Anda di halaman 1dari 3

NO TARIKH AKTIVITI

1. Guru subjek Sejarah Pt3 akan memberikan taklimat lebih


lanjut berkaitan dengan tajuk tugasan berserta
penjelasan dengan lebih lanjut di sekolah
2. Kenalpasti peristiwa bersejarah di tempat tinggal anda yang
tepat dan sesuai untuk dijadikan bahan kajian dengan
melakukan perbincangan bersama guru sejarah dan rakan
kelas bagi pemilihan tajuk kerja kursus sejarah PT3
3. Mula membuat semakan dan rujukan di Internet melalui
blog berinformasi dan laman web pilihan
4. Kenalpasti bentuk penulisan untuk tugasan dengan lebih
lanjut
5. Pemilihan tajuk kerja kursus
6. Melakukan lawatan ke lokasi berlakunya peristiwa
bersejarah yang dipilih untuk mengumpul bahan kajian
7. Menentukan informasi dan maklumat yang diperlukan
untuk dijadikan bahan kajian seterusnya dimasukkan dalam kerja
kursus sejarah pt3
8. Memulakan proses temubual yang dapat memberikan
maklumat tambahan
9. Menyusun dan mengumpulkan bahan kajian yang
terkumpul sebagai persiapan untuk penulisan tugasan sejarah pt3
10. Proses penulisan dan kerangka kasar di sekolah
11. Penulisan kerja kursus sejarah pt3 di dalam kelas
diteruskan mengikut format dan temoh dan tarikh yang telah pun
ditetapkan
12. Semakan tugasan
13. Hantar tugasan yang telah disiapkan
SOALAN-SOALAN YANG DIGUNAKAN DALAM TEMU BUAL

Maklumat Asas :

Nama : Tinus Alex


Umur : 40 tahun
Pekerjaan: Kerani Sawijaya
Bangsa: Timor
Alamat : Kampung Kubang Baharu

SKRIP TEMURAMAH

Saya : Saya ingin ucapkan berbanyak-banyak terima kasih yang tidak terhingga
kepada En Tinus kerana sudi di temubual bagi tujuan kajian peta lakar saya.

Responden : Ini tidak memberi sebarang masalah kepada saya. Terima kasih juga
kerana sudi menemubual saya.

Saya : Sudah berapa lamakah Encik Tinggal di kampung kubang Baharu?

Responden: Sebenarnya...saya sudah lama tinggal di kampung ini. Sejak saya


berumur 4 tahun. Ibu bapa saya berhijrah ke sabah sejak tahun 1990 sampailah
sekarang.

Saya : Pada pendapat Encik, sektor apakah yang berpotensi untuk dimajukan di
kawasan ini khasnya di kampung kubang baharu.

Responden: Saya berpendapat sektor perindustrian yang ada potensi. Contohnya


pembinaan kilang kelapa sawit. Ini kerana kampung Kubang Baharu ni terletak di
kawasan tanah pamah yang sememangnya sesuai dengan perindustrian.

Saya : Pada pendapat Encik, apakah halangan untuk memajukan kawasan ini?

Responden: Kekurangan tenaga buruh. Ini kerana ramai penduduk kampung ini
telah berhijrah ke luar daerah mencari pekerjaan selain mendapat kerja tetap di
sektor kerajaan..

Saya : Apakah cadangan usaha usaha untuk mengatasi halangan kekurangan tenaga
buruh.

Responden: Menjalankan kempen kesedaran kepada penduduk kampung bahawa


kemajuan penting di kawasan ini. Selain daripada penduduk kampung perlu
menjalankan aktiviti untuk memajukan kawasan ini dengan terancang.
Saya : Apakah sumbangan perindustrian sekiranya kilang kelapa sawit di
bangunkan di kawasan ini.

Responden : Pertama menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk kampung


selain daripada menambah dana pelaburan dalam negara.

Saya: Apakah Faktor fizikal yang akan mempengaruhi aktiviti perindustrian


sekiranya sektor ini di majukan di kawasan ini.

Responden: Pada pendapat saya bentuk muka bumi kampung kubang baharu. Ini
kerana kampung ini terletak di kawasan tanah pamah. Jadi amat sesuai untuk
penanaman buah kelapa sawit.

Saya : Ribuan ucapan terima kasih saya ucapkan kepada datuk haji kerana sudi
diwawancara. Terima kasih juga sudi meluangkan masa bersama dengan saya untuk
slot ini.

Responden : Sama-sama kembali.

Anda mungkin juga menyukai