Anda di halaman 1dari 15

KAJIAN

PERISTIWA
BERSEJARAH
DI TEMPAT TINGGAL
SAYA
DI TULIS OLEH: FADHILAH RAHMAN BIN MOHD SAHIDIN
NO KAD PENGENALAN: 020123-12-0255
TINGKATAN : 3 IXORA
Bil Tarikh Perkara Catatan (Jika
Ada)
BIL TARIKH PERKARA CATATAN
1 25 April 2017 Taklimat mengenai tugasan Sejarah
2017

2 25 April 2017 Soalan tugasan Sejarah 2017


diedarkan
3 26 April 2017 Mengumpul maklumat awal
hingga Membuat kerangka kerja
01 Mei 2017 Membuat jadual senarai semak
4 2 Mei 2017 Mula menulis Tugasan Sejarah PT3
2017
5 3 Mei 2017 Membuat tajuk, objektif kajian dan
kaedah kajian
6 4 Mei 2017 Menulis pengenalan
7 4 Mei 2017 Menulis Faktor berlakunya perayaan
regatta lepa
8 5 Mei 2017 Menulis kronologi perayaan regatta
lepa
9 5 Mei 2017 Menulis Kesan/Impak kajian kepada
diri sendiri,masyarakat dan negara
10 5 Mei 2017 Membuat Rumusan
11 11 Mei 2017 Semakan dengan guru
12 2017 Hantar tugasan Sejarah PT3 2017
1.3 OBJEKTIF KAJIAN
Saya menjalankan kajian ini bagi Kerja Kursus Sejarah adalah untuk mengkaji
tentang peristiwa bersejarah di tempat saya khususnya di Semporna dengan lebih
dekat lagi. Melalui kajian ini saya dapat memenuhi objektif berikut:
a) Kajian ini dilakukan secara amnya ialah untuk mengenal pasti sumber-sumber
sejarah yang sahih khususnya sejarah perayaan Regatta Lepa di tempat saya. Ini
akan dapat membantu saya membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara yang betul,
jelas dan tepat.
b) Kajian ini dapat menambah pengetahuan saya tentang susur galur sejarah lepa
lepa serta dapat memupuk perasaan bangga terhadap budaya seni masyarakat
bajau.
c) Dengan membuat kajian ini, saya dapat mengambil iktibar daripada peristiwa
yang berlaku di sebalik kewujudan sejarah lepa lepa .Misalnya seperti istilah Lepa
wujud daripada mana, Ia di perbuat daripada apa dan apa makna di sebalik ukiran
yang terdapat pada perahu lepa lepa. Ianya juga menyedarkan saya bahawa
perpaduan kaum serta bersifat adil, jujur dan amanah amat penting pada diri setiap
individu.
d) Saya juga dapat memupuk semangat patriotisme di dalam diri saya dan juga
dalam kalangan generasi muda melalui kajian ini.

1.4 KAEDAH KAJIAN


Sebanyak 5 kaedah kajian telah dijalankan untuk mendapatkan maklumat secara
terperinci dan bersistematik.
i. Kaedah penyelidikan perpustakaan
Saya juga turut mengunjungi perpustakaan yang terletak di Pekan Semporna untuk
menjalankan penyelidikan sumber-sumber yang ada di situ. Dengan penyelidikan
sumber yang pelbagai seperti buku ilmiah, akhbar, majalah dan sebagainya akan
menguatkan lagi kajian saya.
ii. Muat turun internet
Saya turut menggunakan kemudahan ict yang terdapat dalam negara kita dengan
melayari laman sesawang produk yang dikaji malah turut memuat turun bahan yang
terdapat sebagai rujukan.
iii. Bimbingan Guru
Saya telah mendapat bimbingan guru, iaitu Cikgu Salmah selaku guru sejarah saya.
iv. Temubual
Kaedah yang saya jalankan dalam menyiapkan kerja kursus ini antaranya ialah
dengan menggunakan kaedah lisan iaitu melalui temubual dengan orang sumber
saya yang sememangnya tidak pernah terlepas pandang dalam mengikuti acara
pertandingan perahu Lepa. Dari pertama kewujudan perayaan Regatta Lepa, beliau
tidak pernah tidak menyertai acara ini meskipun hanya layak memenangi saguhati.
2.1 MENGUMPUL MATLUMAT
a) MAJALAH
Nama majalah : Warisan Budaya Bajau Semporna
Tarikh : 14 mei 2015.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/gaya-
hidup/pelancongan/warisan-budaya-bajau-semporna-
1.91685#ixzz4ho3bbq4U
Utusan Melayu (M) Bhd

b) INTERNET
Bajau Sabah
http://fendyridzuan.blogspot.mzy/2013/04/bajau-sabah.html?m=1
Pesta Air Tahunan
http://ww2.sabah.gov.my/pd.sprn/Regata.html
Sambutan Festival Regatta Lepa
http://www.sentiasapanas.com/2017/04/sambutan-festival-regatta-lepa-
pesta-air-sabah.html?m=1#axzz4g7XbmJjP
Sambutan Regatta Lepa
Sumber asal: http://www.sentiasapanas.com/2017/04/sambutan-festival-
regatta-lepa-pesta-air-sabah.html

c) ORANG SUMBER
Nama : Haji Jalumin Bin Jakuddin
Umur : 70 tahun
Alamat : Kampung Sulabayan Semporna

LAPORAN TEMUBUAL BERSAMA ORANG SUMBER

Saya telah menemubual seorang responden di kampung saya, beliau agak


berpengalaman dalam bidang ini. Nama beliau ialah Haji Jalumin Bin Haji
Jakuddin.Beliau tinggal di kampung Sulabayan Semporna.
Beliau telah menceritakan serba sedikit mengenai sejarah Lepa Lepa kepada
saya. Perahu lepa lepa ini sebenarnya sudah lama wujud. Menurut responden Lepa
(sejenis bot) banyak kegunaannya dalam kehidupan harian. Bot ini digunakan untuk
menangkap ikan dan kenderaan harian. Ia juga digunakan sewaktu upacara
perkahwinan dan persembahan kebudayaan. Kehidupan unik berteraskan lepa ini
dipusakai turun-temurun hingga kini.
Setakat ini sahajalah yang saya dapat saya peroleh hasil daripada temubual
saya bersama responden.
2.2 Pengenalan
Masyarakat Bajau Laut di Semporna Sabah terkenal dengan kehebatan mereka
sebagai pelaut yang disegani. Bagi mereka, laut bukan sahaja sebagai sumber rezeki
tetapi turut memberikan pelbagai inspirasi dan pengaruh tersendiri kepada kehidupan.
Hakikatnya, laut adalah dunia mereka. Buktinya mereka bukan sahaja menetap di tepi
laut tetapi juga tinggal 'di atas laut' dengan menjadikan lepa sebagai kediaman rasmi atau
sebagai rumah mereka. Mereka hidup di atas lepa dan menjalani sebahagian besar hidup
di laut dan hanya naik ke darat untuk mendapatkan bekalan air, kayu api dan upacara
pengebumian. Bajau Laut memang sinonim dengan lepa.

Biasanya sebuah lepa didiami oleh sebuah keluarga yang dianggotai lima hingga
enam orang. Setiap lepa yang didiami sesebuah keluarga Bajau menampilkan seni ukiran
dan saiz yang berbeza di mana ia menggambarkan status keluarga tersebut. Lepa dalam
bahasa kaum Bajau Pantai Timur Sabah bermaksud perahu atau bot. Biasanya Lepa
diperbuat daripada kayu jenis Ubar Suluk ataupun Seraya Merah. Lazimnya, lepa
berukuran lapan meter panjang dan dua meter lebar serta menampilkan pelbagai jenis
ukiran dan warna.
Lepa merupakan peninggalan budaya yang diwarisi sejak zaman-berzaman oleh
suku kaum Bajau Semporna. Sejak kurun ke-14, ia merupakan pengangkutan utama
untuk membawa muatan pedagang-pedagang tempatan dari Semporna ke Kepulauan
Sulu, Borneo, Kalimantan. Catatan sejarah juga menunjukkan lepa telah digunakan oleh
para pendakwah untuk menyebarkan agama Islam di rantau Asia Tenggara pada awal
kurun ke-15.

Oleh itu, lepa dianggap sebagai satu elemen penting dalam hidup dan telah sebati
dengan adat dan tradisi Bajau Laut. Ia juga amat berpengaruh dalam perkembangan seni
budaya tempatan. Dalam persembahan kebudayaan, alat-alat muzik tradisional ataupun
tagungguh akan dimainkan di atas Lepa. Ia merupakan satu lambang keagungan dan
warisan budaya bangsa Bajau Semporna di mana ia masih lagi wujud hingga ke hari
ini.Kini, kebanyakan masyarakat Bajau di kawasan berkenaan telah tinggal di darat.
Walau bagaimanapun, budaya yang diwarisi sejak zaman berzaman ini dipersembahkan
dengan meriah dan gemilang dalam Perayaan Regatta Lepa untuk dihayati oleh
masyarakat terutamanya generasi hari ini.
2.3 FAKTOR BERLAKUNYA PERAYAAN REGATTA LEPA
Lepa adalah sejenis perahu tradisional masyarakat Bajau yang menjadi penduduk
dominan daerah Semporna. Keunikan lepa adalah melambangkan keunikan budaya
masyarakat Bajau itu sendiri. Oleh itu Pesta Lepa-lepa ini mencerminkan penampilan
budaya traidisi masyarakat Bajau yang masih dipertahankan, untuk diwarisi oleh generasi
kini dan generasi mendatang. Beberapa elemen penting budaya Bajau masih lagi relevan
dan patut dikekalkan sebagai khazanah budaya bangsa yang bukan sahaja unik tetapi juga
penuh sejarah dan berharga, baik dari sudut pelancongan, ekonomi dan juga pengekalan
warisan.

Perahu lepa pada perayaan Regatta Lepa 2017


2.4 KRONOLOGI PERAYAAN REGATTA LEPA

Setiap Tahun masyarakat di dearah Semporna akan menyambut satu


perayaan yang di perkenalkan oleh masyarakat bajau Semporna yang dikenali
sebagai Regatta lepa. Perayaan Regatta Lepa akan di sambut setiap tahun pada
minggu ketiga dalam kalender bulan April. Regatta Lepa mula di perkenalkan
untuk mengkitirkaf kebolehan masyarakat bajau dalam pembuatan Lepa-lepa
dan pada tahun yang sebelumnya Regatta Lepa-Lepa mula disambut secara
besar-besaran pada tahun 1999.
Lepa dalam bahasa kaum bajau pantai Timur Sabah bermaksud 'bot'. Ia
dipercayai berasal dari komuniti nelayan yang menetap di pulau Bum Bum
Semporna pada satu ketika dahulu. Ia di ukir dengan motif bertemakan laut
seperti ikan, duyung dan kuda laut. Ia juga turut di hiasi dengan corak awan larat
dan tulisan khat. Hiasan ukiran tersebut merangkumi keseluruhan bahagian lepa
berserta tiang. Selain itu Lepa turut dihiasi dengan layar dan bendera segi tiga
kecil.
Perayaan Regatta Lepa merupakan tapak untuk memperkenalkan dan
mempromosi seni, budaya dan adat kaum Bajau yang berwarna-warni. Setiap
tahun pengunjung akan berpeluang melihat sendiri keunikan pembuatan bot
Lepa yang cantik disulami dengan tarian dan muzik yang dimainkan di atas bot
lepa.
SEBELUM
Seminggu sebelum berlakunya perayaan Regatta Lepa-Lepa , sudah
kelihatan panji-panji atau bendera pesta Regatta Lepa menghiasi jalan-jalan
utama di Semporna. Di sepanjang jalan. Sambulayang akan menghiasi
pemandangan di susuri iklan yang berwarna warni. Bendera Sambulayan akan di
kibarkan sebagai lambang kemegahan dan perpaduan masyarakat bajau di
Semporna. sepanjang jalan menuju ke pekan Semporna dihiasi bendera warna-
warni seakan layar kapal atau sambulayang dalam bahasa Bajau. Ini sebagai
menandakan pesta air bakal bermula dengan kehadiran tetamu-tetamu dari luar
dan orang kenamaan.

SEMASA
Perayaan ini memakan masa 2 hingga 3 hari. Bayangkan di tepi pantai
terdapat ratusan Lepa yang dihias cantik dengan segala macam renda, payung,
sambulayang berwarna-warni, pakaian tradisi, persembahan kebudayaan dan
pertandingan acara laut. Semua lepa-lepa ini akan beratur sambil bergerak
perlahan dihadapan pentas yang disediakan untuk para hakim dan orang
kenamaan untuk menilai dan memilih pemenang. Pemenang akan dipilih
berdasarkan kecantikan Lepa dan tarian yang dipersembahkan.

Melalui perayaan ini kaum bajau yang berada di merata tempat di


persisiran pulau pulau di daerah semporna akan bertemu,bersosial dan
bertanding. Pertandingan yang utama adalah merebut gelaran Lepa Tercantik.
Pelbagai aktiviti yang di anjurkan sepanjang pesta ini. Hari pertama
sebagai pembukaan manakala hari kedua akan mempertandingkan pelbagai
aktiviti seperti pertandingan Lepa Cantik. Semua lepa lepa ini akan beratur
sambil bergerak perlahan di hadapan pentas yang di sediakan untuk para hakim
dan orang kenamaan menilai dan memilih pemenang. Pemenang akan di pilih
berdasarkan kecantikan lepa dan tarian yang di persembahkan
Aktiviti sambutan Regatta Lepa dibahagikan kepada 2 kawasan utama
iaitu 'Acara Laut' di tepi pantai dan 'Pentas Budaya' dan pameran di Padang
Pekan Semporna. Acara-acara lain disepanjang perayaan ini termasuklah acara
'lumba kelle-kelle', tarik-tali lepa, lumba renang dan menangkap itik. Selain itu
pada perayaan ini juga turut di pamerkan pelbagai jenis kraftangan masyarakat
bajau seperti aksesori wanita pakaian tradisional dan alat alat seni tradisional
seperti kulintangan dan sebagainya.

SELEPAS
Suasana sambutan Regatta Lepa akan bertambah meriah pada sebelah
malamnya dimana pengunjung berpeluang untuk menyaksikan pelbagai
persembahan kebudayaan tempatan sambil diselang-selikan dengan nyanyian
artis tempatan dan nasional. Selain daripada itu pertunjukan 'pentas budaya'
akan diadakan di Padang Pekan Semporna. Pertunjukan bunga-api turut
mewarnai langit bumi Semporna pada malamnya yang mana itu adalah upacara
penutupan yang di adakan yang bertempat di padang bola sepak dearah
Semporna.
Kehadiran orang-orang kenamaan, artis jumputan dan Tarian Igal-Igal daripada
menambahkan lagi kemeriahan Regatta Lepa Semporna. Pelbagai lapisan
masyarakat turut menyakinkan sama ada didalam mahupun di luar lingkungan
dearah Semporna. Sambutan Regatta Lepa Semporna turut mendapat sembutan
daripada negara sekaligus menarik pelancong asing ke dearah Semporna.

Peringkat akhir ialah acara menobatkan gelaran ratu Lepa dikalangan


peserta wanita yang terdiri daripada suku kaum bajau. Dengan erti kata lain peserta
yang menyertai pertandingan adalah penduduk jati Semporna
MPAK/KESAN
Lepa dianggap sebagai satu elemen penting dalam hidup dan telah sebati
dengan adat dan tradisi Bajau Laut. Ia juga amat berpengaruh dalam perkembangan
seni budaya tempatan. Dalam persembahan kebudayaan, alat-alat muzik tradisional
ataupun tagungguh akan dimainkan di atas Lepa. Ia merupakan satu lambang
keagungan dan warisan budaya bangsa Bajau Semporna di mana ia masih lagi
wujud hingga ke hari ini.

Kini, kebanyakan masyarakat Bajau di kawasan berkenaan telah tinggal di


darat. Walau bagaimanapun, budaya yang diwarisi sejak zaman berzaman ini
dipersembahkan dengan meriah dan gemilang dalam Perayaan Regatta Lepa untuk
dihayati oleh masyarakat terutamanya generasi hari ini.

Pesta Lepa-lepa bukanlah sekadar pertunjukan perahu Bajau, tetapi juga


sebuah pertunjukan kesenian tradisional mereka meliputi busana tradisi, tarian dan
juga muzik tradisional Bajau. Ia sebuah penampilan budaya tradisional secara
holistik, dan inilah uniknya Pesta Lepa-lepa. Ia menjadi kebanggaan orang
Semporna dan juga kebanggaan negeri Sabah dan Malaysia secara amnya.
Sambutan Regatta Lepa turut menyumbang kepada pelancongan di mana ia menarik
minat pelancong asing datang kesemporna khasnya dan Negara Malaysia amnya.

Hakikatnya, usaha memartabatkan dan memelihara warisan budaya bangsa


perlu digerakkan dengan lebih proaktif selaras dengan perkembangan dunia
sekarang yang semakin mencabar agar ianya tidak ditelan zaman.
IKTIBAR
Semasa saya menjalankan kajian ini, saya mendapati di sebalik Perayaan
Regatta Lepa yang menjadi kebanggaan penduduk Semporna terselit satu kesedaran
dan pengajaran bahawa kita kena kuat dari semua aspek sama ada mental atau
fizikal umpama sebuah lepa yang kuat serta gah belayar di lautan.

Begitu juga dengan responden yang saya temubual iaitu Datuk Haji Jalumin
Bin Jakuddin. Saya amat kagum dengan semangat beliau. Walaupun usia di hujung
senja beliau tetap kental menyertai pertandingan perahu cantik demi sebuah
semangat patriotiknya dan cintakan Lepa Lepa. Sepanjang penglibatan beliau dalam
perayaan regatta lepa beliau hanya layak mendapat saguhati. Semangat ini yang
membuatkan saya sungguh teruja bahawa usia bukan penghalang untuk mencari
sebuah kejayaan. Apa yang penting di sini ialah keazaman dan usaha gigih.

RUMUSAN
Saya amat bersyukur kerana telah berjaya menyiapkan kerja kursus Sejarah
ini tepat pada masa yang telah ditetapkan. .Ketika menjalankan kerja kursus ini,
banyak pengetahuan,pengajaran dan nilai yang telah saya pelajari.
Saya berasa amat berbangga menjadi rakyat Malaysia yang mempunyai
pelbagai budaya kesenian yang unik serta menjadi ikon negara Malaysia. Selain itu,
kita dapat memupuk perasaan cinta akan warisan bangsa yang menjadi mercu tanda
negara kita dan sanjungan dari segenap lapisan masyarakat Malaysia serta
mendapat pujian daripada luar negara.
Di samping itu, generasi masa hadapan juga dapat mengenali dan
mengetahui susur galur sejarah Lepa lepa dengan adanya perayaan seperti ini
khasnya di semporna.
Saya juga dapat menghayati nilai kesabaran, ketabahan, kejujuran dan
kerjasama antara rakan-rakan semasa menjalankan dan menyelesaikan kerja kursus
ini dengan sempurna.Nilai kerjasama telah membuatkan saya bersama rakan-rakan
berganding bahu untuk mencari maklumat tentang simbolik sejarah Regatta Lepa
yakni lambang kemegahan masyarakat semporna amnya.