Anda di halaman 1dari 42

Mesyuarat

Aguong
PIBG SESI 2015/2016
KALI KE-27
TARIKH : 6 MAC 2016
HARI : AHAD
MASA : 2.00
PETANG

ATUR CARA MAJLIS

2.00 petang - Ketibaan guru / ibu bapa / penjaga

2.15 petang - Ketibaan Penceramah

2.30 petang - Ucapan alu-aluan Pengacara Majlis

- Bacaan Doa

- Nyanyian Lagu Kebangsaan

2.45 petang - Ceramah Motivasi Kekeluargaan

3.30 petang - Ucapan Yang Dipertua PIBG SKFNS

3.45 petang - Ucapan Guru Besar SKFNS

4. 00 petang - Penyampaian hadiah UPSR terbaik 2015

4.15 petang - Gimik Pelancaran


1 KELUARGA 1 PASU POKOK BUNGA
4.30 petang - Penyampaian Cenderamata

4.45 petang - Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali - 27

5.30 petang - Cabutan Nombor Bertuah

5.45 petang - Jamuan & Bersurai

ISI KANDUNGAN
Atur cara Majlis 2

Isi Kandungan 3
KATA ALU-ALUAN
ANDUNGAN
Kata Alu-aluan Yang Dipertua PIBG 4
-
Kata Alu-aluan Guru Besar SKFNS 5

Senarai Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat 6-8


Agung PIBG Kali ke-27

Senarai Nama Pelajar Cemerlang UPSR 2015 9

Analisa Pencapaian UPSR 10 - 12

AJK PIBG Sesi 2015/2016 14

Agenda Mesyuarat Agung PIBG SKFNS Kali 15


Ke-27

Laporan Minit Mesyuarat Agung PIBG 2015 16 - 21

Laporan Setiausaha 23 - 27

Laporan Bendahari 29 - 31

Usul dan Cadangan 33 - 35

Bayaran yang Dikutip oleh Pihak Sekolah 36


Tahun 2015

AJK PIBG Sesi 2016/2017 37

Catatan 39

Sekalung Penghargaan 40

YANG DIPERTUA PIBG SK FELDA NERAM 1-


EN MOHD GHAZALI BIN ABD LATIF
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia
Bersyukur kehadrat Allah SWT kerana kita semua masih lagi diberikan ruang
untuk mengecapi nikmat didunia ini dengan aman, selamat dan sihat sejahtera.
Terima kasih juga kerana memberi sedikit ruang untuk saya pada hari ini.
Terima kasih dan Selamat datang ke SK Felda Neram 1kepada dif-dif
jemputan yang menunaikan undangan kami. Saya juga ingin mengucapkan tahniah
kepada semua hadirin pada hari ini kerana meluangkan masa untuk bersama-sama
melaksanakan amanah sebagai ahli PIBG, bagi meneruskan kecemerlangan
pendidikan dan sahsiah anak-anak kita. Setinggi-tinggi tahniah juga saya ucapkan
kepada semua pelajar serta ibu-bapa cemerlang, barisan pentadbir berserta guru-
guru dan semua yang telah melaksanakan yang terbaik pada tahun 2015 dan telah
membuahkan peningkatan yang lebih baik dari segi peratus dan GPS.
Rentak kecemerlangan telah kita tempa, kita perlu terus membuat replika
rentak yang sama pada tahun ini dan tahun-tahun mendatang sambil di buat tambah
baik. Saya doakan semoga pencapaian sekolah kita terus meningkat dan insyallah
satu hari nanti sebaris dengan sekolah-sekolah ternama dinegara kita.
Saya berharap mesyuarat pada hari ini akan membuahkan idea-idea bernas
yang akan memotivasikan lagi kita semua untuk pencapaian yang lebih cemerlang
dimasa mendatang. Akhir kata, terima kasih kepada barisan pentadbir, guru-guru,
AJK PIBG, AJK pelaksana dan semua yang telah menyumbang dan berkerja keras
untuk menjayakan mesyuarat pada hari ini.

Sekian , terima kasih

-------------------------------------------
EN. MOHD GHAZALI BIN ABD LATIF
YDP PIBG SK FELDA NERAM 1

KATA ALU-ALUAN
ANDUNGAN
-GURU BESAR SK FELDA NERAM 1-
EN WAN JAAFAR BIN WAN MUDA

Bismillahirrahmannirrahim

Alhamdulillah saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan hidayah


dan inayah-Nya kita dapat mengadakan mesyuarat Agung PIBG SKFNS kali ke-27.
Pada kesempatan ini saya mengalu-alukan dan menghargai kehadiran ibu bapa
dan penjaga yang telah sudi meluangkan masa untuk sama-sama bermesyuarat pada
hari ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli
Jawatankuasa PIBG yang banyak memberi sumbangan dari segi tenaga dan
kewangan membantu pihak sekolah. Sesungguhnya dengan adanya kerjasama yang
erat antara PIBG dan sekolah saya yakin kita mampu melonjakkan sekolah ini ke
tahap yang cemerlang dan gemilang.
Pihak sekolah sentiasa merancang program- program yang bermanfaat bagi
meningkatkan pencapaian dan kecemerlangan pelajar dari segi akademik,
kokurikulum,pembangunan akhlak dan sahsiah serta kepimpinan pelajar.Namun,
semua usaha ini tidak akan mampu kita laksanakan tanpa sokongan dan sumbangan
PIBG.
Selain itu, Sarana Ibu bapa yang terkandung di bawah Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan 2013-2025 merupakan agen untuk memupuk
persefahaman dan muafakat antara ibu bapa dan pihak sekolah. Saya juga menyeru
kepada ibu bapa yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu supaya dapat
menyumbangkan idea, tenaga, penge-tahuan, kepakaran dan kewangan kepada
pihak sekolah untuk mengoptimumkan kemen-jadian murid di sekolah ini.
Akhir sekali, pada kesempatan yang ada saya ingin merakamkan terima kasih
kepada Jawatankuasa PIBG 2015/2016 dan tidak ketinggalan kepada Jawatankuasa
Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG kali ke-27 ini kerana telah memberi sumbangan
bakti yang amat bermakna kepada sekolah

Sekian , terima kasih

-------------------------------------------
EN. WAN JAAFAR BIN WAN MUDA
GURU BESAR SK FELDA NERAM 1
JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihat : En. Wan Jaafar b. Wan Muda


Guru Besar SK Felda Neram 1
Yang Dipertua PIBG : En. Ghazali b. Latif

Naib Yang Dipertua : Pn. Maslinah bt. Ismail

Setiausaha PIBG : En. Mahathir b. Fauzi

Bendahari PIBG : Pn. Nur Khuraishah bt. Khmis

Protokol : En. Rodi b. Yusoff


Guru Penolong Kanan Pentadbiran

En. Norhafizu b. Mohamad


Guru Penolong Kanan HEM

En. Mohd Fikri b. Harun


Guru Penolong Kanan Kokurikulum

AJK Sambutan/Protokol
Guru Besar
Guru Penolong Kanan
AJK PIBG

AJK Jemputan
En.Mahathir b. Fauzi

AJK Buku Program


En.Mahathir b. Fauzi (K)
Pn. Zuraidah bt Abdullah
Pn.Nor Azifahanim bt Md Yusof
Pn. Norhayati bt Mat Shah

Pengacara Majlis
Pn. Norazlaili bt Mokhtar

Bacaan Doa
Ust. Rosli b. Abdullah
Ajk Fotografi/Video
En. Mohd Zaidi b. Mohd Mazlan
AJK Pendaftaran
Pn. Zaitun bt. Mohamad (K)
AJK Gimik Pelancaran
Pn Siti Syarehan bt saidin
En. Mohd Khairunizam b Hassan (K)
Pn. Norazlina bt. Ismail En. Ahmad Hadi b. Udzir
Jawatankuasa Jamuan
AJK Siaraya
En. Asmawi b. Husain (K) AJK Jamuan VIP
En. Muhamad Azeri b. Abd Razak Pn. Safinah bt Sidek (K)
Pn Khazilah bt Khalid
Pencatat Minit Mesyuarat Pn. Zainun bt Ismail
Pn Noormaiza bt Abdul Malek (K)
Pn. Noor Azliza bt Abd Rahman AJK Jamuan Guru/Ibu bapa
Pn. Suriyati bt Noor (K)

AJK Persiapan Dewan Pn Rosmiza bt Yahya


En. Norazli b. Ali (K) Cik Kartini bt Abdul
En Khalid b Chik Pn. Norhayati bt Mat Shafie
En.Ahmad Kamal b Zakaria
AJK Cenderamata / Hadiah
En. Mohd. Jupiter b. Md. Sidek
Pn. Nur Khuraishah bt. Khmis (K)
Pn. Siti Nur Asyikin bt. Kamaruddin
Pn. Siti Ayu Bistari bt Ismail
Pekerja am Sekolah

AJK Cabutan Bertuah


AJK Hiasan Pentas / Back Drop Pn. Siti Maslizawati bt Zakaria (K)
( Pentas)
Pn. Wan Norakus ma bt W.Alias
Pn.Cik Rogayah Bt. Abdullah (K)
Cik. Faridatul Asma bt. Mustafar
Pn Hanani bt Ibrahim
Pn Fatimah b Jusoh
( Banner )
En. Marzuki b Jusoh@Mamat
SENARAI NAMA PELAJAR CEMERLANG UPSR 2015

BIL NAMA KELAS

5
PENCAPAIAN UPSR
PENCAPAIAN UPSR
PENCAPAIAN UPSR
TA ALU-ALUAN
ANDUNGAN
MESYUARAT AGUNG PIBG

KALI KE -27
AHLI JAWATANKUASA PIBG
SK FELDA NERAM 1
SESI 2015/2016

_______________________________________________________

Penasihat : En. Wan Jaafar b. Wan Muda


Guru Besar SK Felda Neram 1
Yang Dipertua PIBG : En. Mohd Ghazali b. Abd Latif

Naib Yang Dipertua : Pn. Maslinah bt. Ismail

Setiausaha PIBG : En. Mahathir b. Fauzi

Pen. Setiausaha PIBG : Pn. Noorsuzana bt. Mat Said

Bendahari PIBG : Pn. Nur Khuraishah bt. Khmis

AJK Ibubapa : En. Zamzuri b. Jusoh


Pn. Zuraida bt. Nik
En. Zulkifli b. Mat Yaman
En. Fazli b. Abdullah
Pn. Mas Ayu bt. Ahmad
En. Zaidi b. Mat
Pn. Hamidah bt. Abdul Talib
Pn. Sabariah bt. Saudar

AJK Guru : Pn. Zaitun bt. Mohamad


En. Mohd. Jupiter b. Md. Sidek
En. Norazli b. Ali
Pn. Rokiah bt. Mustafa
Pn. Norazlina bt. Ismail
En. Ahmad Hadi b. Udzir

Pemeriksa Kira-Kira : Pn. Khazilah bt. Khalid


En. Ismail b. Omar
AGENDA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
KALI KE 27

1. Ucapan Yang Dipertua PIBG 2015/2016

2. Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-27

3. Pembentangan Laporan Aktiviti Tahunan

4. Pembentangan dan Pengesahan Laporan Kewangan 2015

5. Perkara-perkara berbangkit

6. Pembubaran Jawatankuasa PIBG 2015/2016

7. Pemilihan dan Pelantikan Pengerusi Sementara

8. Pemilihan Jawatankuasa PIBG 2016/2017

Yang Dipertua

Naib Yang Dipertua

Setiausaha Kehormat (Lantikan Sekolah)

Bendahari Kehormat (Lantikan Sekolah)

11 orang AJK
- 6 orang AJK Guru
- 8 orang AJK Ibubapa

2 orang Pemeriksa Kira-kira

9. Cadangan dan penerimaan usul (jika ada)

10. Ucapan Penangguhan


LAPORAN MINIT
MESYUARAT AGUNG PIBG 2015

Tarikh : 29 Mac 2015


Hari : Ahad
Masa : 2. 30 Petang
Tempat : Dewan SK Felda Neram 1
Kehadiran : 197 Orang.

1. UCAPAN PENASIHAT TN. GURU BESAR SK FELDA NERAM 1

1.1 Beliau mengucapkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana sama-sama


dapat berkumpul dalam mesyuarat agung PIBG bagi tahun 2015.

1.2 Beliau mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan


kedatangan Adun Air Putih, Yang Berhormat Tuan Haji Wan Abdul
Hakim Bin Tan Sri Wan Mokhtar, Wakil dari Pejabat Pelajaran Daerah
Kemaman,Tuan Haji Sulaiman Bin Mohamad Ketua Peneroka Felda
Neram 1 merangkap pengerusi PIBG ,En Ismail Bin Mohammad, dif-
dif jemputan, Para guru dan ibu bapa yang sudi meluangkan masa
untuk hadir ke mesyuarat agung kali ini.

1.3 Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK
PIBG yang telah banyak memberikan kerjasama sama ada dalam
bentuk tenaga, kewangan dan apa jua bentuk sumbangan dalam
menjayakan program sekolah.

1.4 Selain itu, beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pemimpin
masyarakat setempat iaitu pengerusi JKKR, JJK kampung dan juga
orang perseorangan yang telah banyak memberikan sumbangan
kepada pihak sekolah.

1.5 Beliau juga berharap agar ibu bapa dapat bekerjasama,


berkolaborasi dan menjalinkan hubungan yang erat dengan pihak
sekolah bagaikan aur dengan tebing. Ibu bapa dan guru haruslah
berganding bahu untuk meningkatkan prestasi murid-murid kerana
mereka adalah generasi yang akan menjadi pemimpin pada masa
akan datang.
1.6 Beliau juga menceritakan serba sedikit tentang sejarah penubuhan
SKFN 1, bilangan guru, bilangan kelas, visi dan misi sekolah dan target
UPSR 2015.

1.7 Guru Besar juga memaklumkan tentang pencapaian murid-murid


dalam bidang ko-akademik dan majlis tilawah Al-Quran pada tahun
2015.

1.8 Guru Besar memaklumkan bahawa ibu bapa telah bersetuju untuk
menyumbangkan dana sebanyak RM 150.00 untuk aktiviti yang
berkaitan dengan UPSR bagi tahun 2015.

1.9 Beliau juga memaklumkan bahawa ibu bapa perlu memberikan


100% sokongan kepada anak-anak sekiranya ingin melihat anak
anak mereka berjaya. Keberadaan ibu bapa di rumah penting untuk
memantau dan meningkatkan tahap pendidikan anak anak
mereka. Ibu bapa adalah mentor dan fasilitator kepada anak-anak.

1.10 Guru besar amat berharap agar ibu bapa dapat memberikan
seikhlas sumbangan dan melibatkan diri dalam aktiviti sekolah
seperti kelas tambahan, melukis mural dan sebagainya, sejajar
dengan usaha Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu melalui sarana
ibubapa.

1.11 Akhirnya, guru besar berharap ibu bapa dan guru saling berganding
bahu dan berpisah tiada kerana kedua-duanya penting bagi
meningkatkan prestasi anak-anak yang merupakan pemangkin
pada masa hadapan.

Tindakan : Setiausaha Makluman : Semua Pihak


2. UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG- EN. ISMAIL BIN MUHAMMAD

2.1 Beliau memulakan ucapan alu-aluan dan memanjatkan kesyukuran


kerana dapat sama-sama berkumpul dalam mesyuarat tahunan
PIBG kali ke 26.

2.2 Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua AJK PIBG
yang telah berjaya menjalankan tugas dengan penuh ikhlas dan
dedikasi sepanjang sesi pada kali ini.

2.3 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB kerana


dapat hadir ke mesyuarat kali ini walaupun beliau mempunyai
tugasan di PWTC, Kuala Lumpur.

2.4 Beliau berharap AJK yang akan dilantik pada tahun ini dapat
memberi sepenuh komitmen agar kecemerlangan sekolah dapat
ditingkatkan. Beliau juga memaklumkan bahawa telah lama
memegang jawatan sebagai pengerusi PIBG. Dengan itu, beliau
dengan berbesar hati ingin melepaskan jawatan tersebut dan
memberi peluang kepada ahli lain yang lebih berkelayakan.

2.5 Beliau memaklumkan bahawa pada mesyuarat kali ini akan


dijalankan pelancaran Wakaf Al-Quran dan Tabung Sumbangan
SKFN 1. Sumbangan ini adalah bertujuan untuk memberikan
keselesaan kepada anak anak semasa aktiviti pembelajaran dan
untuk meningkatkan prestasi pendidikan mereka.

2.6 Memandangkan murid semakin ramai dan kelas tidak mencukupi


untuk menampung keperluan tersebut, beliau berharap pihak
Pejabat Pelajaran Daerah Kemaman dapat mengambil tindakan
yang selanjutnya supaya murid-murid dapat belajar dalam
keadaan selesa.

2.7 Akhirnya, beliau memohon maaf sekiranya terdapat salah dan silap
sepanjang beliau menjalankan tugas dan beliau mengucapkan
terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan
mesyuarat pada kali ini.

Tindakan : Makluman : Semua pihak


3. UCAPAN PERASMIAN OLEH YANG BERHORMAT TUAN HAJI WAN ABDUL HAKIM BIN
TAN SRI WAN MOKHTAR (ADUN AIR PUTIH)

3.1 Beliau mengucapkan ucapan terima kasih kepada pengerusi majlis,


ucapan puji-pujian ke hadrat Ilahi dan seterusnya ucapan terima kasih
kerana di jemput hadir ke mesyuarat tahunan PIBG SK Felda Neram 1 pada
kali ini.

3.2 Beliau berkongsi tentang isi kandungan dan pengisian buku yang bertajuk
The Smartest Kids In The World And How They Got That Way yang ditulis
oleh Amanda Ripley yang membincangkan tentang kualiti tahap
pendidikan seorang guru dan penglibatan ibu bapa dalam pendidikan
anak-anak.

3.3 Selain itu, beliau menyatakan bahawa terdapat kajian dari World Bank
mengenai masalah pendidikan di negara China. Daripada kajian tersebut
mereka mendapati seorang daripada empat orang murid menghadapi
masalah rabun penglihatan. Oleh itu, ibu bapa dan guru perlu berganding
bahu mengenal pasti masalah murid supaya tidak mengganggu proses
pembelajaran mereka.

3.4 Beliau menyatakan bahawa anak anak merupakan aset kepada ibu
bapa, bangsa dan negara pada masa akan datang. Oleh itu beliau
berharap agar ibu bapa sentiasa memantau dan mengawasi pergerakan
anak anak dan menjadikan ibu bapa sebagai role model kepada anak
anak.

3.5 Beliau berharap supaya ibu bapa menjadi contoh dan teladan yang
terbaik bagi anak-anak. Oleh itu ibu bapa perlulah mempunyai nilai
integriti yang tinggi, niat yang betul, keupayaan dan kemahiran,
pengetahuan dan seterusnya menunjukkan hasil yang baik kepada anak-
anak.

3.6 Beliau juga memberi nasihat kepada ibu bapa iaitu perkara yang penting
sebagai suami adalah mencintai isterinya dengan sepenuh hati dan
perkara yang penting sebagai seorang isteri adalah mencintai suaminya
dengan sepenuh hati. Dengan itu, ibu bapa ini akan menjadi ibu bapa
yang cemerlang untuk anak-anak.

3.7 Seterusnya, beliau dengan berbesar hati menyumbangkan RM 3000.00


(Tiga Ribu Ringgit Malaysia) kepada PIBG sekolah dan seterusnya
merasmikan mesyuarat agung tahunan PIBG SK Felda Neram 1 kali ke
26 dengan ucapan Bismillahirahmanirahim.

Tindakan : Makluman : Semua Pihak


4. UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG (EN. ISMAIL B. MOHAMMAD)

4.1 Beliau memulakan ucapan alu-aluan dan memanjatkan kesyukuran


kerana dapat sama-sama berkumpul dalam mesyuarat tahunan
PIBG kali ke 26.

Tindakan : Makluman : Semua Pihak

5. PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI


KE 25 2014/2015 (EN. MAHATHIR B. FAUZI)

5.1 Beliau mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama semua


yang hadir dan meminta hadirin menyemak jika terdapat ralat di
dalam minit mesyuarat yang lepas.

5.2 Beliau membentangkan minit mesyuarat sesi 2014/2015 dan


mengesahkan minit mesyuarat tersebut jika tiada perkara
berbangkit.

Pencadang : En. Ismail b. Omar


Penyokong : Pn. Sabariah bt. Saudar

5.3 Seterusnya, beliau juga membentangkan laporan tahunan dan


aktiviti PIBG bagi tahun 2014/2015.

- Ahli mesyuarat PIBG kali ke 26 mengesah dan menyokong


laporan tahunan dan aktiviti PIBG yang dibentangkan.

Tindakan : Makluman : Semua Pihak

6. MEMBENTANGKAN DAN MENERIMA PENYATA KEWANGAN BERAKHIR PADA


31 DISEMBER 2014 (PN. NUR KHURAISHAH BT. KHMIS)

6.1 Bendahari kehormat membentangkan penyata kewangan berakhir


pada 31 Disember 2014.
Pencadang : En. Sayuti b. Md Ghani
Penyokong : Pn. Zakiah bt. Mamat

Tindakan : Makluman : Semua Pihak


7. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

7.1 Tiada perkara-perkara berbangkit.

8. MEMBAHASKAN USUL

8.1 Jawatankuasa PIBG sesi 2014/2015 telah membentangkan usul


Bayaran Sumbangan PIBG untuk sesi 2015 persekolahan sebanyak
RM40.00 bagi setiap murid dan agihannya sebagaimana berikut:

BIL PERKARA TAHUN 1 TAHUN 2 6


1. RM10.00 (Bagi RM10.00 (Bagi
PIBG setiap orang setiap orang
murid) murid)
2. Kertas Fotostat RM10.00 RM15.00
(peperiksaan)
3. Ko-kurikulum RM 2.50 RM 5.00
4. Keceriaan Kelas RM 3.50 RM 5.00

5. Perpustakaan RM 2.50 RM 5.00

6. Program Transisi (Thn 1 RM10.00 (telah


shj.) dijelaskan -
pada minggu
program)
7. Buku Disiplin (Thn 1 shj.) RM 1.50 -
JUMLAH RM40.00 RM40.00

8.2 Puan Fadziah bt. Ghazali mencadangkan pihak sekolah


menyediakan tempat menunggu dalam kawasan sekolah bagi
kegunaan para ibu bapa serta penjaga dan juga murid.

8.3 Encik Yusoff b. Embong mencadangkan supaya pihak sekolah


membina laluan berbumbung atau penggunaan gajah menyusur
dari kantin sekolah sehingga ke pintu pagar utama.
8.4 Encik Mohd. Azali b. Jusoh mencadangkan agar pagar belakang
sekolah berdekatan dengan surau diperbaiki.

8.5 Encik Mohd. Azali juga mencadangkan gril keselamatan di pasang


di bangunan pra sekolah 1.

8.6 Encik Romaizi b. Mamat mencadangkan pembinaan pintu pagar


kecil bersebelahan pintu pagar utama bagi kemudahan murid
masuk dan pulang sekolah.

- Ahli mesyuarat PIBG kali ke 26 menerima semua usul


tersebut tanpa pindaan dan bahas.

Tindakan : AJK dan pihak sekolah Makluman : Semua Pihak

9. PEMBUBARAN AJK PIBG SK FELDA NERAM 1 SESI 2014/2015

9.1 Pengerusi ( En. Ismail b. Mohammad ) membubarkan AJK PIBG bagi


sesi 2014/2015.

9.2 En. Norhafizu b. Mohamad mencadangkan supaya mesyuarat


dikendalikan oleh En. Mahathir b. Fauzi sebagai pengerusi
sementara.

9.3 Pengerusi sementara berharap sesi perlantikan Jawatankuasa PIBG


bagi sesi 2015/2016 dapat berjalan dengan baik.

9.4 Calon-calon juga diharap dapat menerima perlantikan jawatan


dengan sebulat suara dan perlu memimpin serta menggerakkan
persatuan ini bagi membantu pihak sekolah
10. PERLANTIKAN JAWATANKUASA PIBG SKFNS SESI 2015/2016

10.1 Penasihat : En. Wan Jaafar b. Wan Muda


10.2 Yang Dipertua : En. Ghazali b. Latif
10.3 Naib Yang Dipertua : Pn. Maslinah bt. Ismail
10.4 Setiausaha Kehormat : En. Mahathir b. Fauzi
10.5 Naib Setiausaha : Pn. Noorsuzana bt. Mat Said
10.6 Bendahari : Pn. Nur Khuraishah bt. Khmis
10.7 Sarana Ibubapa : Pn. Zaitun bt. Mohamad

10.8 AJK : Kg. Padang Lalang:


i) En. Zamzuri b. Jusoh
ii) Pn. Zuraida bt. Nik
: Kg. Tengah:
i) En. Zulkifli b. Mat Yaman
ii) En. Fazli b. Abdullah
: Kg. Seratus:
i) Pn. Mas Ayu bt. Ahmad
ii) En. Zaidi b. Mat

: Berek Kilang:
i) Pn. Hamidah bt. Abdul Talib
ii) Pn. Sabariah bt. Saudar
: AJK Guru:
i) En. Mohd. Jupiter b. Md. Sidek
ii) En. Norazli b. Ali
iii) Pn. Rokiah bt. Mustafa
iv) Pn. Norazlina bt. Ismail
v) En. Ahmad Hadi b. Udzir

10.9 Juru Audit Dalaman : Pn. Khazilah bt. Khalid


10.10 Juru Audit Luar : En. Ismail b. Omar

Tindakan : Makluman : Semua pihak


11. UCAPAN PENANGGUHAN

11.1 Pengerusi sesi 2014/2015 (En. Ismail b. Mohammad) mengucapkan


tahniah dan akan sentiasa memberi sokongan kepada
Jawatankuasa PIBG baharu. Masyarakat dan pihak sekolah sentiasa
akan bersama. Beliau juga meminta maaf jika ada kesilapan
sepanjang satu tahun memegang jawatan YDP.

11.2 Pengerusi baharu (En. Ghazali b. Latif) memohon supaya


Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2015/2016 dapat menjalankan
amanah dan tanggungjawab yang diberi dengan penuh ikhlas dan
dedikasi untuk meningkatkan kecemerlangan murid-murid SKFNS.
Beliau juga berharap mantan YDP PIBG akan memberi tunjuk ajar
kepada ahli jawatankuasa yang dilantik ini.

11.3 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 6.05 petang.

Pencatat:
Pn Khazilah bt Khalid
Pn. Zainun bt Ismail

Disemak oleh : Disahkan oleh :

.................................... .....................................
( MAHATHIR B. FAUZI ) (MOHD GHAZALI B. ABD LATIF )
Setiausaha PIBG, Yang Dipertua PIBG,
SK Felda Neram Satu, SK Felda Neram Satu,
Kemaman Kemaman
LAPORAN SETIAUSAHA
1.0 PENDAHULUAN

Alhamdulillah sekali lagi kita dapat mengadakan Mesyuarat Agung PIBG Skfns bagi

kali ke-27. Mesyuarat agung merupakan agenda penting dalam menentukan hala tuju dan

gerak kerja PIBG untuk tahun-tahun seterusnya dalam usaha membantu sekolah

merealisasikan matlamat pen-didikan nasional .

2.0 MATLAMAT

Mengeratkan hubungan dua hala antara ibu bapa dan para guru.

Membantu meningkatkan kecemerlangan pelajar dalam kurikulum dan

kokurikulum.

Memfokuskan sekolah sebagai institusi yang tidak terpisah daripada masyarakat.

3.0 MOTO

PENYATUAN ILHAM BENTUK GENERASI


4.0 LAPORAN AKTIVITI TAHUN 2015/2016

4.1 Kehadiran Mesyuarat AJK

TARIKH

BIL NAMA JAWATAN

22/2/16
29/7/15
12/4/15

8/11/15

31/1/16
6/9/15
En. Mohd Ghazali b. Abd Latif YDP H H H H H H
1
Pn. Maslinah bt. Ismail NYDP H H H H N N
2
En. Mahathir b. Fauzi SUK H H H H H H
3
Pn. Nur Khuraishah bt. Khmis BK H H H H H H
4
En. Zamzuri b. Jusoh H H H H H H
5 AJK
H H H H H H
6 Pn. Zuraida bt. Nik AJK
H H H H H H
7 En. Zulkifli b. Mat Yaman AJK
H H H H P P
8 En. Fazli b. Abdullah AJK
H H H H H H
9 Pn. Mas Ayu bt. Ahmad AJK
H H H H H P
10 En. Zaidi b. Mat AJK
H H N N N N
11 Pn. Hamidah bt. Abdul Talib AJK
H H H H H H
12 Pn. Sabariah bt. Saudar AJK
H H H H N N
13 Pn. Noorsuzana bt. Mat Said AJK
H H H H H H
14 Pn. Zaitun bt. Mohamad AJK
H H H H H H
15 En. Mohd. Jupiter b. Md. Sidek AJK
H H H H H H
16 En. Norazli b. Ali AJK
H H P P P P
17 Pn. Rokiah bt. Mustafa AJK
H H H H H H
18 Pn. Norazlina bt. Ismail AJK
H H H H H H
19 En. Ahmad Hadi b. Udzir AJK

Nota;
N Pindah
P Tidak Hadir Dengan Kebenaran (proksi)
H Hadir
T Tidak hadir tanpa sebarang makluman
N
5.0 AKTIVIVI YANG TELAH DIJALANKAN

BIL PROGRAM TARIKH

1. Pendaftaran Sesi Persekolahan 1.1.2015

2. Sambutan Maulidur Rasul 1.2.2015

3. Majlis Kesyukuran UPSR 2014 9.2.2015

4. Olahraga MSSD Kemaman 8.3.2015

5. Mesyuarat Agung PIBG kali ke-26 29.3.2015

6. Hari Sukan Sekolah 16.4.2015

7. Pertandingan Action Song 6.5.2015

8. Gotong Royong Perdana 9.7.2015

9. Majlis Agihan Duit Raya 15.7.2016

10. Lawatan Bermaklumat Murid Tahun 6 30.7.2015

11. Majlis Sambutan Hari Raya

12. Majlis Restu Ilmu 7.9.2015

13. Majlis Bubur Asyura Perdana 6.10.2015

14 Majlis Anugerah Ilmu 15.11.2015

15. Gotong Royong Projek Laluan Pejalan Kaki 23.1.2016

16. Merentas Desa 1.2.2016

17. Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG ke-27 14.2.2016


7.0 PENUTUP

Kerjasama dan kepercayaan tuan-tuan dan puan-puan kepada AJK PIBG untuk
menjalankan tugas amat dihargai. Sesungguhnya segala yang baik itu datang daripada
kesatuan hati, buah fikiran serta kerjasama yang erat daripada semua pihak, , bak kata
pepatah Bulat air kerana pembentung bulat manusia kerana muafakat .

Disediakan oleh,

( MAHATHIR BIN FAUZI )


Setiausaha Kehormat PIBG
SK FELDA NERAM 1
LAPORAN BENDAHARI
PENYATA KEWANGAN BAGI TEMPOH
1 JANUARI HINGGA 31 DISEMBER 2015
USUL DAN CADANGAN
USUL-USUL MESYUARAT AGUNG PIBG KE-27

BIL PERKARA USUL/CADANGAN DARIPADA MAKLUMBALAS


BAYARAN YANG DIKUTIP OLEH PIHAK SEKOLAH
TAHUN 2015

BIL PERKARA TAHUN 1 TAHUN 2 6


PENCAPAIAN UPSR TA ALU-ALUAN ANDUNGAN
RM10.00 (Bagi RM10.00 (Bagi
1. PIBG setiap orang setiap orang
murid) murid)

2. Kertas Fotostat
(peperiksaan) RM10.00 RM15.00

3. Ko-kurikulum RM 2.50 RM 5.00

4. Keceriaan Kelas RM 3.50 RM 5.00

5. Perpustakaan RM 2.50 RM 5.00

RM10.00 (telah
6. Program Transisi (Thn 1 dijelaskan -
shj.) pada minggu
program)
-
7. Buku Disiplin (Thn 1 shj.) RM 1.50

JUMLAH RM40.00 RM40.00


AJK PIBG SK FELDA NERAM 1 SESI 2016-2017
ANDUNGAN

YANG DIPERTUA : ____________________________

NAIB YANG DIPERTUA : ____________________________

SETIAUSAHA KEHORMAT : (LANTIKAN SEKOLAH)

BENDAHARI KEHORMAT : (LANTIKAN SEKOLAH)

AJK IBU BAPA:

1. ___________________________

2. ___________________________

3. ___________________________

4. ___________________________

5. ___________________________

6. ___________________________

7.___________________________

8.___________________________

AJK GURU:
1. ___________________________
2. ___________________________
3. ___________________________(LANTIKAN SEKOLAH)
4. ___________________________
5. ___________________________
6.___________________________

PEMERIKSA KIRA-KIRA:

1.____________________________
2.____________________________

CATATAN
PENCAPAIAN
UPSR TA ALU-
ALUAN
ANDUNGAN
Sekalung Penghargaan

Anda mungkin juga menyukai