Anda di halaman 1dari 4

Pengerusi: Bismillahirahmanirrahim. Alhamdulillahi robbil alamin, wassolatu wassalamu 'ala.

asyrafil ambiya iwal mursalin wa'ala alihi wasohbihi ajma'in. Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh, Salam Ukhwah, Salam Muafakat Johor dan Salam 1 Malaysia.

Hadirin sekalian,

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin serta limpah kurnianya, dapat kita bertemu dalam
gelanggang forum bersama saya Muhammad Haziq pada petang yang berbahagia ini. Hadirin yang
dihormati sekalian, sebelum kita berkenalan dengan panel-panel kita pada hari ini, kita sedia maklum
dewasa ini kes-kes mengenai gejala buli semakin membarah di negara kita, Malaysia. Lebih
membimbangkan lagi, gejala buli pada hari ini bukan sahaja melibatkan kecederaan fizikal dan mental
mangsa buli, bahkan dalam sesetengah kes juga menyebabkan mangsa buli meninggal dunia.
Bertepatan dengan tajuk kita pada hari ini iaitu gejala buli dalam kalangan remaja, kunci utama forum
kita pada hari ini ialah mengenai definisi, jenis-jenis, faktor, kesan serta cara menangani gejala buli.

Sebelum forum kita pada petang ini mengupas dengan lebih lanjut mengenai topik ini, marilah kita
berkenalan dahulu dengan panel-panel jemputan kita pada hari ini. Baiklah, bermula daripada hujung
di sebelah kanan saya, ahli panel pertama kita Saudari Aina Aisyah iaitu pegawai kanan bahagian
disiplin murid Kementerian Pendidikan Malaysia. Apa khabar Saudari ?

Panel 1: Alhamdullilah sihat.

Pengerusi : Seterusnya, ahli panel kita yang kedua kita, kelihatan pemalu tapi bijak berkata-kata,
Saudari Phoon Jia Xuan, iaitu penasihat utama bahagian pembangunan masyarakat kepada Perdana
Menteri Malaysia. Selamat datang buat saudari. Seterusnya kelihatan menawan berbaju kurung panel
yang ketiga pada hari ini Saudari Izzah Insyirah iaitu setiausaha utama Menteri Pembangunan Keluarga
wanita dan Masyarakat. Apa khabar Saudari?

Panel 3 : Alhamdulillah.

Pengerusi : Serta panel keempat dan terakhir kita pada petang ini yang anggun berkaca mata iaitu
Saudari Lim Qian Yi, seorang wartawan jenayah yang telah banyak melakukan liputan-liputan
mengenai kes buli di bawah umur atau juvenil. Selamat datang juga kepada saudari.

Sebelum saya pergi lebih jauh untuk mengupas dengan lebih lanjut mengenai gejala buli ini, soalan
saya kepada panel pertama, apakah sebenarnya definisi atau perkara yang boleh dikaitkan sebagai
buli. Dipersilakan saudari.

Panel 1 : Terima kasih pengerusi membawa rasional persoalan.

Menurut Kamus Dewan edisi-4 buli didefinisikan sebagai perbuatan mendera atau mempermainkan
seseorang supaya dapat menyesuaikan diri dengan suasana baru atau menggertak orang yang lemah.
Buli merupakan salah satu cabang kepada perlakuan agresif kerana pembuli cenderung mencederakan
mangsa sama ada secara fizikal atau psikolagi dalam jangka masa yang panjang. Hal ini demikian untuk
menjadikan mangsa buli akur dan menghormati pembuli. Bagi mereka, semakin mangsa rasa takut
semakin tinggi darjah kepuasan yang dirasai oleh pembuli.Kesan yang akan dirasai oleh mangsa adalah
kecederaan, ketakutan dan rasa tidak selesa serta tenteram.

Perbuatan buli dapat dikategorikan kepada dua jenis iaitu buli fizikal dan buli psikologi. Buli fizikal
melibatkan tindakan memukul, menampar, menendang, menumbuk, menolak dengan kasar,
menggigit, mencengkam, menarik rambut, dan mencubit yang boleh menyebabkan kecederaan pada
anggota badan yang boleh dilihat dengan mata kasar. Statistik daripada Kementerian Pendidikan
Malaysia telah menyatakan 80 peratus daripada kes buli yang direkodkan adalah melibatkan pelajar-
pelajar sekolah menengah yang berumur 14 sehingga 17 tahun dan 42.4 peratus daripada 80 peratus
tersebut adalah buli fizikal. Pada awal tahun ini, rakyat Malaysia telah digemparkan dengan kematian
Nhaveen, 18 yang telah didera sehingga mati otak sebelum menghembuskan nafas terakhirnya. Pihak
polis telah menahan lima lelaki berusia 16 hingga 18 atas Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu
membunuh. Tragedi ini amat mendukacitakan seluruh rakyat Malaysia terutamanya apabila
mengetahui pesalah masih merupakan pelajar sekolah.

Buli psikolgi pula lebih bersifat verbal yang menggunakan komunikasi secarai bertulis ataupun
percakapan. Contoh buli psikolagi adalah seperti mengejek, peras ugut, menghina, menggunakan
kata-kata kesat, menjatuhkan maruah, merendah-rendahkan kedudukan seseorang dan mengugut.
Dengan kecanggihan teknologi pada zaman ini, buli psikolgi telah berkembang kepada buli-siber
dimana pengguna menyalahgunakan Internet dengan menghantar teks bagi tujuan menghina atau
menyakitkan hati seseorang.Berdasarkan statistik CyberSecurity Malaysia pula, buli siber dalam
kalangan pelajar berlaku hampir setiap hari dengan 250 kes dilaporkan pada tahun 2012 manakala
pada tahun 2013 terdapat 389 kes; 291 kes pada tahun 2014; 256 kes pada 2015 dan 338 kes pada
tahun 2016. Walaupun bilangannya adalah rendah berbanding dengan bilangan lima juta pelajar di
Malaysia, saya ingin menegaskan bahawa statistik itu hanya berdasarkan kes yang dilaporkan . Namun
sehingga hari ini, masih tiada seorang pun yang didakwa atas kesalahan sebagai pembuli siber,
walupun kita menpunyai Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Menurut Seksyen 223 akta
berkenaan, pembuli siber boleh dikenakan tindakan jika disabitkan kesalahan termasuk didenda
RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali. Hal ini
demikian kerana sikap pembuli yang bagai membaling batu, sembunyi tangan.

Saya percaya bahawa masalah buli boleh dikurangkan jika kita mengambil pendekatan
holistik termasuk menangani masalah kesihatan mental yang melanda masyarakat kita pada masa
ini.

Pengerusi : Terima kasih Saudari panel pertama kita di atas lontaran definisi yang utuh lagi berisi.
Sebentar tadi saudari panel ada menyatakan bahawa statistik daripada Kementerian Pendidikan
Malaysia, 80 peratus daripada kes buli yang direkodkan adalah melibatkan pelajar-pelajar sekolah
menengah yang berumur 14 sehingga 17 tahun. Justeru saya ingin melontarkan persoalan kepada
panel kita yang kedua pada hari ini, apakah punca kepada penglibatan para remaja ini terhadap
gejala buli.

Panel 2 : Pada dasawarsa ini, kes-kes buli semakin bertambah setiap tahun tidak kira orang dewasa
atau remaja.Saya ingin membicarakan sedikit bahawa punca-punca yang menyebabkan remaja
melibatkan diri dalam kes buli.

Salah satu punca membuli ialah pengaruh rakan sebaya.Remaja kini amat mengutamakan rakan
sebaya dan lebih percaya rakan sebaya berbanding dengan ibu bapa atau guru. Mereka percaya
bahawa apa-apa yang dilakukan oleh rakan sebaya adalah betul. Disebabkan remaja masih kurang
matang dan gagal untuk membezakan baik buruknya sesuatu tindakan ,mereka akan melakukan
sebarang perkara yang disuruh oleh rakan sebaya termasuklah buli.Oleh itu,kebanyakkan remaja
mengikut rakan sebaya dan membuli orang lain.Selain itu, jika seseorang mempunyai sekumpulan
pembuli sebagai rakan sebaya, seseorang itu akan didorong oleh tekanan yang diberi oleh pembuli
pembuli itu. Oleh itu, remaja tersebut akan terikut ikut perbuatan rakannya supaya dapat diterima
oleh ahli kumpulannya.

Seterusnya,punca yang lain ialah pengaruh media yang berteknologi tinggi.pada alaf modenisasi dan
globalisasi ini , pertambahan bilangan alat peranti seperti rangkaian televisyen dan internet semakin
pesat bagai cendawan tumbuh selepas hujan.Yang pertama, terdapat banyak media berteknologi
tinggi telah mendedahkan pelbagai budaya luar dan aksi-aksi ganas yang mampu menjahanamkan
peribadi dan sahsiah remaja.Contohnya,filem buli gangster,KL menjerit, dan rancangan WWF
Smack down telah meracunkan fikiran remaja.Dengan menonton filem dan rancangan yang aksi
ganas remaja akan meniru dan mengikut aksi-aksi yang ditonton seperti memukul dan mengugut
iaitu perlakuan seorang pembuli tanpa memikirkan kesan atas tindakan mereka.Selain itu, remaja
akan menjadikan pelakon di dalam filem berunsur gangsterisme sebagai contoh dan mencontohi
perbuatan pelakon. Seterusnya, remaja yang amat gemar memain permainan komputer yang aksi-
aksi ganas sepertiGTA juga dapat meracunkan fikiran mereka dan remaja akan mencontohi
sebarang yang dilakukan oleh character dalam permainan tersebut seperti membuli orang lain.

Pengerusi : Terima kasih saudari. Sungguh intelektual penerangan dan hujah yang dilontarkan oleh
panel kedua kita. Sesungguhnya memang tidak dapat kita sangkal lagi, kurangnya perhatian daripada
ibu bapa adalah antara penyebab berlakunya gejala buli dalam kalangan remaja. Oleh itu, saya ingin
melontarkan pula pertanyaan kepada panel ketiga berkenaan kesan gejala buli.

Panel 3: Saya akan meneruskan lensa perbincangan forum kita pada hari ini dengan membahaskan
tentang kesan negatif gejala buli. Hadirin dan hadirat yang dihormati,baru baru ini ,seringkali isu isu
berkaitan gejala buli menjadi topik bualan hangat dan sering menjadi tajuk utama di dada akhbar
tempatan.Untuk pengetahuan hadirin,buli memberikan implikasi negatif terhadap mangsa buli
mahupun terhadap si pembuli itu sendiri.

Pertamanya,gejala buli boleh mengakibatkan tekanan psikologi di dalam diri mangsa yang
dibuli.Mangsa buli akan mengalami masalah jiwa seperti merasa tertekan,takut dan gelisah
sepanjang masa.Hal ini secara tidak lansung boleh merosakkan masa hadapan mangsa buli kerana
gejala buli ini akan meninggalkan kesan yang amat mendalam sepanjang hidup mangsa.

Selain daripada itu,terdapat juga sesetengah mangsa buli yang mengalami kecederaan dan menjadi
cacat atau kekurangan upaya kesan daripada kejadian buli.Malahan,sesetengah kes buli boleh
melibatkan kematian jiwa.Buktinya,baru baru ini negara digemparkan dengan kes buli ahli kadet laut
Zulfarhan Osman Zulkarnain yang maut akibat dibuli secara melampau oleh segelintir mahasiswa
Universiti Pertahanan Malaysia.

Seterusnya,gejala buli ini turut akan mencetuskan perasaan berpuas hati dan berasa diri kuat serta
berkuasa di dalam diri si pembuli.Masa hadapan si pembuli akan rosak kerana masyarakat mengutuk
keras tindakan pembulian justeru si pembuli mungkin akan disabitkan dengan dakwaan kes jenayah.
Kesannya,mana mana istitusi tidak akan menerima si pembuli dan hal ini akan mengakibatkan
pembuli sukar untuk mendapatkan pekerjaan mahupun untuk meneruskan pengajian.

Setelah hampir 5 tahun menjawat jawatan sebagai menteri pembangunan wanita keluarga dan
masyarakat,kes buli kelihatan semakin menggusarkan dan berleluasa tanpa ancaman. Gejala buli ini
bertentangan dengan visi kementerian pembangunan wanita keluarga dan masyarakat yang
mementingkan pembangunan masyarakat yang penyayang dan sejahtera.Konklusinya,gejala buli ini
akan menjadi duri dalam daging dan mendatangkan banyak implikasi negatif jika tidak ditangani
secara efektif.

Pengerusi : Terima kasih saudari. Sesungguhnya dapat kita pelajari daripada hujan yang sangat
bernas dan berinformasi dari panel kita sebentar tadi bahawa gejala buli ini bukan sahaja memberi
tamparan negatif kepada mangsa buli tetapi juga kepada pembuli. Oleh hal yang demikian, saya
ingin bertanya kepada panel keempat dan terakhir kita pada petang ini berkaitan cara-cara
menangani gejala buli ini daripada terus berlaku.
Panel 4 : Peningkatan gejala buli tidak harus dipandang enteng oleh semua pihak apatah lagi jika
membabitkan kematian. Semua pihak harus berganding bahu menggembleng tenaga dalam usaha
memastikan gejala buli tidak lagi berleluasa dalam kalangan masyarakat. Peranan ibu bapa penting
dalam menangani masalah buli. Hal ini demikian kerana, ibu bapa merupakan pembentuk sahsiah
pelajar sejak mereka kecil bak kata pepatah melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Ibu bapa
boleh menerapkan pendidikan agama kerana ajaran agama boleh melahirkan manusia yang
bermaruah dan mengamalkan budi pekerti yang mulia. Di samping itu, ibu bapa perlu memantau
pergerakan anak-anak bagi memastikan mereka tidak bergaul dengan rakan-rakan yang tidak
bermoral. Sebagai contoh, ibu bapa perlu berbincang dengan anak-anak tentang aktiviti yang
dilakukan oleh anak-anak di luar waktu sekolah bagi memastikan mereka tidak melakukan sebarang
aktiviti yang tidak bermoral.

Pelajar juga haruslah peka dan bijak dalam memilih rakan sebaya supaya mereka tidak tersilap
memilih rakan. Hal ini demikian kerana, seseorang individu tersebut sedikit sebanyak akan terikut-
ikut perangai rakan sebaya mereka . Jika baik perangai rakan-rakan mereka, maka baik juga sikap
mereka nanti. Penglibatan aktif kumpulan pelajar dalam persatuan seperti Persatuan Pencegahan
Jenayah akan menjadikan pelajar tersebut terhindar daripada gejala yang tidak berfaedah.

Pengerusi : Terima kasih saudari panel keempat di atas penjelasan yang begitu jitu dan berilmiah
sebentar tadi. Daripada lontaran hujah yang diberikan panel keempat kita sebentar tadi, dapatlah
kita huraikan bahawa semua pihak perlu berkerjasama untuk membendung gejala buli ini daripada
berterusan. Sebelum saya menutup forum kita pada hari ini, saya ingin membuka sesi soal jawab
bagi para hadirin yang mempunyai soalan kepada panel-panel kita pada petang ini berkaitan tajuk
forum kita pada hari ini.

Baiklah, tamat sudah sesi forum kita pada hari ini. Sebelum mengakhiri bicara forum pada hari ini,
terimalah serangkap pantun daripada saya,

Tuailah padi antara masak,

Esok jangan layu-layuan,

Intailah kami antara nampak ,

Esok jangan rindu-rinduan.

Sekian sahaja forum kita pada hari ini. Saya mewakili barisan panel kita pada petang ini ingin
menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya kami terkasar bahasa dan bicara.
Sesungguhnya segala yang baik itu datangnya daripada Yang Maha Berkuasa dan sekiranya terdapat
kecacatan dalam program ini adalah berpunca daripada kelemahan kami sendiri. Saya akhiri forum
remaja kita pada petang ini dengan lafaz Wabillahitaufik Walhidayah Assalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh.