Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 20

JALAN RAMA-RAMA 20/2


40300 SHAH ALAM, SELANGOR
TEL : 03 55431675 FAX : 03 55431679
EMAIL : sksek20@yahoo.com

MINIT MESYUARAT PANITIA MUZIK


BILANGAN 1 TAHUN 2017

Tarikh : 13 JANUARI 2017

Masa : 12.30 2.00 PETANG

Tempat : BILIK MUZIK

Kehadiran :

Bil Nama Jawatan

1. Puan Anis Huda bt Amir Hamzah Ketua Panitia


2. Puan Yetty Natalia bt Abdullah Setiausaha
3. Puan Noor Aisyah bt Zainal Abidin Guru
4. Puan Nor Azilah bt Abdul Rahman Guru
5. Puan Rabiatul Adawiah bt Wan Abdullah Guru
6. Puan Nur Hidayah bt Kamaruddin Guru
7. Puan Nora Liza bt Sidek Guru
8. Puan Siti Rus Iliani bt Rozlan Guru

Turut Hadir
Tiada

Tidak Hadir (Bersebab)


Tiada

Urus Setia Mesyuarat :


1. Puan Yetty Natalia bt Abdullah Setiausaha Panitia Muzik

1 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1. Pengerusi mengalu-alukan kedatangan semua ahli panitia ke Mesyuarat Panitia


Muzik yang kedua bagi sesi 2017.

1.2. Pengerusi menyeru agar matlamat panitia pada tahun ini adalah untuk
meningkatkan kefungsian Bilik Muzik seterusnya menjadikan subjek Pendidikan
Muzik sebagai subjek yang digemari oleh murid-murid SKS20. Selain itu, Panitia
juga berhasrat untuk meningkatkan prestasi dan menyertai pertandingan-
pertandingan peringkat zon dan daerah.

1.3 Pengerusi mengucapkan selamat datang kepada Puan Rus Ilyani, Puan Nur
Hidayah dan Puan Nora Liza ke Panitia Muzik SKS20 dan berharap semoga
kehadiran guru-guru ini akan menambahkan keceriaan dan lebih memajukan
panitia muzik pada tahun ini.

*RUJUK PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991


PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT DAN URUSAN JAWATANKUASAJAWATANKUASA KERAJAAN
2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
Tiada

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
Tiada

4 PERKARA-PERKARA BAHARU

4.1. Guru panitia diminta menyerahkan borang maklumat guru dan jadual waktu
persendririan pada minggu pertama.
Tindakan: Guru Muzik

4.2. Guru panitia diminta menyediakan DSKP dan Rancangan Pengajaran Tahunan
mengikut aliran yang diajar untuk simpanan fail dan simpanan sendiri. Guru yang
mengajar Tahun 1 perlu menyediakan dan memperbanyak salinan DSKP Pendidikan
Kesenian.
Tindakan: Guru Muzik

4.3. Menetapkan senarai penggunaan buku tulis bagi setiap aliran.


Tindakan: Guru Muzik

4.4. Peperiksaan Pendidikan Muzik


4.4.1. Guru yang dipertanggungjawab menggubal soalan perlu merujuk topik-
topik yang terdapat dalam buku teks KSSR Pendidikan Muzik.
Tindakan: Guru Muzik

4.4.2. Guru yang mengajar perlu menyediakan borang transit. Perekodan PBS
diadakan 3 kali setahun iaitu Mac, Jun dan Oktober.
Tindakan: Guru Muzik

4.4.3 Penetapan guru yang bertanggungjawab mengubal soalan Pendidikan


Muzik bagi setiap ujian atau peperiksaan.

Aliran PKSR 1 UB 2 PKSR 2


Tahun 1 Pn. Siti Juwairiah Pn. Nurul Adni Pn. Nor Azilah
Tahun 2 Pn.Noor Aisyah Pn. Munirah Pn. Noor Aisyah
Tahun 3 Pn. Noor Aisyah Pn. Noor Aisyah Pn. Noor Aisyah
Tahun 4 Pn. Anis Huda Pn. Anis Huda Pn. Anis Huda
Tahun 5 Pn. Yetty Pn. Yetty Pn. Yetty
Tahun 6 Pn. Anis Huda Pn. Anis Huda Pn. Yetty
Tindakan: Guru Muzik

*RUJUK PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991


PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT DAN URUSAN JAWATANKUASAJAWATANKUASA KERAJAAN
4.5. Pengurusan wang panitia
4.5.1 Pembelian alatan bilik muzik masih dalam proses pengurusan. Senarai
alatan bilik muzik :

Bil Peralatan Unit


1. Radio 2 unit
2. Speaker 1 unit
3. CD Kosong 1 set
4. Extention Wire 1 unit

Tindakan: Guru Muzik

4.6. Rancangan Aktiviti Kecemerlangan

Bil Aktiviti
1. Pertandingan Tarian
2. Pertandingan Koir
3. Program Kibod Music Time
4. Pertandingan Nyanyian
5. LADAP Muzik
6. Minggu Panitia Muzik
Tindakan: Guru
Muzik

5 HAL-HAL LAIN

5.1. Format pemarkahan peperiksaan merujuk kepada 50% peperiksaan, dan 50%
amali.
Tindakan: Guru Muzik

5.2. CD Lagu-lagu KSSR disediakan di bilik Muzik bagi memudahkan kegunaan


semua guru yang akan mengajar.
Tindakan: Setiausaha

5.3. Bilik Muzik perlu dikunci setiap masa sekiranya tidak digunakan bagi tujuan
keselamatan kibod-kibod YAMAHA yang dipinjamkan untuk Program Music Time.

Tindakan : Guru Muzik

6. PENUTUP

Mesyuarat tamat pada jam 2.10 ptg. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada
semua ahli panitia. Mesyuarat ditangguhkan pada masa yang akan ditentukan kelak.

Urus Setia
Panitia Muzik
SK Seksyen 20
Tarikh : 13 Jan 2017

*RUJUK PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991


PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT DAN URUSAN JAWATANKUASAJAWATANKUASA KERAJAAN

Anda mungkin juga menyukai