Anda di halaman 1dari 7

KAEDAH TALAQQI

Kamarul Azmi Jasmi dan Mohd Aderi Che Noh. (2013). Sejarah, Kaedah Serta Model
Pengajaran dan Pembelajaran al-Quran (History, Methods, And Models Of Teaching And
Learning Of The Quran, Faculty of Islamic Civilization : University Technology Malaysia, Faculty
of Education : University Kebangsaan Malaysia menjelaskan bahawa sejarah pengajaran al-Quran
menurut al-Buti (1991) dan Mohd Yusof (2000) telah bermula ketika Nabi Muhammad S.A.W
sedang beribadat di Gua Hira. Baginda dilantik menjadi pesuruh Allah S.W.T secara rasmi dengan
turunnya al-Quran yang pertama. Oleh itu, dengan peratusan kenabian ini, maka bermulalah
pendidikan yang bersumberkan bacaan yang diajar oleh Jibrail a.s dan dibaca oleh Rasulullah
S.A.W bukan semata-mata bacaan, tetapi ia dilakukan untuk diikuti dan difahami sehinggakan
Rasulullah S.A.W apabila diturunkan wahyu kepadanya, Baginda tidak henti-henti menggerakkan
lidah dan bibirnya sehingga Allah S.W.T melarangnya berbuat demikian. Allah s.W.T memberi
jaminan kepada Rasulnya berkaitan amalan menghafal al-Quran dan membetulkan bacaan
Rasulnya. Firman Allah S.W.T :

Maksud : Janganlah Engkau (Wahai Muhammad) - kerana hendakkan cepat menghafaz Quran
Yang diturunkan kepadamu - menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan
kepadamu). Sesungguhnya Kamilah Yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu),
dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu); Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan
bacaannya (kepadamu, Dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu;
Kemudian, Sesungguhnya kepada Kamilah terserah urusan menjelaskan kandungannya (yang
memerlukan penjelasan).

(Surah al-Qiyamah : 17-19)

Berdasarkan ayat di atas jelas menunjukkan bimbingan Allah S.W.T kepada rasulNya tentang
kaeah mempelajari al-Quran melalui malaikat Jibrail a.s. Dalam kaedah pengajaran al-Quran pada
peringkat awal ini, a.s sebagai guru, membaca kepada Nabi S.A.W dan Baginda diminta supaya
mendengar dan memerhatikan bacaan Jibrail a.s. Rasulullah S.A.W semasa melalui proses bacaan
al-Quran ini Baginda tidak tergopoh-gapah dalam bacaan dan hanya mengikuti bacaan al-Quran
apabila malaikat Jibrail a.s selesai membacanya. Proses ini berlaku apabila keadaan sebelumnya
Rasulullah S.A.W tergopoh-gapah dalam bacaan akibat tekanan suasana yang cemas kerana
pengalaman yang baru dihadapi dengan kedatangan malaikat Jibrail a.s. Kemudian kaedah bacaan
diteruskan lagi pada zaman sahabat untuk menjamin agar al-Quran berkekalan.

Merujuk kepada amalan pengajaran dan pengajaran Tilawah al-Quran yang berkesan,
maka guru Pendidikan Islam juga perlu jelas dari segi strategi, pendekatan, kaedah dan teknik akan
membawa kepada pengajaran yang berkesan. Selain itu, penaksiran juga diperlukan bagi membuat
1
penilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan ketika sebelum dan selepas
pengajaran dan pembelajaran agar guru mengetahui tahap pencapaian yang mereka capai.

Kaedah Tilawah al-Quran meliputi kaedah talaqqi, musyafahah, latih tubi, halaqah
kecil, tatbiqi, kerja berkumpulan, kerja individu dan tasmi. Namun, di dalam tugasan ini penulis
Akan menghuraikan dua kaedah sahaja iaitu kaedah talaqqi dan kaedah musyafahah.

1) Kaedah Talaqqi

Dari segi bahasa bermaksud pertemuan secara berhadapan atau bersemuka. Manakala dari
segi istilah pula ialah pertemuan di antara guru dan murid secara bersemuka. Guru memberi contoh
bacaan dan murid mengikut bacaan guru. Sabda Rasulullah S.A.W :

Maksudnya : Daripada Anas bin Malik bahawasanya Rasulullah S.A.W telah berkata kepada
Ubay : Sesungguhnya Allah menyuruhku membacakan al-Quran padamu Ubay berkata : Adakah
Allah memilihku dan menyebut namaku di sisimu? Jawab Nabi Allah telah memilih dan
menamakan kamu di sisike Maka Ubay pun menangis.

: :

Maksudnya : Sabda Rasulullah S.A.W : Ambillah (pelajarilah) Al-Quran daripada empat orang
iaitu Abdullah bin Masud, Salim, Mucaz dan Ubay bin Kaab.

2) Kaedah Musyafahah

Musyafahah pada bahasa ialah sebutan daripada mulut ke mulut yang diambil dari pergerakan
dua bibir. Manakala pada istilah pula ialah murid menerima pengajaran secara dengan sebutan guru,
melihat pergerakan bibir guru dan menyebutnya (mengikut).

Guru memberi contoh bacaan kepada seorang murid, kemudian murid itu mengikut contoh
bacaan guru secara individu.

Dalam kaedah ini, murid yang mempelajari al-Quran mesti berhadapan secara langsung
kepada gurunya. Faktor ini sangat ditekankan supaya murid tahu betul cara amali bagaimana
pelaksanaan semua hukum-hukum tajwid dalam bacaan yang meliputi makhraj-makhraj huruf dan
lain-lain hukum tajwid.

2
KELEBIHAN

Kaedah talaqqi merupakan jalan ilmu yang mana para ulama besar kita dan para ulama
ikutan dalam Islam telah tempuhi ketika proses pengajaran dan pembelajaran ilmu. Melalui
kaedah talaqqi seorang penuntut akan mengambil ilmu yang berupa riwayat, huraian dan
pemahaman secara mendengar daripada mulut orang alim yang juga telah mendengar
daripada orang alim yang sebelumnya dengan sanad yang bersambung kepada Rasulullah
S.A.W. Inilah cara yang telahpun ditempuhi oleh para ulama salaf dan khalaf ketika talaqqi
ilmu sepertimana imam kita al-Syafie r.a yang telah talaqqi ilmu seperti Muslim ibn Khalid,
Malik ibn Anas, murid-murid Abu Hanifah dan selain mereka. Firman Allah S.W.T :

3
Maksudnya : Wahyu itu (disampaikan dan) diajarkan kepadanya oleh (malaikat jibril) Yang
amat kuat gagah.

(Surah al-Najm : 5)

Nabi Muhammad S.A.W juga telah bertalaqqi al-Quran daripada Jibril a.s dan
seterusnya para sahabat baginda bertalaqqi al-Quran daripada baginda dan selanjutnya orang
yang selepas sahabat pula talaqqi al-Quran daripada para sahabat sehingga bersambungan
kepada kita. Sabda Rasulullah S.A.W :

Maksudnya : Hanyasanya ilmu dengan talaqqi dan kefahaman itu dengan mendalami ilmu.

(Hadis riwayat Bukhari)

Oleh itu, tidak ada ilmu tanpa belajar daripada seorang guru. Al-Bukhari telah
meriwayatkannya di dalam kitab al-Adabul Mufrad tentang kisah perjalanan Jabir ibn
Abdillah al-Ansori r.a selepas kewafatan Rasulullah S.A.W dari Madinah ke Mesir selama
sebulan untuk mendatangkan satu hadis daripada Abdullah ibn Unais yang telah mendengar
hadis itu daripada Rasulullah S.A.W dan Jabir belum pernah mendengarnya. Ini adalah hanya
kerana sifat haloba beliau untuk talaqqi ilmu daripada mulut-mulut para ulama. Manakala al-
Imam al-Khatib al-Bagdadi pula telah meriwayatkan sebilangan pendapat daripada para
ulama yang terbilang menunjukkan manhaj keilmuan yang mereka ikut dalam talaqqi ilmu
dan beliau menerangkan bahawa barangsiapa yang mengambil al-Quran daripada mushaf
tanpa talaqqi maka dia digelar mushafi dan tidak digelar sebagai seorang qari dan barangsiapa
yang mengambil ilmu daripada kitab-kitab maka dia digelar sohafi dan tidak digelar sebagai
seorang alim. Al-Khatib al-Baghdadi telah meriwayatkan daripada al-Imam al-Tabiie al-Jalil
Muhammad ibn Sirin r.a bahawa dia berkata :

Maksudnya : Ilmu tidak diambil melainkan daripada mulut-mulut para ulama.

Muslim meriwayatkan di dalam Muqaddimah kitab Soheh Muslim daripada


Muhammad ibn Sirin bahawa dia berkata :

4
Maksudnya : Sesungguhnya ilmu ini adalah agama maka kamu lihatlah daripada siapakah
kamu mengambil agama kamu.

Para ulama sangat haloba untuk mendengar ilmu sehingga sebahagian mereka
mempunyai seratus guru dan sebahagian mereka mempunyai lebih ramai lagi guru. Al-Hafiz
Abu Said al-AlaI Khalil ibn Kaikaladi merupakan guru kepada al-Hafiz Zainuddin al-Iraqi
yang telah talaqqi hadis daripada tujuh ratus ulama secara medengar langsung daripada
mereka.

Oleh itu besarlah faedahnya dengan bertalaqqi ilmu daripada mulut para ulama.
Antaranya :

1. Dapat menjauhkan diri daripada terjebaknya kefahaman yang salah kesan daripada
berpada dengan semata-mata mentelaah tanpa talaqqi.
2. Dapat mengambil ilmu secara isnad ilmu yang dipercayai yang menjaga penuntut ilmu
dari berpegang dengan riwayat-riwayat yang batil, mauduk dan pemikiran-pemikiran
yang menyalahi manhaj ahl al-Sunnah wa al-Jamaah.
3. Selamat daripada pemalsuan dan penyelewengan yang banyak berlaku dalam kitab-
kitab khususnya dalam cetakan-cetakan yang berasaskan perniagaan yang tidak
menitikberatkan ketetapan ilmiah.
4. Memperoleh keberkatan dengan sebab hadir dalam majlis ilmu para ulama dan
fuqaha dan dengan sebab hubungan rapat dengan mereka.

Penyair ada berkata :

*** ***

Maksudnya : Barangsiapa mengambil ilmu daripada seorang guru secara musyafahah,


maka dia terpelihara dari penyelewengan dan pemalsuan. Dan barangsiapa selalu
mengambil ilmu dari helaian kertas, maka ilmunya di sisi ahli ilmu adalah seperti tiada.

(http://www.qulamirulhakim.blogspot.com>2016/10)

Manakala para ulama tajwid amat menekankan konsep mempelajari al-Quran secara
talaqqi musyafahah kerana dapat menjaga kesahihan bacaan al-Quran. Ia berbeza jika
membaca al-Quran tanpa berguru atau hanya melalui buku-buku atau media-media
elektronik yang kian berkembang pesat di zaman sekarang ini yang tidak dapat dipastikan

5
sahih atau tidak sesuatu bacaan itu. Bacaan seseorang murid juga akan ditegur secara
direct oleh guru jika terdapat kesalahan bacaan. Ia berbeza jika belajar daripada cd atau
kaset yang hanya dapat didengari bacaanya tanpa dapat menegur bacaan seseorang itu
betul atau salah. Melalui kaedah ini juga, murid dapat melihat sendiri pergerakan mulut
guru apabila menyebut sesuatu bacaan kerana al-Quran mempunyai keunikan tersendiri
apabila kita membacanya. Ini amat berbeza jika bacaan al-Quran itu hanya dipelajari
daripada buku-buku sahaja atau media elektronik yang mana kita tidak dapat mengenal
pasti bagaimana cara bacaan yang sebenar. Manakala jika murid akan lebih memberi
perhatian jika guru berada di hadapannya berbanding jika hanya belajar al-Quran melalui
buku-buku dan sebagainya, maka tumpuan seseorang itu akan terjejas oleh gangguan
tertentu. Murid juga akan sentiasa mendapat kata-kata daripada guru yang mana dapat
memberi semangat kepadanya dalam mempelajari al-Quran. Kata-kata yang berupa
nasihat khusus yang berkaitan al-Quran ini jarang-jarang dapat disampaikan melainkan
daripada orang yang sememangnya telah bergelumang dengan pahit manis menuntut ilmu
al-Quran itu sendiri.

KEKURANGAN

Menurut Kamaria Saburahim. (2012). Asuhan Tilawah al-Quran 1, Fakulti Pendidikan


Bahasa, Open University Malaysia : Pusat Pembelajaran Wilayah Tawau menjelaskan bahawa
kelemahan kaedah talaqqi dan musyafahah ialah :

1. Suasana pembelajaran yang kurang kondusif kerana murid menjadi pasid dan kurang
aktif.
2. Pembelajaran lebih berpusatkan kepada guru sahaja.
3. Terjadi keciciran terhadap murid yang kurang menguasai bacaan al-Quran berbanding
murid yang telah menguasai sehingga menyebabkan guru sukar melaksanakan kaefah ini
secara kelas.

6
4. Penumpuan guru perlu diberikan secara sepenuhnya ketika murid-murid membaca atau
menghafaz. Guru tidak boleh melakukan aktiviti lain semasa mengaplikasikan kaedah ini
kerana perlu membetulkan bacaan atau hafazan murid sekiranya berlaku kesalahan.
5. Mengambil masa yang panjang untuk membetulkan bacaan murid secara individu.
Terdapat murid lain yang tidak dapat didengar dan diperbetulkan bacaan pada satu-satu
masa.
6. Kelemahan bacaan guru akan menimbulkan kesan yang besar terhadap murid.
7. Kawalan kelas tidak berjaya kerana kerana apabila guru memberikan tumpuan terhadap
bacaan seorang murid, murid lain akan kurang diberikan perhatian maka terjadilah
suasana pembelajaran yang tidak baik

Anda mungkin juga menyukai