Anda di halaman 1dari 2

Seterusnya, langkah untuk mengatasi krisis kegawatan ekonomi ialah kerajaan mengawal pengaliran

keluar wang negara ke negara lain. Jika sebelum ini, masyarakat Malaysia gemar melancong ke negara
asing, maka sekarang mereka seharusnya melancong di dalam negara sendiri dan membatalkan
rancangan untuk melancong di luar negara. Dengan berbuat demikian, kita dapat mengelakkan
pengaliran mata wang ke negara yang kita lawati kerana salah satu penyebab dan punca kegawatan
ekonomi ialah pengaliran wang yang banyak ke negara lain. Pengaliran mata wang Malaysia juga dapat
dikurangkan dengan mengurangkan import dan menambahkan eksport. Ini perlu diberi penekanan yang
sewajarnya kepada sektor tertentu seperti sektor perindustrian. Sektor pelancongan negara juga
memainkan peranan penting, terutamanya di kawasan pedalaman yang belum diusahakan sepenuhnya
oleh arus pembangunan. Mereka harus meningkatkan atau meluaskan promosi ke seluruh dunia untuk
menggalakkan pelancong asing datang ke negara ini. Di samping itu, kita harus meningkatkan eksport
negara yang dapat membantu kerajaan menangani krisis ini dan dapat menambah tabungan negara.

Selain itu, rakyat Malaysia yang mempunyai harta atau menyimpan wang di luar negara perlu menjual
harta atau mengeluarkan wang mereka di luar negara dan melabur di Malaysia. Dengan berbuat
demikian, mereka dapat membantu memulihkan ekonomi negara Contohnya, kita mendapati ramai
dalam kalangan rakyat negara ini yang membeli tanah dan ladang di Australia dan di New Zealand, dan
tidak ketinggalan juga yang menyimpan wang di Switzerland dan di Singapura. Jadi, jika rakyat mebawa
pulang wang mereka yang dilaburkan di negara asing ke negara ini, maka masalah kegawatan ekonomi
yang dihadapi oleh negara ini dapat diatasi segera. Seharusnya, rakyat menyedari hakikat ini dan
membantu kerajaan seperti " berakit-rakit ke hulu, berenag-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu,
bersenag-senang kemudian.

Kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan MIDA telah pun menyediakan insentif istimewa dan
potongan cukai bagi projek pertanian, pengeluaran makanan, dan lain-lain industri asas tani seperti yang
diperuntukkan di bawah Akta Penggalakkan Pelaburan 1986 dan Akta Cukai Pendapatan 1967. Di bawah
insentif ini, syarikat-syarikat yang mengusaha atau melabur dalam projek pengeluaran makanan layak
mendapatkan insentif khas seperti taraf perintis, elaun cukai pelaburan, insentif penyelidikan, insentif
eksport, dan sebagainya. Walaupun insentif yang diberikan kepada sektor pertanian sangat banyak dan
menarik, namun peratusan pelaburan yang diharapkan masih tidak memuaskan.

menggiatkan penyelidikan dan pembangunan bagi mewujudkan sumber pertumbuhan baru dengan
mengguna dan memulihara sumber semulajadi secara lestari di samping meningkatkan produktiviti ke
tahap yang maksima.
Kita banyak bergantung kepada teknologi dan input luar. Sebanyak 95% daripada benih tanaman
sayuran dan 40% daripada benih tanaman buah-buahan adalah diimport dari China, Australia, dan
Taiwan. Justeru, kita perlu meningkatkan usaha penyelidikan bagi mencari sumber-sumber benih
alternatif dan menambahkan produktiviti serta keberkesanan kos pengeluaran pertanian di samping
menghasilkan produk-produk baru yang inovatif. Kajian juga harus dijalankan bagi menghasilkan
rantaian nilai tambah yang lain seperti pemprosesan makanan dan cara-cara pembungkusan di samping
langkah-langkah susulan dalam mengkomersialkan penemuan-penemuan kajian dari makmal kepada
pasaran.

Langkah prima untuk meningkatkan industri pelancongan negara ialah kerajaan perlu
memperlengkapkan kemudahan dan prasarana pengangkutan dan perhubungan di negara kita sehingga
menjadi prasarana kelas pertama terutamanya destinasi yang menjadi tumpuan pelancong. Faktor
utama pelancong datang di sesebuah negara adalah kerana kemudahan prasarana seperti pengangkutan
dan perhubungan yang terdapat di sesebuah negara. Hal ini kerana pelancong yang berkunjung ke
sesebuah negara ingin keselesaan dan mencari ketenangan. Oleh itu, kerajaan wajar memperlengkapkan
kemudahan pengangkutan dan komunikasi yang ada khususnya untuk memudahkan pelancong sampai
ke destinasi yang akan dituju. Misalnya, banyak pelancong yang datang ke negara kita adalah untuk
menikmati keindahan pulau dan pantai. Oleh itu, kerajaan harus menambah kemudahan perkhidmatan
bot atau feri dari tanah besar ke beberapa buah pulau di sekitar Laut China Selatan untuk memudahkan
orang ramai menikmati keindahan alam semula jadi. Tugas menyediakan kemudahan ini akan lebih
berkesan sekiranya kerajaan sentiasa mengawasi syarikat yang ditugaskan untuk menyediakan
perkhidmatan pengangkutan tersebut. Sudah terang lagi bersuluh bahawa kemudahan yang baik akan
memudahkan para pelancong menelusuri dari satu destinasi pelancongan ke satu destinasi pelancongan
yang lain dan dapat membangunkan industri ini.