini kerana
mereka tidak dapat mengingat serta menghafal nama-nama negera dan negeri dalam
topik tergugatnya kedaulatan negara. Hal ini demikian kerana, nama-nama negeri
yang hampir sama mengelirukan murid. Tambahan pula, kesukaran untuk mengingat
nama negeri dan negara di bawah topik ini menyebabkan murid kurang memahami
Namun begitu, keadaan ini telah berubah selepas kaedah akronim diperkenalkan
kepada murid. Kebanyakan murid di dalam kelas ini dapat menguasai topik diajar dan
mendapat markah yang tinggi dalam ujian pos yang diuji. Berikut merupakan
beberapa soalan yang diajukan kepada murid tahun 5 Cekap serta jawapan-jawapan
yang diberikan setelah kaedah akronim diperkenalkan kepada mereka di dalam kelas.
35
Soalan 1:
Adakah kamu dapat mengingat nama-nama negeri dan negara di dalam topik
Melalui dapatan temu bual soalan 1, murid-murid mengakui bahawa kaedah akronim
pemerintahan British dengan lebih mudah. Murid juga menyatakan bahawa mereka
sudah tidak lagi sukar mengingat nama negeri serta kelas setiap negeri di bawah
murid ini, kaedah akronim yang digunakan oleh guru memudahkan serta membantu
36
Soalan 2:
Berdasarkan soalan 2, kesemua 5 orang murid yang telah ditemu bual memberikan
jawapan minat, mestilah dan Ok bagi soalan yang dikemukakan. Kesemua tema dan
kategori yang dianalisis berdasarkan jawapan temu bual murid ini menunjukkan
bahawa murid merasa selesa dan mengaggap kaedah akronim adalah sesuai bagi
topik dalam mata pelajaran Sejarah. Sikap posited murid telah menjana kepada
motivasi dalaman untuk mengingat fakta sejarah seterusnya minat dalam mata
pelajaran Sejarah. Jika murid itu memiliki sikap yang positif seperti menguasai
kaedah mengingat bagi topik yang dipelajari maka dia akan cuba menumpukan
Data temubual dirakam melalui rakaman suara dan juga dalam bentuk visual. Data
temubual yang telah dirakam ini ditaip dalam bentuk transkrip. Seterusnya, analisisis
Temubual telah dilakukan sebelum dan selepas kaedah akronim ini diperkenalkan.
37
Jadual 5.12: Analisis dapatan temu bual murid
Soalan Kod Tema
Ingat Tidak
Soalan 1: ingat
Dapat mengingat nama negeri dan 5 0
negara di bawah topik tergugatnya
kedaulatan negara menggunakan
kaedah akronim?
Melalui dapatan temu bual soalan 1, kesemua lima orang murid mengatakan bahawa
mereka telah dapat mengingat nama-nama negeri dan negara di bawah topik
membantu mereka untuk memahami topik kajian ini dengan lebih jelas.
Dapatan daripada analisis temu bual bagi soalan 2 juga menunjukkan bahawa
kesemua lima orang murid menyatakan rasa suka untuk menggunakan kaedah
akronim ini dalam proses PdP mereka. Hal ini dapat dibuktikan apabila hampir semua
murid menunjukkan minat dan bergiat aktif di dalam kelas ketika melaksanakan
kaedah akronim ini. Analisis dapatan temu bual ini bukan sahaja membuktikan
bahawa kaedah ini dapat membantu murid mengingat, malah menarik minat murid
dan negeri di bawah topik tergugatnya kedaulatan negara dengan tepat. Melalui temu
38
bual ini juga membuktikan bahawa murid-murid sangat berminat terhadap
penggunaan kaedah akronim ini dan telah berjaya menghafal fakta menggunakan
penggunaan pelbagai kaedah untuk menyelidik situasi atau masalah yang dikenal
pasti. Antara kaedah yang saya gunakan ialah ujian pra dan pos serta soal selidik.
Traingulasi penyelidik pula merupakan satu proses penyemakan data yang melebihi
yang berlaku. Oleh itu, saya telah meminta pertolongan rakan baik saya yang juga
yang dilakukan dalam suatu tempoh masa yang panjang. Sebagai contoh, soal selidik
dan temu bual saya telah dibahagi kepada tiga iaitu sebelum, semasa, dan selepas
kajian dijalankan. Soal selidik dan temu bual awal dijalankan seminggu sebelum
kajian tindakan saya bermula. Manakala ujian pra kajian pula saya laksanakan dalam
tempoh tiga minggu sewaktu saya menjalankan kajian penyelidikan. Temu bual
39
dengan semua murid yang dipilih juga saya jalankan sebelum dan selepas kajian
dibuat.
40
6.0 DAPATAN KAJIAN
Dalam bahagian ini, saya akan membincangkan rumusan dapatan hasil kajian yang
akan menjawab tiga persoalan kajian, iaitu adakah penggunaan teknik akronim dapat
Persoalan 1
ujian pos berbanding ujian pra. Pencapaian responden dalam ujian pra kebanyakan
dalam kelompok lemah telah meningkat kepada markah baik dan cemerlang. Jadi,
berdasarkan analisis data ujian pra dan pos ini maka telah dapat dijawab persoalan
1 kajian ini iaitu penggunaan teknik akronim dapat meningkatkan kemahiran murid
untuk mengingat fakta bagi topik Tergugatnya Kedaulatan Negara. Oleh itu, objektif
mudah dengan menggunakan susunan huruf yang mudah difahami dan diingati. Hal
ini dapat dibuktikan dengan jawapan temu bual murid yang menyatakan kaedah ini
41
suka sebab mudah nak ingat ( Responden 1)
Dapatan ini disokong oleh dapatan kajian Mohd Majid Kontang ( 2005 ), dalam
dan bermakna dapat diwujudkan. Beliau juga telah menggunakan kaedah ini di dalam
kelas dan berjaya berjaya menarik minat murid untuk menggunakan kaedah ini
Penggunaan Kaedah Akronim ini telah mengubah amalan pengajaran guru yang
oleh kajian Mcniff ( 1988 ) yang mendapati gaya pengajaran guru mempunyai kesan
yang amat besar dan merupakan faktor terpenting dalam menentukan suasana
Kesimpulannya,berdasarkan analisis ujian pra dan pos serta temu bual maka
Kedaulatan Negara.
42
Persoalan 2
Adakah penggunaan kaedah akronim dapat menarik minat murid dalam mata
Berdasarkan analisis soal selidik ( Jadual 5.9), iaitu soal selidik yang dibuat sebelum
dan selepas teknik akronim digunakan menunjukkan minat murid terhadap mata
pelajaran Sejarah. Berdasarkan analisis soal selidik minat tersebut telah melihatkan
Sejarah. Kaedah Akronim yang dijalankan telah dapat menarik minat responden
untuk belajar subjek Sejarah ini. Selain itu, kaedah ini juga telah memberikan jalan
Sejarah. Panduan dan jalan yang mudah ini telah dapat meningkatkan motivasi dan
minat responden untuk membuat latihan yang diberikan kerana mereka seronok
kerana dapat menjawab soalan dengan tepat. Dapatan ini bertepatan dengan Arends,
(1980), yang menyatakan pemilihan kaedah yag tepat adalah penting agar proses
pengajaran yang dilaksanakan berkesan dan dapat menarik minat murid untuk terus
disampaikan.
Manakala berdasarkan analisis temu bual yang telah dibuat telah dapat mengenal
pasti tiga faktor utama yang menyebabkan responden berminat untuk mengikuti sesi
berkesan dan peribadi guru yang disenangi oleh murid-murid. Hal ini dapat dibuktikan
43
Seronok dan cikgu selalu dating tunjuk apabila saya tidak faham. ( Responden 2)
Akhir sekali, faktor peribadi guru menyebabkan responden suka pengajaran dan
pembelajaran pengkaji. Saya telah menunjukkan sikap mesra, prihatin dan peramah
dalam membina hubungan dengan murid. Dapatan ini selari dengan cadangan Azri
Aziz ( 1994) , bahawa guru yang mengajar mesti mewujudkan hubungan positif dan
mesra dengan pelajar supaya mudah untuk mengawal dan mempengaruhi pelajar
untuk belajar.
Berdasarkan soal selidik dan temu bual yang dijalankan, maka persoalan ke-2 kajian
dalam mempelajari topik Tergugatnya Kedaulatan Negara telah dapat dirungkai juga
dapat dicapai.
44
7.0 CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
Kajian ini melibatkan 16 orang murid bagi kelas Tahun 5 di sebuah sekolah di
Seberang Jaya, Pulau Pinang. Masalah yang dihadapi oleh murid kelas ini ialah
lemah dalam kemahirang mengingat fakta Sejarah yang dipelajari seterusnya kurang
berminat mempelajari Sejarah. Oleh yang demikian, saya telah memilih kaedah
akronim dalam membantu murid mengingat fakta Sejarah seterusnya minat terhadap
subjek ini. Kesannya, kemahiran mengingat fakta Sejarah telah semakin baik dan
positif. Perkara ini dibuktikan dengan peningkatan marah ujian pos berbanding ujian
pra. Soal selidik yang dilakukan juga telah melihatkan murid menunjukkan minat
terhadap subjek Sejarah setelah teknik ini diperkenalkan. Oleh itu, penyelidikan ini
Pengaplikasian kaedah akronim ini dapat ditingkatkan lagi untuk kajian lanjut dengan
mengecilkan kelompok murid terlibat. Hal ini demikian kerana melalui cara ini dapat
memastikan murid dapat dipantau dan diajar dengan lebih sempurna lagi tanpa timbul
masalah ganguan kelas. Apabila melibatkan murid yang ramai sudah pasti timbul
masalah murid yang bertingkahlaku negatif yang mana menggangu murid lain untuk
menuntut ilmu. Jadi, saya merasakan bahawa kaedah ini akan lebih berkesan jika
difokuskan hanya kepada murid lemah sahaja iaitu hanya kelompok kecil.
penyelidikan lanjutan dijalankan untuk tempoh masa yang lebih lama iaitu dua atau
tiga bulan. Tempoh masa yang lebih lama adalah penting bagi membolehkan
penilaian dapat dibuat secara terperinci dan teliti terhadap keberkesanan kaedah
akronim terhadap murid. Saya juga menyarankan penggunaan kaedah akronim ini
bukan saja digunakan dalam topik Tergugatnya Kedaulatan Negara tetapi juga bagi
45
topik lain. Tambahan pula, kaedah ini saya sarankan agar digunakan oleh guru dalam
meningkatkan tahap penguasaan murid terhadap topik yang diajar di dalam bilik
darjah.
46
8.0 REFLEKSI
Saya berharap hasil kajian ini dapat digunakan oleh pihak lain yang berkaitan seperti
guru Sejarah, Ketua Panitia dan Pejabat Pendidikan Daerah sebagai salah satu
menguasai kemahiran mengingat. Kajian ini boleh dijadikan rujukan dan panduan
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kaedah ini boleh digunakan oleh guru-
yang berkesan di dalam kelas. Panitia Sejarah di sekolah bolehlah mengambil inisiatif
kepada guru-guru di sekolah supaya mereka mahir untuk menggunakan kaedah ini.
Penggunaan kaedah ini oleh guru-guru di sekolah sudah pasti akan dapat
Kaedah ini mempunyai kekuatan kerana telah dibuktikan dalam kajian ini bahawa
minat murid untuk mempelajari Sejarah. Kaedah ini telah dapat mengubah persepsi
nurid-murid yang menganggap mata pelajaran Sejarah sukar dan susah. Kaedah ini
telah terbukti berjaya meningkatkan prestasi dan minat murid dengan amalan
pembelajaran yang sistematik dan memudahkan murid-murid lemah yang tidak ada
cara mudah untuk mengahafal. Seterusnya, kaedah ini juga telah mengubah
paradigma pengajaran guru secara tradisional yang mana berpusatkan guru kepada
Walau bagaimana pun, kaedah ini masih mempunyai kelemahan yang perlu
diperbaiki secara kolektif oleh guru-guru. Kelemahan yang ketara dapat dikesan ialah
47
kaedah akronim ini kadang-kadang menyebabkan responden merasa bosan dan
jemu apabila digunakan secara berulang-ulang. Oleh itu, untuk mengatasi masalah
Dalam pelaksanaan kajian ini, saya telah dapat menimba pelbagai pengalaman yang
sangat berguna sebagai persiapan untuk menjadi guru yang sebenar. Kajian ini telah
memberikan pengetahuan yang berguna kepada pengkaji dari segi persepsi bahawa
untuk menjadi seorang guru yang berkesan haruslah mencabar. Hal ini kerana untuk
guru mestilah bersikap proaktif dan berfikir secara kreatif. Selain itu, seseorang guru
juga perlu merancang dengan teliti aktiviti dan bahan yang hendak digunakan di
dalam kelas. Faktor yang paling penting ialah seseorang guru perlu merancang dan
48
RUJUKAN
Alias b. Putih. (2009). Kajian tindakan di sekolah satu pengenalan. Shah Alam.
Ang Jia Chee (2011) Kajian Tindakan Tentang Meningkatkan Kebolehan Mengenali
Akhiran.
Azri Aziz. Teknik Ingatan Untuk Pelajar. Kuala Lumpur. Quantum Learning. 1994.
Abdul Latib bin Abd Rahman, 2016. Panduan Penulisan Laporan Tindakan
Ab. Rahim Selamat, 2000. Kemahiran dalam Sekolah Bestari. Johor. Badan
Ab. Fatah Hasan .2001. Penggunaan Minda yang Optimum dalam Pembelajaran.
Amy Ng Wei Ting .2009. Kaedah Penyelidikan Tindakan. Kuala Lumpur: Dewan
Buzan T. (2006). Use your memory: Understand your mind to improve your
Ee, Ah Meng ( 1997). Pendidikan di Malaysia 1: Shah Alam : Fajar Bakti, 1997.
49
Fauziah Bt Mat, 2003. Kajian Tindakan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti
Sdn. Bhd.
Imran Jaafar. (2000). 12 Langkah Menuju Daya Ingatan Lebih Baik. Kuala Lumpur:
Kamus Dewan Edisi Ketiga, 2002, Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamarudin Yaakub .1997. Soal jawab motivasi dan teknik belajar, Kuala Lumpur:
Mohd. Yunus Noor (1990). Psikologi dan teknik belajar berkesan. Petaling Jaya.
Maisarah Majid dalam Pembentukan Jati Diri Kanak-Kanak Melalui Bahan Bacaan
Materials).
Mc Niff, 1988. Action Research: Principles and Practice. Dewan Bahasa dan
Othman Lebar .2011. Kajian Tindakan dalam Pendidikan: Teori dan Amalan.
50
Syed Ismail bin Syed Mustapa & Ahmad Subki bin Miskon (2010).
Sidek Mohd Noah. 2002. Perkembangan Kerjaya: teori dan praktis. Universiti Putra
Tony Buzan, 2010. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. (UP&D) .Panduan
Adibah Binti Abdul Latif & Fatimah Harlina Mohd Taib Fakulti Pendidikan
Perkembangan kerjaya : teori & praktis / Sidek Mohd Noah Sidek Mohd Noah :
51