Anda di halaman 1dari 4

PK01 Pengurusan Panitia

PK01/3

LAPORAN PROGRAM KENALI KOMPUTER 2017

1. Nama Program : Program Kenali Komputer 2017

2. Tarikh : 20.04.2017 - 20.05.2017

3. Hari / Masa : 1 bulan

4. Tempat : SJK (T) Ladang Elaeis, Kluang

5. Objektif :

Murid dapat menguasai setiap topik dengan baik dan memupuk minat
murid terhadap mata pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
Membolehkan murid-murid berkongsi idea atau pengetahuan untuk
meningkatkan prestasi matapelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Memberi semangat dan dorongan kepada murid supaya lebih
bersemangat untuk belajar.
Memberi pendedahan tentang komponen komputer dalam kalangan murid
dengan menghasilkan buku glosari dalam dwibahasa.

6. Sasaran : Murid tahun 4, 5 dan 6

7. Butiran aktiviti :

Panitia Teknologi Maklumat dan Komunikasi telah mengadakan Program


Kenali Komputer 2017 bagi murid tahun 4, 5 dan 6. Semua murid tahap 2 telah
mengambil bahagian dalam program ini. Para murid telah didedahkan dengan
pengetahuan am serta teknik membuat buku glosari yang berkualiti.

Selain itu, para murid juga dapat peluang untuk berkongsi maklumat yang
memerah otak mereka selain dapat mengutarakan buah fikiran masing-masing
tentang maklumat tertentu.

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Februari 2017 - Keluaran 04 | Pindaan 00
PK01 Pengurusan Panitia

Para murid telah bergiat aktif sepanjang program ini dijalankan. Pengerusi
panitia mengucapkan ribuan terima kasih diatas kerjasama yang diberikan oleh para
murid dan guru untuk menjayakan program ini. Disamping itu, diharap para murid
dapat menerapkan ilmu yang didapati dalam pembelajaran untuk maju dalam
pendidikan masing masing.

8. Penilaian Program :

Para murid dapat menunjukkan semangat yang terpendam dalam diri


masing masing semasa menghasilkan buku glosari.

Selain itu, para murid dapat didedahkan dengan teknik membuat buku glosari
yang berkualiti.

Justeru, Guru Besar sekolah kami menjadi tunggak utama bagi melicinkan
perjalanan program ini tanpa sebarang masalah.

Para guru juga sentiasa berganding bahu antara satu sama lain untuk
menjalankan program ini. Maklumbalas dalam kalangan guru juga
dititikberatkan dengan penuh teliti agar sentiasa dapat memperbaiki keadaan
dari semasa ke semasa.

8.1 Kekuatan Program:

Program ini telah berjalan dengan lancar dan jayanya.


Semua aktiviti yang dirancang memang merupakan satu cabaran dan
mempunyai sesuatu pembaharuan bagi para murid untuk cemerlang dalam
pelajaran.

8.2 Kelemahan Program:

Tiada pertandingan dikalangan murid.

8.3 Cadangan Penambahbaikan:

Program ini boleh dijalankan sebagai pertandingan dikalangan murid.

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Februari 2017 - Keluaran 04 | Pindaan 00
PK01 Pengurusan Panitia

9. Dokumentasi Bergambar :

Program Kenali Komputer 2017

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Februari 2017 - Keluaran 04 | Pindaan 00
PK01 Pengurusan Panitia

Disediakan Oleh; Disahkan Oleh;

..
(V.Nittiya)
Ketua Panitia TMK,
SJKT Ladang Elaeis

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Februari 2017 - Keluaran 04 | Pindaan 00

Anda mungkin juga menyukai