Anda di halaman 1dari 20

Polis Diraja Malaysia (PDRM) ialah sebuah pasukan polis Malaysia yang terdiri daripada

89,197 orang pegawai dan anggota, dan beribupejabat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala
Lumpur. Pertubuhan ini adalah unik disebabkan berbanding dengan negara lain, pertubuhan ini
adalah terpusat, iaitu segala bentuk kepolisan dari polis tugas am (General Duties) ke perisikan
adalah di bawah bidang kuasanya. Kini Ketua Polis Negara (jawatan tertinggi di PDRM)
disandang oleh Tan Sri Musa Hassan.

Dalam menjaga keamanan awam, PDRM dibantu oleh kumpulan sokongan yang terdiri dari
Polis Tambahan, Sukarelawan Polis, Polis Bantuan, Kadet Polis dan kakitangan awam. Antara
persatuan bekas polis dan tentera yang ada ialah Persatuan Bekas Polis dan Tentera Malaysia.

Rakan Cop merupakan program komuniti polis yang telah dilancarkan pada 2006. PDRM turut
mengadakan kerjasama dengan pasukan polis diseluruh negara termasuk empat jiran terdekatnya
iaitu Polis Nasional Republik Indonesia (POLRI), Polis Diraja Thailand (Royal Thai Police
Department, ), Polis Diraja Brunei dan Polis Republik Singapura
(, Singapore Police Force).

Warga Sang Saka Biru kini telah mengharumkan nama Malaysia di seluruh dunia apabila telah
diiktiraf sebagai pasukan polis yang terbaik di dunia apabila PDRM memberi pencapaian dalam
menyelesaikan 73, 281 daripada 198, 622 (bersamaan 36.89 %) yang direkodkan pada tahun
2006, satu tahap yang jauh melebihi tahap piawaian Interpol iaitu 20 peratus daripada kes
jenayah yang direkodkan setiap tahun. PDRM turut berjaya mengatasi piawaian antarabangsa
sebayak dua kali berturut-turut, di mana pada tahun 2005, PDRM berjaya menyelesaikan 76, 284
daripada 157, 459 (48.45 %) kes jenayah yang direkodkan pada tahun tersebut.

Isi kandungan
[sorok]

Sejarah Polis
[sunting] Zaman Tradisional Melayu

Sistem polis boleh dilihat pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Ketika ini, peranan, tugas
dan tanggungjawab polis digabungkan dengan tugas-tugas ketenteraan. Sultan menjadi pusat
kuasa yang mengawal sistem ini, mempunyai kuasa mutlak. Baginda juga menjadi Hakim, Ketua
Agama dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera serta berkuasa mengubal undang-undang.
Undang-undang terpenting pada zaman itu ialah Hukum Kanun Melaka.

Bendahara ialah orang kedua tertinggi selepas baginda Sultan. Beliau berkuasa sebagai Penasihat
Sultan, Ketua Pentadbir dan boleh bertindak sebagai Panglima Perang. Tun Perak, yang bergelar
Bendahara Paduka Raja pernah memimpin angkatan tentera Melaka untuk berperang.

Melalui petikan Sejarah Melayu, halaman 142-143:


Setelah siang hari, maka Sultan Alaudin pun keluar dihadap orang. Maka Bendahara dan
segala orang besar-besar dan para menteri, sida-sida, bentara, hulubalang sekaliannya hadir
menghadap. Maka titah sultan kepada Seri Maharaja, kerah ia Temenggung, "Adakah kawal
semalam?"

Maka sembah Seri Maharaja, "Ada, tuanku." Maka titah sultan, "Kita dengar ada
orang mati dibunuh orang, diatas bukit seorang, dibawah bukit seorang, dihujung
jambatan seorang, jikalau demikian orang itu, Seri Maharajakah yang
membunuhnya?" Maka sembah Seri Maharaja, "Tiada patik tahu, tuanku." Titah
sultan, "Sia-sialah kawal Seri Maharaja, tiga orang mati tiada diketahui. Sekarang kita
dengar pencuri terlalu ganas dalam negeri ini." Maka sultan pun memerintahkan
memanggil Hang Isap, ia pun datang, peti itu pun dibawanya. Maka titah Sultan
Alauddin kepada Hang Isap dan Hang Siak, "Apakah pemandangan engkau
semalam?" Maka Hang Isap dan Hang Siak pun berceritalah akan segala peri hal
ehwal semalam, semua dikatakannya.......

"Semenjak itu kawal Seri Maharaja terlalu keras. Jika bertemu dengan orang di jalan,
dibunuhnya, tiada ditangkap lagi. Pada suatu malam Seri Maharaja berkawal, bertemu
dengan seorang pencuri. Maka diparang oleh Seri Maharaja dengan pedang bertupai,
putus di bahunya......."

Dari gambaran di atas, Temenggung ialah orang yang bertanggungjawab menjaga keselamatan
dan ketenteraman di seluruh negeri, termasuk kawasan istana. Tugasnya untuk menangkap
penjenayah, membina penjara dan melaksanakan hukuman-hukuman. Pada zaman sekarang,
jawatan Temenggung seperti Ketua Polis Negara sekarang. Beliau juga dipertanggungjawabkan
untuk menjaga pelabuhan, menyelesaikan masalah jenayah, pasar, jalan, pekan, timbangan dan
sukatan. Temenggung juga mempunyai pengawal peribadi, dikehendaki mengawasi pemeriksaan
penjara, berlaku adil, mencari pengikut-pengikut yang amanah dan berunding dengan rakan-
rakan sejawat.

Para Penghulu merupakan wakil sultan, juga mempunyai pasukan kawalan masing-masing.
Tugas utama pasukan ini adalah memungut cukai, menguatkuasakan undang-undang dan
menjaga keselamatan kampung jagaannya.

Sistem kepolisan tradisional ini berubah apabila Melaka ditakluk Portugis pada 10 Ogos 1511,
yang diketuai oleh Alfonso de Albuquerque.

[sunting] Zaman Portugis dan Belanda

Tugas-tugas kepolisan seterusnya dilaksanakan oleh askar-askar Portugis. Menjelang tahun


1511, Melaka telah menjadi masyarakat kosmopolitan. Pihak Portugis mentadbir Melaka dengan
menggunakan sistem "Kapitan".

Pada 14 Januari 1641, Empayar Portugis di Melaka berakhir dengan penaklukan Belanda di
Melaka dengan bantuan askar-askar negeri Johor, ketika Portugis berperang dengan Acheh.
Belanda turut memerintah Melaka dengan menggunakan sistem ketenteraan di samping
mengekalkan sistem 'Kapitan' yang diperkenalkan oleh Portugis. Sebuah pasukan polis yang
dinamakan 'Burgher Guard' ditubuhkan apabila penduduk Eropah bertambah dan perlunya
menubuhkan sepasukan polis. Burgher Guard adalah badan yang baru dan para pegawainya
terdiri daripada orang Belanda yang tinggal di Melaka. Anggota-anggota bawahannya adalah
orang-orang Melaka. Pasukan ini dikawal dibawah Majlis Keadilan yang anggota-anggotanya
dipilih di kalangan orang Belanda di Melaka. Penghulu meneruskan tugas-tugasnya seperti di
Zaman Melayu Tradisional semasa Melaka di bawah pemerintahan Belanda.

Sistem ini seterusnya melemahkan kuasa pemerintahan raja-raja melayu, yang sebelumnya
mengamalkan kuasa mutlak.

[sunting] Zaman Moden

Ketika British mengambil alih Melaka pada tahun 1795, Kapten Farquhar, yang merupakan
Gabenor Tentera pada masa itu membenarkan Majlis Keadilan Melaka menjelaskan fungsinya
sebagai majistret di samping itu meneruskan tugas-tugas kepolisan 'Burgher Guard' yang telah
terbentuk pada zaman itu.

Organisasi Polis Moden di Malaysia bermula pada 25 Mac 1807 hasil termaktubnya Piagam
Keadilan (Charter of Justice) oleh penjajah Inggeris di Pulau Pinang. Sistem ini mencontohi
sistem tersusun dan teratur polis British, yang dicipta oleh Sir Robert Peel pada tahun 1829.

Jawatan baru yang diwujudkan ialah High Sheriff dan Deputy Sheriff yang diberi tugas untuk
mengawal keselamatan dan kemamanan di Pulau Pinang. Penduduk-penduduk tempatan diambil
dan berkhidmat sebagai Petty Constables dan diberi gaji. Orang-orang barat yang bertugas
sebagai High Constables dikira sebagai khidmat masyarakat dan tidak diberi gaji.

James Carnery dilantik sebagai High Sheriff yang pertama, manakala timbalannya ialah Andrew
Bone.

Kebanyakan pegawai polis ketika itu adalah berbangsa British. Selepas itu organisasi ini
berkembang kepada Negeri-Negeri Selat dan negeri-negeri lain di Tanah Melayu. Pada ketika
itu, organisasi polis adalah terhad kepada negeri masing-masing. Hanya selepas Perang Dunia II,
satu organisasi polis tunggal dengan pentadbiran pusat yang pertama telah ditubuhkan dan
dikenali sebagai "Civil Affair Police Force" (CAPF). Organisasi ini telah dibentuk di Tanah
Melayu bagi menjalankan tugas-tugas kepolisan dengan diketuai H.B. Longworthy. Penjajah
British terpaksa memantapkan organisasi polis selepas negara melalui anarki semasa zaman
pemerintahan Jepun. Antara masalah yang berleluasa ketika itu ialah pemberontakan pihak
komunis.

Konsep "Bersedia Berkhidmat" diperkenalkan oleh Pesuruhjaya Polis Tanah Melayu Sir Arthur
E. Young pada 15 Disember 1952. Melalui arahannya, Arahan Pesuruhjaya Polis No. 36, tahun
1952: "Operation Service", A. E. Young menegaskan pendekatan polis terhadap orang ramai
serta mewujudkan persefahaman terhadap kedua-dua pihak. Beliau juga berharap dengan konsep
"Bersedia Berkhidmat" ini, pandangan negatif pasukan dapat dikikis dan sebaliknya dihormati.
[sunting] Lagu Polis
Sedia Berkhidmat

Polis sedia berkhidmat


Kerana negara dan rakyat
Hidup berbahagia aman sentosa
Polis sedia berkhidmat

[Chorus]
Polis sedia berkhidmat
Kerana negara dan rakyat
Hidup berbahagia aman sentosa
Polis sedia berkhidmat

Tanda lekat di lengan


Polis dengan pereman
Tangan bersalaman
Alamat persahabatan

[Chorus]

Budak-budak pergi sekolah


Yang tua berjalan ke kedai
Polis pimpin menyeberang jalan
Semuanya selamat sampai

[Chorus]

Waktu kita bekerja


Rumah tinggal dijaga
Itulah tandanya
Polis sedia berkhidmat

[Chorus]

Bila kebakaran berlaku


Jiran tiada di situ
Polis berlari tolong bantu
Anak tidur selamat tentu

[Chorus]

Lagu: Sedia Berkhidmat


Hampir setahun selepas Hari Kemerdekaan, iaitu pada 24 Julai 1958, DYMM Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong, Almarhum Tuanku Abd Rahman Ibni Almarhum Tuanku
Mohamad telah berkenan mengurniakan gelaran 'Diraja' kepada Pasukan Polis Persekutuan
Tanah Melayu. Upacara ini dijalankan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Jalan Semarak,
54100 Kuala Lumpur. Mulai dari saat itu pasukan polis dikenali dengan nama "Polis Diraja
Persekutuan" atau "The Royal Federation of Malayan Police" dan pada 1963 ditukar kepada
Polis Diraja Malaysia.

[sunting] Insignia
Bendera dan insignia dalam Polis Diraja Malaysia ini berlatarbelakangkan warna biru yang
melambangkan rakyat jelata di negara Malaysia. Lambang ini yang seringkali dipasang pada
bendera, panji-panji pasukan dan sebagainya. Di bahagian tengah bendera terdapat lambang
PDRM yang berwarna perak atau putih. Lambang polis ini terdiri daripada sebilah Keris dan
sebilah Parang Ilang/Kelewang yang bersilang. Di atas silangan itu terdapat pula kepala Harimau
yang timbul dilingkari oleh Kalungan Bunga Padi dan di bawahnya ialah skrol dengan perkataan
Polis Diraja Malaysia. Di bahagian kemuncak rangkaian bunga padi terdapat sebuah Mahkota
yang mengandungi perkataan Allah di sebelah kanan dan Muhammad di sebelah kiri (dalam
tulisan jawi).

[sunting] Bulan dan bintang

Bulan dan Bintang melambangkan Islam sebagai agama rasmi negara ini.

[sunting] Mahkota

Mahkota melambangkan yang pasukan Polis Diraja Malaysia sentiasa menjunjung tinggi
kesucian Islam dan kebesaran Allah, serta merupakan satu sanjungan kepada Seri Paduka
Baginda Yang Dipertuan Agong diatas pengurniaan gelaran "Diraja" kepada pasukan. Perkataan
Allah dan Muhammad melambangkan Tuhan Yang Maha Esa dan Rasulullah sebagai
pesuruh-Nya, juga melambangkan Islam sebagai agama rasmi negara dan keimanan dalam
pasukan PDRM yang sanggup berjuang demi menegakkan maruah negara, bangsa dan agama
Islam serta sanggup berkorban diri.

[sunting] Keris dan parang

Keris melambangkan Semenanjung Malaysia. Keris merupakan senjata yang digunakan oleh
pahlawan-pahlawan dan pendekar-pendekar Melayu di zaman purbakala. Ia mula dicipta selepas
bermulanya zaman logam dan asalnya direka oleh bangsa Arab sebelum menular ke seluruh
Kepulauan Nusantara (terdiri daripada kepulauan Indonesia, Malaysia, Thailand, Myanmar dan
Filipina) dan ia juga turut digunakan pahlawan dari empayar Hindu Majapahit yang berasal dari
Indonesia (ketika itu agama Islam belum tersebar luas ke seluruh tanah Indonesia dan Malaysia)
serta Siam. Parang Tradisional atau Kelewang melambangkan Negeri Sarawak dan Sabah dan ia
melambang semangat kepahlawanan kedua-dua negeri yang berbilang bangsa iaitu Dayak,
Dusun, Bajau, Kadazan serta Melayu Brunei.

[sunting] Kepala harimau

Kepala Harimau melambangkan kegagahan, keberanian dan semangat juang pasukan PDRM
dalam menghadapi segala ancaman musuh. Sebelum ini, PDRM menggunakan kepala Singa
sebagai lambang keberanian pada 16 September 1963 iaitu gelaran baru yang diberi selepas
pembentukan Malaysia selepas kemerdekaan sehinggalah pada 15 Mei 1994, ia digantikan
dengan kepala harimau sebagai lambang rasmi kerajaan Malaysia.

[sunting] Bunga padi

Bunga padi melambangkan makanan asasi rakyat Malaysia serta kemakmuran negara.

[sunting] Moto

Moto Polis Diraja Malaysia menunjukan ketinggian semangat serta keazaman anggota pasukan.

[sunting] Sang Saka Biru

Itulah dia bendera PDRM (SANG SAKA BIRU), setiap warna atau warna membawa makna dan
erti tersendiri, menjadi kemegahan anggota Polis.

[sunting] Organisasi PDRM

Anggota wanita PDRM mempertunjukkan demonstrasi T-Baton.


Anggota Kadet Polis Wanita PDRM. Kadet Polis merupakan pasukan kadet yang mendorong remaja
mendisiplinkan diri dan tidak terjebak dengan kancah jenayah.

Selain 2 jabatan yang terlibat dalam pentadbiran iaitu Jabatan Pengurusan dan Jabatan Logistik,
PDRM mempunyai 5 jabatan yang terlibat dalam pencegahan jenayah iaitu Jabatan Siasatan
Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan
Ketenteraman Awam (KDN/KA), Cawangan Khas dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil.
Jabatan-Jabatan ini diketuai oleh pengarah-pengarah yang berpangkat Komisioner Polis (Jeneral
Tiga Bintang)

[sunting] Jabatan Pengurusan

Secara amnya, Jabatan Pengurusan bertanggungjawab dalam hal-ehwal pengurusan dan


pentadbiran PDRM. Berperanan dalam menggerakkan sistem pengurusan yang mantap sebagai
pemangkin kepada kemajuan PDRM.

Fungsi

Perkhidmatan/Perjawatan
o Merangkumi pengambilan, rekod perkhidmatan, pengesahan,kenaikan pangkat,
pertukaran, gaji/elaun dan persaraan
Pentadbiran Am dan Dasar
o Merangkumi Pentadbiran Am, Penyelidik/Pembangunan , Hal Ehwal Awam , Kebajikan,
Sukan dan PERKEP
Latihan
o Merangkumi pengendalian-pengandalian Kursus Asas, Kursus Pembangunan, Kursus
Lanjutan di Institut Pengajian Tinggi dan Kursus Pemulihan
Tatatertib
o Merangkumi bidang tugas pemantauan/tapisan, siasatan/risikan dan
tindakan/kaunseling.

Cawangan
Pentadbiran
Cawangan Kebajikan
Bahagian Latihan
Cawangan Penyelidik/Pembangunan
Bahagian Perkhidmatan/Perjawatan
Bahagian Hal Ehwal Awam
Cawangan Perhubungan Awam
Unit Pengambilan
Bahagian Istiadat
Cawangan Kem Komandan
Majlis Sukan PDRM

[sunting] Jabatan Siasatan Jenayah

Jabatan ini terlibat dengan dengan penyiasatan, penangkapan dan pendakwaan bagi jenayah-
jenayah yang keganasan terhadap manusia (seperti pembunuhan, samun dengan senjata api,
rogol dan kecederaan) dan jenayah harta benda (seperti kecurian dan pecah rumah). Selain itu
jabatan ini menguatkuasakan Undang-Undang berhubung perjudian, maksiat dan kongsi gelap di
Malaysia.

Fungsi

Mengendali penyiasatan dan pengesanan jenayah


Menangkap dan mendakwa pesalah-pesalah
Menguatkuasakan Undang-Undang berhubung perjudian, maksiat dan kongsi gelap

Bahagian/Cawangan

D1 - Bahagian Pentadbiran
D2 - Pendaftaran Rekod Jenayah
D3 - Bahagian Naziran
D4 - Bahagian Unit Rekod Perangkaan
D5 - Bahagian Pendakwaan/Undang-undang
D6 - Bahagian Bantuan Teknik
D7 - Bahagian Kongsi Gelap/Perjudian/Maksiat
D8 - Bahagian Siasatan/Perancangan
D9 - Bahagian Siasatan Khas
D10 - Bahagian Makmal Forensik
D11 - Bahagian Siasatan Seksual
D12 - Bahagian NCB/Interpol

Jabatan Siasatan Jenayah diketuai oleh Komisioner Polis (CP)


[sunting] Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik

Jabatan ini berfungsi memerangi dadah berbahaya sebagai musuh utama negara dengan
menguatkuasakan undang-undang untuk menyekat dan mengurangkan permintaan dan bekalan
dadah berbahaya.

Unit K-9 berperanan membantu JSJN dalam tugasnya mengesan dadah.

Fungsi

Menguatkuasakan undang-undang penyalahgunaan dan pengedaran dadah


Mengumpul, mengkaji, menaksir dan menyebar maklumat berkaitan dadah
Menyiasat kegiatan pengedar-pengedar dan sindiket-sindiket pengedaran dadah
Membanteras penyeludupan dadah termasuk bahan kimia yang digunakan untuk memproses
dadah
Melaksanakan program pencegahan berkaitan penyalahgunaan dadah
Bertukar maklumat dengan agensi penguatkuasa dadah luar dan dalam negeri
Menyimpan rekod dan statistik berkaitan dengan pengedaran dan perkara yang berkaitan
dengan dadah
Mengawasi kegiatan mereka yang pernah ditangkap kerana terlibat dengan kesalahan dan
kegiatan sindiket pengedaran dadah
Menyediakan latihan kepada pegawai/anggota Jabatan Narkotik samada di dalam dan luar
negeri
Menghadiri mesyuarat, seminar berkaitan dengan dadah samada di dalam dan di luar negeri

Cawangan-cawangan di bawah jabatan

Bahagian Siasatan Khas


Bahagian Penyelaras/Perhubungan Antarabangsa
Bahagian Pentadbiran
Bahagian Tahanan
Perlucutan Harta
Soalsiasat
Pakar/Bantuan Teknik
Rekod/Perangkaan
Pendaftaran
Bahagian Logistik
Petugas Lapangan Terbang

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik diketuai oleh Komisioner Polis (CP).

[sunting] Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam

Secara amnya, jabatan (KDN/KA) ini berperanan untuk memastikan keselamatan dan
ketenteraman awam adalah terpelihara. Jabatan ini merangkumi sebahagain besar dari operasi
PDRM dari pengawalan trafik ke operasi mencari dan menyelamat.

Jabatan ini juga bekerjasama dengan pelbagai agensi lain. Misalnya dengan Angkatan Tentera
Malaysia serta Angkatan Tentera/Laut dalam rondaan maritim bersama untuk mencegah jenyah
lanun dan pencerobohan sempadan negara. Selain itu, mereka juga membantu Kementerian
Pengangkutan dan Kementerian Perusahaan Awam dalam penguatkuasaan Akta Lalulintas.

Antara cawangan-cawangan utama di bawah jabatan ini ialah;

[sunting] Pasukan Anti-Pengganas

Ketika ancaman keganasan global semakin meningkat bermula dengan insiden 11 September
tahun 2000 di Amerika Syarikat diikuti dengan beberapa siri pengeboman di Bali dan Jakarta,
Indonesia hingga Malaysia sendiri turut merasai bahang keganasan global ini, Polis Diraja
Malaysia turut mempunyai 2 kor pasukan anti-pengganas yang berperanan besar bukan sahaja
membanteras keganasan bersama-sama dengan pasukan elit tentera malahan turut menangani
jenayah berbahaya. Dua pasukan elit yang diperkatakan tersebut dikenali sebagai Pasukan
Gerakan Khas dan Unit Gempur Marin.

[sunting] Pasukan Gerakan Khas (PGK)


Pasukan Gerakan Khas adalah sebuah skuad elit anti-pengganas dibawah tanggungjawab KDN/KA yang
berperanan besar memerangi keganasan dan jenayah berbahaya di Malaysia. Unit ini dibentuk hasil
gabungan batalion Komando 69 dan Unit Tindakan Khas dan juga berperanan membantu Cawangan
Khas.

Pasukan Gerakan Khas merupakan entiti utama pasukan elit di dalam Polis Diraja Malaysia yang
terdiri daripada detasmen Komando 69 dan Unit Tindakan Khas yang menjadi jentera utama
pasukan ini. Pasukan ini pada mulanya disusun dan disatukan dalam satu pasukan pada tahun
1997. Beret merun yang menjadi kebanggaan UTK ini dipakai kepada semua pegawai dan
anggota bagi tujuan penyeragaman. Namun, penyatuan ini tidak bertahan lama apabila pada
tahun 2003, kedua-duanya dipisahkan semula dan menjadi dua detasmen setelah mendapati
adanya ketidakseimbangan disebalik penyatuan ini. Beret perang pasir dipakai semula oleh
Komando 69, beret yang pernah dianugerahkan oleh Yang Dipertua Rejimen ke-22 Special Air
Service British (SAS), manakala UTK masih mengekalkan beret merun mereka.
Walaubagaimanapun, kedua-dua detasmen ini tetap berada dibawah kawalan induk dan seliaan
Pasukan Gerakan Khas yang dipimpin oleh seorang Komander berpangkat Senior Assistan
Commissioner II.

Pasukan Gerakan Khas ini turut terlibat dalam beberapa siri operasi menangani keganasan di
dalam Malaysia, antaranya terlibat dalam operasi ketenteraan bersama Rejimen ke-22 Komando
Grup Gerak Khas Tentera Darat Malaysia menumpaskan organisasi pengganas Al-Ma'unah yang
baru terbentuk di Bukit Jenalik, Sauk, Perak. Selain itu, pasukan ini turut mengharumkan nama
PDRM dengan penyertaan misi pengaman PBB di Timor Leste serta operasi mencari dan
menyelamat 700 pegawai dan anggota BRIMOB (Briged Mobil) Polis Indonesia (POLRI) yang
hilang dan terperangkap semasa kejadian tsunami di Acheh, Indonesia pada akhir tahun 2005
yang lalu. Pasukan ini turut bekerjasama dengan Jabatan Siasatan Jenayah membanteras jenayah
berbahaya, antara reputasi terbaik PGK ialah kejayaan menumpaskan kumpulan jenayah
berbahaya M16 yang terdiri daripada beberapa penjenayah berbangsa Cina termasuk ketua
kumpulannya yang merupakan bekas anggota tentera Singapura, kematian ketua kumpulan Gang
13 iaitu Mat Komando serta beberapa lagi operasi yang lain. Cogankata bagi Komando 69 adalah
WARISAN DARAH PERWIRA, manakala UTK ialah TANGKAS MEMBANTERAS GANAS.
Unit Gempur Marin (UST)

Unit Gempur Marin yang menjadi anti-pengganas maritim turut diletakkan dibawah Jabatan KDN/KA.

Unit Gempur Marin merupakan sebuah unit elit anti-pengganas maritim yang baru ditubuhkan
pada tahun 2006 dan beroperasi sepenuhnya pada akhir tahun 2007 yang mendapat latihan khas
daripada Amerika Syarikat setelah menyedari betapa perlunya sebuah unit khas marin dalam
menjaga perairan negara daripada sebarang insiden yang boleh meruntuhkan sektor ekonomi
mahupun pertahanan negara. Unit yang diletakkan di bawah formasi Pasukan Gerakan Marin
yang berpangkalan di Pangkalan Polis Marin Kampung Aceh, Sitiawan, Perak dan Lahad Datu,
Sabah ini berperanan besar dalam menangani ancaman lanun, selain rompakan, penculikan dan
rampasan kapal serta serangan pengganas di perairan negara. Pasukan elit asalnya berkekuatan
30 anggota ini dilatih oleh jurulatih SEALs Amerika di Langkawi dan Kota Kinabalu serta
dibekalkan dengan persenjataan khas seperti Glock 19, MP5-Navy dan Colt M4A1
(berkemungkinan dibiayai oleh Amerika Syarikat) ini mengamalkan taktik-taktik terkini anti-
pengganas maritim yang diamalkan oleh unit-unit komando tentera laut dan Marin Amerika
Syarikat.

Terdapat beberapa banyak pihak termasuk media massa dan juga masyarakat menganggap
mengapa pasukan ini dilatih oleh pihak asing dan tidak dilatih oleh pasukan elit tempatan
daripada cabang Angkatan Tentera Malaysia, khususnya TLDM oleh PASKAL, namun
disebaliknya ia juga merupakan hadiah kepada hubungan bilateral antara kerajaan Malaysia-
Amerika Syarikat.

[sunting] Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP/FRU)

Pasukan Simpanan Persekutuan (Bahasa Inggeris: Federal Reserve Unit) atau lebih dikenali
dengan singkatan FRU merupakan sebuah pasukan yang bertindak menyuraikan sebarang
rusuhan atau perhimpunan haram yang berlaku di Malaysia. Ditubuhkan pada 5 Disember, 1955
3 trup di awal penubuhannya. FRU turut terlibat dalam beberapa siri operasi menangai rusuhan
berprofil tinggi, termasuk operasi menangani rusuhan perkauman pada 13 Mei 1969 serta terlibat
dalam operasi bersepadu menangkap Ibrahim Libya dalam Insiden Memali di Baling, Kedah
yang berakhir dengan 16 kematian termasuk Ibrahim dan 3 orang pegawai polis.

1. PENDAHULUAN

Pasukan Simpanan Persekutuan ( PSP ), atau Federal Reserve Units ( FRU ) yang dianggotai
anggota tetap PDRM dari pelbagai pangkat, merupakan Pasukan Simpanan Ketenteraman Awam
Ketua Polis Negara. Pasukan ini lengkap berdikari, boleh bergerak pantas dan dilatih khas
sebagai pasukan gempur dan kejutan. Ianya dilatih dan dilengkapi untuk menumpas rusuhan,
menyuraikan perhimpunan haram, mengawal orang ramai, membantu tugas menyelamat semasa
bencana, dan penugasan khusus membantu operasi khas kepolisan.

2. FUNGSI

Sebagai sebuah pasukan simpanan ketenteraman awam PDRM, PSP direka, dilengkap dan
dilatih khusus untuk tugas-tugas menumpas dan menyuraikan rusuhan dan perhimpunan haram.
Disamping itu, dengan keupayaan dan latihan yang dilengkapkan kepadanya; PSP boleh
dikerahkan untuk tugas-tugas berikut :-

2.1. Kawalan Orang Ramai semasa perhimpunan awam besar-besaran, seperti lawatan orang
kenamaan, acara sukan, rapat umum dan perarakan; dimana ada kemungkinan tercetus keadaan
ketenteraman awam,

2.2. Pasukan Bertindak untuk menangani dan menghadapi ancaman dan cabaran situasi
Chemical, Biological, Radiological dan Nuclear,

2.3. Bantuan semasa bencana, seperti banjir, kebakaran besar, kegelinciran keretapi, tanah
runtuh, pesawat terhempas, dll; untuk menyelamat nyawa, mencegah kecurian, pengusian dan
kepungan kawasan terlibat,

2.4. Operasi Cegah Jenayah untuk membantu Ketua Polis Daerah dikawasan-kawasan tertentu
yang mengalami kenaikan mendadak kadar jenayah atau kawasan yang kerap berlaku jenayah,
untuk jangkamasa yang tertentu,

2.5. Operasi besar-besaran, seperti kepung dan mencari, saringan dan tangkapan terhadap
kumpulan pelampau atau anasir kongsi gelap, rondaan intensif dan penguatkuasaan Perintah
Berkurung.

3. ORGANISASI

3.1. STRUKTUR PSP di ketuai oleh seorang Komander, dan dibantu oleh seorang Timbalan
Komander. Mereka bertanggungjawab kepada Pengarah KDN/KA. Mereka dibantu oleh
beberapa orang Pegawai Turus dan keanggotaan yang diperlukan; dan dikenali sebagai
kumpulan Ibu Pejabat Komander PSP. Setiap Unit PSP di ketuai oleh seorang Pegawai
Pemerintah Unit. Setiap Terup PSP di ketuai oleh seorang Pegawai Penjaga Terup. Pusat Latihan
PSP diketuai oleh seorang Komandan. Setiap unit dan Pusat Latihan PSP mempunyai
keanggotaan untuk membantu pentadbiran dan dikenali sebagai kumpulan ibu pejabat unit.

3.2. KOMPOSISI UNIT Setiap Unit PSP mengandungi 1 kumpulan Ibu Pejabat Unit dan 3
Terup. Setiap Terup mengandungi 2 seksyen cota, 1 seksyen senapang/gas, 1 seksyen Water
Cannon; dan komposisi kumpulan sokongan terup.

3.3. LOKASI Sebagai pasukan yang lengkap berdikari dan mampu bergerak pantas untuk
menggempur dan menangani keadaan ketenteraman awam, Unit-unit PSP di letakkan di bandar-
bandar besar dan strategik seperti berikut :-

3.3.1. Unit 1 - Kuala Lumpur 3.3.2. Unit 2 - Johor Bahru 3.3.3. Unit 3 - Pulau Pinang 3.3.4. Unit
4 - Kuala Lumpur 3.3.5. Unit 5 - Ipoh 3.3.6. Unit 6 - Kuala Terengganu 3.3.7. Unit 7 - Seremban
# Temerloh / Maran 3.3.8. Unit Berkuda - Kuala Lumpur 3.3.9. Terup Wanita - Kuala Lumpur

PSP telah dianugerahkan panji-panji pada tahun 1971 dan seterusnya digantikan pada tahun
1997. Panji-panji ini dianugerahkan oleh DYMM SPB Yang diPertuan Agong sebagai
menghargai jasa dan khidmat bakti PSP sepanjang penubuhannya demi mengekalkan
ketenteraman awam negara. Semasa majlis-majlis rasmi dimana PSP terlibat sebagai badan
induk atau detasmen; seperti Kawalan Kehormatan, Malam Mes PSP atau Perbarisan sempena
Hari Polis dan Hari PSP, panji-panji PSP boleh dikeluarkan dan diarak dengan arahan dan
kelulusan KPN, Pengarah KDN/KA atau Komander PSP.

[sunting] Unit Implimentasi C4-i

Unit Implemenasi C4-i (bermaksud Command, Control, Communications, Computer-Intergrated


atau lebih dikenali Pusat Kawalan Komunikasi Gunasama Berkomputer) merupakan unit yang
diletakkan di dalam Pusat Kawalan Polis diseluruh kontinjen polis di Malaysia. Unit ini
ditugaskan melakukan pemantauan diseluruh bandar dan desa bagi tugas-tugas pencegahan
jenayah. Unit ini pertama kali ditubuhkan di Bukit Aman dan Kontinjen Kuala Lumpur
merupakan kontinjen pertama yang memiliki sistem ini. Unit ini dilengkapi dengan sistem
CCTV yang dipasangkan diseluruh bandar dan dipantau oleh Pusat Kawalan Kontinjen dan
sistem C4-i yang berupa sebuah laptop dipasangkan pada setiap kereta peronda yang beroperasi.
Sekiranya berlaku kejadian jenayah dimana-mana lokasi, Pusat Kawalan Kontinjen akan
menyalurkan maklumat jenayah ini kepada setiap kereta peronda, rondaan dan unit cegah
jenayah yang beroperasi untuk bertindak. C-4i juga turut berperanan dan menjadi kiblat utama
kepada tertubuhnya Rakan Cops pada tahun 2006 bagi mengeratkan kerjasama polis dengan
masyarakat. Hasil dari penubuhan ini, kejadian jenayah di bandar-bandar utama mula
berkurangan dan ini memberi banyak implikasi positif masyarakat terhadap adanya pelaksanaan
C4-i serta Rakan Cops.

[sunting] Unit Berkuda

[sunting] Cawangan Trafik

[sunting] Pasukan Gerakan Marin

Pasukan Gerakan Marin (PGM) atau Polis Marin Malaysia ditubuhkan pada bulan September
1947 di Pulau Pinang. Pada awalnya ia berperanan dalam pencegahan jenayah dan penyeludupan
di perairan Selat Melaka dan Pelabuhan Pulau Pinang. Kini terdapat banyak aktiviti lautan yang
berkembang seperti carigali minyak, penangkapan ikan, pelancongan di pulau-pulau kecil,
aktiviti bot penumpang dan sebagainya. Semuanya memerlukan pengawasan dan bantuan
kepolisan dari segi perlesenan dan penguatkuasaan.

Kini PPM mempunyai keanggotaan seramai 170 pegawai kanan dan 2,376 Anggota Pangkat
Rendah / Konstabel serta 56 kakitangan awam. Pasukan ini memiliki 15 buah bot ronda kelas
PZ, 33 kelas PX, 68 PA/PB/PC dan 4 buah bot ronda kelas PSC/PGR/PAR. Dari dua buah
pangkalan semasa ditubuhkan, kini cawangan ini mempunyai 5 pangkalan utama, 11 pangkalan
kecil dan 24 pangkalan hadapan.

Peranannya pula diperluaskan bagi turut melaksanakan tugas kawalan keselamatan dan
mencegah jenayah di daratan, di kawasan pulau, tasik dan juga sungai yang mempunyai
penduduk dan kepentingan negara.

[sunting] Pusat Kawalan Malaysia

[sunting] Unit Udara PDRM

Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDN/KA) diketuai oleh
Komisioner Polis (CP).
[sunting] Cawangan Khas

Jabatan ini adalah sayap perisikan yang bertanggungjawab untuk mengumpul risikan bagi
keselamatan negara. Antara lain peranannya ialah mengumpul risikan keselamatan berkaitan
dengan ancaman dari dalam dan luar negara, sebarang aktiviti subversif dan sabotaj oleh
kumpulan pelampau atau individu yang boleh mengancam kestabilan negara. Seterusnya dengan
memperolehi, mengolah, menilai dan mengedar maklumat serta memberi nasihat kepada jabatan-
jabatan di dalam dan luar pasukan, serta pertubuhan-pertubuhan yang berkenaan. Jabatan ini
terbahagi kepada beberapa cawangan seperti:- Inteligen Teknikal, Inteligen Sosial, Inteligen
Luar, Inteligen Politik, Inteligen Ekonomi dan Inteligen Keselamatan.

Cawangan Khas diketuai oleh Komisioner Polis (CP).

[sunting] Senarai Pengarah Jabatan

Senarai Pengarah Jabatan

Jabatan Pangkat Nama Pengarah

Pesuruhjaya Dato' Seri Mohd Bakri Mohd


Jabatan Siasatan Jenayah
Polis Zinin

Pesuruhjaya
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Dato' Koh Hong Sun
Polis

Pesuruhjaya
Jabatan Pengurusan Dato' Abd Razak Bukhari
Polis

Pesuruhjaya Dato' Zul Hasnan Najib


Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik
Polis Baharuddin

Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Pesuruhjaya


Dato' Hussin Haji Ismail
Awam Polis

Pesuruhjaya
Cawangan Khas Dato' Akhil Bulat
Polis

Jabatan Logistik Pesuruhjaya Dato' Mashuri Zainal


Polis

[sunting] Tanda Pangkat PDRM


Polis Diraja Malaysia mempunyai 16 peringkat pangkat mengikut 2 kategori, iaitu kumpulan
Pegawai Kanan Polis bermula dari pangkat Inspektor sehingga Inspektor General Polis, dan
Kumpulan Pegawai Rendah Polis Dan Konstabel.

Kumpulan Pegawai Kanan Polis terbahagi kepada 2 kelompok di mana pegawai berpangkat
Penolong Penguasa Polis ke atas diklasifikasikan sebagai Pegawai Polis Diwartakan manakala
Pegawai Polis berpangkat Inspektor dan Ketua Inspektor pula dikenali sebagai Pegawai Polis
Tidak Diwartakan.

Selain itu, Pegawai Kanan Polis juga boleh dikategorikan kepada 3 kumpulan utama, iaitu
Kumpulan Pertengahan (ACP - IGP), Kumpulan Diwartakan (ASP - SUPT) dan Kumpulan
Tidak Diwartakan (INSP - C/INSP).

Peringkat Pegawai Rendah Polis dan Konstabel pula bermula dari pangkat Konstabel
sehinggalah ke pangkat Sub-Inspektor. Pangkat Korperal sehinggalah ke pangkat Sub-Inspektor
juga dikenali sebagai Pegawai Subordinat.

Pangkat setiap anggota polis umumnya dapat dikenali melalui nombor pengenalan polis.
Pemegang pangkat IGP sehingga SUPT menggunakan 'G' sebagai pangkal, INSP sehingga
C/INSP menggunakan 'I' dan kumpulan rank and file menggunakan 'RF'.

Berikut adalah senarai istilah pangkat-pangkat yang terdapat dalam PDRM :-

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

PEGAWAI KANAN

PEMERINTAH PDRM (DIGP - IGP)

Inspector General of Police Ketua Polis Negara


Deputy Inspector General of Police Timbalan Ketua Polis Negara

PEGAWAI KANAN DIWARTAKAN KATEGORI PESURUHJAYA (ACP - CP)

Commissioner of Police Pesuruhjaya Polis

Deputi Commissioner of Police Timbalan Pesuruhjaya Polis

Senior Assistant Commissioner of Police I Penolong Kanan Pesuruhjaya I Polis

Senior Assistant Commissioner of Police II Penolong Kanan Pesuruhjaya II Polis

Assistant Commissioner of Police Penolong Pesuruhjaya Polis

PEGAWAI KANAN DIWARTAKAN KATEGORI PENGUASA (ASP - SP)

Superintendant of Police Penguasa Polis

Deputy Superintendant of Police Timbalan Penguasa Polis


Assistant Superintendant of Police Penolong Penguasa Polis

PEGAWAI KANAN TIDAK DIWARTAKAN KUMPULAN INSPEKTOR (Inspektor Percubaan - Ketua


Inspektor)

Chief Inspector of Police Ketua Inspektor

Inspector of Police Inspektor

Probationary Inspector of Police Inspektor Percubaan

PEGAWAI RENDAH PDRM (Rank and File, RF)

Sub Inspector of Police Sub Inspektor

Sergeant Major of Police Sarjan Mejar

Police Sergeant Sarjan

Police Corporal Koperal


Police Lance Corporal Lans Koperal

Police Constable Konstabel

Anda mungkin juga menyukai