Anda di halaman 1dari 3

Panduan Menulis Rumusan

Bahagian Pendahuluan
i. Pelajar digalakkan menulis pendahuluan dalam sebaris ayat saja.

ii. Pelajar digalakkan supaya menukar arahan soalan dengan menggunakan perkataan yang bersinonim
(sama maksud) dengan kata atau frasa tersebut.

Contoh:
(a) Faktor : sebab, punca
(b) Kesan : Implikasi, akibat
(c) Langkah : Usaha, cara

iii. Pelajar tidak perlu menulis kembali arahan atau kata kunci kedua dalam bahagian pendahuluan.

iv. Pelajar perlu menulis skop petikan untuk melengkapkan pendahuluan.

v. Formula rumusan :

Petikan membincangkan _(kata kunci pertama tukar perkataan sinonim) dalam__(skop


petikan) .

Menulis Isi-isi tersurat

i. Pelajar boleh mengenal pasti isi-isi tersurat yang terdapat di dalam petikan seperti mana arahan atau
kata kunci pertama dalam soalan.

ii. Pelajar diingatkan bahawa di dalam petikan soalan kelazimannya terdapat 10 isi.

iii. Bukan semua isi tersurat harus ditulis kembali oleh pelajar. Pelajar hanya disarankan agar menulis
maksimum tujuh isi tersurat.

iv. Isi-isi tersurat boleh dikenal pasti dengan menandai atau menggarisi ataupun membuat blok
menggunakan pen berwarna.

v. Pelajar digalakkan menulis isi tersurat dengan menyusun mengikut tertib dengan menggunakan ayat
yang gramatis dan lengkap.

vi. Pelajar digalakkan menggabungkan isi-isi tersurat dengan menggunakan kata hubung atau penanda
wacana yang sesuai seperti selain itu, sehubungan itu, dalam pada itu, dan sebagainya.

vii. Hal ini dikenal pasti dapat membantu pelajar untuk boleh menjimatkan bilangan patah perkataan yang
ditulis.

viii. Pelajar boleh menyalin semula ayat sama ada mengikut baris ataupun menyalin sebahagian ayat di
dalam petikan tetapi pelajar dilarang menyalin bulat-bulat daripada petikan.
ix. Pelajar hendaklah memastikan isi-isi yang ditulis memenuhi arahan atau kata kunci dalam soalan.

Menulis Isi-isi Tersirat

i. Pelajar digalakkan membina isi-isi tersirat berdasarkan arahan atau kata kunci kedua dalam soalan.

ii. Pelajar perlu mematuhi arahan soalan iaitu isi tersirat merupakan isi yang tidak terdapat di dalam
petikan yang diberi.

iii. Sekiranya pelajar menulis isi tersirat berdasarkan petikan, tiada markah untuk isi tersebut.

iv. Pelajar boleh mengemukakan dua, tiga atau empat isi tersirat tetapi sekurang-kurangnya tiga isi
tersirat.

v. Pelajar digalakkan mengolah ayat dengan menggunakan ayat sendiri dengan syarat ayat tersebut
hendaklah gramatis dan lengkap.

vi. Pelajar digalakkan menggabungkan isi-isi tersurat dengan menggunakan kata hubung atau penanda
wacana yang sesuai seperti selain itu, sehubungan itu, dalam pada itu dan sebagainya.

vii. Pelajar hendaklah memastikan isi-isi yang ditulis memenuhi arahan atau kata kunci dalam soalan.

Penutup (Kesimpulan)

i. Pelajar disarankan supaya menulis ayat penutup sebagai kesimpulan dalam rumusan.

ii. Pelajar disarankan supaya menulis ayat penutup ini dalam bentuk dua bahagian iaitu:
a) Ayat berbentuk cadangan
b) Ayat berbenuk harapan

iii. Pelajar dikehendaki menulis ayat berbentuk cadangan dengan menyatakan kesan, akibat, atau
implikasi kepada tema petikan.

iv. Seterusnya, pelajar hendaklah menyatakan ayat berbentuk harapan dengan menggunakan kata
hubung supaya atau agar sebagai pelengkap kepada ayat penutup tersebut.

v. Formula kesimpulan iaitu:

Tema petikan + Ayat berbentuk cadangan (supaya/agar) Ayat berbentuk harapan

LATIHAN 1

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor yang
menghalang pembangunan sukan negara dan kesan-kesanya.Panjang rumusan hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.
Kegagalan atlet negara di Sukan Olimpik Sdney 2000 menimbulkan pelbagai persoalan
tentang mutu pembangunan sukan negara di arena antarabangsa. Mutu sukan negara sepatutnya
terus berkembang dan mencapai banyak kejayaan seiring dengan pertumbuhan ekonomi negara.
Tetapi,mutu sukan negara terus merosot dari semasa ke semasa sedangkan pada masa yang sama
kerajaan telah menyediakan dan membelanjakan peruntukan yang besar untuk memajukan sukan
tanah air supaya mencapai taraf dunia.

Sebenarnya kemelut dalam dunia sukan negara boleh berpunca daripada banyak pihak.
Paling ketara ialah sikap tidak profesional pegawai yang suka mencampuri urusan jurulatih dalam
menentukan pemilihan pemain. Mereka lebih banyak menjadikan persatuan sukan sebagai tempat
mencari keuntungan peribadi daripada memberi perhatian khusus untuk memajukan sukan bertaraf
dunia. Mereka sering menunding jari kepada pihak lain daripada mengakui kelemahan sendiri apabila
punca kemerosotan atlet dikenali pasti. Mereka seharusnya sedar bahawa kegagalan atlet sering
dikaitkan dengan kelemahan pentadbiran persatuan sukan. Hal ini disebabkan, mereka sebagai
perancang pembangunan sukan tidak mempunyai hasrat atau visi yang cukup tinggi untuk membantu
meningkatkan mutu sukan.

Pengkritik sukan berpendapat banyak faktor yang menyebabkan mutu sukan negara tidak
mencapai kemajuan atau bertaraf dunia. Mereka berpendapat sistem pendidikan yang lebih
mementingkan kecemerlangan akademik dan sikap masyarakat atau ibu bapa yang mementingkan
kecemerlangan akademik membataskan murid-murid sekolah daripada mendekati sukan. Fenomena
ini menjadikan sekolah kini bukan lagi gelenggang untuk melahirkan dan mencungkil bakat pelajar-
pelajar sekolah yang boleh digilap sebagai atlet negara sehingga mencapai taraf dunia.

Bagaimanapun adalah tidak adil kita hanya menyalahkan pihak tertentu tanpa meninjau
dilema atlet. Secara umumnya moral atlet kita berada di tahap yang rendah dan mudah mengaku
kalah apabila menghadapi lawan yang bertaraf dunia. Hal ini mungkin kerana mereka kurang
keyakinan di samping kurang pendedahan dan pengetahuan. Atlet kita juga dikatakan tidak bersikap
matang dalam usaha untuk menigkatkan prestasi diri. Mereka tidak menjiwai watak sebagai ahli
sukan tulen yang sanggup untuk meningkatkan prestasi dan kemahiran sendiri. Sesetengah atlet
tidak berdisiplin dan menjadi keras kepala kerana menyedari khidmat mereka amat diperlukan,
ekoran sudah tidak ada atlet lain yang akan mewakili negara. Sikap atlet yang manja dan sukar
ditegur ini masalah kepada jurulatih untuk menggilap atlet negara menjadi ahli sukan bertaraf dunia.
Permasalahan ini bukan sahaja memerlukan atlet mengubah sikap tetapi juga semua pihak yang
terlibat demi mewujudkan sukan sebagai suatu budaya kehidupan.